Anda di halaman 1dari 7

Konsep syura zaman

sekarang
Disediakan oleh:
Amrina Rosyada binti Abdul Rahman
Siti Rabiatul Ashikin binti Jamaludin
Definisi Syura
• Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan “Al-Musyawwaratun”
atau “Watasyawwarun” bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman
Thaib, 1995).
• Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan
di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat
Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu
dasar yang berlandaskan al-Quran.
• Dari segi istilah ialah pemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan
ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan
kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan
ketakwaan
Konsep Syura Dalam Pemerintahan Islam

• Mesyuarat (Syura) adalah salah satu sendi keimanan dan sifat khusus
kaum Muslimin. Berdasarkan Syura:
• Seseorang ketua Negara dan pemimpinnya wajib bermusyawarah
dalam hal yang menyentuh kepentingan umum dan khusus.
• Rakyat berhak memberi nasihat kepada ketua Negara dan
pembantunya sama ada diminta atau tidak.
• Pemimpin Negara yang meninggalkan musyawarah wajib dipecat.
(Pendapat ulama’ mujtahid)
Konsep Demokrasi Dalam Pemerintahan
• sistem demokrasi adalah sangat mementingkan kedaulatan rakyat.
• Ini adalah kerana kuasa mutlak untuk membuat undang-undang
dalam menentukan nilai-nilai dan norma amalan terletak di tangan
rakyat ataupun dengan ertikata lain supaya lebih mudah difahami
adalah rakyat berhak menentukan segala-galanya.
• Contohnya seperti jika mendapat sokongan daripada rakyat
undang-undang yang baik dimansuhkan manakala undang-undang
yang tidak baik di wujudkan ataupun di gubal semula
• Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang
kuasa yang luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan
dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti
rakyat.
• Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal
dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan
mendapat sokongan majoriti rakyat.
• Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal
fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan
bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Syura atau
demokrasi ?
Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di
atas syariat

VS
Sistem Demokrasi berlandaskan sokongan majoriti walaupun
juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir

Anda mungkin juga menyukai