Anda di halaman 1dari 4

CPR 2011 – PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

LAPORAN SESI BIMBINGAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH:
AZRUL AKMAL BIN ZULKEFLI
E20211027650

NAMA PENSYARAH:
PUAN NURUL HUDA BINTI ISHAK

KUMPULAN:
C
PENGENALAN

Secara umumnya, kaunseling bukanlah bererti nasihat walaupun mengandungi unsur-


unsur nasihat di dalamnya. Kaunseling adalah perkhidmatan utama yang termasuk dalam
program bimbingan kerana sering disifatkan sebagai nadi kepada program bimbingan. Shetzer
dan Stone (1968) mengatakan kaunseling sebagai proses interaksi yang membolehkan individu
itu memahami diri dan situasinya. Proses inilah yang akan membentuk dan menjelaskan nilai dan
matlamat hidupnya sehingga dia dapat menentukan tindakan wajar untuk masa hadapannya.
Dapat disimpulkan di sini bahawa kaunseling ialah proses bantuan profesional yang direka untuk
membimbing klien memahami diri mereka dan persekitaran mereka, dan untuk mencipta
perubahan tingkah laku yang positif terhadap individu.

MAKLUMAT KAUNSELOR

Kaunselor saya bernama Najidah binti Yahya. Beliau dilahirkan di Perak dan dibesarkan
di Gambang, Pahang. Beliau pernah bekerja di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,
Pahang dan sekarang beliau berkhidmat sebagai kaunselor di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

RINGKASAN SESI BIMBINGAN

Sesi bimbingan ini telah dijalankan secara individu. Sesi ini dijalankan secara atas talian
dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Sesi bimbingan ini dijalankan secara atas talian
kerana penularan wabak Covid-19 yang telah berleluasa di Malaysia dan kaunselor dan klien
berada di kawasan yang berbeza. Sesi bimbingan ini dijalankan hanya 1 kali pada 14 Oktober
2021 selama 30 minit.

Pada permulaan sesi, kaunselor memperkenalkan diri dan memberitahu mengenai


peraturan-peraturan di dalam sesi kaunseling. Sebaik sahaja sesi pengenalan tamat, kaunselor
menanyakan mengenai masalah yang klien hadapi dan klien diminta untuk meluahkan masalah
yang dihadapinya kepada kaunselor.

Semasa sesi bimbingan berlangsung, kaunselor menanyakan dengan lebih terperinci


mengenai masalah yang dinyatakan agar kaunselor dapat memperoleh lebih banyak maklumat
dan dapat mengenal pasti langkah penyelesian yang sewajarnya. Kaunselor mencadangkan
beberapa penyelesaian yang baik berdasarkan masalah yang dilanda klien. Klien diminta untuk
memilih langkah-langkah yang dicadangkan dan mempraktikkan di dalam kehidupan seharian.

Pada akhir sesi bimbingan dan kaunseling, klien diminta untuk meberitahu kaunselor
mengenai apa yang dipelajari daripada sesi kaunseling yang telah berlangsung. Sebelum sesi
berakhir, kaunselor memberikan beberapa kata-kata semangat kepada klien.

KEMAHIRAN YANG DIGUNAKAN KETIKAN SESI BIMBINGAN

Semasa sesi bimbingan berlangsung, saya dapat mengenal pasti beberapa kemahiran yang
telah dipraktikkan oleh kaunselor dalam sesi tersebut. Antaranya, kaunselor telah menggunakan
kemahiran membina hubungan, kaunselor menanyakan khabar dan maklumat mengenai diri
klien agar dapat membuatkan klienya berasa selesa. Selain itu, kaunselor menggunakan
kemahiran mendengar. Bukti kaunselor mendengar dengan teliti dan menerima mesej yang
disampaikan adalah respon yang diberikan oleh kaunselor bertepatan dengan apa yang klien cuba
sampaikan.

Seterusnya, kaunselor menggunakan kemahiran melayan. Kaunselor memberi perhatian


yang amat mendalam dan berminat terhadap apa yang klien cuba sampaikan. Sebagai contoh,
“Oh, ye?”. Disamping itu, kaunselor juga mempraktikkan kemahiran menyoal dalam sesi
kaunseling yang telah berlangsung. Kaunselor memberikan beberapa soalan terbuka dan tertutup
kepada klien. Contoh soalan terbuka adalah seperti “Apakah yang kamu boleh lakukan untuk
menyelesaokan masalah ini?”. Soalan tertutup pula adalah seperti “Ayah bekerja di mana?” dan
sebagainya.
Kaunselor juga menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah. Sebagai contoh,
kaunselor memberi alteratif bagi klien untuk menyelesaikan masalahnya. Sebagai contoh,
kaunselor menyenaraikan beberapa cadangan dan klien diminta untuk memilih salah satu
daripada cadangan tersebut dan praktikkan dalam kehidupan seharian.

KEKUATAN, KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Semua yang baik pasti ada kelemahannya, di dalam sesi bimbingan ini terdpat beberapa
kekuatan yang boleh dipraktikkan dan kelemahan yang boleh diambil iktibar. Antara kekuatan
yang terkandung dalam sesi bimbingan ini adalah sesi ini dapat membantu klien dalam
meningkatkan keyakinan diri dengan berkomunikasi dengan kaunselor. Walaupun sesi
bimbingan tersebut dilakukan secara atas talian namun ia dapat memberi peluang kepada klien
untuk berkomunikasi seperti menjawab soalan.

Seterusnya, antara kelemahan yang terkandung dalam sesi bimbingan adalah klien tidak
dapat membaca bahasa badan yang cuba untuk disampaikn oleh kaunselor. Selain itu, masalah
gangguan bunyi semasa sesi bimbingan berlangsung. Sebagai contoh bunyi bising membaiki
bangunan dan suara suara orang sekeliling yang berada di persekitaran.

Antara penambaikan yang boleh dipraktikkan adalah membuat sesi bimbingan secara
bersemuka agar gerak tubuh badan dapt dibaca dengan lebih jelas. Seterusnya, memastikan
terlebih dahulu persekitaran sekeliling agar tidak menganggu sesi bimbingan.

Anda mungkin juga menyukai