Anda di halaman 1dari 22

Antara barat dan Islam adalah umpama buku dan ruas tidak boleh disatukan.

Segala peraturan dan


perundangan antara barat dan Islam jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Dari segi amalan
politik dan juga sistem antara kedua-duanya jelas berbeza. Demokrasi liberal barat adalah
berlandaskan falsafah kekuasaan rakyat semata-mata tetapi juga perbezaan antara kedua-duanya
dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dari segi definisi, pemilihan khalifah, bidang kuasa,
perundangan dan hak bersama. Perbezaan dari segi hak bersama ini merangkumi perbezaan hak
antara orang Islam dengan orang bukan Islam

Seperti yang telah diketahui sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat. Ini
adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan
norma amalan terletak di tangan rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami
adalah rakyat berhak menentukan segala-galanya. Contohnya seperti jika mendapat sokongan
daripada rakyat undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang yang tidak baik di
wujudkan ataupun di gubal semula.

Sebaliknya ini sangat berbeza dengan sistem syura dalam Islam sebagai satu agama yang mempunyai
prinsip-prinsip keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T, mengasaskan sesebuah negara itu adalah
berdasarkan kekuasaannya dan manusia telahpun ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini.
Oleh itu segala amalan dalam sistem pemerintahan Islam mestilah merujuk kepada al-Quran dan
Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut sesetengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas
atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikan sebagai bentuk atau kaedah. Namun
begitu, kebanyakkan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak
berasingan yang majoriti pentadbir menghormati hak minoriti.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi definisi :

Apabila dibincangkan mengenai demokrasi satu perkara yang terlintas di hati kita adalah kebebasan.
Ini adalah kerana sesebuah negara yang mengamalkan sistem yang memberi kebebasan kepada
rakyatnya dalam serba-serbi walaupun pada hakikatnya kebebasan itu masih boleh dipertikaikan.
Namun apabila kita merujuk kepada istilah sebenar, demokrasi adalah bermakna pemerintahan
rakyat.

Demokrasi itu berasal daripada perkataan Greek iaitu demos dan cratos yang bermaksud kuasa
rakyat. Demokrasi bererti manusialah yang menggubal undang-undang atau manusialah yang
menjadi legislator. Idea demokrasi ini dipelopori oleh para pemikir Greek yang ingin mencari
penyelesaian bagi urusan kehidupan seharian mereka. Ia kemudiannya dibangkitkan semula oleh
para pemikir Eropah ketika berlakunya konflik antara rakyar dan pemerintah. Konflik ini akhirnya
mencetuskan revolusi dan antara revolusi yang terkemuka ialah Revolusi Perancis yang mana rakyat
bangkit menentang pemerintah.

Walaupun sistem demokrasi pada zaman Greek adalah terhad kepada kaum lelaki sahaja, namun
konotasi demokrasi modon lazimnya merujuk kepada semua penduduk di sesebuah negara. Ini
menunjukkan bahawa demokrasi mementingkan kedaulatan rakyat. Dalam sistem ini kuasa mutlak
membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan
rakyat. Dengan erti kata lain rakyat berhak menetukan segalanya. Undang-undang yang baik boleh
dimansuhkan dan undang-undang yang tidak baik boleh diwujudkan jika ada sokongan daripada
rakyat.

Sehubungan itu berbeza dengan Islam, undang-undang ataupun syariat adalah telah ditetapkan oleh
Allah s.w.t yang mencakupi segala kehidupan manusia tidak kira dari aspek politik, ekonomi,
mahupun sosial atau muamalat. Oleh itu sistem syura adalah merupakan suatu sistem pemerintahan
yang berlandaskan syariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Sistem syura ini
adalah merupakan suatu sistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan
syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan cara bermusyawwarah.

Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan “Al-Musyawwaratun” atau “Watasyawwarun”
bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995). Definisi syura ini jelas menunjukkan
bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan
ummah atau rakyat Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar
yang berlandaskan al-Quran.

Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan,
mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan
sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan
Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap demokrasi sebagai
asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah.
Namun begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan
pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi pemilihan khalifah/pemimpin :

Perbezaan dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara sistem syura
dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau seseorang yang bakal
memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran.
Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah mempunyai ciri-ciri atau
pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah
S.W.T, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas terutamanya dalam konteks politik atau
pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi dan sosial.

Di samping itu juga, seseorang khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang
baik, serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara iaitu kemahiran dalam ilmu
peperangan.

Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah berasaskan
kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin yang mempunyai sahsiah dan
keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang fasik mahupun munafik.

Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam al-Quran yang sering menyuruh umat Islam supaya
mengikuti kebenaran dan menjaga kebaikan masyarakat manusia dengan tidak mengambil kira
terhadap suara dan kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh diterima terutamanya
dari segi pemilihan pemimpin. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus ayat 32 yang bermaksud :
“Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan.”

Dalam ayat yang sama Allah S.W.T berfirman:“Maka apakah orang-orang yang menunjuki kebenaran
itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi
petunjuk?”

Ini jelas berlainan sama sekali dengan sistem demokrasi yang menjadikan suara majoriti dalam
pemilihan pemimpin sebagai asas tanpa mengira sahsiah, akhlak, serta keperibadian pemimpin itu
sendiri. Asalkan seseorang itu dicalonkan untuk menjadi pemimpin dan mendapat sokongan majoriti
daripada rakyat maka terlantiklah seorang pemimpin yang bukan hanya berasaskan prinsip
kebenaran, malah berkemungkinan jelas mentampakkan ia berasaskan kebatilan.

Contohnya seseorang pemimpin itu dilantik adalah bukan kerana kelayakannya dari segi
kepemimpinan tetapi berdasarkan pemilikan hartanya yang banyak serta pengaruhnya dalam
bidang-bidang tertentu terutamanya pengaruhnya dalam bidang ekonomi membolehkannya
dicalonkan dalam pilihanraya. Dengan sogokan yang diberikan kepada rakyat membuatkannya
dilantik menjadi pemimpin. Ini jelas menunjukkan kebatilan yang nyata dari segi pemilihan
pemimpin dalam sistem demokrasi.

Walaupun tidak dinafikan syarat-syarat yang diperlukan dalam sistem demokrasi untuk seseorang itu
boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya seperti mempunyai latar belakang yang baik
dari segi akademik dan peribadi, bukan seorang yang telah disenarai hitamkan dan tidak pernah
terlibat dalam sebarang bentuk jenayah atau pernah dipenjarakan namun ia tidak menunjukkan
pemilihan pemimpin yang berasaskan kebenaran yang disarankan dalam al-Quran yang menekankan
ciri keimanan kepada Tuhan yang menjadi tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil,
bijaksana dan seumpamanya.

Dalam sistem syura, sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah, calon khalifah itu sendiri dinilai
dalam permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai berdasarkan persetujuan seluruh
rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak seseorang calon khalifah tersebut. Hak
kebebasan rakyat dapat dilihat dengan mengkaji terus ucapan khalifah Abu Bakar as-Siddiq seperti
berikut :"Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah dilantik ke atas kamu dan bukanlah aku orang
yang paling baik di antara kamu. Kalau aku lemah kamu betulkanlah aku dan kalau aku berbuat baik,
kamu tolonglah aku, benar itu amanah dan dusta itu khianat. Yang lemah di kalangan kamu adalah
kuat di sisiku, sehingga aku mengambil hak daripadanya insya`Allah ...."

Daripada ucapan Khalifah Abu bakar ini terdapat beberapa perkara berkaitan kebebasan politik iaitu
perkataan yang menyebut "saya telah dilantik ke atas kamu." Ini menunjukkan hak umat untuk
memilih ketua negara. Manakala kata-kata “Bukankah aku orang paling baik di kalangan kamu." Ini
menunjukkan ketua negara adalah juga daripada rakyat negara tersebut.

Selain itu, kata-kata seperti "Jika saya lemah kamu betulkanlah saya, jika saya berbuat baik kamu
bantulah saya." Ucapan ini pula menunjukkan hak rakyat yang dianggap sebagai pemerhati bagi
sesebuah pemerintahan. "Taatilah aku selagi aku taat kepada Allah, apabila aku durhaka kepada
Allah dan Rasulnya kamu tidak wajib taat lagi kepada ku." Kenyataan ini pula menunjukkan, bahawa
walaupun seseorang pemerintah itu ada mengikut sistem-sistem dalam sesebuah negara namun
apabila beliau tidak lagi mengikut lunas-lunas agama Islam maka rakyat tidak perlu patuh
kepadanya.Berbeza sama sekali dalam sistem demokrasi apabila seseorang itu telah dilantik menjadi
pemimpin, ia perlu patuh dan taat dalam segenap segi walaupun dalam perkara-perkara
kemungkaran dan kemaksiatan. Dalam sistem demokrasi, seseorang pemimpin itu hanya boleh
digulingkan dalam pilihanraya dan selagi ia memegang jawatannya, rakyat perlu akur dengan arahan
yang dikeluarkan dan hanya boleh mempertikaikannya sekiranya ada sokongan majoriti.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi bidang kuasa:

Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang
khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan dalam al-Quran. Maknanya
seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah.
Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal
mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.
Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas
termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu
dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal
dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti
rakyat.Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia
ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-
Sunnah.

Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis
panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh seseorang khalifah
adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah
dari segi pemerintahannya. Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin-
pemimpin yang berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan
negara yang di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran
dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.

Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan atau
menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Dalam sistem
demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan
rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun
kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan
arak secara berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang islam.

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara
sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim memberikan pengadilan
berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran..Contohnya,
seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau
rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan
bidang kuasa kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan
seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke
Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh
diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.

Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka
mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan sistem syura yang diamalkan
pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin adalah berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi yang
diamalkan pada zaman sekarang.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI


Dari segi bidang kuasa:

Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa seseorang
khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan dalam al-Quran. Maknanya
seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah.
Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal
mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang luas
termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu
dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal
dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti
rakyat.Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia
ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan As-
Sunnah.

Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis
panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh seseorang khalifah
adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah
dari segi pemerintahannya. Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin-
pemimpin yang berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan
negara yang di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran
dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.

Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan pemerintahan atau
menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Dalam sistem
demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah untuk kepentingan diri dan
rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah kebatilan, kemaksiatan ataupun
kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-individu tertentu dalam kes penjualan
arak secara berleluasa di kawasan yang mana kebanyakan penduduknya adalah orang islam.

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat ketara antara
sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim memberikan pengadilan
berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan dalam Al-Quran..Contohnya,
seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau
rayuan baginya dan seharusnya hukuman tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan
bidang kuasa kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan
seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk mengemukakan rayuan ke
Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang DiPertuan Agong hukuman tersebut boleh
diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.
Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem yang dirangka
mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas membuktikan sistem syura yang diamalkan
pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin adalah berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi yang
diamalkan pada zaman sekarang.

PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI

Dari segi hak orang bukan Islam dalam pemerintahan negara Islam:

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan
persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya tidak
kiralah umat Islam mahupun bukan Islam.Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah
s.a.w yang telah berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan
dan perundangan yang berasaskan syariat islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan
saksama. Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada
Yahudi dan kaum bukan Islam. Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu
Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu.. Ia mengandungi beberapa fasal yang
melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama,
sosial, ekonomi dan ketenteraan. Dalam bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama
rata dalam Islam. Sistem pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan
sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat dliihat dari segi hak
dan tanggugngjawab rakyatnya.

Melalui sistem syura, pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik,berilmu, adil dan memeiliki
kecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Rakyatnya
yang bernaung dibawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap pemerintahan negara. Selain
mempunyai tanggungjawab, mereka juga mempunyai hak tertentu, tidak kiralah golongan Islam
mahupun bukan Islam. Dalam sistem syura orang bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi
pendapat mereka. Sungguhpun begitu, mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran
orang Islam. Contohnya menjawat jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti pendidikan,
kewangan dan lain-lain lagi. Golongan ini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahaja serta
bertugas untuk menjaga kepentingan kaumnya. Dalam menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh
mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama untuk
diselesaikan. Mereka juga boleh meminta peruntukkan kewangan daripada majlis syura. Selain dari
itu juga, mereka boleh meminta majlis syura meluluskan adat-adat keagamaan kaumnya sebagai
menjaga hubungan sosial antara kaum. Dengan ini, jelaslah menunjukkan dalam teori politik Islam
konsep kerajaaan adalah terhad. Golongan bukan Islam juga harus dilindungi kepentingannya seperti
hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari agama Islam
mereka adalah tergolong dalam rakyat yang bernaung dan tunduk serta patuh dibawah
pemerintahan Islam
Dalam pemerintahan yang berasaskan demokrasi pula, golongan bukan Islam ini mempunyai hak
yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini berhak campur tangan dalam
sistem pentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk bersuara dan menjadi pemimpin dalam
bidang pentadbiran seperti kewangan, pendidikan dan lain-lain lagi.Ia jelas sekali berbeza dengan
sistem syura dimana golongan ini tidak terhad untuk menjadi wakil dan menjaga kepentingan
kaumnya sahaja, malah mereka berhak untuk menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya
ialah seperti bidang pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain lagi. Sebagai kesimpulannya
jelaslah sistem syura adalah sejenis corak sistem pemerintahan yang adil dan menjaga hak-hak serta
bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan rakyatnya. Ini dapat dilihat pada zaman
pemerintahan khalifah Umar Abd Khattab dimana dibawah sistem syura tentera Islam tidak
dibenarkan merampas tanah-tanah orang bukan Islam dikawasan yang baru ditakluki. Kita juga boleh
mengambil iktibar daripada peristiwa pengadilan yang dijalankan terhadap tawanan Yahudi bani
Quraisy. Pengadilan ini dijalankan berdasarkan sistem syura.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem demokrasi adalah dua sistem
yang berbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua sistem ini dapat dibezakan dari segi definisi,
pemilihan khalifah/pemimpin, bidang kuasa, perundangan dan hak bersama.

Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam Islam telah mengariskan beberapa ciri demokrasi
Islam kebebasan mengikut had undang-undang, kesamarataan di sisi undang-undang, kerajaan
melalui persetujuan dan permusyawaratan dan proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan
melalui perbatasan perlembagaan. Undang-undang dalam negara Islam adalah berdasarkan sumber
undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah berbentuk sekular. Ini
termasuklah mengenai kedaulatan rakyat.

Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah secara berkekalan. Mana-
mana individu tidak berhak menggubalnya. Manakala di dalam demokrasi barat tidak ada undang-
undang yang sah secara berkekalan dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa rakyat di
dalam negara Islam adalah tertakluk kepada pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi
rakyat di sebuah negara demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan diluluskan
oleh kabinet.

Akhir sekali, demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan sebuah negara
demokrasi Islam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam mempunyai perbatasan dan
undang-undang yang wajib diikuti iaitu berlandaskan Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi
barat perlembagaan dan agama dua sistem yang diasingkan.
Bibliografi

1. Ahmad Syafii Maarif, 1987. Islam dan Masalah Kenegaraan, Lembaga Penilaian Pendidikan
dan Penerangan Ekonomi dan Social. Indonesia.

2. Alias Othman, 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur.

3. ASY Syeikh ALLAMAH Muhamad Hussein Tabataba `E 1984 Gagasan Politik Islam, Dewan
Pustaka Fajar Kuala lumpur.

4. H. Zainal Abidin Ahmad, 1977, Ilmu Politik Islam III Sejarah Islam dan Umatnya Sampai
Sekarang, Jakarta.

5. H. Zainal Abidin 1977, Ilmu Politik Islam, Jakarta.

6. Idris Zakaria, 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.

7. Klaus Ferdinand and Moohdi Mozaffari 1988, Islam: State and Society, Gurzon Press.

8. Dr. Lukman Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini, Kuala
Lumpur.

9. Muhamad Asad, 1964. Azas-Azas Negara dan Pemerintahan Di Dalam Islam Terjemahan Drs.
Muhammad Radjab, Jakarta.

10. Qamar-UD-DIN-Khan ...19.. , Maududis Theory of the State.

11. Syed Abul Al-Maududi, 1404, Teori Politik Islam.

12. Ta req Y. Ismael and Zacqueline S. Ismael 19 Government and Politics in Islam, London.
13. Dr. Zainal 1987. Filsafat Sejarah Ibn Khaldun, Bandong

*credit to the original author*

____________________________

Kembalilah ke landasan yang benar !

