Anda di halaman 1dari 4

Cikgu Roslan Daud

CUTI-CUTI KE NEGERI DI BAWAH BAYU

Standard Pembelajaran
3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks.

JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA

Ejaan Imbuhan Tanda Baca Kata/Istilah Tatabahasa

Huruf besar Awalan Tanda koma Kata Kata tugas


Huruf kecil Akhiran Tanda noktah (perkataan umum) Frasa nama
Dijarakkan Sisipan Tanda seru Istilah Frasa kerja
Dirapatkan Apitan Tanda petik (perkataan dalam Frasa adjektif
Tanda sempang bidang tertentu) Frasa sendi nama

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dan betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris dalam petikan.

Pulau Sipadan
Pulau Sipadan adalah sebuah pulau berhampiran dengan Semporna. Pulau Sipadan
berupa satu-satunya pulau batu kapur di Malaysia dengan ketinggian 600 meter
dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai tempat aktiviti menyelam skuba
antara yang terbaik didunia. Alam bawah laut Sipadan menawarkan pemandangan
yang penuh dengan kehidupan marin seperti kuda laut, penyu, ikan dan terumbu
karang yang berwarna warni. Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat
perlindungan hidupan buas pada 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat
dikekalkan sehingga kini.

Pusat Pemeliharaan Orang Utan Sepilok


Pusat ini terletak di Hutan Simpan Sepilok, 24 kilometer daripada Sandakan.
Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesis orang utan yang
semakin pupus di dunia ini. Tujuan utama pusat ini ditubuh adalah untuk
membantu pemulihan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan
mengembalikannya kepada habibat semula jadi apabila masanya sesuai. Menurut
kajian Jabatan Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 ekor orang utan di seluruh
negeri Sabah. Oleh itu pemilihan Sepilok sebagai tapak pemeliharaan orang utan
amat tepat sekali.

Kundasang
Kundasang ialah sebuah bandar di daerah Ranau yang terletak di sepanjang
tebing Lembah Kundasang. Lokasi ini terletak kira-kira enam kilometer dari
Taman Nasional Kinabalu dan terkenal dengan pasar sayurnya yang di buka tujuh
hari seminggu. Antara tempat-tempat tumpuan di sekitar Kundasang disebabkan
pandangan indah Gunung Kinabalu dan cuaca sejuk tanah tinggi. Selain itu,
terdapat juga Ladang Desa Cattle Dairy yang menternak lembu bagi
menghasilkan susu. Tempat ini merupakan distinasi ideal untuk seisi keluarga
kerana berbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

Muzium Sabah
Di dalam kawasan komplek ini terdapat taman etnobotani, zoo dan sebuah
kampung warisan. Bangunan utama menempatkan galeri seni tetapi terdapat
juga lain-lain galeri seperti tamadun Islam, arkeologi dan sejarah. Misi utama
muzium ini adalah demi untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen
etnografi, arkeologi, sejarah, kesenian dan zoologi, di samping menjalankan
penyiasatan tentang pentingnya mengetahui sejarah dan budaya negeri ini. Anda
boleh melihat pelbagai koleksi-koleksi senjata, ukiran, binaan rumah panjang,
alat muzik tradisional dan barangan seramik semasa lawatan di sini.

1
Cikgu Roslan Daud

Latihan
Baca syarahan di bawah dengan teliti, kemudian gariskan dan betulkan kesalahan bahasa. Setiap ayat hanya mengandungi satu
kesalahan sahaja. Salin karangan ini dengan membetulkan setiap kesalahan.

Terima kasih diucapkan oleh saya buat pengerusi majlis. Yang berusaha, Encik Jagdave Singh A/L Avtar Singh,
Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, barisan-barisan pentadbir, guru-guru yang dihormati dan
para rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya saya pada pagi yang mulia ini adalah untuk memberikan sebuah syarahan yang
bertajuk ‘Jauh Perjalanan Luas Pemandangan’. Sebelum saya meneruskan pembicaraan, eloklah kiranya saya mendifinisikan
tajuk syarahan pada hari ini. Kata ‘perjalanan’ bermaksud perihal berjalan atau pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang
lain manakala pemandangan ialah hasil pemerhatian atau pengetahuan.

