Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

BAHASA MELAYU DI MATA DUNIA

Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan
primer.

SOAL JAWAB DENGAN


PROFESOR DR. KYOKO FUNADA

Di manakah program bahasa Melayu ditawarkan di negara Banyak aktiviti bahasa yang dijalankan seperti pertunjukan
Jepun? sandiwara dan pertandingan pidato bahasa Melayu.
Terdapat kira-kira 20 universiti mengajarkan bahasa Melayu
Mengapakah pelajar suka mempelajari bahasa Melayu?
sebagai bahasa asing untuk mata pelajaran pilihan. Lebih
Pelajar sangat suka mempelajari bahasa Melayu kerana
kurang 10 buah sekolah juga mempunyai bahasa Melayu.
mereka ingin tahu tentang Malaysia. Kesannya, hubungan
Sejak bilakah program bahasa Melayu dijalankan? antara Jepun dengan Malaysia menjadi lebih dekat dan
Program bahasa Melayu telah bermula sejak tahun 1908, akrab. Selain itu, pengetahuan tentang Malaysia diperdalam.
iaitu di sekolah bahasa asing, Tokyo Gaikoku-Go Gakko. Mereka juga mudah mendapat rakan yang berbangsa Melayu.

Apakah yang dipelajari oleh mereka berkaitan dengan Apakah harapan Dr. tentang pengajaran bahasa Melayu
bahasa Melayu? di Jepun?
Pelajar di sini mempelajari pelbagai aspek bahasa. Antaranya Sampai sekarang, tidak begitu ramai orang Jepun yang
termasuklah tatabahasa, membaca, mendengar dan mempelajari bahasa Melayu. Semoga institusi yang
berbicara. Mereka juga belajar tentang budaya, kesenian, mengajarkan bahasa Melayu di Jepun akan bertambah dan
sosial, politik, ekonomi, antropologi, dan geografi Malaysia. makin ramai orang Jepun mempelajarinya supaya hubungan
persahabatan antara Jepun dengan Malaysia menjadi lebih
Apakah aktiviti bahasa Melayu yang dijalankan?
erat dan akrab.

BAHASA MELAYU MEKAR DI BUMI UZBEKISTAN


Nama penuh saya ialah Erkin Bekkulov Raimovich dan saya berbangsa Uzbek. Saya berasal dari Uzbekistan. Mengapakah
saya berminat mempelajari bahasa Melayu? Sejujurnya bahasa ini lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa asing
yang lain. Selain itu, saya tertarik untuk mendalami bahasa Melayu kerana bahasa Melayu masih belum terkenal di rantau
Asia Tengah yang jika dibandingkan dengan bahasa Asia yang lain seperti bahasa Cina, bahasa Korea dan bahasa Jepun.
Saya berpendapat bahawa bahasa Melayu ialah bahasa yang menarik. Para pelajar saya terkejut kerana ada perkataan
yang sama dengan bahasa Uzbek, antaranya dunia, sabun dan alam. Sambutan pelajar Uzbekistan terhadap bahasa Melayu
di sini amat menggalakkan dan mereka komited untuk bertutur serta menulis dengan baiknya dalam bahasa Melayu. Harapan
saya, pelajar yang mempelajari bahasa Melayu di sini turut mendalami budaya, sastera dan sejarah Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4

Isikan tempat kosong dalam maklumat tersirat dengan jawapan yang sesuai di bawah.

memperkenalkan budaya masyarakat Melayu hubungan perdagangan zaman dahulu


memperkembang bahasa Melayu di dunia membaca bahan bacaan
menonton rancangan bahasa meningkatkan ilmu bahasa pelajar
melancarkan kemahiran berkomunikasi penyebaran budaya asing ke negara lain

Maklumat tersurat (dalam bahan) Maklumat tersirat (fikir sendiri)


Nyatakan dua institusi yang mengajarkan bahasa Melayu di Pada pendapat anda, apakah kebaikan pengajaran bahasa
Jepun. Melayu di luar negara?
(a) _________________________________________ (a) _________________________________________
(b) _________________________________________ (b) _________________________________________

Berikan dua aktiviti bahasa Melayu yang dijalankan di Jepun. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti tersebut dibuat?
(a) _________________________________________ (a) _________________________________________
(b) _________________________________________ (b) _________________________________________

1
Cikgu Roslan Daud

Mengapakah bahasa Melayu dipelajari oleh Erkin? Selain belajar, apakah cara untuk meningkatkan ilmu?
(a) _________________________________________ (a) _________________________________________
(b) _________________________________________ (b) _________________________________________

Nyatakan dua perkataan bahasa Uzbek yang sama dengan Pada pandangan anda, apakah faktor yang mendorong
bahasa Melayu. persamaan perkataan bahasa di dunia?
(a) _________________________________________ (a) _________________________________________
(b) _________________________________________ (b) _________________________________________

LATIHAN
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1
Walaupun bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa sudah lama ditawarkan di universiti awam mahupun institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS), kebanyakan pelajar asing masih tidak fasih meskipun tinggal dalam persekitaran budaya
Melayu. Ironinya, penawaran kursus bahasa Melayu tidak ,mencukupi untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dalam
persekitaran tempatan. Terdapat IPT hanya mewajibkan satu kursus bahasa Melayu sahaja untuk pelajar asing dalam tempoh
dua hingga tiga jam seminggu untuk satu semester. Situasi ini tidak membantu memasyarakatkan bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar asing.
Sudah tiba masanya Malaysia mencontohi teladan bahasa ditunjukkan Jerman, Jepun, Korea dan China yang amat cekal
memelihara dasar bahasa mereka. negara terbabit mewajibkan pelajar asing menguasai bahasa kebangsaan dalam tempoh
tertentu sebelum memulakan pengajian di negara berkenaan. Kita perlu mengakui bahawa, negara maju menjadikan bahasa
kebangsaan mereka sebagai tenaga penggerak pembangunan saksama. Di samping itu, bahasa itu sendiri mendukung fungsi
sebagai wahana dan tenaga penggerak terpenting sebagai bahasa komunikasi.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Perkemas kursus bahasa Melayu untuk pelajar asing’
oleh Mazlina Ahmad,
Berita Harian Online, 11 Mac 2021

Bahan 2
Ironinya, selepas 64 tahun merdeka dan 65 tahun penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kita masih bergelut untuk
memartabatkan kedudukan bahasa Melayu yang mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jelas sekali
sikap masyarakat kita sendiri menyebabkan segala usaha DBP untuk mengangkat kedudukan bahasa Melayu sering menemui
jalan buntu atau berhadapan dengan halangan serta cabaran besar. Sepatutnya, bahasa Melayu telah mencapai satu tahap
di mana sudah masyhur sebagai bahasa ekonomi, bahasa ilmu mahupun bahasa perpaduan.
Jelas sekali sikap masyarakat yang tidak mempedulikan kepentingan bahasa Melayu, tidak serius memartabatkan bahasa
Melayu serta terlalu suka mengagung-agungkan bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu sering dianaktirikan di negara
sendiri. Jadi, masyarakat perlu mengubah sikap supaya dapat diperbetul keadaan ini. Harus diingat, tugas dan tanggungjawab
memelihara dan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu tidak boleh disandarkan di bahu DBP semata-mata, sebaliknya
setiap warganegara perlu memainkan peranan dan memikul tanggungjawab secara bersama.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kita sendiri tidak peduli bahasa Melayu’
oleh Noor Mohamad Shakil Hameed,
Utusan Malaysia, 18 Julai 2021

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud memainkan peranan. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan fungsi bahasa Melayu. [3 markah]

(iii) Pembelajaran bahasa asing pada zaman ini telah dijalankan secara meluas sama ada di sekolah mahupun di institusi
pengajian tinggi.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan mempelajari bahasa asing? [3 markah]

(iv) Seorang rakan anda telah mendapat tawaran untuk menghadiri program pertukaran pelajar di negara Jepun enam bulan
lagi. Dia bimbang tentang komunikasi dengan masyarakat di sana memandangkan dirinya tidak tahu berbahasa Jepun.
Pada pendapat anda, bagaimanakah rakan anda boleh memahirkan diri dalam bahasa asing itu? [4 markah]

2
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud memainkan peranan. Markah


P1 melakukan / menjalankan / memegang tanggungjawab / tugas / fungsi 2m
P2 melakukan / menjalankan / memegang peranan 1m
P3 memainkan tanggungjawab / tugas / fungsi 1m
Isi tepat : 2 markah
Markah maksimum : 2 markah

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan fungsi bahasa Melayu. Markah
Persamaan fungsi bahasa Melayu :
P1 bahasa kebangsaan [B1] [B2] 1m
Perbezaan fungsi bahasa Melayu :
P2 bahasa komunikasi [B1] 1m
P3 bahasa ekonomi [B2] 1m
P4 bahasa ilmu [B2] 1m
P5 bahasa perpaduan [B2] 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 3 markah

(iii) Pembelajaran bahasa asing pada zaman ini telah dijalankan secara meluas sama ada di sekolah mahupun di Markah
institusi pengajian tinggi.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan mempelajari bahasa asing?
P1 memudahkan komunikasi / berinteraksi dengan orang asing 1m
P2 mudah memperoleh pekerjaan 1m
P3 mendapat ilmu pengetahuan yang luas 1m
P4 mempelajari budaya orang asing / mudah ketika 1m
P5 mengenali rakan / kawan baharu 1m
P6 membina keyakinan diri 1m
Isi cukup : 2 isi
Markah maksimum : 3 markah

(iv) Seorang rakan anda telah mendapat tawaran untuk menghadiri program pertukaran pelajar di negara Jepun Markah
enam bulan lagi. Dia bimbang tentang komunikasi dengan masyarakat di sana memandangkan dirinya tidak
tahu berbahasa Jepun.
Pada pendapat anda, bagaimanakah rakan anda boleh memahirkan diri dalam bahasa asing itu?
P1 menghadiri kursus / bengkel / seminar bahasa asing 1m
P2 menonton rancangan televisyen / filem / drama bahasa asing 1m
P3 melayari Internet 1m
P4 membaca buku / bahan bacaan berbahasa asing 1m
P5 mendengar radio / lagu bahasa asing 1m
P6 berkawan dengan orang asing 1m
Isi cukup : 3 isi
Markah maksimum : 4 markah

Anda mungkin juga menyukai