Anda di halaman 1dari 10

Tajuk:

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA DITINJAU DARI


PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

Pembentang:
Prof. Emeritus Dato Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435


Dewan Canselor Tun Abdul Razak,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor

Anjuran:

PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA DITINJAU DARI


PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH
Oleh:
Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid

Pendahuluan:
Tajuk di atas bersifat satu pernyataan atau statement. Dari segi ilmiah ia
perlu dibuktikan. Kalau tidak ia sekadar omong kosong.
Walau bagaimana pun, tugas pembuktian ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk
dilaksanakan.Kerana yang ada pada Syariah Islam pada hari ini hanyalah teorinya
sahaja. Sementara praktiknya, iaitu suatu unsur yang sangat penting dalam
komponen apa yang disebut sebagai Pembuktian itu tidak ada sekarang. Ia samada
sudah menjadi sejarah zaman lampau atau sekadar cita-cita masa depan.
Dengan mengambil kira kata-kata penyair agong Islam, Umar al-Khaiyam dalam
Ruba`iyat yna Semalam sudah berlal, esok masih dalam cita-cita, realiti nya hari
ini ternyata apa yang akan dipaparkan nanti hanyalah merupakan teorinya sahaja,
sementara dari segi kenyataannya ia samada sudah menjadi sejarah atau nasih
merupakan cita-cita masa depan.
Untuk bertenggek atas kenyataan sejarah kita hanya akan hidup dalam nolstalgia
sahaja. Sebaliknya untuk bergantung kepada cita-cita masa depan kita hanya akan
hidup dalam cita-cita sahaja. Sama seperti nostalgia yang dipandang rapuh dari segi
ilmiah begitu juga cita-cita.Kerana nostalgia boleh disifatkan sebagai khayalan,
sementara cita-cita pula boleh disifatkan sebagai angan-angan. Dalam cerita
dongeng Melayu kedua dua fenomena ini biasa dihubungkan dengan Mat Jenin ,
Lebai Malang, Pak Pandir dan sebagai nya.
Maka tugas yang paling berat dalam menyiapkan kertas ini bukan mencari Nas
Syarak samada dalam bentuk ayat al-Quran atau hadith Rasulullah s.a.w., atau
menggali perbendaharaan Fiqh Islam untuk mengutip mutiara kata kata para fuqaha
agong sejak dulu sampai sekarang yang berkait dengan hukum jenayah dan
maqasid Syariah. Sebaliknya yang paling sukar ialah untuk menjadikannya tidak
seperti Angan-angan Mat Jenin yang cukup logic tetapi tidak realistic, atau
kebijaksanaan Pak Pandir yang cukup realistic tetapi tidak logic, atau nasib Lebai
Malang yang mahu semua tapi hilang semua.

Undang-Undang Jenayah Syariah:


2

Soalan paling asas ialah apakan yang dinamakansebagai Undang-Undang


Jenayah Syariah itu? Bagi orang biasa pertanyaan ini sangat mudah untuk dijawab.
Tapi bagi orang akademik, ia sangat sukar. Khabarnya, dalam Undang-Undang
Inggeris, untuk memberi definasi yang tepat tentang apa itu Jenayah pun sangat
sukar. Sehingga ada penulis yang mengambil keputusan bahawa yang dikatakan
sebagai Jenayah itu ialah kesalahan yang disifatkan oleh Undang-Undang sebagai
Kesalahan Jenayah. Dalam ilmu Mantiq(Logic) definasi seperti itu disebut sebagai
al-Ta`rif Bi al-Fasl (Memberikan definasi berasaskan sifat)bukan al-Ta`rif Bi alHadd(Memberikan definasi berasaskan hakikat). Dalam Fiqh Islam pun ada
kesukaran yang sama, iaitu bagaimana membezakan antara kesalahan jenayah dan
kesalahan sivil? Lalu ada orientalist yang membuat kesimpulan bahawa dalam Islam
kesalahan Membunuh dan mencederakan bukan kesalahan jenayah tetapi
kesalahan civil kerana ada hukuman Diyat.
Bagi menjawab persoalan paling asas ini tiga istilah yang biasa digunakan
secara Haru Biru oleh ramai orang perlu ditentukan, atau lebih tepat difahami
pengertiannya. Partama nya Syariah, keduanya Fiqh dan ketiganya UndangUndang. Berasaskan keperluan ini nampaknya istilah yang digunakan dalam tajuk di
atas, iaitu Undang-Undang Jenayah Syariah perlu dihurai secara lanjut dan diberi
konsep yang jelas.
Syariah ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah, iaitu yang terkandung dalam
al-Quran dan al-Sunnah.Fiqh pula ialah hasil kefahaman para fuqaha terhadap wahyu
tersebut sepertimana yang terkandung dalam kitab-kitab fiqh sejak dulu sampai
sekarang. Sedangkan Undang-Undang merupakan fiqh yang telah melalui proses
perundangan berasaskan kaedah legislative dalam sesebuah negara.
Penghuraian seperti ini sangat penting kerana yang bersifat absolute atau mutlak itu
ialah Syariah, bukanya Fiqh atau Undang-Undang, kerana ia adalah wahyu Allah.
Sementara fiqh walau pun pada prinsipnya berasaskan Syariah, iaitu wahyu Allah
tetapi unsur manusiawi telah termasuk di dalamnya, seperti mentality fuqaha,
keilmuan semasa dan persekitaran hidup semasa sewaktu hukum berkenaan
difahami atau diijtihadkan. Samalah juga dengan Undang-Undang, ia telah dicampuri
unsur manusiawi yang banyak dan tidak absolute lagi.
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan Undang-Undang Jenayah Syariah itu di
sini?Kalau maksudnya Hukum Syariah sepertimana yang terdapat dalam al-Quran
dan al-Sunnah maka jawapannya jelas sekali dan tidak perlu lagi
diseminarkan.Sebagai orang Islam kita berkeyakinan penuh Syariah memberi
jawapan dan penyelsaian yang paling ideal bagi semua persoalan manusia dalam
hidup ini, di dunia dan di akhirat.