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian


Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini
adalah anggapan yang salah,perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara
perbezaannya adalah:1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat
sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskansokongan majoriti walaupun juga disokong
oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas
ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yangditetapkan. Adapun
dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika
suara majoritinyamenghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan
sebaliknya.3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki
sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota DewanParlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian
tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yangbijak ada yang tidak,
ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah
yang menentukansemua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.4. Dalam Sistem
Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum
syariat. Sedangkandalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun
menentang syariat Allah yang jelas.5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena
dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan SistemDemokrasi Kepartian adalah
wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah
keputusanyang perlu diikuti dan dituruti semua.6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan
Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.7. Sistem Syura membezakan antara
orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.8. Sistem
Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan
keadaan. SebaliknyaSistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat
kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihikewajipan shalat lima waktu dan tidak
mungkin keluar darinya.9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa
Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkanSistem Syura tidak demikian.
(Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)Walau bagaimana pun
masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al
Qardawi.

Beliaumembolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di
dalam Islam. Perkara yang sama jugadipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di
Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai
darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa
siri „pamphlet‟ yang diedarkan dimasjid-masjid.
Bila bertebung „khilaf‟ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang
mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai „ijtihad‟. Masing -masing
akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ijtihadnya‟. Namun bila dikatakan„ijtihad‟ maka yang
berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram
berpolitik kepartian.

Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam
dalam solat berjemaah kerana bacaanimam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie
mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dadadengan pegangan masing-
masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham
bahawaianya adalah „ijtihad‟ dan „khilaf‟.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat
dan sebagainya.

Wallahu‟alam..

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian

Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini
adalah anggapan yang salah,perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara
perbezaannya adalah:1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat
sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskansokongan majoriti walaupun juga disokong
oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.2.

Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada
ketentuan syariat maka itulah yangditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara
yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinyamenghendakinya berbuat
demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.3. Anggota Majelis Syura adalah
kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota
DewanParlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang
berilmu agama, ada yang jahil, ada yangbijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan
rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukansemua
perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak
ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat.

Sedangkandalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun


menentang syariat Allah yang jelas.5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena
dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan SistemDemokrasi Kepartian adalah
wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah
keputusanyang perlu diikuti dan dituruti semua.6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan
Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.7. Sistem Syura membezakan antara
orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.8. Sistem
Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan
keadaan. SebaliknyaSistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat
kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihikewajipan shalat lima waktu dan tidak
mungkin keluar darinya.9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa
Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkanSistem Syura tidak demikian.( Tanwiruzh
Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)
Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini,
antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliaumembolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan.
Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama jugadipersetujui oleh Syeikh
Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi
alasan sebagai
darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa
siri „pamphlet‟ yang diedarka
n dimasjid-masjid.
Bila bertebung „khilaf‟ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang
mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ijtihad‟. Masing-masing
akan ada pahala walau pun tersalah di dalam „ijtihadnya‟. Namun bila dikatakan„ijtihad‟ maka yang
berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram
berpolitik kepartian.Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca
Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaanimam adalah bacaan makmum.

Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang


dadadengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah
kerana masing-masing faham bahawa
ianya adalah „ijtihad‟ dan „khilaf‟.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan
sebagainya.

Wallahu‟alam

PERBEZAAN DEMOKRASI DAN SISTEM SYURA.

Syura dari segi bahasa beerti rundingan,bicara atau timbangan permuafakatan.Manakala dariistilah
syara'terdapat banyak pengertiannya diantaranya,syura adalah perbincangan yang dilakukankeatas
permasaalahan dunia atau agama dan mencari penyelesaian yang terbaik.Amalan sistem syura

Ini adalah perintah Allah kepada hambanyauntuk menyelesaikan perselisihan pendapat di antara
umatislam Firman Allah di dalam surah As-syura ayat10 yang bermaksud:
'Apa-apa perselisihan antara kamu dalam sesuatu perkara, maka kembalilah hukumnya itu kepada
Allah'
Juga firman Allah didalam surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud:
'Jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah dan
Rasulnya,jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat'

Syura adalah salah satu kaedah penyelesaian masaalah di dalam islam yang muafakat
kearahnyadidasarkan kepada usul syariat Islam.Di zaman Rasullullah baginda sering meminta
pandangansahabatnya mengenai sesuatu perkara yang berkait dengan kehidupan mereka.Matlamat
syura ialah menentukan hala tuju ketetapan Am, mengembalikan ummah untuk memikulkesediaan
tanggungjawab. Islam sebagai asasbagi ummah, manakala ummah adalah sebahagiandaripada
pelaksanaan sistem syura.Dalam konteks negara Islam, Ahli Majlis Syura mestilahterlantik di
kalangan orang-orang tertentu yang mahir dalam pelbagai bidang dengan di awasi oleh syuraulamak
yang dikenali sebagai Majlis Syura Kerajaan.Bermesuarat itu adalah kewajipan yang mesti ditunaikan
oleh orang-orang beriman dalam semua perkara dan mencari muslihat dengan dua syarat:1.Syura itu
tidak diharuskan dalam perkara-perkara yang telah menjadi nas yang telah diputuskan melainkan
keranamembincangkan bagaimanakah untuk melaksanakan nas tersebut.2.Syura itu tidak diharus
sekiranya memberi keputusan yang menyalahi nas-nas syarak danterkeluar dari
syariatIslamiah.Demokrasi adalah satu idelogi ciptaan manusia yang meletakkan sesuatu hukuman
itu berdasarkanlogik akal dan mendapat sokongan yang ramai. Sedangkan syura meletakkan
hukuman yang palingtinggi adalah Allah, nas -nas syara' daripada Alquran dan Sunnah.Demokrasi
meletakkan suara ramaiitulah penghukum samaada halal atau haram, samaada menepati syara' atau
tidak.Lantaran ituberlakunya segala bentuk kerosakan dan kefasidan yang mengakibatkan
perselisihan antara manusiayang tidak di cerna dengan baik.Manusia pula di pengaruhi dengan akal
dan nafsu ,jika sekiranya iatidak dipandu dan di suluh dengan cahaya nescaya musnahlah segala apa
tindakan yang dibuat.Sesungguhnya Islam tidak menghalang demokrasi, dengan syarat demokrasi itu
mestilah mengikutlandasan yang telah ditetapkan oleh Islam.Bukan Islam yang mengikut
demokrasi.Islam sebagaiagama yang memerintah bukan diperintah.MENEGAKKAN PEMERINTAHAN
ISLAM.Menurut Al-Mawardi di dalam kitabnya Ahkamul Sultaniah:'Pemerintahan Islam itu
diletakkan untuk melaksanakan kewajipan khalifah selepas kenabian dalamperkara memelihara
agama dan mentadbir urusan dunia dengan agama'Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Al-Iktisad fil
Iktiqad menegaskan:
'Agama itu dasarnya dan pemerintah itu pengawasannya'

Menegakkan negara Islam itu adalah wajib.Pemerintahan Islam itu mestilah meletakkan
syariatnyamenjadi pegangan kerajaan, perlembagaan negara dan segala urusan
pemerintahan.Mestilah diambildaripada Aqidah dan syariat Islam.Telah menyebut AlFaqih Ma'ruf
Ibnu Hazim AlAndalusi:
" para ulama' daripada Ahli Sunnah Waljamaah,AlMurjiah,As syiah,dan Khawarij,bersatu pendapat
dalam mengatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu adalah wajib,makaseluruh umat
berkewajipan melakukan taat kepada imam yang adil yang menegakkan keatas merekahukum
hakam Allah,yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh
junjungan besar nabi Muhammad SWT"

Fathi Yakan menggariskan sepuluh ciri yang penting bagi sesebuah pemerintahan Islam
yangbertanggungjawab untuk mewujudkan sistem-sistem dalam kehidupan umat Islam:1.Sistem
pertahanan dalam negeri.2.Sistem perhubungan antarabangsa.3.Sistem kehakiman yang amali
bersumberkan Alquran dan Sunnah.4.Sistem pertahanan dan ketenteraan yang dapat
menggerakkanrakyat umum dan mempertahankan negara yang telah dibina.5.Sistem ekonomi yang
dapat memberi kebebasan terhadap kekayaan harta kekayaan dan individu,terhindar dari
penindasan dan kezaliman.6.Sistem pelajaran dan kebudayaan yang dapat menghapuskan
kejahilan7.Sistem keluarga dan rumahtangga yang dapat membina putera ,puteri dan golongan
dewasamuslim sebagai tunjang masyarakat yang akhirnya membentuk negara yang diredhai
Allah.8.Sistem yang dapat mengatur cara hidup individu yang khusus agar dapat mencapai kejayaan
duniadan akhirat.9.Menghidupkan roh dan semangat yang dapat menguasaisetiap individu dalam
masyarakat baik dari kalangan pemerintah atau rakyat yang bertunjangkanAlquran dan
Sunnah10.Membina individu muslim ,rumahtangga muslim,bangsa muslim dan dan kerajaan Islam.

Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini
adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara
perbezaannya adalah:
1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem
Demokrasi Kepartian berlandaskan sokonganmajoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq
bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada
ketentuan syariat maka itulah yangditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara
yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinyamenghendakinya berbuat
demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.3. Anggota Majelis Syura adalah
kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan
Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu
agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak,ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan
ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangansamaada
dalam sudut agama atau pun dunia.4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan
majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalamSistem
Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang
jelas.5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita
mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan SistemDemokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada
Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti
dan dituruti semua.6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian
menghargai orang-orang kafir.7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat,
sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di
setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya SistemDemokrasi
Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan
yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.9. Sistem Demokrasi
Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat,
sedangkan Sistem Syuratidak demikian.( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-
Syar'iyyah hal. 61)Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi
Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliaumembolehkan kerana ianya mirip kepada
keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui
olehSyeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang
memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya
disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri „pamphlet‟ yang
diedarkan di masjid -masjid.Bila bertebung „khilaf‟ (pandangan tidak sekata) antara yang
berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, makabolehlah kita
ketogorikan sebagai „ijtihad‟.

Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam „ijtihadnya‟. Namun bila
dikatakan„ijtihad‟ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau
mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian.Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan
tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan
imamadalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah.
Masing-masing berlapang dada dengan peganganmasing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara
satu sama lain. Ini adalah kerana masing-
masing faham bahawa ianya adalah „ijtihad‟ dan„khilaf‟
.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Syura bukan demokrasi ...


Sumber : http://www.scribd.com/doc/64234556/Perbezaan-Antara-Syura-Dan-Demokrasi

3.0 Syura Dan Kaitannya Dengan Amalan Demokrasi Di Malaysia

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara
telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat
sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan
Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah
menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar
negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di
tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan
mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang
Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah
diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri
masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-
negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah
Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri. Raja-raja pula menjadi
Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau
Ketua-ketua Menteri.

Di dalam syura, kekuasaan mutlak dan tertinggi hanyalah milik Allah Ta'ala. Dialah sebagai kuasa
tertinggi dan manusia sebagai hamba wajib patuh kepada segala arahannya. Di dalam syura, badan
perundangan dimiliki oleh Allah sebagai pembuat hukum. Manakala badan kehakiman diwakili
qadhi-qadhi yang menjatuhkan hukuman dan badan pentadbiran diwakili oleh manusia.
Dalam konteks Malaysia, konsep syura iaitu perbincangan antara pemerintah dan rakyat dapat
dilihat melalui sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dan Sidang Dewan Undangan Negeri. Meskipun
rakyat tidak mempunyai hak untuk bersuara secara langsung dalam sidang tersebut, tetapi suara
mereka diwakili oleh ahli perwakilan yang dikenali sebagai "wakil rakyat". Wakil rakyat akan
menyampaikan mesej rakyat yang diwakilinya dalam usaha menegakkan keadilan dan kebenaran
mereka.

Manakala tidak terdapat nas dalam al-Quran atau sunnah yang menerangkan bagaimana cara
melaksanakan syura. Begitu pula tidak terdapat nas yang menjelaskan dengan terperinci jumlah
anggota majlis syura dan cara menentukan jumlah ini. Sebenarnya, yang demikian adalah salah satu
ciri khas agama Islam yang tidak mewajibkan umatnya adanya ketentuan cara tertentu yang
mungkin sesuai pada masa tertentu tetapi tidak sesuai pada masa yang lain sehingga akan
menyusahkan umatnya. Allah telah mengangkat kesulitan dari agama sebagaimana firmannya:

Maksudnya: Dan dia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan.

(Surah al-Hajj: 78)

Ini yang dimaksudkan dengan fleksibiliti di dalam Islam. Ia tidak menyusahkan umatnya dengan
mewajibkan mereka mengikuti segala kaedah yang ditetapkan, tetapi memberi kelonggaran kepada
umatnya menentukan kaedah yang bersesuaian dengan mereka.

Yang penting menurut pandangan Islam adalah bahawa syura itu dilaksanakan tanpa dibatasi
dengan cara atau teknik. Oleh sebab itu, Rasulullah tidak menggariskan cara tertentu untuk
melaksanakan syura, melainkan melakukannya dengan cara yang berbeza. Kadang-kadang Rasulullah
bermusyawarah dengan seorang sahaja sebagaimana yang terjadi dengan Habbab bin al-Munzir
dalam memilih tempat bagi pasukan Islam dalam peperangan Badar. Kadang-kala baginda meminta
pendapat 2 atau 3 orang dan biasanya baginda meminta pendapat dari Abu Bakar dan Umar bin
Khattab r.a, seperti yang dilakukan pada perang Ahzab. Baginda meminta pendapat Sacad bin Muaz
dan Sacad bin Ubadah. Juga seperti yang baginda lakukan dengan meminta pandangn Usamah bin
Zaid dan Ali bin Abu Thalib mengenai perceraian baginda dengan isterinya. Dan kadang-kala baginda
meminta pendapat orang ramai yang hadir dan berbincang secara umum dengan mereka. Seperti
yang dilakukan ketika pasukan Quraisy keluar untuk memerangi kaum muslimin. Demikianlah
dengan amalan demokrasi di Malaysia, pemilihan wakil rakyat sebagai wakil untuk menyampaikan
masalah rakyat tidak bertentangan dengan syura kerana syura itu sendiri tidak terdapat ciri-ciri
khusus.
Konsep syura memperlihatkan keadilan yang cuba ditonjolkan oleh Islam ke arah melahirkan
kerajaan dan kepimpinan yang tidak pilih kasih dan jauh dari penindasan juga kezaliman. Konsep
keadilan sebegini turut ditekankan dalam demokrasi yang menganjurkan pemerintahan yang adil
kepada rakyat. Peredaran masa, peluasan wilayah Islam dan kemajuan komunikasi sedikit sebanyak
mengubah mekanisma konsep syura. Jika sebelum ini beberapa individu dilantik untuk mengisi
Majlis Syura, ia dikatakan tidak sesuai pada zaman moden. Ahli Majlis Syura sepatutnya dipilih oleh
rakyat melalui pilihan raya. Ini akan menghasilkan Majlis Syura yang benar-benar dipilih oleh rakyat
secara langsung bersesuaian dengan konsep 'Aqd Tawkil al-Sarih (pemberian kuasa dengan jelas).
Walau bagaimanapun, pilihan raya menurut Islam mempunyai tatacara yang berbeza dan
mempunyai disiplin tertentu. Pertama, perjalanan pilihan raya yang mahu diadakan mestilah
prihatin dan sensitif dengan hak dan tanggungjawab seperti yang digariskan dalam undang-undang
Islam. Kedua, hanya parti politik yang beridealismekan Islam dibenarkan bertanding. Manakala
calon-calon yang bertanding mestilah mempunyai latar belakang agama yang mantap. Ketiga, satu
ukuran mesti ditentukan untuk mengukur populariti calon daripada pengundi. Selain itu, rakyat
selaku pengundi perlu diberikan pendidikan agama secukupnya agar mereka mampu membuat
pilihan tepat untuk memilih pemimpin yang sebenar. Kesemua disiplin di atas akan menjamin pilihan
raya yang adil, bebas dan bersih dapat diadakan. Ini jelas menggambarkan betapa Islam menyanjung
konsep kebebasan dan persamaan politik di kalangan umat Islam dalam menentukan pemimpin
mereka.

Di Malaysia dibenarkan penubuhan parti-parti politik dan menggalakkan persaingan sihat antara
mereka di dalam pilihan raya. Justeru, konsep satu parti sahaja tidak dilaksanakan kerana
bercanggah dengan kebebasan dan persamaan politik yang dibenarkan dalam demokrasi Islam,
lantas boleh menyuburkan budaya autrokasi. Dalam konteks di Malaysia, perjalanan pilihan raya
yang diadakan belum menepati konsep pilihan raya menurut Islam yang digariskan. Ini kerana ia
masih tidak lagi mengikut syarat pilihan raya yang digariskan. Parti politik yang hendak dibentuk
tidak semestinya beridealismekan Islam. Malah, calon ahli parlimen juga tidak disyaratkan memiliki
latar belakang agama yang mantap. Malah sesiapa sahaja boleh menjadi ahli parlimen jika
memenuhi syarat di dalam Peraturan Perlembagaan Malaysia.

Jika diperhatikan ayat yang ditujukan kepada Rasulullah s.a.w dengan firman Allah yang bermaksud:
"dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu". Maka perkataan mereka itu tidak lain
tidak bukan merujuk kepada orang-orang mukmin. Yakni bahawa Rasulullah s.a.w diperintahkan
agar bermusyawarah dengan mereka mengenai urusan-urusan umat. Walaupun ayat tersebut
bersifat umum, tetapi ia tidak beerti bahawa setiap orang layak menjadi ahli syura. Ini kerana ahli
syura ialah mereka yang berpotensi mengeluarkan pendapat, memberi jalan penyelesaian masalah
dan urusan-urusan yang dirujukkan kepada mereka. Mereka ini juga digelar sebagai Ahl al-Hal Wa al-
c
Aqd.Seseorang itu tidak layak untuk menjadi ahli syura selagi mana mereka tidak memenuhi syarat-
syarat tersebut:
1. Taklif: calon anggota majlis syura harus beragama Islam, baligh dan sihat mentalnya. Kafir
zimmi di bawah pemerintahan Islam tidak dibenarkan menjadi ahli syura. Bukti paling kuat
yang mendukung penegasan ini adalah bahawa tidak terjadi di zaman Rasulullah s.a.w
mahupun khulafa' rasyidin melantik kafir zimmi menjadi ahli syura. Ini kerana mereka yang
bukan Islam tidak berkepentingan dengan pelaksanaan aturan Allah dan tidak pula
cenderung kepada kepentingan orang Islam. Mereka yang belum dewasa baik mumayyiz
atau tidak tidak dibenarkan menjadi ahli syura. Ini kerana mereka tidak mampu membuat
pertimbangan dengan baik dan tidak mampu membezakan antara yang mendesak dan tidak
mendesak. Orang tidak sempurna akal juga tidak dibenarkan menjadi ahli syura, ini kerana
ahli syura dikehendaki mengeluarkan pendapat yang bernas dan menyelesaikan masalah
umat. Bagaimana mereka dapat membuat perkara sedemikian jika mereka tidak sempurna
akalnya.

2. Merdeka: untuk menjadi anggota majlis syura tidak dibenarkan bagi seorang hamba. Baik
hamba mukatab atau hamba mudabbar. Ini kerana hamba-hamba terikat dengan hak-hak
tuannya, tidak memiliki kebebasan atas diri sendiri maka dengan demikian tidak memiliki
kebebasan atas orang lain.

c. Lelaki: ini adalah berdasarkan firman Allah:

Maksudnya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.

(Surah an-Nisa': 34)

Begitu juga dengan hadith nabi s.a.w yang bermaksud: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan
beruntung suatu kaum yang memberikan urusan kepimpinan mereka kepada seorang perempuan".
Ini kerana dikatakan komitmen kaum lelaki lebih tinggi berbanding dengan kaum wanita. Namun, Dr.
Yusof Qardhawi mengatakan tidak ada salahnya kaum menjadi ahli syura selagi mana ianya menjaga
batas sebagai wanita muslim.

d. Pengetahuan: orang yang menjadi ahli syura disyaratkan memiliki pengetahuan tentang syariah
Islam, pengetahuan tentang hukum-hukumnya supaya ia tidak berijtihad bertentangan dengan
ajaran Islam. Allah berfirman:
Maksudnya: Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, ialah para ulama'.

(Surah al-Fatir: 28)

Namun, pengetahuan bagi ahli syura tidak harus mencapai tingkat ijtihad.

e. Kelayakan moral: kelayakan moral yang dimaksudkan adalah hendaklah ia menunaikan berbagai
kewajipan dan rukun dan menjauhi berbagai maksiat. Tidak dikuasai oleh hawa nafsu dan berbagai-
bagai lagi sifat yang keji.

f. Menetap di dalam negeri: anggota majlis syura haruslah menetap di dalam Negara Islam.
Manakala orang Islam yang menetap di dalam Negara kafir tidak dapat menjadi anggota syura. Ini
kerana, mereka yang tinggal di dalam Negara kafir kebebasannya terikat dan banyak kehilangan
unsur-unsur keperibadian Islam serta tidak dapat mengikuti perkembangan masyarakat Islam
dengan berinteraksi bersama mereka. Oleh itu tidak mudah untuk memberi penyelesaian masalah
yang dihadapi oleh umat.

g. Tidak mengangkat diri: seseorang yang mengangkat diri dengan pengakuan tertentu bahawa
dirinya layak menjadi seorang anggota majlis syura sebenarnya membuatkan dirinya tidak layak
untuk menjadi ahli syura. Ini disebutkan di dalam al-Quran:

Maksudnya: Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci.

(Surah al-Najm: 32)

Agama Islam secara umum melarang umatnya meminta kepimpinan, sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w kepada Abdul Rahman yang bermaksud: "Hai Abdul Rahman, janganlah meminta kepimpinan.
Sebab apabila kamu diberi kerana meminta maka kamu dibebani dan jika kamu diberi bukan kerana
meminta maka kamu akan dibantu".

