Anda di halaman 1dari 9

31

BAB 3

METODOLOGI
3.1

Pengenalan

Metodologi kajian bertindak sebagai panduan kepada penyelidik untuk memulakan


kajian mereka supaya kerja-kerja penyelidikan boleh dilaksanakan dengan lebih
sistematik. Metodologi juga merupakan kajian yang akan dilakukan dari awal hingga
akhir kajian. Beberapa perkara dunyatakan dengan lebih terperinci bagi proses kajian
ini. diantara perkara-perkara yang dibuat adalah reka bentuk kajian, instrument
kajian, bentuk analisis yang akan digunakan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan
unutk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan di dalam kajian serta data
yang sahih.
3.2

Kronologi kajian

Kronologi kajian mengandungi rentetan perjalanan proses penghasilan sesuatu


produk. Kajian yang melibatkan pembangunan Model Pengajaran Sistem Tangki
Septik sebagai ABBM.
3.2.1

Model ADDIE

Model ini merupakan model yang sering dijadikan asas kepada model-model dalam
rekabentuk. Model yang dipilih berdasarkan rentetan fasa-fasa yang terlibat adalah

32

model ADDIE. Rajah 3.1 di bawah menunjukkan gambaran fasa-fasa yang akan
dilaksanakan.

A
A
D
D
I
I
E
E
Rajah 3.1 : Kerangka model ADDIE
3.2.1.1

Analisis

Fasa ini melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenal pasti masalah yang
ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti maka proses analisis
perlu dilaksanakan bagi mengenalpasti apakah punca atau faktor yang berkaitan yang
menimbulkan masalah tersebut. Proses analisis di sini merangkumi pelbagai aspek
diantaranya adalah seperti berikut :
(a) Analisis terhadap pengguna iaitu pelajar bakal guru subjek Teknologi
Pembinaan Domestik dan juga terhadap pensyarah atau pengajar.
(b) Analisis terhadap persekitaran iaitu melaui pemerhatian dan persoalan yang
timbul untuk mengetahui perkembangan jenis ABBM yang wujud untuk
subjek Teknologi Pembinaan Domestik.
(c) Mengenalpasti matlamat yang sebenar melalui pemerhatian dan pengumpulan
maklumat secara kasar daripada bekas belajar subjek Teknologi Pembinaan
Domestik dan pensyarah.

33

3.2.1.2

Reka bentuk

Fasa ini dilaksanakan selepasa proses analisis keperluan selesai. Ia menjejaskan


pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan teori, jenis
media dan teknologi yang terlibat. Antara lain juga melibatkan proses :
(a) Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.
(b) Pembinaan item-item untuk ujian.
(c) Pemilihan strategi pengajaran.
3.2.1.3

Pembangunan

Fasa ini melibatkan membina dan membangunkan reka bentuk yang telah diilhamkan
mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan semua elemen atau
peralatan yang terpilih berdasarkan keperluan dalam membangunkan projek.
3.2.1.4

Pelaksanaan

Dalam fasa ini, bahan pengajaran yang disiapkan akan digunakan atau dilaksanakan
dalam keadaan yang sebenar.
3.2.1.5

Penilaian

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan sumatif.
Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua fasa untuk memastikan
keberkesanan. Penilaian sumatif biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek
penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

34

Mula

Pemilihan Tajuk

Kajian Literature

Perancangan Kajian

Pembangunan
Model

Pembangunan Soal
Selidik

Kesahan
pakar

Kesahan pakar
Penilaian Responden

Data Responden
Analisis Data
Rumusan
Tamat

Rajah 3.2 : Carta alir pembangunan Model Pengajaran Tangki Septik sebagai ABBM
3.3

Analisis

35

Peringkat analisis adalah peringkat yang pertama dalam model ADDIE. Fasa terawal
ini melibatkan proses menganalisis data dan mengumpul maklumat penting untuk
mengenalpasti masalah.
3.3.1

