Anda di halaman 1dari 17

Tajuk:

HUDUD SATU PERBINCANGAN:


TANGGAPAN, SUASANA DAN KEBERKESANAN
Pembentang:
Prof. Madya Dato Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435


Dewan Canselor Tun Abdul Razak,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor
Anjuran:

HUDUD SATU PERBINCANGAN:


1

TANGGAPAN, SUASANA DAN KEBERKESANAN


Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(web: Minda Tajdid/ FB DrMAZA.com/twit: realDRMAZA)
Islam adalah agama hidayah. Ia mengandungi syariat yang
membimbing manusia ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Allah menurunkan syariat berhubung dengan ibadah khusus atau mahdah
seperti solat, puasa, haji dan seumpamanya yang tetap; tidak boleh diubah
atau ditokok tambah. Perubahan zaman dan tempat, tidak mengubah
syariat ibadah yang diturunkan. Jika adapun rukhsah (kelonggaran) seperti
jamak dan qasar bagi solat; ia telah diterangkan oleh nas daripada Allah
dan rasulNya. Sementara dalam kehidupan harian (daily life) yang
membabitkan urusan muamalat dan siyasah; secara amnya Islam hanya
menegaskan prinsip-prinsip umum keadilan dan kemaslahatan. Islam tidak
mendetilkannya kerana ia membabitkan soal persekitan individu, zaman
dan tempat. Jika ada nas-nas yang kelihatan memperincikan soal cara
keadilan itu dilaksanakan; biasanya nas-nas tersebut mempunyai dimensi
individu, masa dan tempat. Dalam erti kata lain, ia terdedah kepada
perubahan, ada latar individu, masa dan tempat itu berubah. Ini seperti
pendetilan tentang perdagangan, pendetilan pencegahan jenayah dan
seumpamanya.
Di sampaing qisas, dalam al-Quran ada disebutkan beberapa jenis
hukuman terhadap jenayah-jenayah tertentu; jenayah curi 1, jenayah
hirabah2, jenayah zina3, dan qazf4. Dalam hadis pula disebutkan hukuman
sebat bagi peminum arak, buang daerah bagi penzina dan rejam bagi
penzina muhsan5. Hukuman ini secara umumnya dikategorikan sebagai
hudud. Walaupun, ada perbincangan dalam kalangan sarjana mengenai
kedudukan hukuman buang daerah dan rejam; adakah itu hudud atau
tazir.
Hukuman ini telah menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap Islam.
Pandangan dari dalam dan pandangan dari luar. Kertas ini akan
membahaskan beberapa isu dalam perlaksanaan hudud dan peranannya
dalam kehiduapan umat Islam.
Negara Islam dan Hudud
1 Surah al-Maidah: 38
2 Surah al-Maidah: 33
3 Surah an-Nur: 3
4 Surah an-Nur: 4
2

