Anda di halaman 1dari 2

PERBANDINGAN PEMIKIRAN KONSEP AKHLAK

AL-GHAZALI DAN IBN MISKAWAYH DALAM ASPEK INTELEK

Falsafah (Usuluddin)
Zulfahmi
Wan Hasmah Wan Mamat, Ed.D.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Emel: zulfahmi@siswa.um.edu.my / wanhasmah@um.edu.my

Abstrak
Kerosakan akhlak dan nilai-nilai moral amat mempengaruhi perkembangan dan
kemerosotan tamadun sesebuah Negara. Oleh itu, mengkaji dan meneroka suatu konsep akhlak
dari tamadun masa lalu untuk pembangunan masa depan adalah sangat penting. Terutama dalam
aspek intelek sebagai punca penggerak tingkah laku. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan
mengkaji pemikiran al-Ghazali dan Ibn Miskawayh dalam konsep akhlak. Selain itu, kajian ini
juga melihat persamaan dan perbezaan kedua-dua konsep akhlak dalam aspek intelek untuk
diterapkan dalam pendidikan Islam. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah
pendekatan inkuiri melalui analisis falsafah menggunakan analisis interpretasi, induktif, deduktif,
dan perbandingan. Analisis tentang aspek intelek diteroka melalui senarai semak yang telah
dirancang. Analisis pemikiran al-Ghazali merujuk kepada kitab Ihya Ulum al-Din, Mizan al-
Amal, dan Ayyuha al-Walad. Manakala analisis pemikiran Miskawayh merujuk kepada kitab
Tahdhib al-Akhlaq, The Refinement of Character dan The Ethical Philosophy of Miskawayh.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara umum pemikiran al-Ghazali dan Ibn Miskawayh
membincangkan tentang keutamaan akhlak (ummahat al-akhlaq). Dari segi persamaan, kedua-
dua tokoh memandang bahawa dalam jiwa insan terdapat kekuatan ilmu (intelek) yang mengawal
amarah, nafsu syahwat dan menyempurnakan kekuatan adil sehingga boleh membezakan
kebaikan dan keburukan. Sedangkan dari segi perbezaan, Al-Ghazali membincangkan aspek
intelek secara dalaman dan beliau menggolongkan kepada akal gharizi (naluri) dan akal
muktasab (usaha). Sementara Miskawayh hanya membincangkan segi luaran dari proses berfikir
dan objek yang difikirkan. Berdasarkan perbandingan kedua-dua pemikir ini, konsep akhlak
merangkumi aspek intelek yang boleh diterapkan dalam pendidikan Islam yang berpusat dalam
fikiran (aql) yang melahirkan kebijaksanaan (hikmah) untuk menentukan pilihan yang baik dan
benar serta diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Islam.

Kata kunci: akhlak, al-Ghazali, Miskawayh, intelek.


THE COMPARATIVE THOUGHTS OF AL-GHAZALIS AND IBN MISKAWAYHS
CONCEPTS OF AKHLAQ IN INTELLETUAL ASPECT

Abstract
The destruction of character and moral values significantly influence the progress and
degeneration of a countrys civilization. Therefore, evaluating and examining a concept of
civilized character from the past for a future development is very prominent, those especially
related to the intellectual aspects that form the character. This study aims to figure out and
examine the thought of Al-Ghazali and Ibn Miskawayh in character concept; Moreover, this study
also looks at the similarities and differences of both character concepts in the aspect of intellectual
to be applied in Islamic education. The methodology used in this study is inquiry approach through
philosophical analysis with interpretation analysis, inductive, deductive, and comparative. A
check list for analyzing texts concerning character aspect has been created in order to know the
concept of character in accordance with intellectual aspect. The text analysis of al-Ghazalis
thought refers to Ihya Ulum al-Din, Mizan al-Amal, dan Ayyuha al-Waladv books. While the
analysis of Miskawayhs thought refers to Tahdhib al-Akhlaq, The Refinement of Character, and
The Ethical Philosophy of Miskawayh books. The result reveals that in general al-Ghazali and Ibn
Miskawayhs thought discuss the noble character (ummahat al-akhlaq). Both figures view that
there is a power of knowledge inside the soul of human beings that controls anger, appetitive and
completes the power of justice to distinguish the pros and cons. Whereas, the difference is that Al-
Ghazali presents intellectual aspects internally and he groups it as gharizi sense (instinct) and
muktasab sense (effort). On the other hand, Ibn Miskawayh explains those aspects externally from
processes thought and objects of thought. Based on the comparison of the two figures, the concept
of character includes applicable intellectual aspects of Islamic education based in the mind (aql)
which produce the wisdom (hikmah) to determine a good and true choice and to implement them
in teaching and learning in Islamic education.

Keys word: character, al-Ghazali, Miskawayh, intellectual.

Anda mungkin juga menyukai