Anda di halaman 1dari 9

Beberapa rangkai kata menarik untuk Kertas 1 & Kertas 2 (Soalan 3a) PENYALUR ILMU Maksudnya : Pemberi atau

sesuatu yang banyak memberikan pengetahuan. Guru dianggap penyalur ilmu yang baik kerana telah mcnerima latihan pendidikan yang secukupnya. ALAF BAHARU Maksudnya : Masa terkini, zaman ini Remaja alaf baharu harus memiliki kemahiran yang luas terutama dalam aspek teknologi moden yang sering berubah. MUTAKHIR INI Maksudnya : Pada masa kini, ketika ini Mutakhir ini, banyak kejadian jenayah yang melibatkan remaja berlaku terutama di bandar-bandar besar. SEANTERO DUNIA Maksudnya : Seluruh dunia Sudah seantero dunia mengetahui keindahan batik negara ini yang mengutamakan bentuk-bentuk kesenian alam sekitar.

MEMANIFESTASIKAN FIKIRAN Maksudnya : menggunakan atau melahirkan idea dan pendapat dengan sebaik mungkin. Kejayaan penulis mampu dibuktikan menerusi keupayaannya memanifestasikan fikirannya dalam jalan cerita novel. MENUKILKAN KATA-KATA Maksudnya : Menulis atau bercakap sesuatu perkara terutama karya sastera. Saya menukilkan kata -kata semangat di atas kertas itu untuk memberi semangat kepada adik yang bakal menghadapi peperiksaan. MEMBERIKAN IMPAK Maksudnya : Mengakibatkan atau menyebabkan sesuatu berlaku. Peristiwa kemalangan itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan pemuda tersebut. RENTETAN SENARIO Maksudnya : Selepas sesuatu fenomena itu berlaku. Rentetan senario itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan di kawasan sekolah. JIKA DITELUSURI Maksudnya : Jika dikaji secara mendalam atau teliti isu tersebut.

Kejadian itu jika ditelusuri membuktikan kegagalan pihak kerajaan mengawal kehadiran pendatang asing. MENDABIK DADA Maksudnya : Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan. Kita janganlah mendabik dada semata-mata kerana mahukan pengiktirafan. KESTABILAN SPIRITUAL DAN FIZIKAL Maksudnya : Keseimbangan rohani dan jasmani Kestabilan spiritual dan fizikal penting diperoleh dahulu sebelum seseorang itu mampu menempa kejayaan. MEKANISME KAWALAN Maksudnya : Alat / aspek yang mengawal sesuatu Mekanisme kawalan yang Iebih efektif perlu dilaksanakan untuk mengawal masalah kenaikan harga barangan runcit. PANDANGAN SARWA Maksudnya : Pemikiran biasa / umum Pandangan sarwa masyarakat terhadap isu itu meyebabkan polemik itu sukar diselesaikan. ANJAKAN PARADIGMA Maksudnya : Perubahan demi kemajuan atau kebaikan Anjakan paradigma penting berlaku dalam diri remaja dalam menongkah arus globalisasi.

RELEVAN DENGAN KEHENDAK ZAMAN Maksudnya : Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa Kemahiran diri harus diberi penekanan supaya menjadi relevan dengan kehendak zaman. LANDASAN BERFIKIR Maksudnya : Cara berfikir Landasan berfikir seseorang itu banyak ditentukan oleh tahap pendidikannya. MASYARAKAT KONVENSIONAL Maksudnya : Masyarakat umum / biasa Masyarakat konvensional pada hari ini memang mementingkan aspek kebendaan sahaja. MENGAIBKAN DIRI Maksudnya : Memalukan diri Tindakan Ielaki itu melakukan jenayah telah mengaibkan diri dan keluarganya. ALMA MATER Maksudnya : Sekolah /universiti / tempat belajar Dia telah kembali ke alma maternya untuk memberi sumbangan kewangan.

KEMAPANAN FIKIRAN Maksudnya : Keteguhan cara berfikir Kemapanan fikiran remaja memastikan diri mereka bebas daripada masalah. MELUASKAN HORIZON PEMIKIRAN Maksudnya : Meluaskan pandangan / pemikiran Remaja harus meluaskan horizon pemikiran mereka jika ingin bersaing dalam dunia yang serba moden ini. MENGGABUNGJALINKAN ELEMEN Maksudnya : Menggunakan pelbagai aspek Kajian itu cuba menggabungjalinkan elemen yang menjadi punca kegagalan projek tersebut. MERANGSANG EKONOMI Maksudnya : Mengaktifkan proses ekonomi Langkah kerajaan mewujudkan taman industri itu bertujuan untuk merangsang perkembangan ekonomi negara.

