Anda di halaman 1dari 9

Topik-topik adalah meliputi: 1.Pengurusan Bilik Darjah. 1.1 Konsep Pengurusan Bilik darjah. 1.

2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah yang berkesan. 1.3 Rutin bilik darjah. 1.4 Disiplin Bilik Darjah. 2.Interaksi dan Komunikasi Dalam Bilik Darjah 2.1 Interaksi dalam bilik darjah. 2.2 Jenis-jenis interaksi dan kepentingannya. 2.3 Cara-cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. 3.Teori dan proses pembelajaran. 3.1 Konsep pembelajaran. 3.2 Teori-teori pembelajaran:Behaviouris - Menganggap pembelajaran sebagai perubahan dalam tingkahlaku Kognitif - Menganggap pembelajaran sebagai satu proses dalaman yang tidak diperhatikan secara langsung Teori Sosial - Menganggap pembelajaran meliputi aspek yang lebih daripada tingkahlaku yang nyata. Teori Humanis -Menekankan perbezaan individu dan kehendak sikap dalam pembelajaran. Teori Konstruktivisme - Menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. 3.3 Proses Pembelajaran -Kesediaan belajar -Corak pengamatan -Penanggapan -Ingatan dan lupaan -Pemindahan pembelajaran. 3.4 Implikasi Proses Pembelajaran. 4. Pengajaran 4.1 Konsep Pengajaran - Aktiviti / proses yg dirancang / dikelola / disampaikan / dibimbing / dinilai dgn tujuan penyebaran ilmu pengetahuan / kemahiran secara berkesan 4.2 Model-model pengajaran dan implikasinya ke atas pengajaran dan pembelajaran. Ekspositori - Berkaitan dengan tindakan guru, membekalkan fakta, idea, dan maklumat penting yang lain kepada pelajar Pemprosesan maklumat - Melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan Inkuiri - Melibatkan pelajar dalam member pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis, dan membuat inferens dan kesimpulan Projek - Suatu penyiasatan mendalam tentang topik dunia sebenar yang sewajarnya mendapat perhatian pelajar. 4.3 Strategi Pengajaran: Pemusatan guru

- Pelajar fokus utama (sehala), langkah yang kecil, membimbing pada sesi awal, dan beri latihan amali yang kerap. Interaksi guru-pelajar, Guru mungkin mengkritik, memperbetul, atau menolak idea, pelajar, Guru membuat keputusan dan menentukan aktiviti pembelajaran. Pemusatan pelajar - Mengembangkan kebolehan pelajar, motivasi, penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan. Interaksi pelajar dengan pelajar, Penerimaan dan penggunaan idea pelajar, kumpulan pelajar menentukan bagaimana hendak meneruskan dengan tugasan pembelajaran. Pemusatan sumber -Berasaskan tugasan. Guru perlu terlebih dahulu menyediakan pelajar menghadapi sesuatu aktiviti,memberi bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti,dan menstruktur refleksi pasca aktiviti selepas sesuatuaktiviti 4.4 Pendekatan Mengajar Kesepaduan - Menekankan proses pembelajaran dan bukan isi kandungan mata/pelajaran dan kemahiran semata-mata. Mementingkan nilai sosial pembelajaran dimana pelajar digalakkan belajar secara koperatif dengan pelajar lain Induktif - Guru memberi beberapa contoh yang kesemuanya mempunyai konsep dan peraturan konsep yang sama. Walaubagaimanapun peraturan konsep tidak dinyatakan. Pelajar cuba mencarinya melalui contoh-contoh yang diberi. Cnth : binatang mamalia (cirinya?) Deduktif - Guru memulakan dengan peraturan konsep,atau suatu pernyataan am tentang apa yang akan dibuktikan dalam sesi pengajaran berkenaan. Mencungkil ciri-ciri penting dan bukan penting konsep berkenaan dengan menyoal pelajar. Eklektif - Adalah gabungan kaedah pengajaran seperti gabungan pendekatan induktif dan deduktif. 4.5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pedagogi Bestari. Definisi - Institusi pembelajaran yang telah direka semula secara menyeluruh dari segi amalan P&P dan pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi zaman maklumat Direktif - pelajar memperolehi maklumat daripada guru melalui pengajaran, bimbingan, latihan, arahan, fokus pada kemahiran asas,latih tubi(berpusatkan guru), demonstrasi (guru sbg model) Mediatif - Guru sebagai fasilitator dan pengantara, bimbingan diberi kepada pelajar untuk mempelajari bagaimana mengaplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Kombinasi proses memberi sebab, bimbingan dan perbincangan Generatif - Guru sebagai fasilitator, Pelajar bertindak apabila situasi memerlukan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan dan penyelesaian secara unik termasuk percambahan fikiran, peta minda dan kreativiti. Pendekatan konstruktivisme. Pemerhatian

- Guru sebagai mentor dan fasilitator. Pembelajaran melalui memerhati orang lain melakukan tugas itu atau penerangan tentang sesuatu kemahiran. Belajar secara tidak sedar. Pemerhatian rapi diikuti dengan peniruan. Kaedah/ teknik seperti eksperimen, simulasi (main peranan, permainan, model) lakonan. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) - Pembelajaran yang berlaku tanpa pengawalan secara langsung daripada guru. ICT - Mengakses, mencari dan meneroka, menerima, mengumpul, memproses menggunakan maklumat (Komputer, Internet, E-mail, Telesidang, On-line, chat). Konstektual - Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan mindson KBKK - Pemikiran kritis penggunaan cara berfikir untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu perkara atau masalah secara rasiaonal dan logikal (membanding beza, membuat klasifikasi, ramalan, menerang sebab, mengesahkan sumber maklumat, Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan - Pemikiran kreatif penggunaan cara berfikir untuk mengembangkan, modifikasi atau merekacipta yang baru. mencipta analogi, menjana dan menghasilkan idea baru, mencipta metafora. (Kedua-dua pemikiran dapatlah Membuat Keputusan dan Menyelesaikan masalah) Kajian Masa Depan - Jangkaan masa depan, membuat keputusan. strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan Pembelajaran Masteri - Memberi tumpuan kepada perkara yang telah diajar, pengajaran sesuai dan dalam masa tertentu. Aktiviti susulan/pembetulan. Secara terancang hingga tercapai objektif. Konstruktivisme - Pengetahuan dibina sendiri oleh pelajar secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Kecerdasan Pelbagai - Setiap individu mempunyai 8 kecerdasan, dinilai secara berasingan, boleh dipelajari dan dididik, saling berkait walaupun perkembangannya tidak seiring dan Satu / dua kecerdasan dominan dan berkembang sepenuhnya. Belajar Cara Belajar - Menekankan isi pelajaran harus dirancang berasaskan kepada pembelajaran pelajar dan bukan pengajaran seorang pengajar. (pemusatan pelajar dan bahan,penggunaan strategi berasaskan tugasan/aktiviti Penilaian Kendalian Sekolah - Mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar. Bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat. tujuannya mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran pelajar di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru 4.6 Kaedah dan Teknik Mengajar Belajar sambil main - Mengubahsuai permainan spontan mempunyai nilai- nilai pendidikan. Terdapat empat jenis permainan: permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan (games) Main peranan - Pelajar main peranan penerokaan di mana individu dilatih menjadi lebih peka terhadap perasaan orang lain melalui respons spontan bersama perbincangan berpandu dan ianya wujud dalam situasi berkumpulan Tematik - Dalam strategi tematik, Konsep-konsep dari beberapa mata pelajaran ditimbul dan dihubungkait melalui satu tema Bersepadu - satu cara mengorganisasi program pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasaskan fungsinya

