• Jenis-jenis main
- Main sosial (Social Play)
- Main kognitif (Cognitive Play)
- Main Bebas (informal Play)
- Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)
- Permainan Luar (Outdoor Play)
Main sosial
Main “occupied”
- murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun.
Main ‘solitary’
- kanak-kanak tersebut bermain seorang diri, tanpa menghiraukan rakan dan keadaan sekelilingnya.
Main ‘onlooker’
- kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih berminat dengan permainan
orang lain.
Main ‘parallel’
- kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan
rakannya.
Main ‘associative’
- kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam alatan, tetapi mereka tidak bermain
bersama-sama.
Main ‘cooperative’
- kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.
Main Kognitif
Dalam main kognitif murid menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan
perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan kreativiti.
Jenis-jenis main kognitif:
- main simbolik
- main ‘games and rules’
- main konstruktif (Constructive Paly)
· Main simbolik
- memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan
berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama , ibu atau sekuntum bunga.
· Main ‘games and rules’
- murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkat laku mereka semasa bermain adalah dalam had atau
peraturan permainan tersebut.
- murid bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia meraka.
- Murid menggunakan bahan atau alatan mainan untuk membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan
kenderaan dan sebagainya mengikut daya kreativiti masing-masing.
Main Bebas
- Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran.
Semasa menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan yang disediakan rakan sebaya dan orang
dewasa.
Permainan Luar
- Di antara alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkangjongket,
buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam
keadaan riang dan menggembirakan.
- Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap
sederhana dan hormat menghormati.
- Aktiviti permainan luar dapat memperkembangkan motor halus, motor kasar, koordinasi sosial dan kreativiti.
- Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan komponen dan hasil pembelajaran.
- Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran. Membantu guru mencetus idea yang lebih menarik.
- Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada tema. Pelbagai aktiviti pembelajaran
boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih.
- Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas
matematik dan berfikir.
- Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan kanak-kanak mengikuti dengan
mudah.
Faktor-faktor pemilihan tema ialah
- Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen.
- Berkaitan dan bersesesuaian dengan pengalaman sedia ada, pengalaman yang akan diperolehi dan kehidupan
murid.
- Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid.
- Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa.
- Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hand on experience) melalui aktiviti
pembelajaran.
- Kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada dan memberi pengetahuan baru kepada
murid.
- Mengikut prinsip-prinsip pengajaran iaitu bermula dari yang dekat kepada yang jauh, dari yang mudah kepada
yang sukar dan mencabar, dan daripada yang umum kepada yang spesifik.
Pelaksanaan
- Murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik.
- Kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-kanak mempelajari isi kandungan
dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna.
- Mencipta peta minda ‘web’ tema.
- Rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir.
- Guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil pembelajaran. Jika aktiviti itu
tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan.
- Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaitan dengan tema.
- Memilih tema mengikut musim atau peristiwa.
Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar
sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah.
Apa yang disepadukan?
- Kesepaduan antara tunjang
- Kesepaduan antara teori dan amali
- Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni.
- Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik
- Kesepaduan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.
- Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid.
- Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas.
Tujuan pendekatan bersepadu :
- Mendalami atau meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih menyeluruh.
- Mempunyai lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat dan keupayaannya dan menimbulkan
kepuasan belajar.
- Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna.
- Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.
- Mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
- Mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan rajin.
Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara atau pembinbing. Murid
mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Guru perlu menyediakan
persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran
berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri menerusi
pengalaman baru.
Kepentingan
- Mengajar bagaimana berfikir &mencari maklumat bagi diri sendiri – Tidak bergantung
pada guru utk dapat maklumat / terima kesimpulan org lain
- Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi
- Mengumpul, menyusun, menganalisa maklumat utk sampai kpd satu keputusan
- Menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi
Pembelajaran masteri
- merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam
sesuatu perkara yang diajar.([Bloom, 1968]
- berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran dengan baik dan penuh keyakinann sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi
disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
Ciri-ciri
- Hasil pembelajaran perlu ditentukan
- Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran
- Aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan
- Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK)
- Bahan P&P yang berkesan
- Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah keunit
pembelajaran yang baru.
- Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai arasmasteri
- Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran
secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
- Ciri:
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan
cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai
dan bermakna kepada murid.
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.
MURID
- Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
- Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
- Boleh memindahkan kemahiran
- Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
- Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
- Dapat belajar secara kerjasama
GURU
- Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.
- Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
- Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau
industri.
Kepelbagaian Kecerdasan
· Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence)
- Setiap kanak-kanak mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah mengikut pertumbuhan
dan perkembangannya.Selain daripada guru di sekolah, ibubapa hendaklah berperanan memberi peluang
kepada anak-anak mereka membangunkan kepelbagaian kecerdasan.
- Menurut Howard Gardner, setiap individu / kanak-kanak mempunyai kebolehan membangunkan kesemua
kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah.
Menurut Howard Gardner, seseorang individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kepelbagaian kecerdasan seperti
berikut:
Kecerdasan Ruang
Kebolehan seseorang mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah
kebolehanmempersembahkan dalam bentuk grafik seperti mencorak, melukis serta mengukir.
Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan nada dan melodi termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama
yangmudah.Ia juga termasuk dalam kebolehan menghafal sesuatu dengan berlagu seperti menyanyi, bernasyid dll.
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan gerakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah
termasuklahkemahiran fizikal koordinasi, kepantasan dan keseimbangan.
Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan diri sendiri seperti memahami kemahuan, matlamat dan citi-cita serta perasaannyasendiri.
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, mempunyai kemahiran mengurus diri sendiri supaya dapatmenghasilkan
kecemerlangan dan motivasi diri dan dapat meningkatkan konsep kendiri yang positif serta dapatmenguasai emosi dan
kerohanian yang kuat untuk mengharungi alam kehidupan.
Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami perasaan seseorang, berinteraksi dan memahami kemahuan, fikiran dan perlakuan orang lain.Kanak-
kanak yang mengusai kecerdasan ini boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisandengan orang lain
dan dapat mengawal perasaan apabila mereka berkawan.
Kecerdasan Naturalistik
Kebolehan menggunakan apa yang terdapat pada alam sekeliling seperta mengklasifikasi dan menghargai
tumbuhtumbuhandan haiwan