Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah
vandalisme dan akibat daripada masalah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari kian menular di negara kita. Harta
benda awam telah dirosakkan sewenang-wenangnya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang
pelbagai komplikasi.Vandalisme terbahagi kepada vandalisme perlakuan, iaitu menjual harta benda yang dicuri,
vandalisme dendam dan vandalisme conteng. Gejala negatif ini biasanya melibatkan mereka yang berusia antara 15
hingga 21 tahun.

Memandangkan ketenatan masalah vandalisme, suatu penyelesaian segera amat diperlukan untuk
menghapuskan masalah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-
anak agar menghargai harta benda awam. Anak-anak perlu diterapkan nilai menyayangi harta benda awam seperti
menyayangi harta benda sendiri. Apabila anak-anak ini meningkat remaja diharapkan mereka tidak melakukan
gejala vandalisme ini.

Dalam masa yang sama juga, pihak sekolah harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang pentingnya
menjaga harta benda awam. Hal ini dapat dilakukan melalui mata pelajaran Sivik dan Kemwarganegaraan.
Sehubungan dengan itu, remaja sedar akan tanggungjawab mereka terhadap negara tercinta. Sesungguhnya pihak
sekolah merupakan agen mendidik remaja melalui nilai-nilai murni. Kempen “Masyarakat Penyayang” harus
dihidupkan semula supaya para remaja sedar akan peranan mereka selaku pembela bangsa pada hari muka. Kempen
ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutama sekali pihak swasta. Kempen ini wajar dilaksanakan
secara berterusan untuk membuktikan keberkesanannya.

Masyarakat merupakan mata kepada pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu bersikap
proaktif terhadap gejala vandalisme yang dilakukan di kawasan mereka. Mereka harus peka dengan kejadian yang
berlaku di sekeliling mereka. Seandainya ada remaja yang melakukan vandalisme maka mereka harus bertindak
dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Langkah drastik, iaitu mengenakan tindakan undang-undang
terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme perlu melalui Akta Kerajaan Tempatan yang menetapkan sesiapa
yang merosakkan harta benda awam boleh didenda RM2000.00 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan
perlu dikuatkuasakan. Undang-undang yang mantap mampu mendidik remaja supaya menghargai harta benda
awam. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa disarankan agar membuat rondaan di tempat-tempat yang menjadi
tumpuan remaja. Rondaan anggota polis akan menyebakan remaja berfikir dua kali sebelum melakukannya.

Pesalah-pesalah vandalisme wajar didenda supaya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Kerja


kemasyarakatan ialah aktiviti yang harus dilakukan remaja di rumah orang tua-tua atau anak yatim. Melalui aktiviti
ini remaja akan sedar bahawa mereka harus membuang sikap negatif ini. Selain itu, langkah bersama yang boleh
diambil ialah mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi
kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Tindakan tegas amat perlu supaya dapat menimbulkan keinsafan dan memberi pengajaran kepada mereka yang
ingin melakukan vandalisme. Secara tidak langsung, hal ini dapat menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki
kerosakan terhadap harta awam.
.

Anda mungkin juga menyukai