Himpunan Rangkaikata Menarik Dalam Penulisan


Kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2010, (terutama Azmi Naquib - ASIS dan Azmi Haqqim - MCKK) Dalam penulisan karangan, keindahan frasa / gaya bahasa

wajar diberikan penekanan. Frasa-frasa berikut dapat membantu anda menghasilkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Selamat mencuba. sering meniti dari bibir ke bibir.. senario ini semakin hangat diperkatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan bagaikan rebung yang masih boleh dilentur ...terlintas dalam minda... ...menjadi paparan utama media massa... ...bagai mencurah air ke daun keladi... ...yang menjadi persoalan kita ialah... ...kepincangan ini akan membantutkan perkembangan negara... ...bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelombang... ...umpama duri dalam daging... ...merupakan aset negara dan bukan liabiliti negara... ...usaha murni ini masih belum sampai ke titik akhirnya... ...kanak-kanak dijadikan sebagai `beg peninju... ...cubalah kita renungkan sejenak... ...seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing... ...pelbagai langkah efektif dan drastik perlu diambil... ...anak merupakan anugerah Allah dan aset yang paling berharga kepada ibu bapa... ...menanam nilai kesedaran yang tinggi dalam sanubari mereka... ...masalah yang semakin parah dan kronik... ...menjalani liku-liku hidup yang penuh ranjau dan cabaran... ...melahirkan generasi yang dinamik, berketerampilan dan inovatif...

...sebagai pendukung Wawasan 2020... ...masalah yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat... ...rencah yang terbaik untuk mengatasi kegagalan ini ialah... ...pengetahuan dan amalan agama merupakan benteng dan pedoman... ...mendidik anak dengan penuh hikmah... ...seperti menatang minyak yang penuh... ...menuding jari menyalahkan... ...sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangantangankan... ...semakin menghampiri ambang 2020... ...melahirkan masyarakat yang proaktif, kreatif dan inovatif... ...mengalami anjakan paradigma... ...masyarakat hari ini menjunjung nilai kebendaan dan menginjak kasih sayang... ...faktor perdana... ...masyarakat tidak lagi mementingkan kasih sayang sebaliknya taksub mengejar kebendaaan... ...pegangan terhadap nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni yang rapuh... ...bukanlah masa untuk menopang dagu dan menuding jari... ...trend masyarakat moden untuk mencari modal material dan menikmati kehidupan yang lebih selesa... ...pegangan agama dan nilai-nilai murni yang goyah... api hanya memusnahkan sebuah bangunan, tetapi masalah ini dapat memusnahkan tamadun manusia sejagat manusia yang hilang kepercayaan agama dan nilai-nilai murni dapat diibaratkan seperti kapal yang kehilangan

nakhoda komitmen dan kerjasama yang jitu amat diperlukan agar masalah yang diibaratkan sebagai duri dalam daging dapat dibendung... tiada penyakit yang tiada penawarnya, tiada masalah yang tiada penyelesaiannya oleh itu, masyarakat Malaysia perlu sedar dan akur bahawa kita wajar berpegang pada semangat jati diri agar berupaya membentuk nilai bangsa yang sejati yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan ...sebagai sebuah negara yang telah lebih setengah abad merdeka, kita sepatutnya mempunyai jati diri yang amat kuat dan teguh... ...bertitik tolak dari sinilah... ...oleh itu, pelbagai langkah drastik dan efektif perlu direncanakan dan dilaksanakan... ...tidak memilih jalan yang salah dalam mengharungi likuliku kehidupan duniawi ini... ...janganlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.. ...kini sungai telah diragut keindahannya... ...kita perlu bertindak dan bukannya menopang dagu sambil mengeluh atau menuding jari ke arah orang lain... ...kebanjiran maklumat yang bersifat negatif dapat menjejaskan keharmonian dan keamanan negara... ...sekarang bukan masa untuk kita menuding jari, menopang dagu, dan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi agenda kita sekarang ialah bertindak... ...tiada kusut yang tidak dapat dileraikan dan tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan... ...remaja yang terabai ibarat perahu yang patah pendayung di tengah lautan, kerana senang diperdaya akibat tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas...

...ilmu keibubapaan merupakan wadah terbaik untuk merawat penyakit sosial ini... ...menjadikan rumah sebagai syurga yang penuh kedamaian dan keindahan... alam sekitar ialah wajah kita sebenarnya. Alam sekitar ialah imej diri kita sendiri. Sekiranya kita inginkan wajah yang cantik, kita perlu menghias diri kita. Begitu jugalah dengan alam sekitar; alam yang cantik akan menjadi penarik kepada pelancong luar...

Anda mungkin juga menyukai