Sidang pendengar yang dikasihi,


Pengalaman melancong ke tempat orang sudah tentu menawarkan pengalaman yang menarik oleh kerana lain padang,
lain belalang. Hal ini dikatakan demikian kerana tiap tempat mempunyai adat budaya yang tersendiri dan unik untuk diteroka
oleh pelancong yang datang untuk makan angin. Contohnya, sekiranya melancong ke Kampung Budaya Sarawak, seseorang boleh
mendalami budaya hidup masyarakat Iban yang terdiri daripada rumah panjang, adat minum tuak, tarian ngajat dan pakaian
tradisional yang sangat unik dan perlu dikekalkan supaya dapat dikenali oleh generasi di masa akan datang. Impaknya, seseorang
dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang adat budaya kaum lain untuk diaplikasikan dalam kehidupan seperti dalam
pelajaran atau dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan sehari hari.

Selain itu aktiviti melancong juga membolehkan seseorang mempelajari bahasa sesuatu kaum. Umum mengetahui
bahawa bahasa adalah cerminan peribadi masyarakat seperti yang dinukilkan bijak pandai melalui ungkapan Bahasa Menunjukkan
Bangsa. Misalnya, sekiranya ingin melancong ke negara matahari terbit, seseorang boleh mempelajari bahasa Jepun yang paling
asas sekali untuk berkomunikasi seperti ‘watashi’ yang bermaksud saya, ‘wakarimasu’ yang bermaksud saya faham dan ‘arigatou
gozaimasu’ untuk mengucapkan terima kasih. Implikasinya, dengan mempelajari pelbagai bahasa di dunia, seseorang sudah pasti
dapat memperkayakan perbendaharaan kata dan pengetahuan berbahasa asing yang amat dititikberatkan oleh para majikan
semasa ditemu duga untuk memohon pekerjaan.

Hadirin dan hadirat yang budiman,


Bukan itu sahaja, aktiviti melancong ke sesebuah destinasi akan menambahkan rakan di seluroh dunia. Kita sedia
maklum bahawa terdapat seseorang yang melancong kerana ingin bertemu dengan rakan yang telah lama dikenali samada secara
fizikal mahupun maya. Sebagai contoh, seseorang yang meneruskan pelajaran di universiti yang mempunyai pelajar antarabangsa
boleh berkunjung ke negara rakan di luar negara seperti Eropah dan Indonesia untuk melepaskan rindu setelah lama tidak
berjumpa. Natijahnya, penambahan sahabat dari pelbagai negara membolehkan seseorang bertukar-tukar pendapat dan
pengalaman hidup bagi memperluas pandangan dan pemikiran agar tidak menjadi katak di bawah tempurung.

Sesungguhnya, benarlah kata peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan kerana dengan melancong atau merantau
seseorang akan menimba banyak pengalaman-pengalaman. Oleh itu, kerajaan perlulah mempromosikan tempat-tempat menarik
di seluruh negara menggunakan internet untuk menggalakkan masyarakat melancong sambil menimba ilmu sekali gus
menambahkan pendapatan negara. Di samping itu, prasarana pelancongan seperti sistem pengangkutan awam, kemudahan lalu-
lintas, dan kemudahan penginapan perlulah dinaik taraf dan diberikan penarafan lima bintang untuk menggalakkan pelancong
bertandang ke negara kita. Semoga sektor pelancongan bukan sahaja mampu menjanakan ekonomi negara tetapi mampu
menawarkan pelbagai ruang pekerjaan kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.

Burung tiung si burung balam,


Riang bertingkah di pinggir rimba;
Marilah melancong ke serata alam,
Ilmu ditambah pengalaman ditimba.

Sekian, terima kasih.

2
Cikgu Roslan Daud

CUTI-CUTI KE NEGERI DI BAWAH BAYU

Standard Pembelajaran
3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks.

JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA

Ejaan Imbuhan Tanda Baca Kata/Istilah Tatabahasa

Huruf besar Awalan Tanda koma Kata Kata tugas


Huruf kecil Akhiran Tanda noktah (perkataan umum) Frasa nama
Dijarakkan Sisipan Tanda seru Istilah Frasa kerja
Dirapatkan Apitan Tanda petik (perkataan dalam Frasa adjektif
Tanda sempang bidang tertentu) Frasa sendi nama

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dan betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris dalam petikan.

Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau berhampiran dengan Semporna. Pulau Sipadan
merupakan satu-satunya pulau batu kapur di Malaysia dengan ketinggian 600
meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai tempat aktiviti menyelam
skuba antara yang terbaik di dunia. Alam bawah laut Sipadan menawarkan
pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti kuda laut, penyu, ikan
dan terumbu karang yang berwarna-warni. Pulau ini telah diwujudkan sebagai
tempat perlindungan hidupan liar pada 1933 dan persekitarannya yang asal telah
dapat dikekalkan sehingga kini.
Pusat Pemeliharaan Orang Utan Sepilok
Pusat ini terletak di Hutan Simpan Sepilok, 24 kilometer dari Sandakan. Pusat
ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin
pupus di dunia ini. Tujuan utama pusat ini ditubuhkan adalah untuk membantu
pemulihan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya
kepada habibat semula jadi apabila masanya sesuai. Menurut kajian Jabatan
Hidupan Liar Sabah, terdapat 13,000 ekor orang utan di seluruh negeri Sabah.
Oleh itu, pemilihan Sepilok sebagai pusat pemeliharaan orang utan amat tepat
sekali.
Kundasang
Kundasang ialah sebuah bandar di daerah Ranau yang terletak di sepanjang
tebing Lembah Kundasang. Lokasi ini terletak kira-kira enam kilometer dari
Taman Nasional Kinabalu dan terkenal dengan pasar sayurnya yang dibuka tujuh
hari seminggu. Antara tempat / Tempat-tempat tumpuan di sekitar Kundasang
disebabkan pemandangan indah Gunung Kinabalu dan cuaca sejuk tanah tinggi.
Selain itu, terdapat juga Ladang Desa Cattle Dairy yang menternak lembu bagi
menghasilkan susu. Tempat ini merupakan destinasi ideal untuk seisi keluarga
kerana berbagai-bagai / pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

Muzium Sabah
Di dalam kawasan kompleks ini terdapat taman etnobotani, zoo dan sebuah
kampung warisan. Bangunan utama menempatkan galeri seni tetapi terdapat
juga galeri-galeri lain seperti tamadun Islam, arkeologi dan sejarah. Misi utama
muzium ini adalah demi / untuk mengumpul, memelihara dan memulihara
dokumen etnografi, arkeologi, sejarah, kesenian dan zoologi, di samping
menjalankan penyelidikan / pengkajian tentang pentingnya mengetahui sejarah
dan budaya negeri ini. Anda boleh melihat pelbagai koleksi / koleksi-koleksi
senjata, ukiran, binaan rumah panjang, alat muzik tradisional dan barangan
seramik semasa lawatan di sini.

3
Cikgu Roslan Daud

Latihan
Baca syarahan di bawah dengan teliti, kemudian gariskan dan betulkan kesalahan bahasa. Setiap ayat hanya mengandungi satu
kesalahan sahaja. Salin karangan ini dengan membetulkan setiap kesalahan.

Terima kasih saya ucapkan buat pengerusi majlis. Yang berusaha, Encik Jagdave Singh A/L Avtar Singh, Pengetua
Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, barisan pentadbir / pentadbir-pentadbir, guru-guru yang
dihormati dan para rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya saya pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk ‘Jauh Perjalanan Luas Pemandangan’. Sebelum saya meneruskan pembicaraan, eloklah kiranya saya
mendefinisikan tajuk syarahan pada hari ini. Kata ‘perjalanan’ bermaksud perihal berjalan atau pergerakan dari satu tempat
ke tempat yang lain manakala pemandangan ialah hasil pemerhatian atau pengetahuan.