(H.R Muslim)

Namun, mengikut demokrasi di Malaysia sekarang, tidak kesemua syarat-syarat di atas tidak
dipenuhi. Bagi mereka yang hendak menjadi ahli parlimen, tidak disyaratkan ianya seorang Islam
ataupun lelaki. Bahkan jika pemimpin tersebut terkenal dengan sifat buruknya, jika rakyat masih
mahukannya, maka dia layak untuk menjadi pemimpin. Mengikut fasal 47 Peraturan Perlembagaan,
syarat kelayakan seseorang untuk menjadi ahli dewan negara ialah tiap-tiap warganegara yang
bermastautin di Persekutuan yang berumur tidak kurang 30 tahun. Manakala untuk menjadi ahli
dewan rakyat ialah tidak kurang daripada 21 tahun. Manakala menurut fasal 48, seseorang itu akan
hilang kelayakan menjadi ahli parlimen jika:

a. tidak sempurna akal

b. seorang bankrap

c. memegang suatu jawatan berpendapatan

d. tidak menyerahkan perbelanjaan pilihan raya mengikut waktu tertentu atau

e. dia telah disabitkan kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara
untuk tempoh tidak kurang daripada 1 tahun atau denda tidak kurang dua ribu ringgit dan tidak
mendapat pengampunan bebas

f. dengan sukarela menerima kewarganegaraan mana-mana Negara di luar Persekutuan.

Jika dilihat, syura mempunyai persamaan dengan amalan demokrasi di Malaysia dari segi
prinsipnya.

a. Pemerintahan secara perwakilan: suara rakyat akan disampaikan kepada Dewan Negara dan
Dewan Rakyat melalui wakil rakyat. Begitu juga di dalam syura, segala masalah akan dibincangkan
oleh wakil sesuatu kaum atau tempat. Ini kerana agak sukar untuk semua rakyat mengambil
bahagian dalam musyawarah.

b. Pilihan raya dan pemerintahan majoriti: pemilihan pemimpin di Malaysia adalah berdasarkan
pilihan raya. Pembuangan undi oleh rakyat mewakili keputusan rakyat untuk menentukan siapakah
pemimpin yang diingininya. Manakala mereka yang mendapat sokongan majoriti akan menjadi wakil
rakyat. Syura di dalam Islam juga mengikut suara majoriti. Ini kerana keputusan majoriti adalah yang
paling hampir kepada kebenaran. Ini terbukti di dalam peperangan Uhud, di mana Rasulullah s.a.w
mengikut keputusan majoriti untuk berperang di luar Madinah.

c. Kebebasan dan persamaan: demokrasi di Malaysia meletakkan kebebasan dan persamaan sebagai
prinsip yang penting. Begitu juga di dalam prinsip syura, kerana asas di dalam syura adalah
kebebasan individu dari segi mengeluarkan pendapat dan hak berbincang sesuatu pendapat.
Menurut Sheikh Syaltut di dalam kitabnya 'al-Islam cAkidah Wa al-
Syaricah' mengatakan: "pembinaan Islam dengan kaedah syura, ketika mana permulaan Islam, ia
dilihat begitu sinonim dengan nama Islam pada menetapkan hak manusia. Dan asasnya yang utama
ialah kebebasan yang mutlak ketika mengeluarkan pendapat". Ahli majlis syura bebas mengeluarkan
pendapat selagi mana ianya tidak menyalahi syarak. Ia juga tidak membezakan tanggungjawab dan
hak-hak atau layanan kepada seseorang menurut kepelbagaian bangsa, keturunan, bahasa dan
sebagainya. Prinsip persamaan telah dinyatakan oleh Allah:

Maksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenali.

4.0 Kesimpulan Dan Cadangan

Syura dan demokrasi dilihat berkongsi semangat di atas beberapa prinsip tertentu. Persamaan ini
sebenarnya telah mewujudkan konsep demokrasi Islam. Hal ini menunjukkan bahawa syura
mempunyai unsur-unsur demokrasi di dalam pengamalannya, terutama dalam soal pemerintahan
dan kepimpinan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud syura dan demokrasi mempunyai
persamaan total.

Menurut Kurshid Ahmad, demokrasi merupakan batu loncatan kepada arus kebangkitan Islam atau
proses Islamisasi. Walaupun demokrasi ciptaan barat, akan tetapi selagi ianya tidak bertentangan
dengan Islam maka ianya boleh diterima. Lebih-lebih lagi dengan keadaan masyarakat sekarang yang
hanya cenderung kepada demokrasi. Amat sukar untuk membuat proses Islamisasi jika kita
menentang secara keras. Cara yang paling sesuai ialah dengan mengubah proses demokrasi
sekarang mengikut ketetapan Islam. Inilah yang sering digunakan oleh ulama sekarang yang
menggunakan Demokrasi Islam di dalam penulisan-penulisan mereka.

Rujukan

al-Quran

Abdul Ghafar Hj. Don. 1999. Kepimpinan Dakwah Dan Politik Islam. Selangor. Percetakan Asni Sdn.
Bhd.

Abu 'Ala al-Maududi. 1969. Nazariyyah al-Islamiy Wa Hadyah. Beirut. Mu'assasah al-Risalah.

file:///F:/httpwww.parlimen.gov.mypengenalan-lblakng.htm

Yusof Qardhawi. 1997. Fiqih Daulah. Pustaka al-Kausar.

httpwww.spr.gov.myindex_filesakta_peraturanperlembagaan_persekutuanPerlembagaanPersekutu
anBab4

Lukman Thaib. 1995. Syura Dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini. Kuala Lumpur.
Penerbit Amal.

Mohd Izani Mohd Zain. 2005. Islam Dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Kontemporari Di
Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Muhammad Abdul Qadir Abu Faris. 2000. Sistem Politik Islam. Jakarta. Robbani Press.

Taufiq Muhammad al-Syawi. 1992. Fiqh al-Syura Wa al-Istisyarah. Dar al-Wafa' al-Mansurah.

Yacqub Muhammad al-Maliji. t.thn. Mabda' al-Syura Fi al-Islam. Iskandariah. al-Azhar.

Anda mungkin juga menyukai