Anda di halaman 1dari 2

Dalam meniti arus kemodenan ini, kita sebagai rakyat Malaysia semakin alpa tentang

pandemik Covid-19 yang telah melanda di Wuhan, China. Virus ini telah tersebar ke serata dunia dan

telah menyebabkan ribuan rakyat terkoban terkena jangkitan virus ini. Walaupun kita telah

mengetahui bahawa wabak ini sangat bahaya, mengapakah kita masih berdegil dan bersikap

mementingkan diri sendiri? Tepuk dada tanyalah minda. Sesungguhnya pandemik ini telah

memberikan impak yang besar kepada kita semua dan sekali gus telah memberi seribu satu

pengajaran kepada kita semua.

Antara pengajaran yang diperoleh daripada wabak ini ialah kita haruslah sentiasa menjaga

kebersihan diri terutamanya. Dalam hal ini kebersihan diri meliputi kebersihan tubuh badan yang perlu

dijaga untuk menjamin kesejahteraan hidup. Misalnya, sentiasa membasuh tangan dengan sabun,

mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul. Natijahnya, jika kita tidak mengekalkan kebersihan

diri, maka kita akan lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit.

Selanjutnya, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Hal ini disebabkan oleh Perintah

Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh 3 bulan yang mana rakyat

haruslah berada di rumah untuk mengekang penularan wabak ini. Oleh hal yang demikian, secara tidak

langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sepanjang tempoh ini. Hal ini kerana ibu bapa

dapat meluangkan sepenuh masa bersama anak- anak di rumah dengan mengadakan pelbagai aktiviti

yang berfaedah.

Seterusnya, masyarakat menjadi patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Hal ini dapat kita lihat apabila rakyat keluar membeli barang keperluan di pasar raya. Mereka akan

berbaris dan menjaga jarak sosial. Secara tidak langsung ini akan membentuk disiplin dalam diri setiap

masyarakat kesan daripada pandemik ini.

Di samping itu, wabak pandemik ini telah memberi pengajaran kepada kita bahawa kerja

bukanlah segala- galanya. Hal ini kerana terdapat segelintir daripada kita yang bekerja 7 hari seminggu

dan mendedikasikan hidup semata- mata kepada kerjaya sehingga tidak mempunyai masa untuk
meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Ingatlah, masa yang telah berlalu tidak akan diputar

kembali. Kita haruslah senantiasa memanfaatkan masa bersama dengan orang tersayang.

Akhir sekali, pembelajaran secara dalam talian telah dilakukan bagi memenuhi masa terluang

bagi pelajar yang tidak dapat pergi ke sekolah. Dengan berbuat demikian, para pelajar dapat

memperoleh ilmu baharu seperti penggunaan teknologi dengan perkara berfaedah. Selain itu juga,

pelajar dapat berkongsi idea dan pendapat bersama guru dan rakan- rakan sekelas melalui aplikasi

dalam talian seperti Google Classroom, Google Meet, Quiziz dan pelbagai lagi aplikasi pembelajaran

yang lain.

Konklusinya, wabak Covid-19 ini telah memberikan pelbagai impak negatif kepada seluruh

masyarakat dunia. Walau bagaimanapun, rentetan daripada wabak ini juga, kita mendapat banyak

pengajaran daripada penularan wabak ini. Tegasnya, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah berganding

bahu untuk membendung wabak ini daripada semakin menular dan mengorbankan banyak lagi nyawa

yang tidak berdosa kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Anda mungkin juga menyukai