Kajian Awal

Aspek yang perlu ada di dalam fasa kajian ini adalah mengenalpasti masalah dan
menentukan sasaran serta fungsi reka bentuk yang bakal dibangunkan. Disamping
itu juga, objektif dan tujuan turut dirangka terlebih dahulu berdasarkan masalah yang
ditemui. Objektif dan tujuan ini bertujuan ini berperanan sebagai panduan dalam
proses membangunkan projek agar matlamat projek dapat direalisasikan. Seterusnya
kerangka kerja perlaksanaan projek atau carta gantt seperti yang dilampirkan di
LAMPIRAN A dirancang supaya pembangunan model ini dapat dilaksanakan dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama skop kajian perlu
ditetapkan bagi membolehkan projek dibangunkan dan dihasilkan secara sistematik
tanpa keluar daripada tajuk dan objektif projek. Semua maklumat dan data-data
mengenai projek yang hentak dibangunakan diperolehi daripada sumber yang
dikenalpasti.
3.3.2

Menyenaraikan Objektif

Pada peringkat awal, objektif hendaklah perlu dikenalpasti dengan tujuan untuk
mengetahui dan menunjukkan halatuju atau sasaran dan fungsi setiap perkara yang
akan dibangunkan. Objektif ini menjadi panduan terhadap sasaran dan matlamat
pembangunan reka bentuk.

3.3.3

Mengenalpasti skop

36

Setelah objektif projek ditentukan, skop kajian perlu ditetapkan bagi membolehkan
penghasilan projek ini dilakukan secara teratur atau bersistematik agar tidak
menyimpang jauh dari objektif yang ingin dicapai.
3.3.4

Mengenalpasti Sumber-sumber Maklumat

Sumber-sumber di mana data dan maklumat mengenai kajian yang dibangunkan


dikenalpasti terlebih dahulu. Sebagai contoh, untuk mendapatkan maklumat
mengenai tangki septik, sumber maklumat yang boleh diperoleh adalah daripada
buku rujukan yang didapati dari perpustakaan dan nota-nota daripada guru-guru yang
mengajar subjek Teknologi Pembinaan Domestik. Segala jenis maklumat dikumpul
dan dicatatkan dalam Bab 2 untuk memudahkan pemahaman dan melancarkan proses
atau fasa projek yang dilalui dalam menjayakannya.
3.3.5

Menentukan Kaedah Pengumpulan Data

Setelah masalah dikenalpasti, semua maklumat dan data-data yang diperlukan


hendaklah dikumpulkan terlebih dahulu mengikut kaedah yang sesuai. Maka kaedah
pengumpulan data yang telah dikenalpasti sesuai digunakan untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan dalam pembangunan projek ini adalah :
(i)
(ii)
(iii)
3.3.5.1

Soal selidik pelajar bakal guru.


Temubual dengan pelajar bekas subjek Teknologi Pembinaan Domestik.
Rujukan daripada buku-buku yang terlibat.
Soal Selidik

Soal selidik merupakan kaedah yang berkesan dalam menyediakan maklumat dalam
bentuk kuantitatif daripada sesuatu kajia selidik yang lebih umum. Menurut Harun ,
Aris &Tafsir (2003) nilai sesuatu maklumat yang diperolehi daripada soal selidik
bergantung kepada betapa sempurnanya soal selidik tersebut direka bentuk. Oleh hal
demikian, soalan-soalan yang direka bentuk perlu bersesuaian dan tepat malah tidak
mengarah kepada pemberian jawapan yang pelbagai sehingga membawa kesukaran

37

kepada penyelidik untuk dianalisis. Soalan yang direka bentuk juga perlulah selari
dengan objektif yang dibina dan ia tidak jauh bertentangan dengan objektif bagi
mengelakkan kecelaruan bagi menganalisis jawapan.
Menurut Harun et al.,(2003), soal selidik selalu digunakan untuk mengukur
konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi danpanduan selain daripada
keterangan latar belakang. Selain itu, soal selidik dapat mengetahui sikap seseorang
dengan menggunakan soalan terbuka, senarai semak skala kadar. Pada peringkat ini,
pengkaji hendak melihat reaksi dan peringkat kefahaman bekas pelajar yang telah
mengambil subjek Teknologi Pembinaan Domestik sebelum ini terhadap subtopik.
Analisis soal selidik dilakukan mengikut jenis item berdasarkan Taksonomi Bloom.
3.3.5.2