Sidang pendengar yang dikasihi,


Pengalaman melancong ke tempat orang sudah tentu menawarkan pengalaman yang menarik oleh sebab / kerana lain
padang, lain belalang. Hal ini dikatakan demikian kerana tiap-tiap / setiap tempat mempunyai adat budaya yang tersendiri dan
unik untuk diteroka oleh pelancong yang datang untuk makan angin. Contohnya, sekiranya melancong ke Kampung Budaya
Sarawak, seseorang boleh mendalami budaya hidup masyarakat Iban yang terdiri daripada rumah panjang, adat minum tuak,
tarian ngajat dan pakaian tradisional yang sangat unik dan perlu dikekalkan supaya dapat dikenali oleh generasi pada masa akan
datang. Impaknya, seseorang dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang adat budaya kaum lain untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seperti dalam pelajaran atau dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Selain itu, aktiviti melancong juga membolehkan seseorang mempelajari bahasa sesuatu kaum. Umum mengetahui
bahawa bahasa ialah cerminan peribadi masyarakat seperti yang dinukilkan bijak pandai melalui ungkapan Bahasa Menunjukkan
Bangsa. Misalnya, sekiranya ingin melancong ke negara matahari terbit, seseorang boleh mempelajari bahasa Jepun yang paling
asas / asas sekali untuk berkomunikasi seperti ‘watashi’ yang bermaksud saya, ‘wakarimasu’ yang bermaksud saya faham dan
‘arigatou gozaimasu’ untuk mengucapkan terima kasih. Implikasinya, dengan mempelajari pelbagai bahasa di dunia, seseorang
sudah pasti dapat memperkaya / mengayakan perbendaharaan kata dan pengetahuan berbahasa asing yang amat
dititikberatkan oleh para majikan semasa ditemu duga untuk memohon pekerjaan.

Hadirin dan hadirat yang budiman,


Bukan itu sahaja, aktiviti melancong ke sesebuah destinasi akan menambahkan rakan di seluruh dunia. Kita sedia
maklum bahawa terdapat seseorang yang melancong kerana ingin bertemu dengan rakan yang telah lama dikenali sama ada
secara fizikal mahupun maya. Sebagai contoh, seseorang yang melanjutkan / menyambung pelajaran di universiti yang
mempunyai pelajar antarabangsa boleh berkunjung ke negara rakan di luar negara seperti Eropah dan Indonesia untuk
melepaskan rindu setelah lama tidak berjumpa. Natijahnya, pertambahan sahabat dari pelbagai negara membolehkan seseorang
bertukar-tukar pendapat dan pengalaman hidup bagi memperluas pandangan dan pemikiran agar tidak menjadi katak di bawah
tempurung.

Sesungguhnya, benarlah kata peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan kerana dengan melancong atau merantau
seseorang akan menimba banyak pengalaman / pengalaman-pengalaman. Oleh itu, kerajaan perlulah mempromosikan tempat-
tempat menarik di seluruh negara menggunakan Internet untuk menggalakkan masyarakat melancong sambil menimba ilmu
sekali gus menambahkan pendapatan negara. Di samping itu, prasarana pelancongan seperti sistem pengangkutan awam,
kemudahan lalu lintas, dan kemudahan penginapan perlulah dinaik taraf dan diberikan penarafan lima bintang untuk
menggalakkan pelancong bertandang ke negara kita. Semoga sektor pelancongan bukan sahaja mampu menjanakan ekonomi
negara tetapi mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.

Burung tiung si burung balam,


Riang bertingkah di pinggir rimba;
Marilah melancong ke serata alam,
Ilmu ditambah pengalaman ditimba.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai