Anda di halaman 1dari 38

BAB 1

PENGENALAN
1.1

Pengenalan

Perkembangan teknologi di Malaysia turut mempengaruhi perubahan teknologi


pendidikan di negara kita. Pada hari ini telah banyak perubahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan peningkatan teknologi pendidikan pada hari
ini, gaya pembelajaran juga memerlukan perubahan. Jika dulu, sekolah hanya
menggunakan chalk and talk atau berpusatkan guru untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran, kini pelbagai cara yang baru perlu digunakan bagi meningkatkan
prestasi pelajar. Antara pendekatan baru yang digunakan untuk meningkatkan minat
dan memudahkan kefahaman pelajar untuk mempelajari sesuatu topik ialah dengan
menggunakan alat bahan bantu mengajar (ABBM).
Menurut Hashim et al., (2004), pengajaran merupakan satu proses yang
merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas
yang mana melibatkan antara guru dan pelajar. Pembelajaran pula merupakan
aktiviiti mental, fizikal atau rohani pada diri pelajar itu sendiri. Ia merupakan proses
dimana aktiviti dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk berkembang
secara berterusan dan kekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang
diperolehi untuk kemajuan diri sendiri khasnya dan negara amnya.
Gaya belajar dan gaya mengajar tidak dapat dipisahkan. Gaya belajar antara
kelaziman dan kegemaran iaitu yang biasa diamalkan oleh seseorang pelajar
membiasakan dirinya untuk belajar dengan cara digemari dan diminati yang paling
berkesan (Chong, 2008).

Pengajaran yang paling berkesan seharusnya menarik perhatian pelajar.


Pengajaran dan pembelajaran yang bermakna pengajaran guru tersebut dianggap baik
jika guna menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, menyediakan ABBM, isi
kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan
kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi supaya mereka minat
belajar, dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpul pelajar mengikut kebolehan,
dan memberikan penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain,
pengajaran yang berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar
dengan baik dan berkesan, dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi
mencapai kecemerlangan (Chong, 2008).
Penyediaan ABBM secara tradisi lebih bersifat statik dimana pelajar hanya
boleh memerhatikan apa yang dipersembahkan oleh guru contohnya gambarajah
statik yang menyukarkan pelajar memahami pelajaran tersebut. Faktor ini akan
meningkatkan kebosanan pelajar dalam mata pelajaran diajar. Melalui penggunaan
ABBM yang bersesuaian, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat
menimbulkan ransangan positif dalam pembelajaran pelajar (Aris et at., 2009).
ABBM adalah bahan yang digunakan oleh guru untuk membantu penyampaian isi
pengajaran di bilik-bilik darjah dan kuliah. Contoh ABBM adalah objek, specimen
LCD, video interaktif, bahan tiga dimensi dan sebagainya (Chin, 2009).
Bahan tiga dimensi yang digunakan oleh sebagai ABBM adalah seperti model,
diorama, akurium dan terrarium, boneka, dan topeng. Kelebihan bahan tiga dimensi
adalah konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar
serta pembelajaran yang berlaku lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada
penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Selain itu, murid dapat memahami tentang
sifat, binaan serta pergerakkan sesuatu benda itu dengan lebih baik (Hashim et al.,
2000).
Model pula terbahagi kepada tiga iaitu model berskala, model olok-olok, dan
keratan rentas. Oleh itu, model yang akan dibangunkan oleh pengkaji adalah
berbentuk model berskala, iaitu model yang akan diperbuat dalam saiz yang lebih
kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran dan pengecilan tertentu
bahagian yang diperbuat menyerupai benda asal (Chin, 2009).

Oleh sebab itu, model yang pengkaji akan bangunkan adalah lebih kecil dari
skala di mana model sistem tangki septik yang sebenar. Walaubagaimanapun, skala
tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Model ini adalah untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran bagi topik sistem tangki septik.
1.2

Latarbelakang masalah

Sistem pengajaran dalam sebuah kelas atau makmal perlu disifatkan guru sebagai
pembimbing. Walaubagaimanapun, guru juga perlu mempelbagailkan kaedah dan
strategi pengajaran. Guru bertugas menerangkan cara pengendalian peralatan dan
teori berkaitan. Guru harus menggunakan pelbagai jenis ABBM dalam pengajaran
bagi memupuk kemahiran psikomotor dan mengaplikasi latihan kemahiran. Ini
adalah kerana ABBM merupakan media penterjemah teori, maklumat, dan idea yang
abstrak kepada pelajar agar mereka mendapat terhadap pengajaran (Salleh, 2006).
Dengan menggunakan objek atau model, pelajar dapat melihat dengan lebih jelas
tentang sesuatu perkara yang disampaikan oleh guru, sebagai contoh model untuk
pembelajaran sains iaitu organ dalaman manusia dan struktur atom, pelajar dapat
melihat walaupun binaannya tidak sama dari segi saiz dan kompleksiti akan tetapi
ia dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat
secara langsung (Chong, 2008).
Pelajar bukan sebagai pendengar dan pengambilan nota sahaja tetapi pelajar
juga perlu mengambil bahagian dalam pembelajarannya dalam kelas. Peranan guru
adalah mengurangkan penerangan atau kuliah dan sebaliknya menggalakkan pelajar
menemui sendiri bahan pembelajaran sambil berkerjasama dengan pelajar lain untuk
memahaminya. Guru juga mestilah mempunyai kemahiran (sains dan seni). Guru
juga digambarkan humanist. Sebagai guru humanistic, guru mestilah mempunyai
kaedah penyampaian ilmu sacara berpusatkan pelajar dan bukan berpusatkan
pengetahuan (Ngah, 2004).
Pembelajaran melibatkan beberapa taktik seperti perbincangan kumpulan kecil,
penyoalan dan projek hand-on. Penggunaan alat bantu mengajar sedikit sebanyak
dapat mengoptimakan masa pengajaran. Seterusnya pelajar akan dapat mempunyai
masa yang banyak untuk berbincang dan memikirkin serta membayangkan sesuatu

perkara tentang pembelajaran pada masa tersebut. Ini akan menjadikan pembelajaran
pada masa tersebut lebih aktif dan pelajar dapat berfikir dengan lebih kreatif.
Penggunaan ABBM yang sesuai dapat melahirkan pemikiran yang kreatif serta kritis
di kalangan pelajar kerana alat bantu mengajar dapat menerangkan sesuatu konsep
dengan lebih berkesan (Salleh, 2006).
Seorang ahli falsafah yang terkenal, iaitu Confucius pernah mengatakan Saya
mendengar dan saya lupa, saya melihat dan saya ingat, saya membuat dan saya
faham kata-kata ini boleh dirujuk kepada beberapa cara manusia belajar. Ia
membayangkan satu prinsip yang sangat penting kepada guru, iaitu guru tidak harus
hanya bercakap atau memberi kuliah semata-mata kerana bahan yang disampaikan
akan mudah dilupai (Aris et al.,2000).
Ahli-ahli psikologi telah menjalankan beberapa penyelidikan yang mempunyai
perkaitan dengan kadar pemerolehan pengetahuan pancaindera seseorang. Mereka
mendapati bahawa saluran penerimaan maklumat yang paling berkesan melalui
pancaindera ialah penglihatan ( 83.0% ), pendengaran ( 11.0% ), bau ( 3.5% ),
sentuhan ( 1.5% ) dan rasa ( 1.0% ). Hasil ujikaji dan penyelidikan ahli-ahli psikologi
menunjukkan bahawa pancaindera penglihatan berupaya memproses 4300000
maklumat sementara pancaindera pendengaran berupaya menerima 50000 maklumat,
dengan ini pelajar mempunyai pelbagai kemahiran dan kaedah pengajaran mengikut
segala kemahiran pancaindera (Salleh, 2006).
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Kaedahkaedah yang sering digunakan oleh guru adalah seperti pengalaman langsung iaitu uji
kaji, pengalaman tidak langsung iaitu menggunakan model atau specimen. Guru juga
boleh menggunakan cara demonstrasi, tayangan gambar, lakonan dan sebagainya.
Berdasarkan rajah 1.1, dapat dilihat kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran menggunakan model adalah ditahap kedua
ini membuktikan bahawa darjah penglibatan pelajar lebih berkesan dengan
menggunakan kaedah pengajaran dan pengalaman contrived (Chin, 2009).

Ps(DeTa,hpjyLAlSiwvbrdcnkm)gotu

Rajah 1.1 : Kaedah-kaedah Pengajaran yang Disusun mengikut Darjah Penglibatan


Murid (Chin, 2009)

Dengan ini, pengkaji cuba menarik perhatian pelajar dengan pembangunan model
yang dijangka akan menarik perhatian mereka untuk mempelajari subtopik sistem
tangki kumbahan. Oleh itu, adalah dijangkakan dengan kewujudan ABBM yang
berbentuk 3 dimensi ini dapat memperbaiki dan meningkatkan lagi pengajaran dan
pembelajaran guru dan pelajar dengan lebih berkesan.

Selain itu, bagi menguatkan lagi kajian ini, pengkaji telah membuat kajian
awalan. Kajian ini dibuat kepada guru yang mengajar subjek Binaan Bangunan
Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Kajian dibuat dengan menggunakan borang
kaji selidik berbentuk soalan berstruktur, di mana respondennya adalah guru panitia
subjek Binaan Bangunan. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh beliau, kaedah
pengajaran yang dilakukan adalah dengan penerangan, menggunakan rajah dan
melebal rajah sahaja. Beliau juga bersetuju akan cadangan membangunkan model
sistem kumbahan ini.
Namun dalam suasana pendidikan kini, pencapaian akademik adalah sukar
diramal kerana terdapat sesetengah pelajar tidak mampu menerima kaedah yang
digunakan oleh guru. Masalahnya bukan berpunca daripada pelajar bahkan guru serta
sesi pengajaran dan pembelajaran juga memainkan peranan penting yang menjurus
kepada permasalahan kegagalan seseorang pelajar dalam akademiknya. Oleh kerana
terdapat perhubungan antara gaya pembelajaran dan gaya pengajaran, secara
langsung guru dapat memahami dan mengdiagnosis kekuatan dan kelemahan
pengajaran mereka (Salleh, 2006). Jika ketidaksepadanan wujud antara gaya
pengajaran dan gaya pembelajaran, berkemungkinan pelajar merasa bosan dan
menjadi pasif dan tidak responsive dalam kelas.
Kebosanan dan kepasifan pelajar menjadi tanda-tanda awal pelajar marginal.
Jika fenomena ini tidak segera diperbaiki dan berlarutan, golongan ini
berkecenderungan untuk mendapatkan keputusan tidak cemerlang dan tercicir dalam
pelajaran (Mohammad, 2005). Kajian ini telah memberi motivasi kepada pengkaji
untuk membangunkan model sistem tangki septik bagi membantu pelajar-pelajar
teknikal dan pengajaran guru.
1.3

Penyataan masalah

Model ini direka bentuk bertujuan untuk membantu guru agar lebih mudah untuk
menyampaikan pengajaran berdasarkan topik yang diajar merujuk teori di dalam
buku teks. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat kebanyakkan guru
hanya menggunakan kaedah penerangan dan gambarajah sahaja. Guru juga tidak
dapat mengenalpasti samada pelajar faham akan penerangannya ketika itu. Bagi

menambahkan lagi keyakinan guru untuk menyampaikan pengajaran bagi topik ini
pengkaji akan membangunkan sebuah model sistem tangki septik. Dengan adanya
model ini pelajar dapat melihat sendiri bagaimana fungsi sistem septik dan bahagian
didalam tangki septik tersebut. Model ini diharap dapat membantu guru bagi proses
menyampaikan

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

lebih

menarik

dan

menyeronokkan. Pelajar juga dapat melihat sendiri proses sistem tangki septik
tersebut beroperasi disamping mendengar penerangan guru.
1.4

Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dibuat adalah membangunkan model bagi proses pengajaran dan
pembelajaran menjurus kepada topik Sistem Tangki Septik yang dipelajari di sekolah
teknik dan Institut Pengajian Tinggi. Kajian ini juga bertujuan untuk menyampaikan
pengajaran guru dan pensyarah serta mempelbagaikan strategi pengajaran semasa
sesi pembelajaran. Kajian ini akan menghasilkan sebuah model yang berfungsi dan
membolehkan pelajar melihat dengan lebih jelas tentang model tangki septik
tersebut.
1.5

Objektif kajian
(i)
(ii)

Membangunkan model sistem tangki septik sebagai ABBM.


Menguji kesesuaian reka bentuk model sistem tangki septik sebagai

(iii)

ABBM.
Menguji kesesuaian model sistem tangki septik sebagai ABBM dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

1.6

Persoalan kajian
(i)
(ii)

Bagaimanakah penghasilan model yang sesuai sebagai ABBM ?


Sejauh manakah kesesuaian reka bentuk model sistem tangki septik

(iii)

sebagai ABBM?
Sejauh manakah model sistem tangki septik digunakan sebagai ABBM
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

1.7

Skop kajian

Kajian ini adalah untuk pelajar teknikal dan IPT yang mempelajari topik sistem
tangki septik. Sistem tangki septik ini mempunyai maksud dan fungsi yang
tersendiri. Melalui penghasilan model 3D ini sesi pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih mudah dan pelajar dapat melihat pergerakan air sisa dari tandas, sinki
dan bilik air masuk ke dalam tangki septik. Dimana terdapat dua bahagian kebuk
yang ada di dalam tangki septik tersebut dan bagaimana air sisa itu ditapis keluar dari
tangki septik Binaan adalah berfungsi seperti fungsi tangki septic asal tetapi
dikecilkan supaya mudah untuk dibawa dan diletakkan ditempat yang terhad seperti
di dalam kelas atau di makmal.
1.8

Kepentingan kajian

Pengkaji beranggapan model yang bakal direka bentuk ini dapat memberi
kepentingan kepada beberapa pihak samada pelajar, guru, sekolah dan IPT.
(a) Kepentingan kajian kepada pelajar
Berdasarkan kajian membina model tangki septik ini adalah memudahkan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh melakukan praktikal dan
aktiviti dengan ABBM tersebut dan akan menyeronokkan lagi sesi pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar juga bergerak aktif dan pembelajaran dua hala
antara guru dengan pelajar dapat diwujudkan. Untuk pelajar teknikal,
pendekatan yang digunakan adalah lebih kepada pembelajaran berpusatkan
pelajar dan bahan. Mengikut pendekatan ini, murid-murid digalakkan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
(b) Kepentingan kajian kepada guru dan pemsyarah
Model yang bakal dibangunkan ini juga penting kerana model yang berbentuk
ABBM ini sebagai altenatif penyampaian pengajaran. Model ini dapat
menjimatkan dan memudahkan guru dan pensyarah membuat penyediaan

untuk pengajaran. Dengan adanya model ini juga mereka mudah untuk
mengawal keadaan kelas kerana pelajar tertumpu pada model tersebut.
Seterusnya, komunikasi dan interaksi secara dua hala dapat diwujudkan iaitu
guru dan pensyarah boleh menggunakan kaedah soal jawab. Selain itu,
mereka juga dapat mempertingkatkan strategi pengajaran mereka.
(c) Kepentingan kajian kepada sekolah dan IPT
Selain itu, kajian ini juga penting buat sekolah dan IPT kerana melalui
pembangunan model ini pihak sekolah dan IPT dapat meningkatkan prestasi
penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pihak sekolah dan
IPT juga dapat meningkatkan strategi dankepelbagaian kaedah pendekatan
dalam menyampaikan pengajaran. Dengan adanya kemudahan untuk
menyampaikan pengajaran yang berbentuk modek ini pelajar dapat melihat
dengan lebih jelas. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih
menarik dan menyeronokkan.
1.9

Definisi istilah

Terdapat istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti :


1.9.1 Reka bentuk
Menurut kamus dewan, reka bentuk adalah rancangan atau corak, bentuk dan
sebagainya yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu produk
faedah samada binaan atau sebagainya (Baser, 2010). Reka bentuk dimaksudkan
dalam kajian ini adalah reka bentuk untuk menghasilkan sebuah model sebagai
ABBM dalam sesebuah sesi pengajaran dan pembelajaran.
1.9.2

Model

Menurut Chin, (2009), model adalah produk yang dihasilkan iaitu objek yang dicipta
untuk mewakili objek sebenar samada serupa atau hampir serupa. Model dalam
kajian ini merupakan model sistem tangki septik.
1.9.3

Alat bahan bantu mengajar

Dalam kajian buku pedagogi II, ABBM adalah singkatan bagi alat bahan bantu
mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas (Ee, 2001). ABBM adalah merujuk kepada model yang
dihasilkan pengkaji untuk menyokong pengajaran guru.
1.9.4

Kesesuaian

Dalam kajian ini, kesesuaian merujuk kepada ciri-ciri ABBM berkesan dan telah
dikhususkan kepada model yang merangkumi kesesuaian dari segi reka bentuk dan
juga proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Ciri-ciri ABBM
yang berkesan dinyatakan oleh Lim, (2003) ini diambil daripada kajian literature dan
dinyatakan dalam bab 2.
1.10

Rumusan

Bab ini telah diterangkan tentang objektif kajian, tujuan kajian dan latar belakang
kajian. Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat maka pengkaji yakin bahawa
pembangunan produk bagi Sistem Tangki Septik ini perlu dibangunkan bagi
memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran di samping menambah elemen
pengajaran yang baru dan menyeronokkan.

BAB 2

KAJIAN LITERATURE
2.1

Pengenalan

Di dalam bab ini menerangkan tentang kajian-kajian lepas, pendapat dan hasil kajian
yang telah dikemukakan oleh beberapa penulis dan pengkaji yang lalu tentang
proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran merangkumi aspek seperti gaya pembelajaran, kaedah pembelajaran
dan teori-teori yang berkaitan dengan ABBM. Sumber-sumber maklumat yang
diperolehi adalah seperti jurnal, artikel, buku dan ringkasan kajian yang berkaitan
dengan tajuk reka bentuk juga dimuatkan dalam sorotan kajian ini. Sorotan kajian
adaalah sebagai bukti empirikal keperluan kajian. Pengumpulan maklumat terkini
perlu dimuatkan supaya kajian tidak ditinggalkan. Kajian yang dihasilkan ini secara
tidak langsung dapat member gambaran awal mengenai hasil bahan yang akan
diperolehi.
2.2

Teknologi dalam pendidikan

Menurut Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 1988. Teknologi pendidikan


adalah yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara saintifik dan
rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan dihasilkan secara sepadu idea, tenaga
sumber bahan, kaedah dan tatacara akan mempertingkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Setiausaha bahagian teknologi pendidikan, KPM, 1972
pula teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik
kearah penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
2.3

Konsep pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran adalah penyampaian maklumat dalam pelbagai peringkat pendidikan


misalnya sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi termasuk
kolej dan universiti (Chong, 2008).
Pengajaran pula merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas yang mana melibatkan antara
guru dan pelajar (Hashim et al., 2004).
Pembelajaran pula secara amnya diertikan sebagai proses memperolehi ilmu
pengetahuan ataupun kemahiran. Pembelajaran dalam keadaan bilik darjah,
sekiranya pengajaran dapat mempengaruhi pelajar sehingga tingkahlakunya
mengalami perubahan yang dapat diperhatikan selepas pengajaran berbanding
sebelum pengajaran, maka dapat disimpulkan bahawa pembelajaran telah berlaku
(Mohamed et al., 2000).
Dari perspektif pendidikan pula, pembelajaran didefinisikan sebagai
perubahan tingkahlaku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau amalan yang
diperolehi melalui proses pendidikan. Dengan kata lain, pembelajaran berlaku
apabila murid mengaplikasikan alimu yang baru diperoleh dalam situasi kehidupan
seharian (Chong, 2008).
Oleh itu, proses pengajaran adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran tertentu. Namun corak pengajran sentiasa berubah dan akan terus berubah
mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Matlamat pengajaran
negara kita adalah untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis, berilmu
pengetahuan serta berakhlak mulia. Keberkesanan pengajran pula diukur berdasarkan
sejauh mana hasil objektif pengajaran telah dicapai melalui proses pengajaran yang
dirancang dan dilaksanakan (Mohamad et al., 2005).
2.4

Gaya pengajaran dan pembelajaran

Gaya pembelajaran merupakan cara bagaiman seseorang itu belajar. Pembelajaran


merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, merekod dan menfailkan
maklumat tersebut supaya ianya digunakan apabila diperlukan. Gaya pembelajaran
tidak berkait rapat dengan kecerdasan atau kemahiran yang telah dipelajari. Tetapi

gaya pembelajaran berkait rapat dengan bagaimana minda kita berkerja dengan
berkesan terhadap pembelajaran maklumat baru (Mohamad et al., 2005).
Gaya belajar juga bermaksud cara yang digemari seseorang menggunakan
keupayaan belajarnya. Maksud gaya pembelajaran pula adalah cara seseorang
individu itu belajar dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan
sikap positif (Hashim et al.,2004).
Perlu diingatkan bahawa gaya belajar tidak sama pada semua pelajar kerana
ia adalah satu kecenderungan atau pilihan masing-masing. Ia juga ada kaitan dengan
faktor semula jadi, pesonaliti dan juga dibentuk melalui proses pendidikan. Selalunya
Pelajar akan belajar cara belajar yang mereka gemari dan didapati gaya itu paling
berkesan. Berkesan bermaksud ia menghasilkan pembelajaran yang optimum dan
kurang halangan (Selamat, 2007).
2.4.1

Jenis-jenis gaya pembelajaran

Berikut merupakan antara gaya pembelajaran berdasarkan kecerdasan pelbagai iaitu


spatial, aural, verbal, fizikal, logikal, sosial dan solitari. Selain itu, mengikut
Munford (1986), terdapat empat jenis gaya iaitu aktivis, reflektif, teotis dan
pragmatis.

