Anda di halaman 1dari 4

Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran dan penglibatan

pelajar. Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit serta terdiri daripada
bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Guru bercakap lebih daripada
pelajar semasa proses PdP. Meja dan kerusi diatur dalam barisan serta menghadap papan putih.
Berpusatkan Guru Menurut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan pendekatan yang mudah
dirancang dan diurus.
3. Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah- langkah kecil yang
menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah mengemukakan
bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua pelajar
latihan amali berperingkat tinggi yang lebih kerap. Pendekatan ini sesuai untuk menyampaikan
fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu. CONTOH: Fakta-fakta sains, perbendaharaan kata,
dan pengiraan matematik.
4. Komunikasi sehala Murid pasif dan mendengar sahaja Guru mengarah dan mengawal
pembelajaran Murid kurang kreatif/Tidak berinisiatif Guru berperanan utama dalam PdP
Menekankan ujian sumatif bagi penggredan Murid kurang berminat terhadap penerangan guru
Kepimpinan corak autokratik Guru berkuliah Sifat-sifat sosial kurang dipupuk Ciri-Ciri
5. Berpusatkan Murid Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit
tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit
kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka
(Martin et al, 1994). Menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu
mereka belajar bagaimana untuk belajar. Guru bertindak sebagai fasilitator, murid terlibat secara
aktif. Strategi ini lebih sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan
dalam strategi berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan
kemahiran pemikiran kreatif dan kritis.
6. CONTOH STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR: Penerokaan, inkuiri penemuan dan
beberapa bentuk perbincangan. Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan
kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas. Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk
pelajar menggunakan secara individu atau dalam kumpulan-kumpulan kecil. Pelajar dapat
bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan serta bebas menyuarakan pendapat
mereka. Selaras dengan Teori Konstruktivisme iaitu pelajar memperoleh pengetahuan melalui
pengalaman sendiri.
7. Pemindahan pelajaran berlaku Komunikasi dua hala Naluri ingin tahu dikembangkan
Kepimpinan bercorak demoratik Murid aktif dalam PdP Murid lebih kreatif Murid minat dalam
pelajaran Mementingkan perkembangan JERI murid Pupuk sifat positif: bekerjasama Ciri-Ciri
Memerlukan pemantauan oleh guru
8. Guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan
saintifik, komputer, dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Meliputi cara yang pelbagai
untuk mengajar murid yang memerlukan bimbingan guru / belajar secara individu Memberikan
penekanan terhadap penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan PdP. Membolehkan
pembelajaran mengikut kadar sendiri dan pada bila- bila masa. Berpusatkan Bahan
9. Faktor penggunaan bahan • Objektif pengajaran • Keperluan murid • Strategi pengajaran •
Kebolehan murid Contoh Penggunaan Bahan • Komputer • Penggunaan slaid • Carta • Modul
Kepentingan • Kepelbagaian media akan meningkatkan proses PdP • Membantu murid yang tidak
hadir. • Memenuhi keperluan murid yang pelbagai. • Meningkatkan kemahiran berfikir kreatif dan
kritis murid. • Meningkatkan minat dan semangat murid untuk belajar.
10. Kesimpulan • Terdapat pelbagai strategi pembelajaran yang boleh digunakan. • Guru haruslah
bijak memilih strategi yang sesuai dengan kandungan dan objektif pembelajaran. • Oleh itu, guru
memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sejauh mana tahap pencapaian
pelajar melalui susun atur proses pengajaran dan pendidikan yang efektif.
11.
Strategi berpusatkan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan murid dalam aktiviti/tugasan
yang memberi peluang kepada murid untuk memilih atau mengaplikasikan apa-apa yang
dipelajari ( dalam proses memberi bimbingan dan strategi-strategi mempermudahkan tugasan
atau bantuan atau scaffolding yang membolehkan mereka menyempurnakan aktiviti dengan
jayanya).Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Menurut J. Dewey (1910), melalui aktiviti
murid, intelek, rohani, sosial, dan jasmani mereka dapat dikembangkan dan murid akan belajar
dengan lebih berkesan melalui cara yang praktik. Contohnya aktiviti membaca, menulis, bermain,
berbincang, dan lain-lain.

