Anda di halaman 1dari 19

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

TOPIK 3
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan awal kanak-kanak
Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan
Awal Kanak-kanak
Prinsip-prinsip pembelajaran kanakkanak

Pendekatan Pengajaran
dan Pembelajaran
Pendidikan Prasekolah
Teknik Pengajaran &
Pembelajaran Prasekolah

Belajar melalui bermain


Pendekatan Bertema
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan projek
Pendekatan-pendekatan
lain
Pengelolaan aktiviti

Teknik pengajaran /
pemudahcaraan

TOPIK 3
PENDEKATAN DAN
TEKNIK PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
DALAM PENDIDIKAN

AWAL KANAKKANAK

PETA MINDA TOPIK 3 :


PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

74

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

TOPIK 3 : PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
3.1 Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak
Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak
Berasaskan aktiviti
Pengalaman bersepadu
Pengalaman deria
Mengikut situasi
Meneroka dan menjelajah
Belajar sambil bermain
Bimbingan guru
Bertujuan
Unsur motivasi dan mencabar
Fleksibel

Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak


Berasaskan minat murid
Berasaskan bahan dan aktiviti
Relevan dengan kanak-kanak
Belajar melalui deria
Belajar melalui pengalaman
Belajar melalui bermain
Mengambil kira perbezaan individu

3.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah


3.2.1 Belajar melalui bermain

Konsep belajar melalui bermain


Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat
menggembirakan dan bermakna.

Kepentingan belajar melalui bermain


- Bermain menjadi fitrah murid di mana dalam proses ini mereka akan meneroka,
membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara
semulajadi.
- Belajar melalui bermain memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang
fleksibel tanpa tanpa kongkongan daripada guru.
- Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti
bermain dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.

75

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Tujuan belajar melalui bermain


- memberi peluang untuk meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatu
-

kemahiran.
meningkatkan tumpuan dan perhatian.
memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan.
memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif.
membantu menyelesaikan masalah.
membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa.
membina kemahiran fizikal serta peningkatan kemahiran motor halus dan motor
kasar.
membina kemahiran bahasa dan berkomunikasi.
membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.
membina kemahiran kendiri yang positif.
memupuk sikap bertanggungjawab.

Jenis-jenis main
-

Main sosial (Social Play)


Main kognitif (Cognitive Play)
Main Bebas (informal Play)
Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)
Permainan Luar (Outdoor Play)

Main sosial
-

Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan.

Jenis-jenis main sosial:

Main occupied
- murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun.

Main solitary
- kanak-kanak tersebut bermain seorang diri, tanpa menghiraukan rakan dan
keadaan sekelilingnya.

Main onlooker
- kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih berminat
dengan permainan orang lain.

Main parallel
- kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan
yang sama dengan rakannya.

Main associative
kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam

76

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

alatan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.

Main cooperative
- kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.

Main Kognitif
Dalam main kognitif murid menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk
meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan
kreativiti.
Jenis-jenis main kognitif:
-

main simbolik
main games and rules
main konstruktif (Constructive Paly)

Main simbolik

memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan


kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti bongkah
sebagai rama-rama , ibu atau sekuntum bunga.

Main games and rules

murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkat laku mereka semasa
bermain adalah dalam had atau peraturan permainan tersebut.

Main konstruktif (Constructive Play)

murid bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia meraka.


Murid menggunakan bahan atau alatan mainan untuk membina bahan lain seperti
istana pasir, bangunan kenderaan dan sebagainya mengikut daya kreativiti masingmasing.

Main Bebas
-

Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan dan tidak berstruktur di
pusat pembelajaran. Semasa menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan
yang disediakan rakan sebaya dan orang dewasa.

Main Sosiodrama/ Main Peranan


-

Main drama memberi peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak.

Contoh main sosiodrama yang boleh dijalankan:


- Main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik.
- Main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi kepada kanak-kanakkanak tersebut.

77

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Permainan Luar
-

Di antara alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air,
terowong, jongkang-jongket, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu
perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan.
Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran, bekerjasama, tolong
menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati.
Aktiviti permainan luar dapat memperkembangkan motor halus, motor kasar, koordinasi
sosial dan kreativiti.

3.2.2 Pendekatan Bertema


Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau
topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang murid.
Tujuan dan kepentingan
-

Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan komponen dan hasil
pembelajaran.
Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru mencetus idea yang lebih
menarik.
Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada tema.
Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih.
Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran bertutur,
membaca, menulis, asas matematik dan berfikir.
Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan kanak-kanak
mengikuti dengan mudah.

