Anda di halaman 1dari 11

KARANGAN

Kesihatan lebih penting


daripada kekayaan. Bahaskan
penyataan ini.
Pendahuluan
• - banyak orang yang mementingkan kekayaan
dan kemewahan hidup - sibuk bekerja-
mengabaikan kesihatan
• - kesihatan adalah lebih penting daripada
kekayaan – kekayaan seseorang tidak dapat
menjamin kesihatan.
Isi-isi penting (1)
• Cogan kata “otak yang cerdas ada pada tubuh
yang sihat”
• - badan yang sihat – mempunyai otak yang
cerdas- boleh membuat pertimbangan yang betul
• Misalnya, pelajar yang sihat pasti akan berjaya
dalam pelajaran jika rajin berusaha.
• Kejayaan akademik – menjamin masa depan yang
cerah.
• Harta kekayaan boleh dicari tetapi ilmu tidak
boleh dijual beli dengan wang.
Isi-isi penting (2)
• - harta yang banyak tidak berguna jika kita tidak
sihat.
• -menghidap penyakit seperti penyakit jantung,
diabetes, darah tinggi, kanser – tidak akan hidup
bahagia walaupun mempunyai wang yang banyak.
• Seseorang boleh menggunakan wang yang ada
untuk mengubati penyakit yang dihidapinya-kesan
sampingan daripada rawatan akan timbul.
• Apakah ertinya jika kita mempunyai wang yang
banyak tetapi berkemungkinan besar kita akan
mati awal jika berpenyakit?
Isi-isi penting (3)
• - wang ringgit akan habis jika dibelanjakan secara
boros tetapi kesihatan dapat menjamin umur
yang panjang
• Tidak ada sesiapa yang dapat merampas
kesihatan kita tetapi kekayaan yang kita miliki
akan hilang jika kita tidak berhati-hati atau
menyalahgunakannya
• Jika kita tidak sihat, banyak perkara kita tidak
dapat lakukan.
• - sentiasa bimbang akan kesihatan dan berasa
tertekan.
Isi-isi penting (4)
• Dengan ada badan yang sihat, kita juga dapat
membangunkan negara dan melaksanakan
tanggungjawab sebagai rakyat yang amanah.
• - kita dapat melaksanakan pelbagai projek
secara bekerjasama dan mencapai kejayaan.
• - negara akan bertambah maju dan berkembang
dengan pesat.
• - pendapatan negara akan bertambah – taraf
hidup penduduk dapat ditingkatkan
• - rakyat dapat hidup bahagia dan gembira selalu
Kesimpulan
• Kesihatan lebih penting daripda harta
kekayaan
• Wang ringgit mungkin dapat membeli banyak
benda tetapi mungkin tidak dapat membeli
kesihatan.
• - menjaga kesihatan dengan baik- dapat
mencari kekayaan pada masa akan datang.
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan
pendapat anda tentang manfaat-manfaat yang
diperoleh melalui aktiviti perkhemahan. Panjang
huraian anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
PENDAHULUAN
• Aktiviti perkhemahan – salah satu aktiviti yang
popular dalam kalangan pelajar dan badan
unit beruniform.
• - diadakan pada hujung minggu atau semasa
cuti sekolah.
Isi-isi penting
• 1. Melatih pelajar agar hidup berdikari –
melakukan semua tugas tanpa bantuan ibu
bapa atau pembantu rumah
• 2. memperoleh ilmu pengetahuan atau
pengalaman baharu – mendirikan khemah atau
berkayak, aktiviti tahan lasak
• 3. dapat mengeratkan hubungan sesama
pelajar-memupuk semangat bekerjasama –
memasak, mendirikan khemah
KESIMPULAN
• -aktiviti yang baik bagi pelajar
• meningkatkan keyakinan diri dan menambah
pengetahuan.
• pelajar digalakkan agar melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti perkhemahan.

Anda mungkin juga menyukai