Anda di halaman 1dari 4

TUTORIAL QUESTIONS

SIYASAH SYARIIYYAH (BLW20703)

1) Jelaskan LIMA (5) Maqasid Shariah yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah pemerintahan
mengikut Siyasah Syariyyah.

Maqasid Shariah adalah idea penting dalam Islam yang merujuk kepada matlamat utama atau prinsip
yang harus ditegakkan oleh kerajaan atau pemerintahan yang berlandaskan hukum Islam atau Syariah.
Konsep ini merupakan asas penting dalam Siyasah Syariyyah untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan
masyarakat. Yang pertama adalah Hifz Al-Din (Pemeliharaan Agama), Pemerintah harus memastikan
bahwa Agama mesti diutamakan tanpa mengira situasi, menurut Maqasid Syariah. Kedudukan Islam
sebagai agama persekutuan telah ditetapkan sejak sekian lama dan Agama lain juga boleh dianuti dengan
aman dan harmoni.

Yang kedua adalah Hifz al-Nafs (Pemeliharaan Nyawa), yang bertujuan memastikan nyawa
manusia kekal selamat, bukan sahaja bagi orang Islam, tetapi juga nyawa orang kafir atau jahat. Pemerintah
harus menghentikan peperang, kejahatan, dan kekerasan lain bagi melindungi nyawa warganegara.
Ancaman hukum qishash menjadikan nyawa tidak dapat dihilangkan.

Yang ketiga Hifz al-`Aql (Pemeliharaan Akal) bermaksud melindungi akal manusia daripada
bahaya. Adalah penting untuk mengekalkan dan memupuk pemikiran dengan nilai moral dan pengetahuan
yang berguna. Pemerintah haruslah menghalang semua elemen yang menyebabkan kehilangan dan
merosakkan akal dan pemikiran, seperti arak, dadah dan filem yang merosakkan.

Yang keempat pula adalah Hifz al-Nasl (Pemeliharaan Keturunan). Bayi yang dilahirkan dalam
keluarga Islam sepatutnya mempunyai keturunan yang jelas, iaitu ibu dan bapa yang jelas, dan dilahirkan
dalam perkahwinan yang sah. Pemerintah harus berusaha untuk menjaga kestabilan masyarakat dan
keluarga dengan menggalakkan prinsip dan etika Islam.

Yang terakhir adalah Hifz al-Mal (Pemeliharaan Harta) Memelihara harta bermaksud melindungi
harta tanah masyarakat daripada hilang atau diambil oleh orang lain dengan cara yang tidak sah. Sebagai
pemerintah, mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengharamkan segala bentuk
penindasan, amalan riba, penipuan, dan rasuah.
2) Secara umumnya tujuan Siyasah Syariiyyah ialah untuk melaksanakan maqasid al-syariah yang
terkandung di dalam perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum iaitu jalb al-masalih‟
(mendapatkan kemaslahatan kepada manusia) dan „dar‟ al-mafasid‟ (menghilangkan kemudaratan
daripada mereka).
Jelaskan EMPAT (4) prinsip-prinsip kepemimpinan dalam Islam:

Prinsip-prinsip yang mengutamakan kemaslahatan umum (jalb al-masalih) dan menghilangkan


kemudaratan (dar' al-mafasid) harus menjadi asas kepada kepemimpinan Islam, atau Siyasah Syariiyyah.
Empat prinsip kepemimpinan Islam ialah yang pertama prinsip tauhid. Tauhid memberi maksud ilmu yang
menegakkan akidah keagamaan seseorang yang berlandaskan kepada keyakinan. Pendekatan tauhid dalam
kepimpinan mempunyai ciri-ciri seperti kepimpinan yang sentiasa meletakkan keimanan sebagai paksi dan
ketuhanan sebagai matlamat akhir serta tidak memisahkan antara pembangunan material dan pembangunan
sumber manusia, bahkan meletakkan pembangunan manusia khususnya kejiwaan sebagai asas kepada
pembangunan kebendaan.

Seterusnya adalah Syura atau mesyuarat menjadikan sistem lebih terbuka dan mengutamakan
pendapat yang datang daripada ahli syura yang berkelayakan. Pendapat dan cadangan yang dibuat oleh
majlis syura tidak bertentangan dengan syarak. Syura juga menilai dan mengawasi perjalanan kepimpinan
seorang pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Perkara yang boleh diputuskan melalui syura
adalah hal ehwal urusan pentadbiran yang bersifat kedunian seperti urusan ekonomi, social dah lain-lain.