Bercerita - boleh mempromosikan minat, mengembangkan penghargaan dan keseronokan Pemudahcaraan - memberi sokongan dari segi kemahiran belajar dan meningkatkan motivatsi mereka. menggalakkan komunikasi di kalangan pelajar, menjawab soalan yang ditanya oleh pelajar, membantu pelajar dengan tugasan dan menentukan kemajuan mereka. Perbincangan - melibatkan perbualan antara pelajar dengan guru dalam sebuah kelas atau antara sekumpulan pelajar.(tukar pendapat) Inkuiri - kaedah penemuan, kaedah inkuiri menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam proses menemui jawapan atau rumusan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis. Kaedah ini adalah secara induktif Tunjuk cara - memerlukan pelajar memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara langsung dari guru kepada pelajar. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa proses, maklumat dan ide. Penyelesaian Masalah (Theory of Constraint (TOC) - boleh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau boleh digabungkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheren dan mengubah sistem pengurusan. Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk yang boleh dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah supaya dapat mereflek kefahaman sesuatu situasi. Pembelajaran Masteri - Pembelajaran ini direka untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif-objektif pembelajaran dan memberi setiap pelajar masa untuk mencapainya 4.7 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan - Pembolehubah Konteks - Pembolehubah Proses - Pembolehubah Produk 5. Pengujian dan Penilaian Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaikan kelas 5.1 Konsep pengukuran, pengujian dan penilaian serta tujuan pengujian dan penilaian 5.2 Ciri-ciri utama ujian. 5.3 Jenis-jenis ujian dan penilaian. Ujian formatif dan sumatif 1. Formatif - aktiviti mengesan kelemahan dan kekuatan (pencapaian), berbentuk formal/tak formal, lebih kerap semasa proses p&p, direkodkan dlm borang prestasi-aktiviti pemulihan serta merta. 2. Sumatif - pengujian beberapa unit pembelajaran mengikut tahap, biasanya penggal/tahunan, tujuannya mengesan pencapaian dlm kelas dan perbandingan antara kelas. Penilaian formal seperti UPSR,PMR,SPM, STPM. (pemeringkatan gred) - Ujian prestasi dan Ujian kertas dan pensil - Ujian kepantasan dan daya - Penilaian rujukan norma dan kriteria 5.4 Jadual Penentuan Ujian (JPU) Tujuan - menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian, panduan kepada penggubal soalan, menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa. menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang Ciri-ciri utama JPU - Ada tajuk yang hendak diuji, senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji, paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji , gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian. merangka secara nyata bidang yang akan diuji.

Cara menyedia JPU - Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji, senaraikan isi kandungan, bina carta dua hala, nombor item dibina mengikut aras kemahiran, bil item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian, semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum. Kepentingan JPU - untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai, mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai, kemajuan, penempatan ikut kebolehan, dan tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan pelajar dlm proses p&p. 5.5 Pembinaan Item Ujian Item Objektif - dibekalkan satu tugasan berstruktur , menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat. Ada 2 Item pilihan jawapan bebas dan Item pilihan jawapan tetap. Perlu ikut aras. Item Subjektif - soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis, tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan. jawapan pendek , soalan berstruktur. soalan esei 5.5 Cara Pemarkahan Analitik - Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan Holistik - pemarkahan secara umum, tanpa memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain 6. Perangkaan Asas - Graf,ogif,histogram, lengkungan, kekerapan - Min,median,mod - Sisihan piawai(data terkumpul,tidak terkumpul) - Skor piawai z dan t - Menginterpretasi data dan pelaporan 7. Penilaian Kendalian Sekolah Pengertian - Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSM. Prinsip - penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis Tujuan - membaiki pembelajaran pelajar dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada PBS Cara mengelolakan - Penilaian Alternatif a. Portfolio b. Persembahan/amali c. Pemerhatian 8. Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif Pemulihan - satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan i. Konsep,Rasional dan Tujuan Pemulihan - Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau, memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi, memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah. ii. Masalah Pembelajaran- Belajar secara lambat, selalu gagal Faktor psikologi - Faktor kecerdasan mental Faktor Biologi/Kesihatan masalah kesihatan Faktor Persekitaran - masalah bahasa iv. Cara-cara pengesanan kesukaran pembelajaran pemulihan v. Peranan guru biasa dalam pelaksanaan pemulihan

