Anda di halaman 1dari 11

PERBEZAAN POLITIK

ISLAM DAN
KONVENSIONAL
FATIN FATANAH BINTI ZULKEFLI
13110232
SALIHAH MAISARAH BINTI SALAUDIN
13110271
NOOR SALSABEELA BINTI MAHYUDDIN
13110245
SITI SAFIYAH BINTI ZAINAL RASHID

Konsep Negara Islam Dan Perbezaan Dengan Negara Sekular


Muqaddimah
Negara dan politik adalah sebahagian daripada Islam dan menjadi pegangan dan syariat yang difahami
oleh umat Islam. Maka pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam
perkara fardu Kifayah. Ini kerana ianya berkaitan dengan perlaksanaan Syariah. Perlaksanaan hukum syariah
tidak dapat dilaksanakan tanpa adanya negara atau kedaulatan politik.
Islam merupakan agama yang meliputi segala dimensi kehidupan manusia. Syariat Islam mempunyai
peraturan kehidupan manusia dan membawa keadilan kepada alam sejagat. Pembinaan negara adalah
merupakan keperluan masyarakat kerana manusia memerlukan ketua untuk memimpin mereka. Keperluan
manusia kepada pemerintahan menyamai keperluan terhadap perkara-perkara asas yang lain seperti makanan,
pakaian dan tempat tinggal. firman Allah SWT :

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan
kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (AlQuran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Manusia memerlukan kepada pemerintahan atau hidup bernegara kerana mereka perlu melaksanakan
menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran, mewujudkan keamanan dan keselamatan. Perkara ini tidak
dapat dilaksanakan tanpa ada pemerintahan. Pemerintahan yang paling adil adalah pemerintahan Islam.
Firman Allah SWT:

sesudah itu, Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum


jahiliyah? padahal - kepada orang-orang Yang penuh keyakinan - tidak
ada sesiapa Yang boleh membuat hukum Yang lebih pada daripada
Allah

DEFINISI NEGARA ISLAM


Menurut al-Sarkashi, negara Islam (Dar al-Islam) ialah satu tempat yang berada dibawah pemerintahan
orang Islam dan tandanya ialah apabila orang Islam aman di dalamnya. Manakala Muhamad Bin Hassan asSyaibani, seorang ulama terkemuka dari Mahhab Hanafi mentakrifkan Negara Islam sebagai negara yang
dikuasai oleh umat Islam, dimana orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya.

Negara Islam dan Perbezaannya Dengan Negara Sekular


1. Perbezaan Nilai-Nilai Norma
Di dalam sebuah negara sekular, kita dapati tidak ada norma yang tetap yang dapat
dipakai untuk menimbang antara yang baik dan yang buruk, dan antara yang betul
dengan yang salah. Satu-satunya kriteria yang mungkin digunakan ialah
kepentingan bangsa.
Yang paling utama dalam suatu negara sekular ialah golongan rakyat yang berbeza
boleh mempunyai pendapat yang jauh berlainan kerana di situ tidak wujud
timbangan objektif tentang nilai-nilai moral.
Sebaliknya, dalam suatu negara Islam, nilai-nilai moral ini tidak berubah dari satu
kes ke satu kes yang lain, atau dari satu masa ke masa yang lain, kerana
kesahihannya dapat bertahan untuk semua waktu dan keadaan.

2. Perbezaan Prinsip Al-Siyadah dan Al-Hakimiah


Ibn Khaldun (m. 1406 M) berpendapat bahawa negara Islam ialah sebuah negara yang
diperintah dengan berasaskan undang-undang syariah yang diturunkan di dalam al-Quran
dan sunnah Rasulullah SAW. [22] Hanya hukum Allah SWT yang wajib diterima oleh
manusia.
Adapun negara sekular pula sebuah negara yang diperintah berdasarkan undang-undang
yang dihasilkan oleh akal fikiran manusia yang dangkal dan cetek serta di pengaruhi
hawa nafsu.

3. Perbezaan Prinsip Al-Adalah


Undang-undang di dalam negara Islam menjamin keadilan kepada semua makhluk
sementara undang-undang di negara sekular menindas sebahagian yang lain. Keadilan yang
dimaksudkan ialah ianya tidak menyeleweng dari dasar-dasar yang telah ditetapkan iaitu
menunaikan hak dan tanggungjawab kepada orang yang berhak menerimanya dan tidak
merampas hak orang lain.
Contoh jelas yang boleh kita nyatakan di sini ialah perbezaan di zaman Khalifah Turki
Othmaniah dan di zaman pemerintahan diktator Mustafa Kamal al-Tartuk di Turki.
Di zaman Khalifah Turki Othmaniah, kebebasan berugama telah diberikan kepada semua.
Sementara di zaman Mustafa Kamal, Islam disekat dengan cara yang zalim hasil didikan
sekular yang ingin memadamkan peranan Islam dalam kehidupan seharian.

4. Perbezaan Prinsip Amanah dan Kuasa


Di dalam negara sekular, jelas kuasa merupakan matlamat yang utama. Matlamat ini
membolehkan golongan sekular ini menggunakan apa sahaja cara untuk memperolehi kuasa.
Menurut Stoner & Wanker (19890, kuasa adalah kebolehan untuk mengenakan pengaruh ke
atas individu lain.
Berbeza dengan Islam, ianya merupakan amanah. Kuasa merupakan wasilah untuk
melaksanakan segala tuntutan Ilahi. Amanah ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ini
menuntut pemimpin negara Islam berhati-hati dalam mentadbir negara. Tambahan pula di
dalam negara Islam, prinsip syura sentiasa di amalkan oleh para pemimpin di dalam
mentadbir negara.

5. Perbezaan Prinsip Matlamat


Matlamat terakhir di dalam sebuah negara Islam ialah keredhaan Allah SWT. Ini jelas
daripada apa yang telah ditunjukan oleh Rasulullah SAW. Pembinaan Negara Islam Madinah
ialah demi menjamin keredhaan Allah SWT. Setelah selesai tugas Baginda SAW, maka
Baginda pun wafat.
Sementara matlamat di dalam sebuah negara sekular ialah kepuasan hawa nafsu dan
materialisma. Mereka secara jelas membuat pemisahan antara agama dan pemerintahan

6. Perbezaan Prinsip Khalifah


Undang-undang Islam merupakan fitrah bagi manusia yang berakal. Garis panduan
yang lengkap berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW adalah yang
terbaik. Islam mengiktiraf manusia sebagai Khalifah. Sebagaimana tugas khalifah
ialah mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan ugama.
Di dalam negara sekular, orang yang terlibat dengan politik dianggap hanya
merupakan politikus sahaja. Tiada kaitan dengan Tuhan Rabbul Alamin. Mereka
bebas mengatur dan mentadbir dunia mengikut selera mereka. Mereka menolak
campurtangan ugama dalam pentadbiran. Sebagaimana kata-kata mashur Berikan
kaisar hak kaisar dan berikaan Tuhan hak tuhan. Jelas mereka telah memisahkan
agama dan pemerintahan.

7. Perbezaan Method Untuk Mencapai Matlamat


Islam telah meletakkan batu asas yang jelas kaedah untuk mencapai kepada matlamat
politik. Untuk mencapai tujuan penubuhan sebuah Daulah Islamiah mestilah
berpandukan kepada Allah dan RasulNya.
Politik dalam negara sekular merujuk kepada morak Machiavellisme, iaitu tujuan
menghalalkan cara. Cara ataupun method ini mungkin jalan yang baik ataupun menurut
jalan yang salah asalkan mereka memperoleh kuasa.

Kesimpulan

Islam merupakan DIN (cara hidup) yang sempurna yang merangkumi soal politik, sosial,
ekonomi dan semua aspek kehidupan manusia. Kesempurnaan Islam ini juga terhadap soal-soal
politik. Islam tidak menyetujui penyekatan antara agama dan politik. Kesempurnaan Islam telah
menjadikan struktur masyarakat Islam begitu kuat kerana semua aktiviti harian berpandukan
Islam.
Sekular adalah batil dan menyalahi fitrah kemanusiaan. Kebatilan fikrah sekular ini turut
menjalar kepada sistem politik mereka. Dakyah mereka hari ini telah berjaya mewujudkan
kelompok yang begitu taksub kepada pegangan sekular ini. Apa yang lebih menyedihkan fikrah
ini turut menjalar kepada masyarakat umat Islam.
Rasulullah bersabda yang beerti:Melalui kekuasaan negara, Allah telah mengakhiri apa yang
tidak dibasmi Nya melalui al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai