1. KECEMERLANGAN DIRI
Pengenalan
Setiap orang mahukan kecemerlangan dalam hidup.Ada yang inginkan kecemerlangan dalam pelajaran, ada yang mahukan kecemerlangan dalam kerjaya, ada yang mengimpikan kecemerlangan dalam akhlak serta.keperibadian dan sebagainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kecemerlangan diri?Kecemerlangan diri merupakan kejayaan indivldu yang dicapai dalam beberapa aspek. Antaranya cemerlang dalam: (a) pendidikan; (b) perwatakan; (c) komunikasi; (d) refleksi. Apabila seseorang itu telah mencapai kecemerlangan dalam keempat-empat aspek ini, bermakna dia telah mencapai kecemerlangan dalam diri. Apabila kita memiliki kecemerlangan dalam perwatakan, tentunya kita akan menjadi contoh teladan kepada orang lain dan dihormati oleh masyarakat.
Komunikasi
1.
iaitu: lisan atau verbal; bahasabadan atau non-verbal; (c) simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak, iaitu pemberi dan penerima maklumat tersebut. 2. Orang yang cemerlang, akan cemerlang dalam komunikasi. 3. Komunikasi yang cemerlang mempunyai ciriciri komunikasi yang berkesan. 4. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila orang yang menyampaikan maklumat atau idea dapat menyampaikan maklumat tersebut dengan jelas, beretika, dan intonansi yang sesuai serta difahami oleh orang yang mendengar atau menerima maklumat itu. 5. Gunakanlah bahasa yang sopan dan mengikut etika serta kesesuaian keadaan ketika berkomunikasi supaya orang yang menerima maklumat, dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. 6. Contohnya ketika terdapat percanggahan pendapat, jangan sekali-kali meninggikan suara kerana tindakan tersebut akan memburukkan lagi keadaan.
(a) (b)
Pendidikan
llmu pengetahuan merupakan asas kejayaan hidup seseorang, Oleh itu, sesiapa yang berjaya dalam pendidikan, dianggap cemerlang. Sesiapa yang inginkan kecemerlangan dalam pendidikan perlu mengamalkan ciri-ciri yang berikut;(a) mempunyai matlamat hidup. Contohnya: sudah tahu kerjaya yang diinginkan menetapkan jumlah A yang akan dicapai dalam peperiksaan PMR (b) rajin dan gigih ketika menuntut ilmu; (c) mempunyai semangat yang kental; (d) tekun, yakin diri; (e) tidak mengenal erti putus asa dan cekal menghadapi sebarang dugaan; (f) mempunyai keazaman yang tinggi; (g) senantiasa berusaha memperbaiki diri. Orang yang cemerlang dalam pendidikan tentunya berpeluang memiliki kerjaya yang baik, dipandang mulia, dihormati, dan disegani.
Refleksi
Untuk menjadi cemerlang, seseorang itu mestilah selalu membuat refleksi diri. 2. Refleksi diri adalah tindakan membuat renungan atau menilai kembali tentang diri sendiri. 3. Orang yang membuat refleksi diri akan menilai kelemahan dan kesilapan lalu dan sedaya upaya memperbaiki kelemahan tersebut. 4. Kesilapan dan kelemahan lalu akan dijadikan pengajaran supaya tidak diulang lagi pada masa hadapan. 5. Segala kelebihan diri perlu ditingkatkan supaya kita menjadi lebih hebat pada masa hadapan. 6. Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk tidak berusaha dan berputus asa. 7. Kadang kala kita tidak tahu akan kelemahan dan kelebihan kita. Oleh itu, kita boleh menilai diri kita melalui rakan atau ahli keluarga kita. 8. Sebarang pandangan atau komen perlulah diterima secara positif untuk kebaikan dan kecemerlangan diri.
1.
Perwatakan
Orang yang mempunyai perwatakan yang terpuji juga adalah orang yang cemerlang. 2. Ciri-ciri orang yang berperwatakan terpuji: (a) taat kepada ibu bapa; (b) mempunyai perasaan kasih sayang; (c) berpegang teguh kepada ajaran agama; (d) menjaga kebersihan dan penampilan diri; (e) berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi; senantiasa menjaga pertuturan, perlakuan, dan tindakan agar tidak menyinggung perasaan orang (f) jujur, amanah, dan ikhlas dalam tindakan.
1.
Aktiviti Keluarga
1. Aktiviti keluarga yang dijalankan bersamasama boleh menjalinkan kemesraan kepada setiap anggota keluarga. 2. Antara aktiviti keluarga yang boleh dilakukan bersama-sama: (a) menonton televisyen; (b) beriadah; (c) berkelah; (d) melancong; (e) mengadakan kenduri dan sebagainya. 3. Ketika melakukan aktiviti keluarga, setiap ahli keluarga perlu bekerjasama supaya aktiviti yang dijalankan dapat memberikan manfaat kepada seluruh anggota keluarga. 4. Anak-anak yang mendapat sokongan daripada ibu bapa lebih stabil emosinya dan keadaan ini dapat menghalang mereka daripada terjebak dengan aktiviti negatif.
