Anda di halaman 1dari 3

QASIDAH TANDA KELAHIRAN NABI SAW

Sebelum tibanya kelahiran baginda,


Terdapat alamat dan jua petanda.
Para Anbiya’ telahpun bercerita,
Kepada ummat mereka tentang Nabi kita.

(SELAWAT)
َ ‫اَلل ُّه َم َص ّل َو َسل ّْم‬
‫عل َى‬
Allahumma sholli wa sallim ‘ala
(Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada)

َ ‫َسيّ ِدنَا َو َم ْولَنَا ُم‬


‫ح ّ َم ٍد‬ ....
Sayyidina wa Maulana Muhammadin
(Junjungan kami, Nabi Muhammad SAW)

‫اما ِفى ِعل ْ ِم الل ِّه َصل َا ًة‬


َ ‫ع َد َد‬
َ
‘Adada ma fi’ilmillahi sholatan
(Sebanyak bilangan yang ada dalam pengetahuan Allah, dengan limpahan rahmat
yang abadi)

‫داِئ َم ًَة ب َِد َوا ِم ُمل ِْك الل ّه‬


Daimatan bidawami mulkillahi
(Selama keabadian kerajaan Allah)

Api majusi yang dijadikan berhala,


Disembah raja dan rakyat jelata.
Lalu terpadamlah dengan tiba-tiba,
Selepas seribu tahun ia menyala.
(SELAWAT)

Meretaklah istana Raja Kisra,


Hati gelisah bertanyakan pendita.
Lalu dijawab itulah tandanya,
Akan lahirlah insan termulia.
(SELAWAT)

Kota Makkah dilindungi Allah,


Dengan berkat cahaya Rasulullah.
Dari serangan tentera bergajah,
Yang dipimpin oleh Raja Abrahah.
(SELAWAT)

Cahaya Nabi terpancar pada wajah,


Abdul Mutallib ayahnya Abdullah.
Gajah yang putih besar serta gagah,
Melutut taat kekuasaan Allah.
(SELAWAT)

Ahlul Kitab menamakan anak mereka,


Dengan Muhammad tapi mati semuanya.
Kerana Allah sudahpun memelihara,
Nama mulia kekasih yang tercinta.
(SELAWAT)

Ahlul Kitab mula berasa bimbang,


Akan kelahiran cahaya yang terang.
Kaum jin pula sudah mula berpesan,
Tentang kehadiran insan yang budiman.
(SELAWAT)

Dengan berkat penghulu alam semesta,


Kami berdoa pada Tuhan Yang Esa.
Tewaskan yang batil menangkan yang benar,
Pertemukan kami didepan telaga Kautsar.
(SELAWAT)

Jadikan kami dikalangan Ahli Sunnah,


Cintakan Nabi, zuriatnya dan Sohabah.
Lindungi negara kami dari fitnah,
Fikrah wahabi dan jua syiah.
(SELAWAT)

Anda mungkin juga menyukai