Anda di halaman 1dari 7

Lubang udara

Lubang udara ini membolehkan udara


panas yang kurang tumpat keluar
melaluinya, manakala udara sejuk yang
lebih tumpat akan masuk melalui pintu
atau tingkap.

Konsep perolakan haba ini akan


menjadikan rumah lebih sejuk secara
semulajadi. Maka kita dapat
mengurangkan penggunaan peralatan
elektrik seperti kipas dan penyaman
udara untuk menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik, sekaligus mengurangkan
penghasilan gas klorofluorokarbon, CFC
yang boleh menyebabkan penipisan
lapisan ozon.
Tumbuhan hijau
Penanaman tumbuhan hijau akan
dapat menghasilkan oksigen dan
menyerap karbon dioksida untuk
mengurangkan pembebasan gas
rumah hijau ini ke udara.
Ini akan membantu meminimumkan
kesan gas rumah hijau kepada alam
sekitar serta menghasilkan kualiti
udara yang lebih baik.
Warna yang
lembut dan
cerah
Pemilihan warna dinding yang
lembut dan cerah adalah penting
kerana warna ini adalah penyerap
haba yang lemah.
Pada waktu siang, sedikit sahaja
haba yang akan diserap
menjadikan rumah lebih sejuk
secara semula jadi.
Panel solar
Penggunaan panel solar adalah
untuk mengurangkan
kebergantungan kepada tenaga
yang tidak boleh diperbaharui
seperti arang batu dan gas asli
untuk menjana tenaga elektrik.
Dengan menggunakan panel
solar ini, tenaga elektrik dapat
dijana melalui sumber
semulajadi iaitu cahaya matahari.
Dinding kaca
Penggunaan dinding kaca akan dapat
membantu memaksimumkan
pencahayaan semulajadi pada waktu
siang.
Jadi kita dapat mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik pada
waktu siang.
Saliran air hujan

Saliran air hujan akan menadah dan


menyalurkan air hujan ke tangki
simpanan. Air ini kemudiannya akan
digunakan untuk kegunaan harian
seperti membasuh kereta dan
menyiram pokok bunga. Ini
merupakan salah satu amalan hijau
ke arah langkah penjimatan air.

Anda mungkin juga menyukai