Dahulunya

guru

kian

menggunakan

kaedah

mengajar

yang

menitikberatkan kebolehan linguistik dan logical murid-murid sahaja. Kebanyakkan


guru masih mengajar dengan merujuk kepada buku teks, ulangan dan berorientasikan
peperiksaan. Kini didapati bahawa kaedah-kaedah mengajar tersebut kurang sesuai
(Choong, 2008).
Berikut adalah gaya pembelajaran bagi pelajar yang lebih kepada psikomotor.
Mereka lebih suka melakukan aktiviti dan melihat bahan media maujud di dalam
kelas.
2.4.1.1 Aktivis
Cara belajar seseorang yang merupakan gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang
melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti pembelajaran. Golongan ini
selalunya mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai sikap tidak sabar dan tergesa-gesa.

Mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi terhadap benda baru. Selain
itu, mereka bergerak pantas dan cepat bertindak balas. Gemar mencari pengalaman
baru dengan cuba jaya sendiri. Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka serta
mempunyai pemikiran kreatif dan kritis. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini
selalunya suka melibatkan diri dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktiviti
kokurikulum (Mohamad et al.,2000).
2.4.1.2 Prakmatis
Golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat prakmatis adalah
pelajar yang bersifat praktikal dan mementingkan hakihat yang sebenar daripada
teori, hukum dan prinsip yang sedia ada. Mereka mengutamakan aplikasi teori,
hokum dan prinsip yang sedia ada dengan situasi sebenar. Golongan pelajar jenis
pragmatis suka menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran (Choong, 2008). Oleh sebab itu juga, Model Sistem Tangki Septik ini
sangat bermakna untuk golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis
dan prakmatis. Dengan adanya Model ABBM ini gaya pembelajaran kinestetik dapat
dilaksanakan (Mohamad et al.,2000).
2.4.1.3

Visual

Golongan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran jenis visual gemar


menggunakan imej, gambar, warna, dan peta untuk menyusun maklumat serta
berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mudah melihat objek, pelan dan hasil
secara mental. Selain itu, mereka juga mempunyai kemahiran ruang dan arah serta
suka melukis, menconteng dan meneroka dengan menggunakan warna (Choong,
2008).
2.4.1.4

Fizikal

Golongan pelajar yang mempunyai gaya belajar jenis fizikal pula akan menggunakan
tubuh dan deria sentuhan untuk mempelajari dunia sekeliling (Choong, 2008).

Oleh itu, gaya belajar yang diterangkan di atas iaitu pelajar yang mempunyai
jenis pembelajaran prakmatis, aktivis, visual dan fizikal sangat sesuai dengan
pembangunan model sistem tangki septik.
2.5

Konsep pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran

Menurut kamus dewan (2002), pendekatan merupakan cara dan langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah.
Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu
misalnya objektif pengajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu pelajaran.
Dengan kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaiman sesuatu mata pelajaran
untuk mencapai objektif mata pelajaran.
Secara ringkas, pendekatan dalam pendekatan merujuk kepada satu set teori
pembelajaran yang bercirikan

aksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran dan

pembelajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektif pelajaran yang


telah ditentukan (Mok, 2008).

E
K
L
E
K
T
I
K

I
N
D
U
K
T
I
F

T
E
M
A
T
I
K

P
E
N
D
E
K
A
T
A
N

I
N
T
E
G
R
A
T
I
F

D
E
D
U
K
T
I
F

Rajah 2.1 : Jenis-jenis pendekatan pengajaran (Choong, 2008)

Berdasarkan rajah terdapat lima pendekatan pelajaran yang dinyatakan. Pendekatan


ini membantu murid-murid membetulkan fakta, membentuk soalan-soalan yang
releven, mengembangkan cara-cara untuk mengemukakan soalan-soalan dan
memberi penerangan. Melalui pendekatan induktif, murid-murid akan melaui proses
pemikiran yang memerlukan mereka bergerak daripada fakta khusus dan
pemerhatian kepada kesimpulan. Pendekatan deduktif pula berasaskan asimilasi
bersifat logical serta pemprosesan maklumat bagi pendekatan integrative pula
mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang meransang pelajar untuk
menggunakan kemahiran asas, dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu
maklumat yang sama. Pendekatan integrative memerlukan mereka untuk berfikir,
mensintesis dan memberi gerak balas terhadaap apa yang diajar (Mok, 2008).
Pendekatan eklektif pula adalah gabungan bagi pendekatan induktif, deduktif
dan integrative maka isi pelajaran yangditerima oleh murid-murid akan menjadi lebih
bermakna kerana telah mengambil kira perbezaan individu dari segi minat,
kebolehan, pengalaman, pengetahuan sedia ada dan sebagainya. Pendidikan tematik
biasa digunakan dalam kebanyakkan program pendidikan awal kanak-kanak
(Choong, 2008).
2.6

Strategi dan teknik penyampaian pengajaran

Menurut kamus dewan (2001), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara.
Dalam bidang pendidikan, konsep, kaedah merujuk kepada teknik
perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan kepada sesuatu pendekatan
untuk tujuan mencapai objektif pengajaran dengan berkesan. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori yang utama, iaitu
berpusatkan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan pelajaran. Dalam kaedah
pengajaran KBSM pendekatan inkuiri sangat diberi keutamaan. Berbagai kaedah
pengajaran yang berpusatkan pelajar dan bahan telah disarankan (Ngah, 2002).

Dalam kajian ini pengkaji menekankan strategi pemusatan bahan pengajaran,


hal ini adalah kerana pengkaji akan membangunkan ABBM berbentuk model.

S
T
B E R A S A
R
S K A N
A
T U G A S /A
T
B
K E
T R
I VA I T I
E
S A S K
PGE M
A N
UI S A T
B A H A
A N
N
M U R
ID

P
U
T
G
U

E M
S A
A N
U R

Rajah 2.2 : Jenis-jenis strategi (Choong, 2008)


2.6.1

Pemusatan guru

Startegi pemusatan guru ini merangkumi pengajaran dimana peranan guru ialah
untuk menyampaikan maklumat yang akan dipelajari oleh pelajar. Kaedah yang
terangkum dalam strategi pemusatan guru seperti pengajaran secara langsung iaitu
membantu pelajar belajar mengenai konsep dan kemahiran. Selain itu, guru
menggunakan gabungan kuliah dan persoalan oleh guru (Choong, 2008).
2.6.2

Pemusatan bahan pelajaran

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pe3ngajaran memainkan peranan


yang penting. Guru dan pelajar perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan
bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Komunikasi dan interaksi
memang berlaku diantara guru dan bahan pengajaran. Strategi pengajaran dan
pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan

pengajaran

untuk

mencapai

objektif

pengajaran.

Pengajaran

guru

adalah

bertumpukan kepada pengajaran yang bermakna, menarik serta berkesan (Mok,


2008).
2.6.3

Pemusatan pelajar

Pelajar memainkan peranan penting dam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini,
pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing pelajar
yang menjalankan aktiviti pembelajaran, samada secara kumpulan ataupun individu.
Di antara aktiviti yang diperuntukkan kepada pelajar adalah seperti perbincangan,
persoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran
(Mok, 2008).
Oleh itu, bagi kajian ini pengkaji lebih menekankan strategi penyampaian
pengajaran berpusatkan berpusatkan bahan. Hal ini adalah kerana reka bentuk model
sistem tangki septik merupakan bahan yang digunakan bagi penyampaian
pengajaran.
2.7

Bahan dan media pengajaran

Bahan pengajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran yang biasanya
diklasifikasikan kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan
pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, peta,
specimen, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projector. Bahan
pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh pelajar seperti buku teks, kad
kerja, bahan pencetak, radas, alat-alat ujikaji dan komputer (Mok, 2009).
Bahan pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan
pelajaran dengan lebih mudah, menarik serta lebih berkesan manakala pelajar boleh
memahami pelajaran dengan lebih bermakna. Serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan cara sendiri atau secara berkumpulan tanpa kehadiran guru
(Mok, 2009).

Media bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan


Latin yang bermakna perantara. Berdasarkan maksud asal media, ia merujuk kepada
apa sahaja yang membawa maksud daripada penyampaian kepada penerimaan.
Contoh media termasuk video, filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambarajah,
gambar foto, bahan bercetak komputer dan pengajar (Chin, 2009).
2.7.1

Jenis-jenis media atau bahan pengajaran

Terdapat pelbagai jenis bahan pengajaran yang boleh digunakan bagi membantu
seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada bahan
teknologi tinggi seperti video, komputer dan multimedia, bahan-bahan sekeliling
yang mudah, ringkas serta murah masih lagi boleh digunakan. Sekiranya digunakan
dengan betul serta disulami dengan kreativiti dan kesungguhan yang tinggi, bahanbahan kos rendah masih mampu menghasilkan sesuatu sistem pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan (Airis, 2000).
Diantara bahan pengajaran yang boleh digunakan untuk pengajaran adalah
seperti papan pengajaran. Selain itu, bahan 3 dimensi juga boleh digunakan sebagai
ABBM. Diantara bahan 3 dimensi adalah bahan relia, simulator dan simulasi, model,
panel animasi, diorama dan sebagainya (Airis et al., 2000).
Jadual 2.1 : Jenis-jenis dan klasifikasi media (Chin, 2009)
Bil
1

Jenis media
Teks

Contoh
Huruf abjad dan nombor dalam buku, poster, papan kapur,

2
3
4
5

Audio
Visual
Media Motion/ Bergerak
Manipulatif

skrin computer
Muzik, bunyi mekanikal, bunyi
Poster, lukisan, gambar, grafik, kartun
Pita rakaman, animasi
Bahan 3 dimensi yang boleh disentuh dan dikendalikan oleh

Orang

pelajar
Guru, pelajar, pakar rujuk bidang matapelajaran

Jadual 2.2 : Jenis klasifikasi media (Chin, 2009)


Bil

Klasifikasi Media

Contoh

1
2
3
4
5

Media tayangan kaku


Media tayangan gerak
Bahan grafik-2D
Bahan grafik-3D
Papan pameran

Transperansi, slaid dan mikrofilem


Pita video, cakera padat, digital dan filem
Gambar foto, kad imbasan, poster, poskad
Model, boneka, puppet, diorama
Papan kapur, papan putih, papan kain flannel, papan bulletin,

6
7

Media audio
Media cetak

papan elektronik
Pita kaset, cakera padat dan computer
Modul, buku teks, surat khabar, majalah, risalah

2.7.2

Fungsi-fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan pelbagai media dan keupayaan dalam penciptaan, penyampaian,


pengendalian dan penyebaran maklumat. Media pengajaran merujuk kepada audio,
visual dan bahan berkaitan yang menghuraikan fungsi pengajaran dalam pendidikan
dan latihan. Sifat media yang penting adalah persembahan bergambar seperti
fotografi atau grafik, faktor saiz, faktor warna, faktor pergerakan seperti pegun dan
gerakan. Selain itu, perhubungan gambardan bunyi juga memainkan peranan serta
faktor susunan seperti visual dalam susunan linear atau dalam susunan berubah-ubah
oleh pilihan pengguna (Chin, 2009).
Fungsi media adalah untuk memberi kesan kepada pengajaran dan
pembelajaran iaitu ia dapat membuat pengajaran lebih tersusun dimana pengajaran
guru perlu dirancang dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih
tersusun. Media juga dapat memberikan maklumat berdasarkan apa yang
ditayangkan dan ditunjukkan oleh guru. Selain tiu, pembelajaran menjadi lebih dekat
di mana sesuatu perkara di luar kelas yang perlu diketahui oleh pelajar boleh dirakam
dan diaplikasikan dalam kelas dimana situasi sebenar itu dipindahkan secara media
seperti foto, video ataupun model dan simulasi (Abdul Rahman, 2000).
Pelajar juga dapat memperkayakan pengalaman dimana pelajar dapat merasai
sendiri apa yang berlaku diluar kelas. Seperti melihat sendiri bagaimana tangki septik
itu berfungsi. Di mana terdapat beberapa bahagian di dalam tangki septik tersebut
yang digunakan untuk menapis air kumbahan yang keluar dari sinki, bilik air, tandas
dan dapur. Pembelajaran juga menjadi lebih seronok dimana media akan meransang
minat pelajar dan menerbitkan rasa seronok kepada pelajar kerana persekitaran kelas
adalah steril. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media pengajaran

tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya
pembelajaran berlaku (Awang Mat, 2001).
2.8

Definisi ABBM

ABBM atau alat bahan bantu mengajar merupakan faktor terpenting dalam
menentukan kejayaan program pembelajaran. Menimbulkan rangsangan keinginan
pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran lebih
menarik dan lebih baik. ABBM merupakan alat atau perkakasan yang diperlukan
sebagai peneguhan di dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran
kerana ia menjadi media bagi pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran,
teknik dan penggunaannya dengan cara yang terancang dan teratur akan
menghasilkan kesan yang amat baik (Salleh, 2006).
2.8.1

Kepentingan ABBM

Kepentingan ABBM terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran seperti membantu


guru menyampaikan pelajaran dengan tepat. Meransang minat pelajar supaya
menumpukan perhatian kepada pelajaran. Memudahkan guru menyampaikan
pelajarannya. Dengan adanya ABBM, guru tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan
menggunakan banyak perkataan. Dengan menggunakan ABBM seperti model, guru
tidak perlu lagi menulis maklumat di papan hitam. Membantu pelajar menjalankan
aktiviti penggayaan dan pemulihan. Selain itu, ABBM membantu pelajar
menyelesaikan masalah secara sendiri dengan menggunakan ABBM. Lebih penting
lagi ABBM dapat meransang minat pelajar (Mok, 2008).
2.8.2

Ciri-ciri ABBM berkesan

Penggunaan ABBM yang sesuai adalah penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Lim, et al., (2003), ABBM yang baik dan sesuai mempunyai
ciri-ciri seperti berikut :

(i)

Berkait rapat dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang

(ii)
(iii)

diterapkan.
Menggunakan seberapa deria yang mungkin.
Tahan lama, pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang
diperlukan dalam penggunaannya.

(iv)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

Dibuat dengan perincian yang tepat.


Berkualiti tinggi supaya sebahagiannya tidak mudah pecah atau hilang.
Rupa bentuk dan warna yang menarik.
Mudah dijaga dan kos jagaannya juga munasabah.
Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.

(ix)

Mudah dialih dan dipasang semula.

(x)

Operasinya mudah.

(xi)

Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakans


semasa demonstrasi dalam kelas.

(xii)

Melibatkan bahagian yang bergerak ataupun sesuatu yang boleh digerakkan


dalam proses menunjukkan prinsip atau konsep yang terlibat.