Apa yang boleh menjadi pokok perbincangan yang mampu melahirkan banyak
persoalan ialah tentang kefahaman tertentu berkait dengan hukum Syariah
berkenaan. Kerana kefahaman itu walaupun pada dasarnya berlandaskan Syariah,
sepertimana yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi ia sudah bersifat
manusiawi kerana terdapat faktur manusia di dalam nya. Dalam bidang Jenayah,
misalnya ia sudah disebut sebagai al-Fiqh al-Jina`i, iaitu kefahaman manusia
tentang jenayah sepertimana yang terkandung dalam Syariah. Ia juga di sebut
sebagai al-Tasyri aljina`i, iaitu undang undang jenayah yang berasaskan Syariah
Islam.
Tanpa sikap hati-hati dalam menentukan konsep sebenar bagi semua istilah yang
dipakai telah menimbulkan banyak kekeliruan, termasuk di kalangan mereka yang
bercakap tentang Islam dalam konsep yang terlalu umum.Dari sinilah lahirnya
pemikiran yang secara simple menyebut Laksanakan saja Islam nanti semua akan
selsai atau sebalik nya Islam sudah ketinggalan zaman.Ia adalah sistem hidup
zaman unta. Persoalannya, Islam dalam konsep apa yang mereka rujuk? Syariah
atau Fiqh atau apa-apa lagi?, seperti undang-undang, politik, ekonomi, pendidikan,
pelajaran dan seterus nya.
Untuk lebih mudah difahamai kita gunakan satu analogi.Seorang anak kembali
kerumah dalam keadaan lapar dan dahaga.Lalu terus menyebut kepada emaknya
mahu makan.Secara begitu simple sekali emaknya terus menjawab, semua nya
sudah tersedia di dapur.Bagaimana pun anak itu dapati di dapur tidak ada makanan
yang beliau maksudkan.Kata ibu, saya tidak berbohong.Semua nya sudah ada, beras,
daging, ayam, telur, sayur, air, dapur gas dan banyak lagi.Jadi apakah yang
sebenarnya dimaksudkan dengan makanan itu? Bagi anak, apa yang benar-benar
dimaksudkan ialah makanan yang sudah dimasak dan tersedia untuk dimakan.
Sedangkan bagi ibu, yang dimaksudkan ialah semua bahan telah ada tinggal lagi
perlu dimasak dan dihidangkan saja.
Kedua dua mereka betul tetapi dalam konteks yang berbeza. Syariah sama seperti
yang dimaksudkan oleh Ibu berkenaan, sementara undang-undang pula adalah
seperti yang dimaksudkan oleh anak nya. Sedangkan Fiqh pula ialah proses
menjadikan bahan makanan berkenaan sebagai nasi atau roti atau apa saja yang
sudah boleh dihidang.
Sama seperti fiqh, kerja memproses makanan berkenaan ada berbagai cara dan
pendekatan, seperti tanak, bakar, rebus, goreng dan sebagainya dan samada benarbenar masak,separuh masak, lebih masak dan sebagainya. Ia juga tertakluk kepada
menu yang dipilih, samada Nasi Arab, Kebab Iran, Beriani Pakistan, Kari India,
Spagati Itali, Lemak Cili Api Melayu dan banyak lagi.

Dalam Fiqh ada Mazhab atau aliran pemikiran dalam memahami nas al-Quran dan
al-Sunnah dan melakukan ijtihad berasaskan kepada nya.Asasnya ialah perbezaan
method atau kaedah.Mazhab Maliki lebih pragmatic, sampai menjadikan budaya
penduduk Madinah sebagai sumber hukum yang boleh menafikan hadis dalam kelas
tertentu. Mazhab Hanafi lebih analytic sampai menerima Istihsan, iaitu analisa
perbandingan sebagai sumber hukum dan menolak berbagai hadis atas alasan tidak
kuat dari segi periwayatan. Mazhab SyafiI lebih berpendirian sederhana berbanding
dengan dua di atas, iaitu tetap menggunakan hadis walau pun bertentangan dengan
budaya penduduk Madinah, dan tidak menerima Istihsan atas alasan sudah bersifat
secular. Mazhab Hanbali libih literal sampai tidak gemar menggunakan analisis, dan
sebagainya.
Berasaskan kepada pendekatan yang berbeza tentang method ijtihad atau fiqh inilah
lahir perbezaan pendekatan yang lain, seperti pendekatan Maqasidi, atau
objectivism, dan pendekatan Syakli, atau formalism. Pendekatan Maqasidi
mementingkan objektif daripada bentuk, sementara pendekatan Syakli pula lebih
mementingkan bentuk. Dalam contoh masakan di atas, pendekatan Syakli lebih
mementingkan menu asal masakan berkenaan samada ia adalah Nasi Arab atau
Beriani Pakistan atau Kari India atau lemak cilia pi Melayu. Tetapi bagi pendekatan
Maqasidi kalau ada kepentingan yang tidak bertentangan dengan prinsip asal
masakan berkenaan beberapa modifikasi boleh dilakukan. Antara perbezaan asas
antara kedua nya yang senang difahami ialah pendekatan Syakli lebih bersifat
konservatif, sementara pendekatan Maqasidi lebih bersifat libral dan innovative.
Maka persoalannya sekarang, yang menjadi asas dalam perbincangan ini bukannya
Syariah, kerana kebenarannya absolute atau mutlaq.Sebaliknya ialah UndangUndang, iaitu hidangan yang sudah di masak tadi. Atau sekurang-kurang nya Fiqh,
iaitu proses memasak bagi tujuan hidangan berkenaan.
Jelas nya, samada di Malaysia, atau di Indonesia atau juga di Berunie dan diseluruh
kepulauan Melayu atau Nusantara Undang-Undang seperti itu belum ada.Jadi
bagaimana mahu di nilai? Dengan merujuk kepada Rubaiyat Umar al-Khaiyam di
atas, perbincangan ini masih dalam bentuk cita-cita masa hadapan. Maka satu syarat
yang sangat penting dalam perbincangan seperti ini ialah jangan biarkan cita-cita
seperti itu bertukar menjadi angan-angan, kerana ia telah menyebabkan kematian
Mat Jenin bila terjatuh dari pokok kelapa. Jangan juga ia menjadi perubahan drastic
yang menyebabkan kegagalan sepertimana yang dialami oleh Pak Pandir yang gagal
menjadi menantu raja kerana masih rindunya kepada ubi kayu rebus. Malah jangan
menjadi sebab kepada Yang dikandung tercicir dan yang dikejar tak dapat
sepertimana yang dialami oleh lebai malang.