Faktor-faktor pemilihan tema ialah


-

Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen.


Berkaitan dan bersesesuaian dengan pengalaman sedia ada, pengalaman yang akan
diperolehi dan kehidupan murid.
Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid.
Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa.
Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hand on
experience) melalui aktiviti pembelajaran.
Kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada dan memberi
pengetahuan baru kepada murid.
Mengikut prinsip-prinsip pengajaran iaitu bermula dari yang dekat kepada yang jauh,
dari yang mudah kepada yang sukar dan mencabar, dan daripada yang umum kepada
yang spesifik.

78

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Pelaksanaan
-

Murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik.


Kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-kanak
mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang
dipelajari dalam konteks yang bermakna.
Mencipta peta minda web tema.
Rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir.
Guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil
pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah
ditamatkan.
Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaitan
dengan tema.
Memilih tema mengikut musim atau peristiwa.

3.2.3 Pendekatan Bersepadu


Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam
kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya
sesuatu yang terpisah-pisah.
Apa yang disepadukan?
Kesepaduan antara tunjang
- Kesepaduan antara teori dan amali
- Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni.
- Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik
- Kesepaduan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.
- Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid.
- Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas.

Tujuan pendekatan bersepadu :


- Mendalami atau meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih menyeluruh.
- Mempunyai lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat dan keupayaannya
dan menimbulkan kepuasan belajar.
- Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna.
- Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.
- Mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
- Mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan rajin.
3.2.4 Pendekatan projek

Konsep Pendekatan Projek


Satu kaedah pengajaran pembelajaran yang bertujuan menggalakkan murid-murid
mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit. Biasanya melalui kaedah ini, muridmurid akan di bimbing untuk menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsepkonsep tertentu. Kaedah ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih

79

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

berkesan dengan tujuan supaya murid-murid menaruh lebih perhatian dan minat
terhadap aspek-aspek pembelajaran

Kepentingan pendekatan projek


Murid berpeluang memilih projek tanpa paksaan
Melatih murid berfikir dan mengembangkan kreativiti berdasarkan minat
Memupuk kerjasama dikalangan murid
Melatih murid menilai hasil kerja mereka
Hasil projek boleh dijadikan BBM

Perancangan dan pelaksanaan pendekatan projek

80

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

3.2.5 PENDEKATAN-PENDEKATAN LAIN

Pembelajaran berpusatkan murid


Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara
atau pembinbing. Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman
yang dibina sendiri. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini
berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila
terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri
menerusi pengalaman baru.
Kebaikan aktiviti berpusatkan murid
- Mendorong minat meneroka
- Menggalakkan murid berdikari
- Membina keyakinan diri
- Membna pengetahuan menerusi cuba jaya
- Memahami sendiri sesuatu konsep
- Menyelesaikan masalah ingin tahu
- Memberi peluang memilih bidang yang diminati
- Memupuk minat kepada penyelidikan saintifik
- Menerima kegagalan sebagai satu pengalaman pembelajaran
- Mewujudkan suasana ceri dalam pembelajaran
Inkuiri penemuan
- Pembelajaran berasaskan inkuiri (teori pembelajaran konstruktivis) yang belaku
dalam situasi penyelesaian masalah dimana pelajar mengarap pengetahuan/
pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan
mempelajari pengetahuan baru (Pelajar memikirkan sendiri jawapan atau
penyelesaian kepada permasalahan)
- Pelajar berinteraksi dengan persekitaran mempuat peninjauan, memanipulasi objek,
menangani persoalan dan kontroversi atau melakukan sesuati ujikaji
Ciri
- Guru wujudkan suasana & bimbing
- Pembelajaran yg melibatkan pelajar menemui pengetahuan dengan sendiri
- Mengalakkan pelajar berfikir secara mendalam
- Pelajar menerima cabaran untuk mencari pengetahuan secara sendiri
- Penglibatan & interaksi pelajar yang tinggi
Kepentingan
- Mengajar bagaimana berfikir &mencari maklumat bagi diri sendiri Tidak bergantung
pada guru utk dapat maklumat / terima kesimpulan org lain
- Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi

81

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

- Mengumpul, menyusun, menganalisa maklumat utk sampai kpd satu keputusan


- Menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi

Pembelajaran masteri
merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.([Bloom, 1968]
berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir boleh menguasai sesuatu
pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinann sekiranya keadaan
yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajarannya.
Ciri-ciri
Hasil pembelajaran perlu ditentukan
Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran
Aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan
Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Bahan P&P yang berkesan
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran
sebelum berpindah keunit pembelajaran yang baru.
Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai arasmasteri
Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri

82

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam
pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on.

- Ciri:
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam
konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Faedah pembejalaran secara kontekstual
MURID
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
Boleh memindahkan kemahiran
Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
Dapat belajar secara kerjasama
GURU
Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.
Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau
industri.
Kepelbagaian Kecerdasan

Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence)

Pengenalan:
-

Setiap kanak-kanak mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah
mengikut pertumbuhan dan perkembangannya.Selain daripada guru di sekolah, ibubapa
hendaklah berperanan memberi peluang kepada anak-anak mereka membangunkan
kepelbagaian kecerdasan.

Menurut Howard Gardner, setiap individu / kanak-kanak mempunyai kebolehan


membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan
pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah.
- Faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak
- keluarga

83

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

permakanan
persekitaran tempat tinggal
rakan sebaya
sekolah
media massa

Jenis-jenis kepelbagaian kecerdasan


Menurut Howard Gardner, seseorang individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan
kepelbagaian kecerdasan seperti berikut:
-

Kecerdasan linguistik / bahasa


Kecerdasan Logik Matematik
Kecerdasan Ruang
Kecerdasan Muzik
Kecerdasan Kinestetik
Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan Naturalistik

Kecerdasan linguistik / bahasa


Kebolehan seseorang menggunakan kata-kata secara berkesan sama ada
dengan lisan atau penulisan. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini boleh
berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis,
memberi ucapan dan dapat membuat hubungkait di antara satu sama lain.
Kecerdasan Logik Matematik
Kebolehan seseorang kanak-kanak menggabungkan Matematik dan saintifik iaitu
termasuklah kebolehan mengira pelbagai olahan serta dapat menyelesaikan masalah
Matematik.
Kecerdasan Ruang
Kebolehan seseorang mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan
termasuklah kebolehan mempersembahkan dalam bentuk grafik seperti mencorak, melukis
serta mengukir.
Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan nada dan melodi termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah
tempo dan irama yang mudah.Ia juga termasuk dalam kebolehan menghafal sesuatu dengan
berlagu seperti menyanyi, bernasyid dll.
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan gerakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan
menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal koordinasi, kepantasan dan

84

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

keseimbangan.
Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan diri sendiri seperti memahami kemahuan, matlamat dan citicita serta perasaannya sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, mempunyai
kemahiran mengurus diri sendiri supaya dapat menghasilkan kecemerlangan dan motivasi diri
dan dapat meningkatkan konsep kendiri yang positif serta dapat menguasai emosi dan
kerohanian yang kuat untuk mengharungi alam kehidupan.
Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami perasaan seseorang, berinteraksi dan memahami kemahuan, fikiran dan
perlakuan orang lain. Kanak-kanak yang mengusai kecerdasan ini boleh bekerjasama dalam
kumpulan serta berkomunikasi secara lisan dengan orang lain dan dapat mengawal perasaan
apabila mereka berkawan.
Kecerdasan Naturalistik
Kebolehan menggunakan apa yang terdapat pada alam sekeliling seperta mengklasifikasi dan
menghargai tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

3.2.6

Pengelolaan Aktiviti

Pengelolaan aktiviti terbahagi kepada 3 iaitu;

Aktiviti kelas
Aktiviti kumpulan
Aktiviti individu

Aktiviti secara kelas:

85

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Contoh Aktiviti Kelas:


bercerita
circle time
nyanyian/ gerakan
lawatan luar
bersoal jawab
eksperimen
Aktiviti kumpulan:

Pengelolaan aktiviti secara kumpulan


Kumpulan kecil ; bilangan ahli yang kecil 5-8 orang
Murid menjlnkan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil
Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama

Aktiviti yang boleh dijalankan


- Main doh ; Main pondok; Main bongkah
Main permainan tradisioanl
Cantuman puzzle
Berkebun
Penerokaan
Permainan bahasa/matematik
Kolaj/capan/renjisan/cetakan/melukis/
- Pertandingan: menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri

86

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Pengelolan aktiviti secara individu

Aktiviti individu
-

Melukis gambar
Menyusun gambar bersiri
Menggunting/menampal
Menguntai manik/bunga
Mengenakan butang baju
Membaca buku kecil/kad bacaan
Main doh/suai pasang
Membasuh tuala/ sapu tangan/peralatan mainan/peralatan makan

3.3 TEKNIK PENGAJARAN &PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH


Scaffolding

87

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Teknik memperkukuh secara bersepadu setiap potensi , umpama kerangka sebuah


bangunan
Proses memberi sokongan kepada murid semasa mereka mencuba atau mempelajari
sesuatu pengetahuan atau kemahiran
Pengalaman pembelajaran secara kolaboratif daripada guru dan rakan sebaya
Bentuk bantuan -Tunjuk cara, Verbal dan Non-verbal
beri galakan berinteraksi untuk mewujudkan persefahaman, kerjasama, keseimbangan
emosi dan perkembangan bahasa;
- sedia menjadi peserta dalam kumpulan kanak-kanak;
memberi peneguhan untuk perkukuh konsep;
memberikan motivasi & memberi dorongan;
- membantu mengikut kadar kebolehan murid;
memberikan bantuan mengikut tahap yang diperlukan pada Zon Perkembangan
Proksima (ZPD)
menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah / tugasan;
menggalakkan berdikari
Guru. bukan sebagai pemberi arahan

Sharing & Constructing

Memperkukuh idea murid


Guru sebagai pemangkin
Guru menjadi ahli kumpulan
Guru-murid berkongsi untuk mencapai objektif
Berkongsi selesaikan masalah
Guru mencadang idea / petunjuk (clue) & murid buat keputusan

Modeling
-

Guru membuat percontohan terhadap sesuatu situasi untuk ditiru oleh murid secara
langsung atau mempraktikkan amalan baik supaya menjadi ikutan secara tidak langsung
oleh murid atau guru gunakan percontohan watak orang lain(Cth: Rasulullah) sebagai
model
Modeling boleh dilakukan dalam situasi sebenar, melalui penceritaan, menggunakan
gambar atau tayangan video
Modeling amalan baik oleh guru hendaklah secara berterusan seperti cara bercakap
atau penampilan diri
Murid hilang kepercayaan jika guru cakap tak serupa bikin

Attending

memberi perhatian dengan komunikasi mesra


belaian melalui bahasa yang memujuk
tidak mengugut, tidak menyergah , tidak rasa terancam atau takut
Kata-kata lisan yang menyokong ahaa, yaa, baik, bagus, cuba lagi, pandai
Ulang atau perluas jawapan
Gerak isyarat non-verbal spt. senyum, anggukan, tepuk tangan, tulis jawapan di papan
tulis, tunjuk tanda jempul

88

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Sentuhan kepala, bahu atau bahagian belakang


Tidak menghukum salah atau betul
Situasi penuh kasih sayang
Meninggalkan kesan positif, rasa dihargai diberi perhatian
Didorong untuk menghasilkan yang terbaik

Prompting

Satu cara layanan untuk mencapai matlamat


Memberi pandu arah yang jelas dan tersusun
Menggunakan pemujukan
Lebih memberi pengesyoran
beri teguran secara positif supaya tidak membunuh minat & semangat belajar
memberi penyataan pandu/tunjuk hala dan "coaching
guru mendengar secara aktif dan membuat maklum balas
memberi penerangan dan arahan
memberi motivasi

Mengingat semula (reflksi)

Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman


Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid
Semasa memulakan tajuk baru / memahami konsep dan pengukuhan
Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid dilalui

Tunjukcara

Tunjukcara eksplisit (Explicit Demo):


- menunjukkan bagaimana sesuatu tugasan atau kemahiran dilaksanakan , melalui
bukan sahaja bahasa tetapi dengan perlakuannya sekali
- pastikan guru/bahan berada di tempat strategik yang dapat dilihat oleh semua
murid atau dibuat dalam kumpulan kecil

Tunjukcara implisit (Implicit Demo):


- pelakuan dan gaya tingkah laku dan bahasa yang ditunjukkan oleh seseorang
yang menjadi ikutan.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Simulasi / Main Peranan


- Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang
dianggap penting.
- Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu
situasi yang disediakan.
- Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajarpelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang
dimainkan secara spontan.

89

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya
melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Nyanyian
- menyanyi adalah salah satu strategi yang boleh menarik minat murid
- murid minat dan gemar menyanyi / mengikut melodi serta membuat pergerakan
- boleh diaplikasi dalam kebanyakan tunjang pengajaran
- pilihan sebaiknya lagu yang pendek dan berulang-ulang
- boleh diiringi alat muzik atau perkusi
- gunakan carta lagu untuk sepadukan dengan kebolehan membaca atau mengenal
seni kata
- nyanyian tidak kaku; sepadukan nyanyian dengan pergerakan kreatif/ sambil menari/
membuat pergerakan mengikut seni kata
- guru perlu membuat tunjukcara / sama-sama membuat pergerakan
Penerangan
Penjelasan sesuatu idea atau konsep kepada murid dengan bahasa dan cara yang
sesuai dengan kebolehan mereka.
-Guna laras bahasa kanak-kanak.
-Faktor gaya bahasa , kejelasan suara dan intonasi penting dalam penyampaian
penerangan
-Gaya bahasa bertutur dengan kanak-kanak adalah berbeza dengan orang yang
lebih dewasa.
-Penerangan dibuat dalam suasana murid dalam keadaan bersedia untuk mendengar
dan disampaikan dengan suara yang jelas.
-Ulangan kadang-kadang diperlukan untuk memastikan maklumat diterima dengan
berkesan.
Penyoalan/ Soal Jawab
- Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan
- Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
- Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
- Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji
dan menilai apa yang diajar.
- Soalan jenis bercapah / konvergen menggalakkan kemahiranberfikir

Memandu untuk mencapai objektif penyoalan


Menyoal mengikut aras yang sesuai
Mempunyai hentian untuk memberi masa murid memikirkan jawapan
Bertujuan memperluaskan idea
Sebarkan soalan kepada semua murid.
Layan jawapan dengan memberi pujian dan galakan

90

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Mencabar sesuatu jawapan yang difikir betul / salah


Mendorong / menggalakkan pemikiran semula
Berfokus daripada soalan umum kepada yang khusus
Pembentukan soalan jelas dari segi aras, frasa, dan maksud
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Kepentingan Penyoalan
-

Menambah daya ingatan dan pengetahuan


Guru dapat kesan tahap mana pengetahuan murid
Meningkatkan rapport guru dan murid
Perkembangan pengetahuan secara berperingkat dari yang mudah ke isu yang
kompleks
Mengesan sikap individu atau kumpulan murid terhadap isu atau subjek

Berasaskan Tugasan (Task- based)


- Berasaskan pendekatan komunikatif dan menggalakkan murid berkomunikasi untuk
melaksanakan sesuatu tugasan mengikut masa
- Arahan guru perlu jelas dan berfokus supaya murid mudah dapat mengikuti peraturan
melaksanakan tugasan
- Penegasan masa penting supaya tugasan dapat dibuat mengikut masa
- Tugasan boleh dibuat antara pasangan murid atau antara kumpulan murid
- Tugasan boleh berbentuk pertandingan atau persaingan antara individu atau kumpulan
- Guru boleh adakan hadiah/ token atau ganjaran untuk motivasikan murid
- Dapat meningkatkan rapport guru--murid dan murid--murid
- Perkembangan pengetahuan secara berperingkat , bermula dari tugasan mudah kepada
tugasan yang lebih kompleks
- Guru berperanan sebagai pemudahcara dan memberi motivasi
- Contoh tugasan: melengkapkan gambar, model, puzzle, mencari jalan pulang, explore
race, penyelesaian masalah
Bercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

91

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Guru perlu hafazkan frasa atau ayat-ayat penting untuk melicinkan penceritaan.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan BBM kad gambar atau gambar bersiri, gambar kartun, keratan akhbar dan keratan
majalah , objek-objek sebenar atau kostium yang sesuai.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Kepentingan Teknik Bercerita

Ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang


menggembirakan;
Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati
lebih lama. Oleh itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-cerita
tersebut;
Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif.
Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang
memusatkan kepada murid-murid;
Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilainilai murni. Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watakwatak baik yang ditonjolkan dalam cerita;
Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini
adalah kerana murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar
dengan teliti dan dengan itu tidak mungkin akan menimbulkan masalah
disiplin;
Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan
dengan kehidupan seharian;
Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti muridmurid

Lakonan/ Drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan
induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
Lakonan/ drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid,
disamping dapat menyuburkan sahsiah dan keyakinan murid.

92

Anda mungkin juga menyukai