Berikan dorongan kepada rakan yang ingin mempamerkan bakatnya.Tindakan memperlekeh-lekehkan bakat dan kebolehan rakan adalah sikap orang yang tidak menghormati hak orang lain.
Pilihan Raya
1. Pilihan raya adalah suatu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melalui undi. 2. Pada umumnya pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali. 3. Pilihan raya bukan sahaja penting dari segi amalan demokrasi, tetapi juga penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah. 4. Pelaksanaan pilihan raya melibatkan tiga pihak, iaitu:(a) Suruhanjaya Pilihan Raya; (b) Pengundi; (c) Calon. 5. Warganegara yang layak mengundi ialah yang berumur 21 tahun ke atas. 6. Calon yang memenangi pilihan raya akan mewakili ka-wasannya di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun.
Parlimen
1. Parlimen adalah badan yang menggubal undang-undang di peringkat persekutuan. 2. Parlimen terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu:(a) Yang di-Pertuan Agong; (b) Dewan Rakyat; (c) Dewan Negara. 3. Peranan Parlimen termasuklah: [7] SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL HAJ AIZA NORSHAHUA BINTI JAIMON
7. RAJA BERPERLEMBAGAAN
Sistem Raja Berperlembagaan
1. Di negara kita, sistem Raja berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 2. Sistem ini telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan padatahun 1957. 3. Dalam sistem Raja Berperlembagaan di negara kita, raja menjadi pemerintah tertinggi negara. 4. Baginda disebut Yang di-Pertuan Agong, manakala timbalannya disebut Timbalan Yang diPertuan Agong. 5. Kedua-dua jawatan ini disandang dalam tempoh lima tahun. 6. Kedua-dua jawatan ini diisi secara bergilir-gilir melalui pemilihan daripada kalangan sembilan raja Melayu yang memerintah sembilan buah negeri Melayu. 7. Dalam melaksanakan pemerintahan negara, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan secara sendirian. Segala keputusan berkaitan dengan urusan pemerintahan negara dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri. (c) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu serta agama Islam; (d) menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuannya. Misalnya yang berkaitan dengan persempadanan semula negeri. 6. Majlis Raja-raja mempunyai setiausaha yang dikenal sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. 7. Perlantikannya dilakukan sendiri oleh Majlis Raja-raja. 8. Setiausaha Majlis Raja-raja merupakan jurucakap rasmi yang mengumumkan sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Raja-raja. 9. Antara tugas Penyimpan Mohor Besar Rajaraja adalah membuat pengumuman tarikh permulaan puasa dan tarikh hari raya.
Majlis Raja-raja
1. Majlis Raja-raja dianggotai oleh semua Sultan Negeri-negeri Melayu, Yang Dipertua bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak. 2. Majlis ini bebas daripada badan perundangan persekutuan dan negeri. 3. Kebiasaannya Majlis Raja-raja ini bersidang tiga atau empat kali setahun. 4. Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan dengan dasar negara, Yang di-Pertuan Agong akan diiringi oleh Perdana Menteri manakala raja-raja Melayu akan diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. 5. Antara tugas Majlis Raja-raja termasuklah:(a) memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong melalui pengundian; (b) menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara, contohnya perubahan dalam dasar imigresen;
Bidang Kuasa
Ketua Negara Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Ketua Agama Islam bagi negeri yang tidak bersultan atau beraja
Menjaga Keamanan
Menjaga keseiamatan dan keamanan negara bukan hanya tanggungjawab anggota pasukan keseiamatan, bahkan tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Janganlah kita melakukan rusuhan atau membuat hasutan yang boleh mengganggu keamanan negara.
Wawasan 2020
1. Wawasan 2020 yang diumumkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1991 adalah saiah satu usaha kerajaan yang berwawasan yang mahukan kemajuan kepada negara. 2. Wawasan ini merupakan suatu pandangan jauh yang mendalam untuk menjadikan Malaysia negara industri yang serba maju dan seimbang dari segi sosial, politik, dan ekonomi menjelang tahun 2020. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri-menteri Timbalantimbalan Menteri Setiausaha-setiausaha Parlimen
Perpaduan kaum Peningkatan taraf hidup Kestabilan politik Pengukuhan sistem pentadbiran Peningkatan maruah bangsa dan negara Penghayatan dan penerapan semangat yakin diri Pengukuhan nilai murni Setiausaha-setiausaha Politik Struktur jentera pentadbiran negara pentadbiran, pengurusan kewangan, serta membanteras rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota pentadbiran kerajaan. 3. Maka, selaras dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dalam usaha mencegah jenayah rasuah. 4. Kesan buruk rasuah bukan saja akan merosakkan pelaku-pelakunya tetapi juga dapat meruntuhkan seluruh sistem pentadbiran negara. 5. Untuk melancarkan jentera pentadbiran negara, setiap kakitangan kerajaan tertakluk pada garis panduan dan akujanji 6. Setiap kakitangan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan dengan komitmen yang tinggi dan menghindarkan diri daripada penyelewengan. 7. Di samping itu, ketua-ketua jabatan diminta agar mengenal pasti dan mengatasi isu serta masalah yang dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan. AIZA NORSHAHUA BINTI JAIMON