Pengayaan - Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah i. Konsep, Rasional dan Tujuan Pengayaan ii. Jenis-jenis aktiviti pengayaan iii. Cara mengelolakan aktiviti pengayaan Pendidikan Inklusif peluang pendidikan yang disediakan bagi pelajar yang mempunyai pelbagai jenis kecacatan( seperti kecacatan pendengaran atau penglihatan) yang belajar di dalam bilik darjah biasa bersama-sama dengan pelajar yang sebaya dengan mereka i. Konsep pendidikan inklusif ii. Jenis-jenis pelajar istimewa iii. Peranan guru resos dan guru biasa 9. Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Falsafah Pendidikan Guru i. Konsep Asas Falsafah Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif.[1] Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.[2] Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia ii. Falsafah Pendidikan Barat Perenialisme - bermaksud tidak berubah, ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah.Matlamat Pendidikannya mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi atau tidak dan mempunyai had masa. Essensialisme - menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan perkara ini pula boleh berubah dari masa ke semasa. bersifat praktikal dan pragmatik. Pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya. iii. Falsafah Pendidikan Islam "Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampai ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat". iv. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. v. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." vi. Implikasi FPK dan FPG kepada peranan guru sebagai pendidik (rujuk nota huraian FPK) Matlamat Pendidikan Negara - bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: Percaya dan patuh kepada Tuhan. Berilmu pengetahuan. Berakhlak mulia. Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. 10. Pengurusan dan Perkembangan Kurikulum - Konsep Kurikulum i. Jenis-jenis Kurikulum 1. Kategori kognitif merangkumi konsep asas ilmu, teori dan hokum. 2. Kategori kemahiran - merangkumi tingkahlaku,amalan, kemahiran, sukan dan interaksi sosial. 3. Kategori aktif merangkumi pemikiran, sikap dan kepercayaan seperti nilai estetik dan nilai moral. 4. Kategori aplikasi - merangkumi kebolehan penggunaan ketiga-tiga kategori yang dinyatakan diatas, menyelesaikan masalah sosial & harian ii. Model-Model Kurikulum - model tyler, taba, stenhouse Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum - kehendak dan keperluan pelajar, kehendak dan keperluan negara, serta kehendak sarwa jagat -Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) - Pengubahsuaian sukatan pelajaran dalam KBSM - Peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum 11. Guru Sebagai Satu Profesion - Konsep Profesional dan bukan Profesional - Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia - Akauntabiliti Guru terhadap : i. Sekolah ii. Pelajar iii. Profesion iv. Komuniti 12. Guru dan Alam Pendidikan i. Pengamal Ilmu ii. Pengamal Kemahiran iii. Pembentuk Nilai iv. Pendidik (Educare/Educere) v. Agen Sosialisasi vi. Agen Perubahan vii. Penggerak Masyarakat viii. Pembina Negara ix. Penyebar Ilmu x. Guru Penyayang (Caring Intellectual) xi. Pakar Rujuk xii. Mentor xiii. Pengurus xiv. Penyelidik xv. Patriot

