Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan peranan anda sebagai guru dalam menangani masalah keperluan pelajar melalui

pendekatan Teori Hierarki Keperluan Maslow.

Menurut Maslow, keperluan fisiologi yang juga dikenali sebagai keperluan primer ialah merupakan keperluan
yang paling asas. Keperluan ini melibatkan keperluan untuk mendapatkan makanan, minuman dan tempat
tinggal. Membicarakan teori keperluan Maslow dalam konteks pendidikan, keberkesanan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana hierarki keperluan-keperluan murid
dipenuhi. Contohnya, murid-murid yang kurang makanan akan menyebabkan kesihatan pelajar terbabit akan
terjejas. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuh serta tidak bermotivasi
untuk belajar. Justeru, para guru perlu mengambil berat kepada tanda-tanda kekurangan dari segi fizikal
pelajar itu.Selain itu, guru mempunyai sifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang yang
mungkin tidak diperolehi di rumah. Memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid serta
memberikan motivasi dan peneguhan yangs sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam
pelajaran. Guru juga boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan murid agar dapat meningkatkan
keperluan penyuburan serta dapat memperolehi pengetahuan dan mennikmati karya atau ciptaan estetik yang
bermutu tinggi. Di samping itu, keluarga yang bahagia dapat memenuhi keperluan asas mereka. Sebagai
murid sekolah, mereka memerlukan individu dewasa terutamanya ibu bapa agar keperluan mereka dilindungi.
Sekiranya keperluan asas tidak dipenuhi atau keselamatan mereka tidak terjamin, akan menjejaskan
perkembangan personaliti mereka. Hanya setelah mereka mencapai tahap keperluan fizikal, keselamatan diri
dan penerimaan kasih sayang dipenuhi, mereka boleh melangkah ke tahap yang seterusnya dalam Hierarki
Keperluan Maslow.Penghargaan diri yang positif akan mempengaruhi sikap kanak-kanak dalam sistem
persekolahan dan mereka akan dapat menerima seterusnya menguasai ilmu dan kemahiran dengan mudah.
Mereka akan menetapkan matlamat cita-cita mereka dan memastikan yang mereka akan dapat mencapainya.
Namun begitu, Maslow juga dapat menerima hakikat bahawa tidak semua kanak-kanak dapat melalui setiap
peringkat yang tertera dalam hierarki keperluan beliau.

Anda mungkin juga menyukai