Antara kriteria yang dipilih dalam pemilihan atau membentu aktiviti adalah seperti berikut:
Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada maklumat utama topik yang ingin diajar.
Berdasarkan matlamat pengajaran, pelbagai aktiviti dapat disediakan.
Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi , bukan aktiviti yang
dilaksanakan secara individu.
Aktiviti juga harus berkait dengan peristiwa atau isu semasa.
Aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika menginginkan impak yang
berkesan.
Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuannya agar murid dapat
melibatkan diri dalam aktiviti. Murid hendaklah jelas tentang matlamat yang ingin dicapai.Apabila
murid ingin melaksanakan aktiviti, guru memantau kemajuan dan menyediakanbantuan jika perlu.
Kesemua tugasan perlu disusuli dengan refleksi atau perbincangan. Guru menyemak dan
memberi maklum balas umum tentang prestasidan mengukukuhkan idea-idea utama.
3.3 Kaedah
Kaedah Simulasi Simulasi berasal dari kata simulate yang bererti berpura-pura atau
berbuat seakan- akan. Dalam kaedah pengajaran, simulasi juga bermaksud cara persediaan
pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep,
prinsip atau keterampilan tertentu.
8. Faridah Nazir dipetik daripada (Juriah Long, et al.1992:29) Simulasi ditakrifkan sebagai satu
situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid-murid
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan,
menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
9. Secara Umun • Menggabungkan maklumat mengenai satu- satu kemahiran melalui
demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh
murid-murid. • Dibentuk berasaskan perihalan mengenai situasi sebenar di mana kita cuba
mewujudkan semi situasi yang mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran.
10. Tujuan • Membantu murid-murid melihat perwakilan objek yang sebenar.
11. Contoh • Pengajaran tentang membedah seekor katak tunjukkan pembedahan bersifat
simulasi dengan menggunakan komputer dahulu. Dengan ini murid-murid dapat melihat
kandungan dalaman katak sebelum pembedahan dilakukan. • Pengajaran cara memandu kapal
terbang. Menggunakan simulasi yang menunjukkan cara seseorang memandu kapal terbang.
12. Simulasi Kebakaran Simulasi Simulasi lampu lalu lintas Simimulasi di kokpit pesawat
13. Kelebihan main peranan &Simulasi • Memberi peluang pada murd memikirkan cara
penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan • Meningkatkan
kemahiran pertuturan (semasa berlakon) • Meningkatkan kemahiran pertuturan (semasa
berlakon) • Menarik & seronok di samping membawa suasana pembelajaran yang berkesan •
Menggalakkan interaksi antara murid
14. • Dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar • Menghayati nilai-nilai moral
yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif • Banyak situasi luar
bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah • Secara tidak langsung, bakat lakonan murid
dapat diasah melalui lakonan
3.4 Teknik
Tentu anda tahu lakonan juga merupakan satu teknik yang menyeronokkan. Kebanyakan isi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral boleh dilakonkan atau dihidupkan dengan
menggunakan teknik lakonan.

Lakonan merupakan satu teknik yang memerlukan seseorang itu memainkan peranan
semasa melakonkan sesesuatu cerita atau peristiwa sama ada secara spontan atau
membaca skrip yang disediakan. Lakonan dapat menghidupkan pengajaran Pendidikan Moral
dan merupakan suatu kuasa ‘magic’ untuk menarik minat murid.

Tahukah anda apakah jenis-jenis lakonan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral. Terdapat tiga jenis lakonan:

 Lakonan spontan / lakonan tanpa skrip


 Lakonan berskrip / baca lakon
 Lakonan mimos / menggunakan mimik muka dan perlakuan tanpa suara.
 Lakonan menggunakan pelbagai jenis boneka

Anda mungkin juga menyukai