13. Kemahiran Profesional Guru - Kemahiran: i. Belajar ii. Berfikir iii. Merancang iv. Pemudahcaraan v. Berkomunikasi vi. Mengurus vii. Mengurus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) viii. Menyelidik dan memperoleh maklumat/Penggiat dan Penjana Ilmu 14. Peningkatan Profesionalisme Guru - Peningkatan Kendiri i. Penyelidikan tindakan ii. Muhasabah diri/refleksi iii. Budaya Ilmu iv. e-Pembelajaran v. Latihan Dalam Perkhidmatan 15. Cabaran Profesion Keguruan i. Sekolah Berkualiti ii. Pengurusan dalam pendidikan: iii. Pembestarian pendidikan iv. Globalisasi Pendidikan Secara ringkas, isi-isi utama adalah seperti berikut: Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyalurkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada pelajar supaya mereka dapat berfungsi dengan berjaya dalam masyarakat. Dalam Model Pengajaran Ekspositori, guru yang membekalkan semua fakta, idea dan maklumat lain kepada pelajar. Dalam Model Pemerosesan Maklumat, maklumat yang diterima oleh pelajar akan melalui beberapa siri transformasi apabila maklumat itu berpindah dari daftar sensori ke ingatan jangka pendek dan akhirnya ke ingatan jangka panjang. Prosesproses pembelajaran seperti terdapat dalam Model Pemerosesan Maklumat dapat diterangkan oleh sembilan peristiwa arahan Gagne. Dalam Model Inkuiri pelajar dikehendaki menyoal untuk menyiasat, memberi idea, mencadangkan hipotesis, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis dan membuat kesimpulan tentatif. Dalam Model Projek, guru memainkan peranan sebagai pemudahcara dan membantu pelajar mengenal pasti masalah. Guru mewujudkan suasana yang memastikan terdapat kebebasan untuk menyiasat dan peluang untuk berinteraksi satu sama lain dengan baik. Guru juga memberi sokongan psikologi. Empat strategi pengajaran utama telah dibincangkan: Pemusatan guru, Pemusatan Pelajar, Berasaskan Sumber dan Berasaskan Tugasan. Terdapat empat pendekatan pengajaran utama iaitu kesepaduan, induktif, deduktif dan eklektik. (a) Pendekatan pengajaran kesepaduan adalah satu cara untuk menyusun program pengajaran supaya mata pelajaran dan kemahiran yang berasingan dapat dihubungkaitkan satu sama lain dan pelajar diajar mengikut gambaran menyeluruh yang menyepadukan semua topik dan kemahiran. (b) Dalam pendekatan induktif, guru memberi beberapa contoh yang kesemuanya mempunyai peraturan konsep yang sama. Peraturan konsep tidak dinyatakan. Pelajar dikehendaki mencari dan menyatakannya melalui contoh-contoh yang diberi di hujung pelajaran.

(c) Dalam pendekatan deduktif, guru bermula dengan peraturan konsep atau satu pernyataan umum tentang apa yang ingin dibukti. Kemudian guru menunjukkan bukti untuk peraturan konsep tersebut melalui beberapa contoh dan menyoal pelajar supaya dapat mencungkil daripada pelajar ciri-ciri penting dan bukan penting peraturan konsep berkenaan. (d) Pendekatan eklektif adalah gabungan kaedah pengajaran seperti gabungan pendekatan induktif dan deduktif. Kaedah-kaedah dan teknik-teknik pengajaran juga dibincangkan termasuk pembelajaran melalui permainan, main peranan, sumbangsaran, tematik, integrasi atau kesepaduan, bercerita, memudahcara, perbincangan, inkuiri, demonstrasi, penyelesaian masalah dan pembelajaran masteri Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan ialah pembolehubah konteks, proses dan produk. Diharapkan pada akhir perbincangan ini, dapat kita sama-sama : 1. menerangkan konsep pengajaran yang berkaitan dengan profesionalisme guru dan pengajaran berkesan; 2. menerangkan pelbagai jenis model pengajaran dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran; 3. mengenal pasti strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang boleh menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; 4. menerangkan dengan jelas konsep pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan; 5. mengira ukuran-ukuran kecendurangan memusat dan sebaran dengan tepat; 6. mengira dan mentafsir pelbagai jenis skor piawai yang digunakan dalam pengujian; dan 7. menerangkan dengan tepat konsep, prinsip dan pelaksanaan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah gdluck....

Anda mungkin juga menyukai