Pemerhatian dan Temuabual

Pemerhatian adalah kaedah yang terawal dan utama sebelum mewujudkan kajian ini.
hal ini kerana daripada pemerhatian akan dapat mengenalpasti masalah besar yang
berlaku di kalangan pelajar bakal guru yang mengambil subjek Teknologi Pembinaan
Domestik. Menurut Aris, et al., (2002), pemerhatian boleh dilakukan dalam dua
bentuk iaitu pemerhatian secara berstruktur, pengguna akan diberikan satu set soalan
temubual yang bersesuaian dengan pengguna dan keupayaan seseorang pengguna
dalam mengaplikasikan pengetahuan dalam tajuk sistem tangki septik akan
diperhatikan.Temubual adalah kaedah yang dijadikan sebagai sumber kajian awal
bagi mengetahui tahap pengetahuan pelajar selepas dibuat pemerhatian ke atas
mereka. Pemerhatian dan temubual yang dilaksanakan seiring di mana pertemuan
antara pengkaji dan pelajar yang telah mengambil matapelajaran Teknologi
Pembinaan Domestik. Pemerhatian dan temubual seperti ini dilakukan bagi
mengetahui tahap pelajar dalam memahami konsep operasi tangki septik.

3.4

Fasa Reka bentuk dan Fasa Pembangunan

38

Dalam fasa reka bentuk, pengkaji menyediakan spesifikasi reka bentuk dalam
menyediakan model pengajaran tangki septik. Menyentuh kepada fasa pembangunan
pula bentuk yang telah direka tersebut dibangunkan mengikut spesifikasi yang
ditetapkan dengan menggunakan semua elemen atau peralatan yang terpilih
berdasarkan keperluan pembangunan projek.
3.4.1

Menyediakan spesifikasi reka bentuk

Satu lagi proses penting yang perlu dilakukan dalam mereka bentuk model tangki
septik ialah menyediakan spesifikasi reka bentuk. Spesifikasi reka bentuk adalah
garis panduan kasar yang menyenaraikan ciri-ciri suatu reka bentuk supaya produk
dapat dipandu untuk mencapai ke arah objektifnya yang sebenar. Spesifikasi yang
disenaraikan biasanya adalah ciri-ciri asas yang membantu dalam menghasilkan
sesuatu reka bentuk yang dikehendaki.
3.5

Fasa Perlaksanaan

Dalam fasa ini model pengajaran yang telah dibangunkan dalam fasa pembangunan
ini telah dilaksanakan dengan memenuhi reka bentuk sebenar model dan
kebolehfungsian model tangki septik.
3.6

Fasa Penilaian

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian, penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif adalah penilaian yang seharusnya dilakukan terhadap setiap fasafasa bagi memastikan keberkesanan produk tersebut. Penilaian sumatif pula
kebiasaanya akan dilakukan pada peringkat akhir bagi sesuatu projek penghasilan
bahan pengajaran itu diselesaikan. Penilaian hendaklah dilakukan terhadap produk
yang telah dihasilkan. Produk hendaklah dinilai bagi mengelakkan kecacatan dan
segala kelemahannya dapat diperbaiki. Selain itu juga, penilaian adalah amat penting
bagi memastikan sejauh manakah produk yang dibangunkan dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar.

39

Pengkaji akan menjalankan dua jenis penilaian terhadap produk yang akan
dibangunkan itu, iaitu penilaian melalui soal selidik dan juga melalui ujian oleh
pakar. Item-item untuk ujian dibina bagi membolehkan pakar mengesahkan
kebolehfungsian model yang dibangunkan. Pengkaji juga akan membina item-item
ujian kepada pelajar bagi memastikan produk yang dibangunkan juga sesuai dengan
keperluan pelajar.
3.7

Rumusan

Metodologi adalah kaedah-kaedah bagi menjalankan sesuatu kajian. Metodologi


kajian yang telah dirancang ini dapat membantu proses mereka bentuk dan
membangunkan Model Pengajaran Sistem Tangki Septik sebagai Alat Bahan Bantu
Mengajar (ABBM). Perlaksanaan projek ini adalah telah dirancang dengan teliti dan
dilaksanakan

secara

berperingkat-peringkat

mengikut

fasa-fasa

yang

telah

ditetapkan. Di dalam bab ini telah diberi pencerahan mengenai kaedah reka bentuk
model yang digunakan sebagai panduan dalam menjalankan kerja iaitu model
ADDIE. Secara keseluruhannya, pengkaji telah menjelaskan kaedah yang digunakan
seperti spefikasi reka bentuk, proses pemasangan, proses pemilihan peralatan dan
bahan. Semua kaedah ini dijalankan secara sistematik dan mengikut turutan.

Anda mungkin juga menyukai