Pendekatan Maqasidi:
Dalam Mazhab Syafi`i, pendekatan Maqasidi ini diterima pakai. Penerimaan ini dapat
dilihat dalam al-Um al-SyafiI sendiri, dalam al-Burhan al-Juwaini, dalam al-Mustasfa
al-Ghazzali dan seterus nya dalam kitab-kitab usul yang lain.. Bagaimana pun ia lebih
bersifat sederhana daripada berbagai aliran lain, terutama sekali berbanding dengan
Mazhab Maliki yang pragmatik itu.
Asas pemikiran kepada konsep ini ialah bahawa Hukum pada umumnya tertakluk
kepada sebab, atau secara tepatnya Illat. Maksudnya, setiap hukum itu boleh
menerima pertanyaan Mengapa dan Kenapa ia ditentukan, dan tidak boleh
diterima dengan begitu saja, iaitu
secara dogmatic.Ia berasaskan kepada
kepercayaan bahawa hukum Islam secara keseluruhannya ditentukan oleh Allah
berasaskan objektif tertentu, iaitu Menghasilkan kebaikan (Maslahah) dan
menghendar kebururukan (Mafsadah).Maka berasaskan kepada konsep ini, setiap
hukum perlu tertakluk kepada objektif umum ini dan perlu ditentukan bagi
memenuhi objektif ini.
Sehubungan dengan ini objektif atau maqasid itu sendiri dikategorikan kepada
tiga.Pertama nya Dharuriyatyang bermaksud kepentingan yang menyentuh soal
survival atau hidup mati seseorang, sesuatu kumpulan hidup, sesuatu masyarakat,
bangsa, negara dan sebagainya.Kedua nya ialah Hajiyatiaitu kepentingan yang
menyentuh tentang kemudahan hidup.Walau pun ia tidak menyentuh tentang
survival tetapi tanpanya hidup menjadi sukar. Sementara yang ketiga pula biasa
dikenali sebagai Tahsinat iaitu keperluan mewah yang tidak mempengaruhi soal
survival atau senang susah nya hidup. Bagaimana pun tanpanya hidup tidak menjadi
meriah dan selesa.
Bagaimana pun, pembahagian atau pengkategorian ini tidak bersifat hitam putih
atau clear cut. Kerana antara ketiga-tiga kategori itu ada perkaitan yang rapat
sehingga secara keseluruhannya boleh dilihat sebagai satu.Selain itu, konsep tentang
survival, kepentingan dan keperluan yang menjadi asas kepada pembahagian diatas
kadang-kadang nya begitu relative sekali sampai kepada peringkat boleh berubah
nilai kerana perubahan sifat dan keadaan.Khusus dalam perkara jenayah hal seperti
ini dapat dilihat kepada keputusan Khalifah Umar tidak memotong tangan pencuri
yang melakukan jenayah berkenaan dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang
teruk.Kerana desakan hidup yang dihadapi oleh pencuri berkenaan telah
menukarkan status kepentingan makanan bagi diri dan keluarganya menjadi perkara
survival atau hidup mati.
Kategori pertama, iaitu Dharuriyat dibahagi secara pepular kepada lima. Pertamanya
agama, keduanya nyawa, ketiganya akal, keempatnya harta, dan kelimanya
keturunan atau maruah. Bagaimana pun, pembahagian ini juga tidak secara hitam
6

putih dan clear cut. Pertamanya kerana ia hanya merupakan pembahagian yang
pepular sahaja, iaitu yang telah diterima baik oleh majority besar para fuqaha
sesudah pemikiran tentang Maqasid Syariah ini mencapai tahap kestabilan tertentu
pada zaman al-Juwaini dan al-Ghazali dan seterus nya kemuncak pada zaman alSyatibi.
Ini bererti, soal kronologi atau tertib dahulu kemudian antara lima perkara utama
berkenaan boleh bertukar ganti berasaskan kepada keadaan semasa. Meskipun
agama terletak pada nombor satu namun dalam keadaan yang sangat kritikal
individu yang terletak dibawah tekanan paksaan yang sangat mengancam boleh
mengungkap kata-kata yang pada biasanya boleh menyebabkan dia menjadi murtad
demi untuk menjaga nyawa nya.Kerana itulah para ulama tidak begitu konsisten
terutama dalam menentukan kedudukan antara akal dan harta; mana yang perlu
lebih diutamakan.
Selain itu, kepentingan kepentingan berkenaan boleh ditokok tambah dari masa
kesemasa sesuai dengan keperluan yang boleh dikategorikan sebagai bertujuan
untuk menjaga survival bagi seseorang individu, masyarakat, umat dan sebagainya.
Sehubungan dengan ini bolehlah dikatakan bahawa lima perkara yang disebutkan
itu hanyalah kadar minimum sahaja dan ia boleh menjadi enam atau tujuh atau
sebagainya mengikut keperluan yang sebenar.
Antara contoh yang boleh diberikan bagi maqsad atau objektif survival yang
pertama, iaitu menjaga agama ialah Undang-Undang pencegahan Murtad, UndangUndang Pencegahan ajaran salah, undang-undang dan peraturan yang berkait
dengan Sembahyang Jumat, Puasa, Zakat, wakaf, hadiah dan hibah, dan sebagai nya.
Bagi tujuan menjaga nyawa pula ialah seperti Undang-Undang yang berkait dengan
membunuh dan mencederakan, Undang-Undang dan peraturan Jalan Raya, Undangundang pencegahan merokok, dan sebagainya.Bagi tujuan menjaga akal pula ialah,
misal nya Undang-Undang pencegahan minum arak, dadah dan sebagai nya,
Undang-Undang berkait dengan pendidikan anak-kanak, dan sebagai nya. Bagi
Tujuan menjaga harta pula ialah, misal nya Undang-Undang mengenai mencuri,
merompak dan menyamun, undang-undang mengenai harta intelaktual, undangundang perniagaan dan pelaburan dan sebagai nya. Bagi menjaga maruah dan
keturunan pula ialah, misal nya Undang-Undang Zina, khalwan dan bersekedudukan,
Undang-Undang Qadzaf, Undang-Undang kesahtarafan anak, dan sebagai nya.
Selain daripada lima kepentingan asas di atas, (atau sebagai nya yang boleh ditokok
tambah dari masa kesemasa), semuaMaslaha dan Mafsadahakan tertakluk kepada
kategori kepentingan biasa (Hajiyat) atau keperluan mewah (Tahsinat), berdasarkan
huraian yang di sebut di atas. Bagaimana pun, sepertimana disebut diatasjuga ,
pembahagian antara dua kategori ini tidak bersifat hitam putih atau clear cut. Ada
kemungkinan sesuatu yang dianggap sebagai kepentingan bagi seseorang atau
7

sesuatu gulongan hidup sebenar nya merupakan keperluan mewah bagi orang atau
kumpulan hidup yang lain. Begitulah juga dalam konteks perbezaan masa dan
tempat.
Sebagai pendekatan yang penuh kreatif dan inovatif, Maqasid Syariah cukup flaksibal
untuk menjadi asas kepada perubahan hukum sesuai dengan keperluan semasa
berbanding dengan pendekatan Syakli. Dari sinilah lahir istilah istilah seperti Siasah
Syariyah, yang bermaksud polisi, Fiqh al-Aulawiyat, yang bermaksud kaedah
keutamaan dan sebagainya, yang mempunyai peranan yang tersendiri dalam
menjadikan fiqh Islam cukup berwibawa untuk berhadapan dengan apa saja realiti
hidup yang berubah-ubah ini.
Analisis:
Masih banyak persoalan yang perlu diselsaikan sebelum Undang-Undang
Jenayah Islam itu dapat dilaksanakan dengan jaya dan selesa, samada oleh para
pendokong Syariat Islam sendiri mahu pun oleh bukan para pendokong nya. Walau
pun pendekatan Maqasidi dicadangkan sebagai landasan kepada kenyataan
berkenaan namun pengaruh nya masih terhad. Kerana pendekatan berkenaan,
meskipun begitu objektif tidak boleh mengubah hakikat bahawa dalam Islam
terdapat banyak nilai-nilai tetap dan static yang tidak boleh dikompromikan walau
dengan alasan apa sekali pun. Persoalan persoalan berkenaan boleh dirumuskan
secara ringkas seperti berikut:
1.Persoalan pertama ialah:
Apakah rupa bentuk Undang-Undang Jenayah Islam yang akan diperkenalkan
itu? Kalau maksudnya Jenayah Syariah sepertimana yang digunakan dalam tajuk
kertas ini, banyak persoalan lagi yang akan timbul. Apakah ia bermaksud UndangUndang di bawah kuasa Mahkamah Syariah sepertimana yang ada sekarang? Kalau
begitu ia tidak akan menyelsaikan masalah, malah boleh memperluaskan lagi jurang
perbezaan antara syariah dan undang-undang konvensional yang sampai kehari ini
lebih dominan dalam hampir semua perkara.
Dari segi sejarah, Undang-Undang Mahkamah Syariah sebenar nya sekadar undangundang diri dan keluarga bagi orang Islam dalam sistem Brtitish. Maksud nya, ia
dibentuk dalam kerangka dualism barat yang mengasingkan agama daripada negara.
Dengan kata lain, oleh kerana perkara jenayah banyak terletak di bawah kuasa
Mahkamah Awam di negara ini maka untuk memperkenalkan peruntuukan
mengenai jenayah berasaskan Syariah di Mahkamah Syariah amat sukar sekali dan
akan bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yang ada. Malah ia akan lebih
menyemarakkan lagi polisi bekas colonial negara ini, iaitu British. Malah juga ia akan

memperdalamkan lagi jurang antara Syariah dan amalan perundangan di negara ini
yang sebenar nya berasaskan kepada falsafah sekularisme barat.
Apa yang lebih wajar ialah mengadaptasi kehendak Syariah kedalam Undang-Undang
Jenayah yang ada, sementara Undang-Undang Mahkamah Syariah di stroktorkan
semula menjadi Undang-Undang diri dan keluarga di mana peruntukan jenayah nya
hanyalah yang berkait dengan hal-hal yang berkait dengan kesalahan kekeluargaan
sahaja.
Proses Islamisasi undang-undang yang sedia ada ini boleh dilakukan melalui kerja
adaptasi kehendak Syariah ke dalam undang-undang berkenaan. Untuk menjadikan
proses adaptasi itu tidak bersifat drastic pendekatan Maqasidi dalam memahami dan
menentukan hukum Islam boleh digunakan. Maksud nya, apa saja yang dianggap
sekarang sebagai nilai sejagat boleh dikompromikan asalkan saja ia tidak
bertentangan dengan secara jelas dengan mana mana nas Syariah atau prinsip asas
nya sepertimana yang di huraikan oleh para fuqahadalam Usul Fiqh.
2.Persoalan Kedua:
Apakah Fiqh yang akan digunakan dalam proses islamisasi berkenaan? Dalam
tajuk di atas agak jelas bahawa yang dimaksudkan bukannya fiqh klasik sepertimana
yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh klasik yang begitu banyak dan kaya dengan
informasi tentang hukum Islam itu.Ia semesti nya fiqh baru yang menjiwai realiti
semasa terutama dalam hal-hal yang begitu ketara sekali kesan ijtihad nya sangat
mendalam
Mengamalkan fiqh mazhab secara sepenuh nya tidak bererti mesti patuh kepada
semua ketentuan dan pandangan yang ada dalam kitab-kitab fiqh lama mazhab
berkenaan.Sepertimana dihuraikan di atas, perubahan zaman dan keadaan
memerlukan perubahan fiq, dan itulah yang diperlukan apabila fiqh dijadikan sebagai
landasan realisasi Syariah dalam mana-mana sistem perundangan pada masa kini.
Jadinya yang dimaksudkan dengan fiqh di sini ialah fiqh semasa yang berlandaskan
Usul Mazhab.Kerana terdapat kejadian baru atau Nawazilyang belum pernah ada
pada waktu kitab-kitab klasik itu ditulis, juga faktor-faktor baru yang boleh
mengubah hasil ijtihad lama yang berasaskan kepada faktor hidup lama masyarakat
Islam pada masa it. Begitu pun pentafsiran semula atau tepat nya analisis baru
berasaskan kepada kejadian baru atau fakta baru bagi kes kes lama ini perlu
ditangani dengan cermat agar apa yang disebut sebagai transformasi fiqh dapat
dibezakan dengan jelas dengan libralisasi hukum Islam yang di dokong oleh Jaringan
Islam Libral itu.

Khusus mengenai jenayah banyak jenis-jenis jenayah baru yang tidak terlintas dihati
para fuqaha terdahulu akan berlaku pada zaman ini. Ia perlu ditangani dengan ijtihad
semasa dan tidak boleh persoalannya dijawab dengan jawapan yang diberikan oleh
para ulama dahulu berasaskan realiti yang berbeza. Samalah juga, apa yang dilihat
pada suatu masa dahulu sebagai syarat atau sebagai nya bagi sesuatu jenayah
mungkin tidak lagi pada masa ini, dan begitulah sebalik nya.

Kesimpulan:
Sebagai kesimpulan,
hanya sesudah persoalan persoalan berkenaan
terjawab barulah Maqasid Syariah dapat memainkan peranan nya dalam
membentuk Undang Undang Jenayah yang selaras dengan permasalahan semasa.
Konsep bahawa menghasilkan kebaikan atau maslahah dan menolahk keburukan
atau mafsadah sebagai asas dalam menentukan hukum merupakan semudra yang
amat luas untuk dilayari, tetapi tentu nya ia bukan tidak bertepi. Dengan mengambil
kira limitasi ini kita boleh mengatakan Ya bahawa Undang-Undang Jenayah Islam
yang dilihat dari perspektif Maqasid Syariah boleh dilaksanakan dengan baik dan
selesa.

Wallahu alam.

10

Anda mungkin juga menyukai