Apabila jatuh Khalifah di Turki dan Kuasa-Kuasa Barat menjajah Dunia


Islam, kesedaran umat Islam tentang tanggungjawab jihad membebaskan
tanahair Islam berkembang. Selepas penjajah dihalau keluar, umat Islam
memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang
ditulis dalam buku-buku fekah lama. Apa yang wujud adalah nation state
atau negara bangsa yang mempunyai kedaulatan tersendiri. Dalam proses
menstabilkan negara masing-masing inilah munculnya istilah daulah
islamiyyah (islamic state atau negara Islam). Ini adalah reaksi kepada
penjajahan dan selepas penjajahan di dunia Islam. Padahal istilah ini tidak
dikenali sebelum ini. Dahulu yang ada dalam fekah sarjana silam (sebelum
penjajahan) hanyalah istilah Dar al-Islam iaitu Wilayah Islam. Ini merujuk
kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam dan zahir syiar Islam.
Sementara Dar al-Harb atau disebut juga Dar al-Kufr merujuk kepada
wilayah yang dikuasai oleh bukan muslim dan bermusuhan dengan Dar alIslam. Ketiga, Dar al-Muahadah iaitu negara bukan muslim yang membuat
perjanjian dengan umat Islam. Dalam ertikata lain nilaian terhadap
sesebuah wilayah atau negara itu berdasarkan penguasaan umat Islam ke
atas wilayah tersebut, dan wujudnya syiar Islam.
Adapun soal sejauh manakah komitmen seseorang pemerintah itu, ia
diuruskan oleh umat Islam di bawah tanggung jawab menasihati
pemerintah iaitu Amar Makruf dan Nahy Munkar. Apa negara-negara telah
membentuk nation state, para pemerintah muslim ramai yang mewarisi
atau meneladani penjajah dalam menguruskan negara, maka istilah
Daulah Islamiyyah muncul dan dikembangkan. Namun, istilah ini kelihatan
akhirnya agak sukar untuk mendefinasikan. Ini disebabkan negara baru
yang dibentuk selepas penjajahan masih lagi mengikut acuan penjajah
namun pemerintahannya berada di tangan umat Islam. Sebagai bantahan,
ada mereka yang melebelkan negara yang diperintah oleh umat Islam
5 Adapun hukum rejam, ia telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan sarjana
mutakhir. Ini kerana ia dilihat sebagai amat kejam dan bertentangan dengan sifat
rahmat Islam. Al-Syeikh Muhammad Abu Zahrah menolak sama sekali hukuman
ini dan menyifatkan undang-undang warisan Yahudi. Sementara yang keras
mempertahankannya dan mengkafirkan sesiapa yang menolaknya. Hakikatnya
undang-undang terdapat dalam hadis, cumanya apakah ia hudud atau takzir. Jika
ia hudud bererti tidak boleh diubah. Jika ia takzir bererti terserah kepada
pemerintah untuk melaksana atau tidak. Takzir juga boleh mengikut keperluan
semasa. Al-Syeikh Mustafa az-Zarqa dan Dr Yusuf al-Qaradawi menganggapnya
sebagai takzir.(lihat: Fatawa Mustafa az-Zarqa m/s 392-395. Damsyik: Dar alQalam/1420H). Inilah pandangan yang paling munasabah di zaman kini. Hukuman
itu juga boleh menimbulkan salah sangka terhadap Islam oleh masyarakat
antarabangsa. Banyak-banyak yang membuktikan hukuman asal zina hanya
sebat.
3

pasca penjajah sebagai negara kafir. Ertinya, mereka melebelkan Dar


Islam yang diistilah oleh Sarjana Fekah silam sebagai Dar al-Kufr atau Dar
al-Harb yang diperangi atau dimusuhi. Ini disebabkan kecelaruan identity
negara Islam yang baru muncul dan penilaian siyasah umat Islam itu
sendiri yang masih di peringkat awal. Dalam kalangan pengkaji dan sarjana
seperti Fazlur Rahman menganggap bahawa adaptasi ini sebenarnya lebih
mirip kepada apa yang dilakukan oleh Khawarij dalam sejarah awal krisis
antara umat Islam6.
Mencari definasi yang tersendiri bagi istilah Daulah Islamiyyah
memang agak sukar disebabkan kitab-kitab fekah lama tidak
menggunakan istilah tersebut dan sudah pasti tiada takrifan baginya. Jika
memakai penafsiran silam Dar al-Islam yang memberi maksud wilayah
yang dikuasai oleh umat Islam, maka hendaklah diiktiraf negara-negara
umat Islam sekarang adalah daulah Islamiyyah. Maka, ada pula yang
enggan pengiktirafan itu dibuat disebabkan zahirnya unsur-unsur yang
bercanggahan dengan Islam. Jika dipakai takrif lain yang dibuat oleh
sesetengah sarjana silam iaitu negara yang zahir padanya syiar Islam
seperti azan, solat dan amalan-amalan Islam yang lain, sudah pasti
kebanyakan negara umat Islam hari ini diiktiraf sebagai daulah Islamiyyah.
Ada yang agak tegas enggan juga mengiktiraf hal itu. Lalu ada yang
menyatakan negara Islam atau daulah Islamiyyah itu adalah negara yang
sempurna perlaksanaan Islamnya. Jika takrif ini dipakai, sudah pasti tidak
ditemui dalam sejarah umat Islam melainkan beberapa khalifah sahaja,
selepas al-Khaulafa al-Rasyidin.
Akhirnya, ada yang seakan menetapkan negara Islam adalah negara
yang melaksanakan hudud. Lalu wujud dalam kalangan umat Islam yang
apabila disebut negara Islam terbayang kepada mereka pencuri dipotong
tangan, penzina disebat atau direjam dengan batu, peminum arak disebat
dan seterusnya. Wajah negara Islam atau negara yang ditegakkan oleh
Rasulullah s.a.w itu terbelenggu dengan gambaran darah, kesakitan,
tangisan dan wajah bengis para pemimpinnya.
Gambaran Negara Islam
Menggambarkan negara Islam atau design negara yang diperintah oleh
Allah dan rasulNya sebagai negara hudud adalah gambaran yang tidak
tepat. Hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam. Asas kenegaraan dalam
Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip
6 Sila lihat: Fazlur Rahman, Revival And Reform in Islam 33-43, England: Oneworld
Publications
4

al-Quran dan as-Sunnah. Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas


maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara
melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan
untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu
segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada
rakyat.
Firman Allah:

(maksudnya): "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta
memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang
dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan
segala urusan." (Surah al-Hajj: 41).
Penafsiran perkataan makruf dan munkar hendaklah diluaskan
dalam konteks kehidupan muslim secara umum, dan kenegaraan secara
khususnya. Maka dalam negara Islam; keadilan ditegakkan merentasi
batasan keturunan, pangkat dan kaum. Tiada beza antara hukuman
terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa. Tiada beza antara orang
besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil
dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa. Kepentingan
setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga.
Kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat. atas kebaikan itu; rakyat
mendoakan pemerintah, pemerintah mendoakan rakyat. Suasana cinta dan
kasih tersebar secara meluas. Ini yang disabdakan Nabi s.a.w:

...






(maksudnya) Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai
mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka
mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci
mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat, mereka juga
melaknati kamu.
Saiyyidina Abu Bakr al-Siddiq menyebut dalam ucapan dasarnya;



7 Riwayat Muslim.
5


"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin
kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul,
tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah,
bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu
adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat
dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil
daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah.
Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang
meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.
Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan
Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku".
Nasihat Khalifah Muawiyah r.a. kepada Amr bin al-As yang sedang
berangkat menuju ke Mesir untuk menjadi pemimpin di sana. Kata
Muawiyah:














Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya.
Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah
menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat
yang kenyang. Sesungguh yang akan memberontak ialah orang baik
apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang.
Muhammad bin Kaab al-Qurtubi apabila diminta oleh Umar bin Abd al-Aziz
untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya:
















10















Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara
kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia
dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul
disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk
dalam golongan yang melampau.
8 Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah/1415H.
9 Ibn Muflih, Al-Adab al-Syariyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H.
10 Ibn Muflih, Al-Adab al-Syariyyah, 1/202
6

Khalifah Umar bin Abd al-Aziz sendiri apabila beliau dilantik menjadi
khalifah, beliau seakan terngamam dan begitu hiba. beliau terus
bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya,
airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah
bertanya, dia berkata:




.11

Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang
berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang
sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang
dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur,
orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit
dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara.
Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat
kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu
aku pun menangis
Penegakan syariat dalam negara umat Islam berteraskan keadilan dan
kemaslahatan. Ini maqsad di sebalik perintah penegakan hukum dalam
kehidupan manusia. Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi
gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan
syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam
mempertahankannya. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal
751H):





12

"Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala
hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu
segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang
terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang
berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat
kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun dimasukkan ke
dalam syariah secara takwilan".
11 Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-Alam, 7/197. Beirut:
Dar al-Kitab al-Arabi/1407H.
12 Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail
7

Itu gambaran umum negara yang dikehendaki oleh Allah dan


RasulNya. Sementara hudud hanyalah mekanisma mengatasi jenayah. Ia
dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif. Jenayah
bukanlah pula sesuatu yang merata atau popular dalam negara yang
berteraskan wahyu. Kekurangan jenayah dalam negara menurut Islam,
bukanlah disebabkan hukumannya sahaja, lebih awal daripada itu ialah
keadilan yang merata dan kebajikan serta kemaslahatan rakyat yang
dipelihara. Sebab itu jangan hairan, di negara yang menegakkan kebajikan
rakyat sekalipun pemerintah bukan muslim, kadar jenayah mereka kurang.
Kesukaran
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk
melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang
mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal
hudud dilaksanakan. Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud
tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah
buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin
merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan
berharga itu.
Tokoh ilmuwan muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa
dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari
penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi
s.a.w hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia muslim. Sejak zaman
Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan
kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal
sudah tiada lagi. Masyarakat telah berubah terutama selepas peluasan
kerajaan Islam13.
Dalam The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, John L.
Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di
beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya (19721974), Pakistan (1979) dan Iran (1979). Sementara di Sudan (1983) dan
Utara Nigeria (2000) hanya dilaksanakan beberapa tahun selepas
diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi
menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud14.
yang

Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam


melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan

13 Lihat: Mohamed S. El-Awa, Punishment in Islamic Law, 136-137. USA: American


Trust Publications.
14 Lihat: John L. Esposito, The Oxford Encyclopedia of The Islamic World, 2/449.
Oxford University Press.
8

perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti.


Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya An
International Call for Moratorium on Corporal Punishment pula menyeru
kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang
berubah. Demikian juga tokoh fekah yang terkenal as-Syeikh Mustafa alZarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarq meminta agar hukuman rejam tidak
dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.
Perubahan keadaan manusia pada zaman ini akan menyebabkan
pelaksanaan hukuman berkenaan memberikan salah terhadap Islam.
Beliau mencadang memadaikan sekadar sebat untuk hukuman zina bagi
setiap kategori15.

Suasana Yang Kondusif Untuk Hudud


Perlaksanaan hudud hendaklah mengambil kira persoalan suasana
hudud itu dilaksanakan. Ini kerana suasana yang tidak conducive akan
menyebabkan kesan negatif kepada perlaksanaan sesuatu hukuman. Ini
kerana Nabi s.a.w sendiri mengambil kira persoalan ini. dalam hadis Nabi
s.a.w bersabda:
16
Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan .
Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:
Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auzai,
mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan,
berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu
akan pergi menyertai musuh.
Dalam riwayat Abu Daud:


17

Ini bererti, perlaksanaan hudud yang membawa kepada umat Islam
lari atau salahfaham terhadap Islam, atau Islam ditohmah dengan tuduhan
liar sehingga menggugat keimanan umat Islam yang lain patut dielakkan.
Hari ini suasana berubah, media massa sering digunakkan untuk
memberikan imej yang salah mengenai Islam. Persediaan ke arah
menangani hal itu juga amat penting.
15 Fatawa Mustafa al-Zarqa, 394-395. Damsyik: Dar al-Qalam.
16 Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani.
17 Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani.
9

Perjuangan Mengujudkan Suasana Yang Kondusif


Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda
mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang
diperintah oleh baginda. Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan
undang-undang. Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suanana
kebajikan; bantu membantu, tolong menolong antara masyarakat yang
kukuh. Jaminan hak rakyat yang diberikan. Suasana halal yang mudah;
mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya. Tiada alasan untuk
lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan;
sukar mendapat dan menebusi perkara haram.
Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih
yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak
dihukum; pertama kerana dia telah mencemarkan suasana harmoni yang
telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang
condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun
mudah.
Perjuangan penting kita pada hari ini, ialah mengujudkan suasana
yang kondusif ini sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan. Ini
kerana, jika undang-undang hudud dilaksanakan; dihukum orang
bawahan ; dilepas orang atasan, dihukum penzina ; diketatkan
perkahwinan serta disusahkan talak dan fasakh, dihukum peminum arak,
digalakkan gambaran arak, dihukum pencuri; dihalang hak rakyat serta
dibiarkan rasuah dan salah guna harta negara dalam kalangan golongan
atasan, dihukum pemberontak; dibiarkan kezaliman penguasa dan
seterusnya, sudah pastilah hudud tidak dapat dilihat keindahannya.
Bahkan jika dilaksanakan hudud dalam suasana yang seperti itu,
hanya membinasakan masyarakat. Rasulullah s.a.w menyebut:


18










Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada
kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan
mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam
kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah!
Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku
potong tangannya.
18 Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
10

Membezakan Jenis Jenayah


Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang
membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan
minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu
sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan
masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan
perkara yang berkaitan dengannya.
Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus
ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia
mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan
boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani
(meninggal 1250H): Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka
tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan
kerana ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil alQuran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana
membantah kemunkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan
tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran
lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan
bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan

11

(sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benarbenar mengetahui19.


Tiada Tajassus Bagi Dosa Peribadi
Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti
privacy individu akan terganggu. Intipan di sana-sini akan dibuat untuk
mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan
gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa
agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang spy
dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah
dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12:














(maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut: Aku ingin agar diberikan perhatian
tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak
terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum
ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku
maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika
mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari
jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak
sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam
dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan
peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban
manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak
kerajaan20.
Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada Abd arRahman bin Auf :

. :



:








:





19 Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah/1405H.


20 http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.
12







:







21

(




)













Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu
malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak
nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga
apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan
orang dengan suara yang kuat. Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang
tangan Abd ar-Rahman-: Kau tahukah ini rumah siapa?. Jawab: Tidak.
Kata Umar: Ini rumah Rabiah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang
sedang mabuk arak, apa pendapat kau?. Kata Abd ar-Rahman: Aku
berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah
berfirman: Jangan kamu mengintip. Kita telah mengintip. Maka Umar pun
pergi dan meninggalkan mereka.
Lihatlah, inilah pemeliharaan hak privacy peribadi yang dipertahankan oleh
Islam. Justeru, al-Qaradawi di tempat lain menyebut: Kemungkaran itu
mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara
sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka
tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diamdiam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau
menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang
ditunjukkan pada lafaz hadis "barangsiapa yang melihat kemungkaran,
maka hendaklah dia mengubahnya. Dikaitkan kewajipan mengubah itu
dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan
mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak
menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran
secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya
kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan
menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya
secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman
ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan
menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya
sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):"Setiap
umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan
(dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun
mempunyai
wewenang
untuk
menjatuhkan
hukuman
terhadap
22
kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian .
21 Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh alZahabi. Juga al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra.
22 Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq/1997M.
13

Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya Ulum alDin telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah
bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Maruf (menyuruh kepada makruf)
apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy An al-Munkar (pencegahan
kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh alImam al-Ghazali ialah: Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas)
kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup
sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka
tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Taala telah melarang hal ini.
Kisah Umar dan Abd al-Rahman bin Auf mengenai perkara ini sangat
masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (AdabAdab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa Umar r.a.
telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan
yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah Umar dan berkata:
Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau
telah menderhakaiNya pada tiga perkara. Umar bertanya: Apa dia?. Dia
berkata: Allah taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip
mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya.
Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya).
Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman:
(maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang
bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta
memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak
memberi salam. Maka Umar pun meninggalkannyaMaka ketahuilah
bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di
sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin
daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali
jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah
tersebut..23.
Mengujudkan Masyarakat Yang Pemaaf
Pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka
mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa.
Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan
diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw.








:






23 Al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990.
14

24
{

} :











Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w
lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan
kecewa sedih. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Seakan engkau
membenci hal ini. Jawab Nabi s.a.w: Mengapa tidaknya aku benci, kamu
semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu.
Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya
hukuman had melainkan dilaksanakan. Lalu baginda membaca firman
Allah: Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu
suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)
Persediaan Jiwa dan Akhlak Masyarakat
Pemerintah bukan sahaja melaksanakan hukum, tetapi dalam
hendaklah mendidik akhlak masyarakat agar menghormati pihak yang
dihukum. Dilarang masyarakat menghina pihak yang hukum seakan tiada
ruang kebaikan untuknya. Jika tidak, perlaksanaan itu akan menambahkan
kerosakan kepada penjenayah. Dalam riwayat al-Imam al-Bukhari daripada
Abu Hurairah, beliau berkata:







Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka
baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada
yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan
ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang
berkata: Allah telah menghinanya. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda:
Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu.
Hudud Memerlukan Ijtihad Baru
Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam alQuran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad
yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya
kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak
dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden
dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam
24 Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani
dalam Silsilah al-Sahihah.
15

dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga


hendaklah diambil kira.
Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan
dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat
sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti
dengan takzir (discretionary punishment).
Hukuman rejam pula patut mengambil kira pandangan yang
memasukkannya di bawah takzir, bererti pemerintah boleh meminda dan
menukar atau membatalkannya. Di samping tafsiran ihsan itu hendaklah
disempitkan kepada maksud lelaki ataupun perempuan yang masih
berkahwin bukan yang pernah berkahwin. Ini kerana pengkhianatan
kepada pasangan dan keluarga sesuatu yang amat buruk. Di samping
takzir, hukuman rejam mempunyai suasana zaman yang berbeza, itupun
perlu diambil kira dalam membahaskannya.

Bukanlah dalam kertas ini untuk dibahaskan perincian hukum dan


ijtihad tersebut. Namun, ini sebagai lontaran untuk diberikan perhatian
oleh para pengkaji.
Penutup
Jika suasana kondusif, perubahan zaman dan tempat diambil kira
dalam pelaksanaan hukuman, maka kita akan dapati hudud mencapai
matlamat pencegahan, pendidikan dan dalam masa yang sama
menonjolkan keindahan hukuman tersebut.
Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah sangka
terhadap Islam. Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang
16

baik, ia akan indah jika bersuamikan lelaki yang baik. Namun


keindahannya akan hilang jiwa berada di bawah suami yang fasik
dan rosak.

17

Anda mungkin juga menyukai