Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Soft skills dalam kalangan graduan

Pada setiap tahun bilangan graduan yang telah menamatkan pengajian di PoliteknikPoliteknik Kementerian Pengajian Tinggi kian bertambah. Sebahagian besar dari lulusan ini sudah pasti akan meningkatkan lagi statistik pencari pekerjaan di Malaysia. Dari perspektif employability lulusan yang baru menamatkan pengajian, wujudnya jurang yang luas di antara apa yang diperlukan oleh industri dan apa yang boleh disediakan oleh Politeknik. Berdasarkan keperluan ini, pendidikan kemahiran-kemahiran tertentu dalam membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkebolehan adalah penting di samping kemahiran akademik yang dikuasai. Kemahiran yang di maksudkan ini adalah kemahiran insaniah (softskills) yang merujuk kepada gabungan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu diaplikasikan oleh pelajar dalam kehidupan seharian. Kemahiran ini adalah penting dalam memenuhi sumber manusia yang berkompeten dalam keperluan global (Nurul Afizah, 2005). Dengan itu, bagi mendapatkan tempat dalam pasaran kerja yang semakin banyak saingannya, para graduan perlu lebih proaktif dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran insaniah (softskills). Sekiranya kemahiran yang diperlukan pasaran ada pada graduan, mereka pastinya tidak menghadapi kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan. Graduan perlu sedar kemampuan dan kelebihan dimiliki dan pada masa yang sama, graduan juga perlu tahu apa yang diperlukan oleh bakal majikan. Secara amnya, kemahiran insaniah (soft skills) dapat didefinisikan dengan pelbagai cara dan ianya tidak mempunyai definisi yang khusus dan tepat. Ini dapat dibuktikan melalui terminologi kemahiran insaniah (soft skills) yang digunakan di setiap negara adalah berbeza walaupun matlamat dan ciri-ciri yang dipraktikkan adalah hampir sama. Antaranya di Australia istilah yang digunakan adalah key competencies, soft skills, atau employable skills. New Zealand pula telah menggunakan istilah essential skills manakala di Amerika Syarikat istilah necessary skills, employability skills, atau workplace know-how telah digunakan. Manakala di United Kingdom istilah key skills atau core skills di gunakan (Clayton, et al. 2003). National Centre of Vocational Education Research (NCVER) (2003) menyatakan bahawa kemahiran insaniah adalah penting kerana memerlukan pekerja hari ini lebih menjurus kepada kefleksibelan, inisiatif dan keupayaan dalam menangani pelbagai tugas yang diberi. Kemahiran Insaniah atau Softskills adalah sangat penting dan diperlukan dalam pekerjaan. Dengan penguasaan kemahiran insaniah menjadikan seseorang dapat menyesuaikan diri bukan sahaja dengan perubahan dan perkembangan dalam sektor pekerjaan malahan dalam menghadapi kehidupan seharian. Terdapat tujuh elemen kemahiran insaniah yang dipilih untuk dilaksanakan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia adalah seperti berikut: i). ii). iii). iv). v). vi). vii). Kemahiran berkomunikasi Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran kerja berpasukan Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat Kemahiran keusahawanan Etika dan moral profesional Kemahiran kepimpinan

Dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia khasnya Jabatan Pengajian Politeknik berusaha untuk mencapai objektif dan keperluan akademik sesuatu program latihan, kemungkinan terdapat beberapa kemahiran yang fundamental dalam survival dan kejayaan alam pekerjaan kurang diberi perhatian atau terabai. Sungguh pun demikian, keadaan ini bukanlah disengajakan kerana penekanan yang terlalu kepada kecemerlangan teknikal menyebabkan seperti terabai aspek-aspek generik yang semakin mendesak dan penting di tempat kerja. Semasa proses pemilihan pekerja, amat ketara bahawa perkara-perkara asas (generic skills); kemahiran soft skills ini dituntut oleh majikan dari lulusan. Bagi mereka yang bekerja di sektor kejuruteraan dan teknologi, kemahiran hard skills adalah merangkumi kompetensi teknikal yang dimiliki oleh seseorang iaitu kemahiran yang diperolehi melalui pendidikan formal dan pembelajaran secara hands-on dan boleh diukur atau dinilai dan perlu diperkayakan dari masa ke semasa. Namun kemahiran soft skills pula secara umumnya kompetensi interpersonal yang sukar untuk dinilai dan didefinisikan. Sesungguhnya jurang perbezaannya amat ketara di antara apa yang telah didedahkan kepada pelajar di Politeknik dan apa yang diharapkan oleh organisasi profesional apabila lulusan memasuki alam pekerjaan. Adakalanya perbezaan ini amat mengejutkan sesetengah lulusan. Tugas untuk merapatkan jurang dan kekurangan tersebut serta mengendurkan impak kejutan amat penting dalam persekitaran global yang kompetitif ini. Maka di sinilah pentingnya kemahiran soft skills. Kesimpulannya, kemahiran Insaniah atau Softskills adalah sangat penting dan diperlukan dalam pekerjaan. Dengan penguasaan kemahiran insaniah menjadikan seseorang dapat menyesuaikan diri bukan sahaja dengan perubahan dan perkembangan dalam sektor pekerjaan malahan dalam menghadapi kehidupan seharian. Kemahiran insaniah (soft skills) turut menyediakan seseorang yang berperanan sebagai warganegara dan pekerja dalam mengharungi cabaran perubahan teknologi yang pesat dan berterusan.

Disediakan oleh;

Abdul Hasnal Bin Abdullah Jabatan Perdagangan

Anda mungkin juga menyukai