Anda di halaman 1dari 4

1.

1 KEMAHIRAN MENYOAL

Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi
kaunseling Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan
sesuatu maklumat (Sabariah Hussin, 2009). Tujuan kemahiran menyoal adalah untuk
membantu kaunselor mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat
lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian daripada klien. Contoh dialog yang
saya gunakan adalah “Oh jadi Emin berasa puas la?”. Kemahiran menyoal juga boleh
menambahkan keupayaan kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik.
Ia membantu kaunselor memahami butir-butir klien dengan lebih mendalam bagi
membolehkannya membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang tepat itu.

Sabariah Hussin. (2009). Kemahiran bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.
1.1 KEMAHIRAN PENSTRUKTURAN
Kemahiran penstrukturan dilakukan dengan tujuan untuk memberi penerangan
tentang sesi yang dijalankan serta untuk membuatkan klien menjadi lebih selesa.
dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Penstrukturan merupakan
merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam sesuatu sesi kaunseling.
Menurut Melati Sumari, Ida Hartina Ahmad Tharbe, Norfaezah Md Khalid dan
Azmawaty Mohamad Nor (2014), penstrukturan yang mudah dan ringkas dapat
membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan
daripadanya. Contoh dialog yang digunakan adalah, “Dan cikgu harini akan
berperanan sebagai kaunselor untuk Emin. Dan Emin akan berperanan sebagai klien
dan Emin akan menceritakan segala isu atau masalah yang dihadapi oleh Emin
sepanjang masa. Segala masalah yang ingin dikongsikan boleh kongsi kepada cikgu.
Dan cikgu akan menjadi kaunselor Emin dan segala masalah yang diceritakan oleh
Emin merupakan etika kerahsiaan kepada cikgu dan kecuali benda tu akan
memudaratkan diri Emin dan orang lain”. Contohnya, segala perkara yang
dibincangkan nanti akan dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa
selamat dan percaya kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang
mengganggu atau timbul dalam fikirannya.

Melati Sumari, Ida Hartina Ahmad Tharbe, Norfaezah Md Khalid dan Azmawaty Mohamad Nor.
(2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting
yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Kemahiran merumus ini bertujuan
untuk menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi
kaunseling itu (Corey, 2009). Kaunselor boleh membuat rumusan sama ada di permulaan, di
tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Namun kebiasannya, rumusan dibuat pada hujung sesi
kaunseling, iaitu membuat rumusan keseluruhan. Di samping itu, kaunselor juga boleh membuat
rumusan di tengah-tengah sesi kaunseling itu supaya klien dan kaunselor tidak keliru dan
mencampur adukkan topik-topik yang telah diperbincangkan. Contohnya, “Okay jadi melalui apa
yang diceritakan oleh Emin cikgu merumus la sikit, apa yang Emin ceritakan ialah Emin selalu
membantu rakan-rakan sehingga kerja Emin terabai lepasu tidur dalam kelas lepastu ngantuk.
Apa lagi yang cikgu tercicir?”.

Corey, G. (2009). Theory and Practice of Counceling and Psychotherapy. California:


Brooks/Cole.

.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) “kaunseling” diertikan sebagai proses yang
teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi seseorang dan
usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. Kecekapan
kaunselor memungkinan perubahan positif berlaku. Kemahiran kaunselor dan pengetahuan
menyediakan satu rangka kerja dan arah yang memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang
positif Keperluan kaunseling individu amat penting bagi negara kita untuk mengatasi masalah-
masalah dan isu-isu yang berlaku pada zaman sekarang lebih-lebih lagi di alam persekolahan.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulanya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu memberikan banyak manfaat


kepada semua pihak. Justeru, tindakan susulan perlu dilakukan oleh kaunselor bagi mendapat
maklumat terkini mengenai perkembangan klien. Keperluan dan dokongan yang boleh diberi oleh
seorang kaunselor adalah seperti keperluan asas, kewangan, sokongan psikologikal dan lain-
lain. Pelbagai masalah yang berlaku di negara kita haruslah diatasi dengan langkah proaktif agar
kesejahteraan negara dapat dikekalkan.

TEORI REBT
Dalam konteks ini teori REBT merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar
individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita
dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan
dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan
dengannya (Sapora Sipon dan Hapsah Yusof, 2013). Prinsip terapi REBT boleh digunakan
kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang
mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan
tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses
pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Contohnya, di dalam sesi yang
saya jalankan saya mendapati bahawa klien mempunyai pemikiran yang salah iaitu dia
sentiasa membantu rakan-rakan sehingga terpaksa menghabiskan masa yang agak lama
untuk membantu orang seterusnya mempunyai masalah dalam mengurus waktunya. Justeru,
saya sebagai seorang kaunselor membantu klien memperbetul pemikirannya yang salah
kerana suka menolong orang hingga memberi impak negative kepada diri sendiri. Saya
membantu klien dengan memberi skema kognitif kepada emin iaitu dengan menolong orang
dalam masa yang sama dia akan memperbaiki dirinya sendiri. Akhir sekali, saya membuat
klien sedar adalah dengan menggunakan adalah memberi galakan supaya klien ada
keberanian untuk mengambil tanggungjawab dan mengubah tingkahlaku.

Sapora Sipon dan Hapsah Yusof. (2013). Siri pendidikan: pengenalan kepada profesion
kaunseling. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
FASA PENAMATAN

Penamatan dapat dilakukan apabila klien menunjukkan tanda-tanda bahawa dia tidak lagi
memerlukan kaunseling. Merupakan peringkat akhir dalam sesi kaunseling. Ada beberapa
elemen yang perlu diambil kira semasa membuat keputusan untuk menamatkan sesi atau proses
kaunseling antaranya kaunselor perlu menilai kemajuan atau perkembangan diri klien. Menurut
Yee Siew Kuan (2017), sesi kaunseling akan ditamatkan dengan kaunselor membuat kesimpulan
atau rumus kecil terhadap sesi kaunseling yang dijalankan. Saya menamatkan sesi setelah klien
berasa lega dan tidak lagi memerlukan perbincangan bersama kaunselor. Saya menamatkan sesi
dengan menanya klien tentang sesi yang telah dijalankan dan saya juga menegaskan lagi etika
kerahsiaan supaya klien berasa selamat dan selesa.
Yee Siew Kuan . (2017). Jurnal psikologi dan kaunseling. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai