Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN
Interaksi antara tamadun membawa sumbangan yang besar kepada tamadun yang
lain. Ghazali Basri (2008) menerangkan bahawa perkataan tamadun dikaitkan dengan
kata kerja maddana yang bererti membina atau mengasas sesebuah bandar. Kata
terbitan maddana ialah Madinah. Sayyid Qutb pula mendefinisikan tamadun sebagai
kemajuan berteraskan syariat Allah SWT yang bercirikan nilai moral Islam. Nilai moral
yang tidak berlandaskan Islam dan bertentangan dengan ajaran Islam ditolak sama
sekali.

Interaksi pula bermaksud keadaan saling berhubungan, melakukan aktiviti atau


mempengaruhi antara dua pihak atau lebih. Interaksi dalam konteks tamadun adalah
melibatkan hubungan sosial yang dinamis antara satu kumpulan dengan kumpulan
yang lain. Hubungan ini sama ada dengan menggunakan bahasa atau mengadakan
tindakan yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. (Razimi dan Shahaidil,
2018). Oleh itu, tidak hairanlah bahawa kecemerlangan tamadun Malaysia pada hari
ini banyak dipengaruhi oleh tamadun Islam,China dan India oleh kerana interaksi yang
berlaku antara tamadun.

1
2.0 FAKTOR INTERAKSI
Interaksi yang berlaku antara tamadun terjadi apabila terdapat faktor yang
menggalakkan tamadun-tamadun ini. Kedudukan geografi berperanan membentuk
interaksi antara tamadun. Bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan yang baik
pada sesebuah kawasan itu akan mendorong berlakunya sesuatu interaksi. Selain itu
adalah aktiviti prdagangan. Aktiviti perdagangan memerlukan kepada kewujudan
sistem perhubungan yang baik seperti yang antara arab dengan cina melaui jalan
darat dan laut. (Ahmad Zaki, 2009)

Seterusnya, misi politik adalah antara faktor kepada interaksi. Comtohmya


Melaka menjalinkan hubungan diplomatic dengan China bagi menglakkan diserang
oleh siam. Interaksi seperti ini memberi manfaat kepada sesebuah tamadun. Akhir
sekali adalah misi peyebaran dakwah. Misi dakwah telah dipelopori oleh pedagang-
pedagang Arab dan Parsi seperti penyebaran agama Islam. Dakwah Islam juga telah
sampah ke tamadun Malayu melalui interaksi antara tamadun yang telah berlaku ini.
(Abdul Rahman,1984).

2
3.0 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM,CHINA DAN INDIA DALAM MEMBENTUK
KECEMERLANGAN TAMADUN MALAYSIA DALAM KONTEKS:

3.1 BAHASA
Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Buddha sudah
bertapak kukuh dalam setiap aspek kehidupam masyarakat Alam Melayu
hingga berabad-abad lamanya. Hal ini demikian mempengaruhi
perkembangan bahasa Melayu. Pengaruhnya dapat dilihat dalam konteks
penggunaan bahasa Melayu pada zaman empayar Srivijaya. Batu bersurat
yang dijumpai di sekitar Palembang menunjukkan bukti bahawa terdapat kira-
kira 70% kosa kata bahasa Melayu kuno dan 30% lagi kata pinjaman daripada
bahasa Sanskrit. (Ghazali Darulsalam, 2001)

Namun setelah kedatangan Islam, ianya telah banyak mempengaruhi


bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke Alam Melayu juga telah Berjaya
memartabatkan bahasa Melayu dengan cara membentuk para penggunanya
menuturkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah. Bahasa Melayu juga
menjadi bahasa perantaraan dan bahasa ilmu di kawasan Alam Melayu sekitar
abad ke-15 M hingga abad ke-17 M. Melaka contohnya sebagai sebuah
pelabuhan antarabangsa ketika itu dikunjungi oleh para pedagang dan
pendakwah dari pelbagai negara dan bahasa Melayu telah digunakan ketika
berinteraksi. (Sazelin Arif, 2007)

Suatu hal yang sangat penting diberi tumpuan ialah aspek tulisannya.
Kedatangan Islam di rantau ini telah memperkanalkan tulisan jawi dalam
bahasa Melayu. Tulisan ini mempunyai hubungan rapat dengan tulisan atau
huruf Arab sebagai bahasa al-Quran dan huruf Parsi. Seiring dengan
kemunculan bahasa Melayu bertulisan Jawi tersebut maka bermulalah
perkembangan sastera tulisan, sedangkan sebelumnya cuma terdapat secara
lisan sahaja. (Mohd Kamal, 2007)

Bagi Tamadun China pula, satu dialek bahasa Melayu telah muncul dan
menjadi bahasa pertuturan bagi kumpulan baba dan nyonya yang dikenali
sebagai Melayu Baba dimana terdapat sedikit perbezaan dengan bahasa
Melayu sebenar. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu
pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-
bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan
Jakarta dengan pencampuran bahasa Cina. (Ros Aiza, 2011).

3
3.2 KESENIAN

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan kesenian sebagai perihal


seni yang berkaitan keindahan dan kehalusan dalam sesebuah budaya.
Seperti yang diketahui, tamadun India merupakan tamadun yang kaya dengan
pelbagai ciri unik dalam aspek kebudayaan telah mweujudkan warna warni
dalam kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia. Antara sumbangan
kesenian tamadun India di Malaysia adalah dari seni tarian. Seni tarian
merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia. Tarian yang kaya
dengan pelbagai langkah yang menarik telah mewujudkan suasana yang
berwarna warni di Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai bangsa dan
budaya.
Disamping itu, dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan,
tujuan keduniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian
sesuai mengikut naluri semulajadi manusia. Pengaruh kesenian yang
dibahawa oleh tamadun Islam terbahagi kepada pelbagai jenis antaranya islah
seni bina, ukiran dan kaligrafi serta muzik. Orang melayu di Nusantara ini telah
menjadi penggemar malah pewaris seni tulisa khat yang indah setelah berlaku
penerimaan tulisan arab atau al-Quran. Melalui pengebangan agama dan
persuratan, seni khat turut sama berkembang sejajar dengan senibina, seni
ukir, sulaman dan tenunan. (Mohd Kamal, 2007)
Kesenian senibina Islam jelas dapat dilihat pada rumah orang Melayu
di seluruh Nusantara. Kalimah seperti Allah dan Muhammad sering menjadi
bahan ukiran pada kayu yang diletakkan di pelbagai tempat dalam rumah,
masjid dan lain-lain institusi yang ada hubungan dengan agama dan adat
budaya setempat. Konsep ukiran teratau umpanya banya ditemui dalm ukiran-
ukiran pada mimbar masjid. Orang Melayu juga turut merealisasikan citra
keislamannya dalam ukiran-ukiran di batu nisan, seni bina wakaf, seni ukir
pada perahu, keris dan sebagainya. (Mohd Kamal, 2007)
Bagi Tamadun Cina, gaya seni bina cina adalah setua tamadun Cina.
Prinsip-prinsip seni bina cina kekal secara dasarnya tidak berubah. Perubahan
utama hanya berlaku pada perincian hiasan. Terdapat beberapa bangunan
lama di Melaka yang membuktikan kesenian Melayu dipengaruhi oleh
Tamadun Cina. Ciri seni bina Cina dapat dilihat melalui unsur pagoda pada
seni bina menara yang kebiasaannya terpisah daripada bangunan utama
masjid. (Sazelin Arif, 2007)

4
3.3 KESUSASTERAAN
Kedatangan Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap
warisan kesusasteraan Melayu. Hal ini disebabkan kesusasteraan Melayu
bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah
turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk dan genre serta maklumat
sastera itu sendiri. Para sasterawan tidak sahaja menghasilkan karya-karya
bercorak fiksyen fiksyen, tetapi skopnya turut menjadi luas dengan meliputi
cabang-cabang ilmu fiqah, tasawuf,kalam, falsafah dan sebagainya. (Mohd
Razimi dan Md Shahaidil, 2018).

Tamadun India dan Tamadun Cina juga telah membawa pengaruh kepada
tamadun Melayu. Hasilnya banyak karya-karya tradisional daripada Tamadun
India dan Tamadun cina yang dialih bahasa kepada bahasa Melayu. Karya-
karya ini kemudiannya dikaji dan dipelajari oleh orang Melayu. Karya-karya ini
kebiasaan mengandungi kisah-kisah yang boleh memberi pengajaran kepada
masyarakat melayu dalam kehidupannseharian mereka. (Ghazali Darulsalam,
2001)

5
4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa interaksi antara tamadun adalah
merupakan salah satu kaedah kepada tamadun itu sendiri untuk berkembang dan
maju. Kesan daripada interaksi ini teleh membawa kepada kemajuan dan perkongsian
antara tamadun itu sendiri. Hasilnya, telah wujudlah tamadun yang berkembang maju
dan kaya dengan bahasa, kesenian dan kesusasteraan. Seterusnya tamadun Melayu
terus berkembang dan menjadi sebuah negara Malaysia yang pesat membangun.

6
5.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Doi. (1984). The Islamic Law. Kuala Lumpur: Noordeen Publication.

Ahmad Zaki Abd Latif. (2009). Buku Teks Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS).
Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ghazali Basri. (2008). Pengenalan kepada Tamadun. kuala Lumpur: Penerbitan Bestari.

Ghazali Darulsalam. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Kamal Hasan. (2007). Keutuhan Budaya dan Moral. Putrajaya: Jabatan kemajuan
Islam Malaysia.

Mohd Razimi Husin dan Md Shahaidil Ab Rahman. (2018). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Ros Aiza Mohd Moktar. (2011). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Sazelin Arif. (2007). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

7
Penghargaan

Alhamdulillah, Syukur kehadrat ilahi kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang
diberikan. Terima Kasih saya ucapkan kepada Pensyarah Subjek Tamadun Islam dan
Tamadun Asia yang telah banya membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang bertajuk
Sumbangan Tamadun Islam, China dan India dalam membentuk kecemerlangan tamadun
Malaysia dalam konteks bahasa, kesenian dan kesusasteraan. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih saya kepada semua individu yang telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan
ini.

i
Isi Kandungan

Kandungan Mukasurat

1.0 PENGENALAN 1

2.0 FAKTOR INTERAKSI 2

3.0 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM,CHINA DAN INDIA DALAM MEMBENTUK


KECEMERLANGAN TAMADUN MALAYSIA DALAM KONTEKS:
3.1 BAHASA 3

3.2 KESENIAN 4

3.3 KESUSASTERAAN 5

4.0 KESIMPULAN 6

5.0 RUJUKAN 7

ii

Anda mungkin juga menyukai