Selain itu keadilan juga merupakan prinsip utama dalam kepemimpinan Islam. Dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin, mereka harus berlaku adil dengan tidak
mendiskriminasi mana-mana individu berdasarkan bahasa, bangsa, kaum, agama atau warna kulit. Sifat-
sifat mazmumah atau kelakuan keji yang menjejaskan maksud adil, seperti kebencian yang melampau,
dendam, hasad dengki, harus dijauhkan bahkan dijadikan sempadan semasa menjalankan tanggungjawab
kepimpinan.

Yang terakhir adalah kebebasan ataupun terbuka, Pemimpin Islam harus membenarkan kebebasan
bersuara dan menyuarakan pendapat dengan cara yang terbaik sepertimana yang ditetapkan oleh agama. Di
dalam Islam, pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik orang lain supaya mereka
tidak berlaku zalim atau kejam semasa mengetuai organisasi.
3) Tauhid merupakan prinsip utama dalam kehidupan seseorang Muslim. Seseorang pemerintah perlu
meletakkan prinsip ini di tahap yang tertinggi. Jelaskan prinsip Tauhid yang perlu ada pada
seseorang pemerintah.

Dalam agama Islam, tauhid merujuk kepada kepercayaan kepada satu Allah yang Maha Esa dan satu-
satunya yang berhak disembah. Pemerintahan Islam bergantung pada tauhid. Beberapa elemen penting bagi
seorang pemimpin atau pemerintah Muslim merangkumi prinsip Tauhid:

Kesadaran akan Kewajipan untuk Taat kepada Allah, Seorang pemimpin yang memahami konsep
Tauhid harus mempunyai kesedaran yang kuat tentang keperluan untuk taat kepada Allah. Mereka sedar
bahawa mereka adalah hamba Allah dan tugas mereka sebagai pemimpin harus dilaksanakan dengan
berasaskan nilai dan hukum yang ditetapkan oleh Allah dalam syariah.

Seterusnya adalah keadilan, Tanpa mengira warna kulit, status, warganegara atau kepercayaan,
pemimpin mesti melayan semua lapisan masyarakat dengan adil dan saksama. Selain itu, pemerintah
haruslah berusaha menegakkan keadilan dan hukum-hukum Allah dalam masayarakat sehingga semua
warganegara dapat hidup sesuai dengan prinsip-prinsip Islam.

Seorang pemimpin Muslim akan dipertanggungjawabkan oleh Allah atas tindakan dan keputusannya
terhadap masyarakat. Oleh itu, kepemimpinan yang baik dan bertanggungjawab diperlukan untuk
mencegah penyalahgunaan kuasa dan perlakuan tidak adil terhadap rakyat.
4) Dalam pemikiran politik Islam, terdapat beberapa aliran atau gaya pemikiran politik yang muncul
di dunia Islam. Jelaskan TIGA (3) aliran tersebut.

Pertama sekali, Islam adalah agama yang sempurna dan lengkap yang mempunyai pengaturan dalam
setiap bahagian kehidupan manusia, termasuk kehidupan dalam negara. Sebagai kepercayaan yang lengkap,
Islam menetapkan struktur ketatanegaraan atau politik, yang harus dicontohi, iaitu sistem ketatanegaraan
atau politik Islam yang diterapkan oleh Nabi Muhammad dan Khulafaurrasyidin. Orang Islam di negara ini
hendaklah kembali kepada kerangka ketatanegaraan Islam, yang tidak memerlukan atau bahkan tidak boleh
meniru kerangka ketatanegaraan yang dibangunkan di Barat.

Kedua, di Barat, bahwa al-Qur’an dan agama Islam tidak mengatur masalah politik dan negara. Nabi
Muhammad adalah rasul biasa seperti semua rasul lain. Nabi tidak dicipta untuk membangunkan dan
memimpin sebuah negara. Sebagai seorang nabi, Nabi mempunyai tanggungjawab untuk mendorong orang
ramai untuk menjalani cara hidup yang mengutamakan nilai moral. Hanya kepada Muhammad, risalah
nubuwah akan berakhir apabila Nabi wafat. Nabi tidak boleh digantikan oleh Khulafaurrasyidin. Dalam
mengkaji hubungan antara Islam dan negara, aliran ini mungkin menggunakan prinsip sekuralisme.

Aliran ketiga ini berpendapat bahawa Islam bukanlah agama yang lengkap. Menurutnya lagi
ketatanegaraan tidak wujud dalam Islam dan berpendapat bahawa al-Quran tidak mempunyai sistem politik,
tetapi terdapat satu set nilai etika untuk kehidupan politik. Walau bagaimanapun, aliran ini juga menolak
idea bahawa Islam adalah agama Barat yang hanya mengatur hubungan antara manusia dan Tuhannya.
Aliran Islam ini tidak mempunyai sistem ketatanegaraan, tetapi mempunyai prinsip moral untuk kehidupan
bernegara.

Anda mungkin juga menyukai