2.9

Model tiga dimensi

Menggunakan objek sebenar memang ada kebaikannya dalam pengajaran dan


pembelajaran kerana pelajar akan mengenali objek ini adalah sebahagian daripada
persekitaran mereka dan ada hubungan dengan masalah dan aktiviti mereka. Tetapi,
objek sebenar seperti sistem tangki septik ini sukar diterangkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat altenatif lain yang boleh
menggambarkan rupa bentuk sebenar iaitu dengan menggunakan model 3 dimensi.
Bahan 3 dimensi yang dimaksudkan adalah model yang bakal dibangunkan
oleh pengkaji iaitu Model Tangki Septik. Kelebihan model adalah seperti pelajar
dapat didedahkan kepada konsep yang betul kerana murid boleh melihat benda yang
sebenar. Pembelajaran juga berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat
belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Selain itu, pelajar juga dapat
memahami tentang sifat, binaan serta pergerakkan sesuatu benda itu dengan baik dan
mendapat pengalaman tentang sifat, binaan serta pergerakkan sesuatu benda dengan
lebih jelas. Model juga mengalakkan pelajar berbuat kajian lanjut mengenai sesuatu
kejadian atau hasilan. Disamping itu, model dapat member lebih peluang kepada

pelajar berinteraksi diantara satu sama lain. Denghan ini wujudlah semangat ingin
tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikkan (Mok,
2008).
Menurut (Chin, 2009) model menggambarkan objek sebenar tetapi berbeza
dari segi saiz dan bahan yang digunakan. Ia mungkin boleh dibuka atau dikeluarkan
bahagian-bahagiannya untuk diujikaji satu persatu. Terdapat tiga jenis model iaitu :
(a)

Model berkala
Model mewakili sesuatu objek yang besar atau kecil tetapi mengikut

kekadarannya. Contoh model mata diperbesarkan, model peti sejuk yang


diperkecilkan dan sebagainya.
(b)

Model potongan
Model yang menunjukkan bahagian dalam sesuatu objek yang telah dipotong.

Contohnya bahagian tangan yang telah dipotong, model keratan rentas bumi dan
sebagainya.
(c)

Model olok-olok
Model yang menunjukkan perjalanan sesuatu objek. Biasanya saiz model

jenis ini adalah sama dengan objek sebenar. Model olok-olok ialah versi ringkasan
objek ringkas. Contoh litar elektrik dalam radio, pemprosesan komputer dan
sebagainya.
Model yang bakal dibangunkan oleh pengkaji adalah model berkala yang
dikecilkan skalanya.
2.10

Model pengajaran ADDIE

Model ADDIE merupakan satu model asas yang bersifat umum yang sangat berguna
dalam sebarang reka bentuk program kerana sifatnya yang mudah untuk difahami.
Model ini menjadi asas kepada model-model reka bentuk yang lain. Ia adalah satu
proses reka bentuk yang interaktif iaitu berulang-ulang pada setiap fasa.

Hasil daripada penilaian formatif bagi setisp fasa sebelumnya seperti yang
digambarkan dalam rajah berikut :

A
A
D
D
I
I
E
E
Rajah 2.3 : Model pengajaran ADDIE (Ee, 2001)
2.11

Pengenalan sistem tangki septik

Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan
pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa
digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan. Secara amnya, terma bagi
septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam
tangki yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk ke dalam tangki tersebut.
2.12

Jenis Tangki Septik

Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass)
atau plastik. Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau
berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber). Tangki kumbahan
kebiasaanya disediakan untuk tiap-tiap rumah yang tiada akses atau terlalu jauh ke

sistem pembentungan milik kerajaan.Terdapat 2 jenis tangki yang

popular

digunakan.

2.12.1 Tangki septik jenis konkrit.


2.12.2 Tangki septik jenis polythene.

2.13

Fungsi tangki septik

Tangki septik selalunya mempunyai dua ruang dan ia tidak merawat air kumbahan
dengan sepenuhnya. Ia berfungsi sebagai tangki pemendapan sementara dan perlu
dikosongkan mengikut jadual. Tahap maksimum enapcemar (najis) sebuah tangki
septik biasanya adalah satu pertiga daripada saiznya.

Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal
larut ke mendak dan sekam terapung. Bahan mendak pejal akan diuraikan secara
anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal berkurangan. Bahan cecair pula
akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan pejal
mendak. Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit
melalui effluent pipe.
Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan
menyebabkan tangki septik penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan
dikeluarkan secara manual menggunakan pam vakum. Air kumbahan mengalir ke
dalam tangki septik dan enapcemar najis akan mendap ke dasar tangki. Minyak dan
gris daripada air kumbahan akan terapung di permukaan, membentuk satu lapisan
skum. Skum menghalang oksigen daripada terlarut di dalam air kumbahan dan ini
akan menyebabkan proses pencernaan anaerobik berlaku. Air kumbahan mentah
perlu dirawat sekurang-kurangnya dua puluh empat jam sebelum proses pencernaan
anaerobik dapat menguraikan kumbahan.
Sekiranya tangki septik tidak dikosongkan, enapcemar najis akan melebihi
tahap maksimum. Ini akan menyebabkan penguraian air kumbahan yang tidak
sempurna dan seterusnya air kumbahan yang tidak dirawat serta pepejal enapcemar
najis akan disalurkan keluar daripada tangki septik ke dalam longkang. Jika tangki
septik mempunyai lapisan turas selepas tangki pemendapan, lapisan ini akan
tersumbat dan ini juga akan mengakibatkan air kumbahan yang tidak dirawat dan
pepejal enapcemar najis disalurkan keluar ke dalam longkang.

2.14

Tangki septik individu

Tangki septik individu (IST) merupakan jenis sistem pembetungan yang paling
'ringkas' dan mula dibangunkan di Perancis pada tahun 1860.
Sesebuah IST itu meliputi dua ruang yang bersambung secara bersiri. Di
dalam ruang yang pertama, pepejal daripada kumbahan akan mendap dan
membentuk "enapcemar" manakala gris dan minyak akan terapung di permukaan dan
membentuk lapisan skum. Efluen di antara lapisan skum dan enapcemar akan
mengalir ke ruang kedua di mana pemendapan seterusnya akan berlaku. Akhirnya,
efluen akan meninggalkan ruang yang kedua dan akan dilepaskan ke longkang atau
dibenarkan untuk menyerap ke dalam tanah.
Enapcemar di dalam tangki akan melalui proses pencernaan anaerobik dan
ditukarkan kepada sebatian organik yang lebih stabil dan gas-gas seperti karbon
dioksida (CO2), metana (CH4) and hidrogen sulfida (H2S). Selalunya, IST
direkabentuk untuk masa pengekalan 24 jam. Muatan simpanan yang mencukupi
disediakan supaya skum dan enapcemar najis boleh disimpan di dalam tangki selama
2 tahun yang mana selepas itu ia perlu dikosongkan untuk tangki itu beroperasi
dengan baik.
IST adalah sesuai untuk sesuatu kediaman atau bangunan individu dengan
kesetaraan penduduk (PE) sehingga 150 yang tidak mempunyai sistem pembetungan
terpusat dan pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesan buruk kepada
persekitaran. Ini merupakan penyelesaian termurah untuk membuang enapcemar.

Walau bagaimanapun, IST hanya merawat enapcemar secara separa dan tumpuan
dari kumpulan tangki-tangki ini akan membebankan kapasiti penerimaan alam
sekeliling mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan bau. Pada masa kini,
terdapat lebih daripada 1 juta IST di Malaysia, membuatkannya jenis sistem
pembetungan yang paling biasa digunakan.
Kiraan biasa untuk IST adalah seperti berikut: (mg/L)
Permintaan Oksigen Biokimia
Pepejal Terampai

Kumbahan Efluen Piawaian B JAS


200-400
150-200 50 } tidak berkait dengan
200-350
50-100 100 } ISTs

2.15 Kajian-kajian lepas penggunaan model dalam pendidikan


Ehsan, (2006), dalam kajiannya yang bertajuk model tangki septik individu sebagai
ABBM menyatakan beberapa kriteria penilaian telah dibuat. Dari aspek minat
pelajar, responden menyatakan bahawa melalui model yang direka bentuk, ABBM
yang digunakan adalah berbeza daripada biasa. Dari aspek kefahaman pelajar pula,
pelajar mampu memahami bagaiman tangki septik individu itu berfungsi
berbantukan model yang dibina dan akhir sekali dari aspek pengajaran dan
pembelajaran responden bersetuju bahawa melalui model ini, pelajar lebih seronok
untuk belajar kerana berpeluang mencuba sendiri. Melalui model ini juga, pelajar

berinteraksi secara langsung dengan guru dan terlibat secara lebih aktif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
2.16

Rumusan

Di dalam bab ini, pengkaji telah membuat kajian literature mengenai produk yang
ingin dibangunkan. Sumber diperolehi daripada pelbagai sumber antaranya jurnal,
buku-buku rujukan dan juga tesis kajian yang lepas. Ini adalah bertujuan supaya
idea-idea untuk menghasilkan produk lebih berkembang untuk cadangan
penambahbaikan. Hasil daripada sorotan kajian yang telah dibuat, pengkaji dapat
mengenalpasti beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam melaksanakan projek
yang dibangunkan. Pengkaji juga menggunakan model ADDIE bagi pembangunan
produk kerana model ini bersesuaian dengan peringkat-peringkat penghasilan produk
yang bermula dari peringkat analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan
penilaian produk. Selain itu, pengkaji telah memperkukuhkan lagi kajian dengan
sorotan-sorotan kajian berkenaan model sebagai ABBM.

BAB 3

METODOLOGI
3.1

Pengenalan

Metodologi kajian bertindak sebagai panduan kepada penyelidik untuk memulakan


kajian mereka supaya kerja-kerja penyelidikan boleh dilaksanakan dengan lebih
sistematik. Metodologi juga merupakan kajian yang akan dilakukan dari awal hingga
akhir kajian. Beberapa perkara dunyatakan dengan lebih terperinci bagi proses kajian
ini. diantara perkara-perkara yang dibuat adalah reka bentuk kajian, instrument
kajian, bentuk analisis yang akan digunakan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan
unutk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan di dalam kajian serta data
yang sahih.
3.2

Kronologi kajian

Kronologi kajian mengandungi rentetan perjalanan proses penghasilan sesuatu


produk. Kajian yang melibatkan pembangunan model pengajaran tangki septik
sebagai ABBM.
3.3

Model ADDIE

Model ini merupakan model yang sering dijadikan asas kepada model-model dalam
rekabentuk. Model yang dipilih berdasarkan rentetan fasa-fasa yang terlibat adalah

model ADDIE. Rajah 3.1 di bawah menunjukkan gambaran fasa-fasa yang akan
dilaksanakan.

A
A
D
D
I
I
E
E
Rajah 3.1 : Kerangka model ADDIE

3.3.1

Analisis

Fasa ini melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenal pasti masalah yang
ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti maka proses analisis
perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti apakah punca atau faktor yang berkaitan yang
menimbulkan masalah tersebut. Proses analisis di sini merangkumi pelbagai aspek
diantaranya adalah seperti berikut :
(a) Analisis terhadap pengguna iaitu pelajar bakal guru subjek teknologi Binaan
Bangunan dan juga terhadap pensyarah atau pengajar.
(b) Analisis terhadap persekitaran iaitumelaui pemerhatian dan persoalan yang
timbul untuk mengetahui perkembangan jenis ABBM yang wujud untuk
subjek Teknologi Binaan Bangunan.
(c) Mengenalpasti matlamat yang sebenar melalui pemerhatian dan pengumpulan
maklumat secara kasar daripada bekas belajar subjek Teknologi Binaan
bangunan dan pensyarah.
3.3.1 Reka bentuk

Fasa ini dilaksanakan selepasa proses analisis keperluan selesai. Ia menjejaskan


pandangankeseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media
dan teknologi yang terlibat. Antara lain juga melibatkan proses :
(a) Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.
(b) Pembinaan item-item untuk ujian.
(c) Pemilihan strategi pengajaran.
3.3.2

Pembangunan

Fasa ini melibatkan membina dan membangunkan reka bentuk yang telah diilhamkan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan semua elemen atau
peralatan yang terpilih berdasarkan keperluan dalam membangunkan projek.
3.3.3

Pelaksanaan

Dalam fasa ini, bahan pengajaran yang disiapkan akan digunakan atau dilaksanakan
dalam keadaan yang sebenar.
3.3.4

Penilaian

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan sumatif.
Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua fasa untuk memastikan
keberkesanan. Penilaian sumatif biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek
penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

Mula

Pemilihan Tajuk

Kajian Literature

Perancangan Kajian

Pembangunan
Model

Pembangunan Soal
Selidik

Kesahan
pakar

Kesahan pakar
Penilaian Responden

Data Responden
Analisis Data
Rumusan
Tamat

Rajah 3.2 : Carta alir pembangunan Model Pengajaran Tangki Septik sebagai ABBM
3.3

Analisis

Peringkat analisis adalah peringkat yang pertama dalam model ADDIE. Fasa terawal
ini melibatkan proses menganalisis data dan mengumpul maklumat penting untuk
mengenalpasti masalah.
3.3.1

Kajian Awal

Aspek yang perlu ada di dalam fasa kajian ini adalah mengenalpasti masalah dan
menentukan sasaran serta fungsi reka bentuk yang bakal dibangunkan. Disamping
itu juga, objektif dan tujuan turut dirangka terlebih dahulu berdasarkan masalah yang
ditemui. Objektif dan tujuan ini bertujuan ini berperanan sebagai panduan dalam
proses membangunkan projek agar matlamat projek dapat direalisasikan. Seterusnya
kerangka kerja perlaksanaan projek atau carta gantt seperti yang dilampirkan di
LAMPIRAN A dirancang supaya pembangunan model ini dapat dilaksanakan dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama skop kajian perlu
ditetapkan bagi membolehkan projek dibangunkan dan dihasilkan secara sistematik
tanpa keluar daripada tajuk dan objektif projek. Semua maklumat dan data-data
mengenai projek yang hentak dibangunakan diperolehi daripada sumber yang
dikenalpasti.
3.3.2

Menyenaraikan Objektif

Pada peringkat awal, objektif hendaklah perlu dikenalpasti dengan tujuan untuk
mengetahui dan menunjukkan halatuju atau sasaran dan fungsi setiap perkara yang
akan dibangunkan. Objektif ini menjadi panduan terhadap sasaran dan matlamat
pembangunan reka bentuk.

3.3.3

Mengenalpasti Skop

Setelah objektif projek ditentukan, skop kajian perlu ditetapkan bagi membolehkan
penghasilan projek ini dilakukan secara teratur atau bersistematik agar tidak
menyimpang jauh dari objektif yang ingin dicapai.
3.3.4

Mengenalpasti sumber-sumber maklumat

Sumber-sumber di mana data dan maklumat mengenai kajian yang di bangunkan


dikenalpasti terlebih dahulu. Sebagai contoh, untuk mendapatkan maklumat
mengenai tangki septik, sumber maklumat yang boleh diperoleh adalah daripada
buku rujukan yang didapati dari perpustakaan dan nota-nota daripada pensyarah yang
mengajar subjek Teknologi Binaan Bangunan. Segala jenis maklumat dikumpul dan
dicatatkan dalam bab 2 untuk memudahkan pemahaman dan melancarkan proses
atau fasa projek yang dilaui dalam menjayakannya.
3.3.5

Menentukan Kaedah Pengumpulan Data

Setelah masalah dikenalpasti, semua maklumat dan data-data yang diperlukan


hendaklah dikumpulkan terlebih dahulu mengikut kaedah yang sesuai. Maka kaedah
pengumpulan data yang telah dikenalpasti sesuai digunakan untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan dalam pembangunan projek ini adalah :
(i)
(ii)
(iii)

Soal selidik pelajar bakal guru


Temubual dengan pelajar bekas subjek Teknologi Binaan Bangunan
Rujukan daripada buku-buku yang terlibat.

3.3.5.1 Soal Selidik


Soal selidik merupakan kaedah yang berkesan dalam menyediakan maklumat dalam
bentuk kuantitatif daripada sesuatu kajia selidik yang lebih umum. Menurut Harun ,
Aris &Tafsir (2003) nilai sesuatu maklumat yang diperolehi daripada soal selidik
bergantung kepada betapa sempurnanya soal selidik tersebut direka bentuk. Oleh hal
demikian, soalan-soalan yang direka bentuk perlu bersesuaian dan tepat malah tidak
mengarahkepada pemberin jawapan yang pelbagai sehingga membawa kesukaran

kepada pemberian jawapan yang pelbagai sehingga membawa kesukaran kepada


penyelidik untuk dianalisis. Soalan yang direka bentuk juga perlulah selari dengan
objektif yang dibina dan ia tidak jauh bertentangan dengan objektifbagi mengelakkan
kecelaruan bagi menganalisis jawapan.
Menurut Harun et al.,(2003), soal selidik selalu digunakan untuk mengukur
konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi danpanduan selain daripada
keterangan latar belakang. Selain itu, soal selidik dapat mengetahui sikap seseorang
dengan menggunakan soalan terbuka, senarai semak skala kadar. Pada peringkat ini,
pengkaji hendak melihat reaksi dan peringkat kefahaman bekas pelajar yang telah
mengambil subjek Teknologi Binaan Bangunan sebelum ini terhadap subtopik.
Analisis soal selidik dilakukan mengikut jenis item berdasarkan Taksonomi Bloom.
3.3.5.2 Pemerhatian dan Temuabual
Pemerhatian adalah kaedah yang terawal dan utama sebelum mewujudkan kajian ini.
hal ini kerana daripada pemerhatian akan dapat mengenalpasti masalah besar yang
berlaku di kalangan pelajar bakal guru yang mengambil subjek teknologi Binaan
Bangunan. Menurut airis, et al., (2002), pemerhatian boleh dilakukan dalam dua
bentuk iaitu pemerhatian secara berstruktur, pengguna akan diberikan satu set soalan
temubual yang bersesuaian dengan pengguna dan keupayaan seseorang pengguna
dalam

mengaplikasikan

pengetahuan

dalam

tajuk

tangki

septik

akan

diperhatikan.Temubual adalah kaedah yang dijadikan sebagai sumber kajian awal


bagi mengetahui tahap pengetahuan pelajar selepas dibuat pemerhatian ke atas
mereka. Pemerhatian dan temubual yang dilaksanakan seiring di mana pertemuan
antara pengkaji dan pelajar yang telah mengambil matapelajaran Teknologi Binaan
Bangunan. Pemerhatian dan temubual seperti ini dilakukan bagi mengetahui tahap
pelajar dalam memahami konsep operasi tangki septic.
3.4

Fasa Reka bentuk dan Fasa Pembangunan

Dalam fasa reka bentuk, pengkaji menyediakan spesifikasi reka bentuk dalam
menyediakan model pengajaran tangki septik. Menyentuh kepada fasa pembangunan

pula bentuk yang telah direka tersebut dibangunkan mengikut spesifikasi yang
ditetapkan dengan menggunakan semua elemen atau peralatan yang terpilih
berdasarkan keperluan pembangunan projek.
3.4.1

Menyediakan spesifikasi reka bentuk

Satu lagi proses penting yang perlu dilakukan dalam mereka bentuk model tangki
septic ialah menyediakan spesifikasi reka bentuk. Spesifikasi reka bentuk adalah
garis panduan kasar yang menyenaraikan ciri-ciri suatu reka bentuk supaya produk
dapat dipandu untuk mencapai ke arah objektifnya yang sebenar. Spesifikasi yang
disenaraikan biasanya adalah ciri-ciri asas yang membantu dalam menghasilkan
sesuatu reka bentuk yang dikehendaki.
3.5

Fasa Perlaksanaan

Dalam fasa ini model pengajaran yang telah dibangunkan dalam fasa pembangunan
ini telah dilaksanakan dengan memenuhi reka bentuk sebenar model dan
kebolehfungsian model tangki septik.
3.6

Fasa Penilaian

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian, penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif adalah penilaian yang seharusnya dilakukan terhadap setiap fasafasa bagi memastikan keberkesanan produk tersebut. Penilaian sumatif pula
kebiasaanya akan dilakukan pada peringkat akhir bagi sesuatu projek penghasilan
bahan pengajaran itu diselesaikan. Penilaian hendaklah dilakukan terhadap produk
yang telah dihasilkan. Produk hendaklah dinilai bagi mengelakkan kecacatan dan
segala kelemahannya dapat diperbaiki. Selain itu juga, penilaian adalah amat penting
bagi memastikan sejauh manakah produk yang dibangunkan dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar.
Pengkaji akan menjalankan dua jenis penilaian terhadap produk yang akan
dibangunkan itu, iaitu penilaian melalui soal selidik dan juga melalui ujian oleh

pakar. Item-item untuk ujian dibina bagi membolehkan pakar mengesahkan


kebolehfungsian model yang dibangunkan. Pengkaji juga akan membina item-item
ujian kepada pelajar bagi memastikan produk yang dibangunkan juga sesuai dengan
keperluan pelajar.
3.7

Rumusan

Metodologi adalah kaedah-kaedah bagi menjalankan sesuatu kajian. Metodologi


kajian yang telah dirancang ini dapat membantu proses mereka bentuk dan
membangunkan Model Pengajaran tangki septik sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar
(ABBM). Perlaksanaan projek ini adalah telah dirancang dengan teliti dan
dilaksanakan

secara

berperingkat-peringkat

mengikut

fasa-fasa

yang

telah

ditetapkan. Di dalam bab ini telah diberi pencerahan mengenai kaedah reka bentuk
model yang digunakan sebagai panduan dalam menjalankan kerja iaitu Model
ADDIE. Secara keseluruhannya, pengkaji telah menjelaskan kaedah yang digunakan
seperti spefikasi reka bentuk, proses pemasangan, proses pemilihan peralatan dan
bahan. Semua kaedah ini dijalankan secara sistematik dan mengikut turutan.

Anda mungkin juga menyukai