Anda di halaman 1dari 2

DOA PERPISAHAN

Sesungguhnya kami pada pertemuan ini, ingin merafakan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu
yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menghulurkan tangan pengharapan
memohon ehsan dan rahmatmu agar engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah kepada kami pada pagi ini. Kami sedar
bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahannya. Namun kami sedar bahawa perpisahan ini ada hikmah di sebaliknya kerana
semuanya adalah ketentuan dan takdir yang telah ditentukan olehMu.
Allahumma ya Munzilar rahmah wa ya fatihal barakah
Kurniakanlahlah ya Allah ganjaran ,syafaat dan keredaanmu atas jasa-jasa baik yang telah dicurahkan oleh
____________________ kepada warga _______________ ini.Begitupun jua ya Allah atas semangat juang beliau yang tidak
pernah mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik dan pembantu kami yang senantiasa
berusaha menyumbang tenaga, idea, kepakaran demi meningkatkan kualiti pelajar-pelajar di sekolah ini.
Mudah-mudahan segala pengorbanan beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai pendidik yang masih
belum berkesudahan lagi.
.
Ya Allah, kami sedar dengan penuh yakin bahawa Engkau amat menyayangi hamba-Mu yang apabila melaksanakan sesuatu
tugasan dan amanah, dilaksanakan dengan tekun dan sebaik mungkin. Oleh itu, kurniakanlah kepada insan yang sedang kami
raikan, keinginan dan kecenderungan untuk terus menabur bakti dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang
berkualiti dan cemerlang.
.
Allahumma Ya alim wa ya qadhial hajat
Kami warga SMK Bukit Indah amat mengharap agar Engkau kurniakan kepada insan yang diraikan pada hari ini kesihatan yang
sempurna, ketenangan yang bermakna, kelapangan yang mesra, pilihan yang tepat agar mereka dapat menikmati kehidupan di
tempat baru dalam keadaan damai dan sentosa. Akhirnya janganlah Engkau hampakan segala hajat dan impian kami, hanya padaMu, tempat kami berharap dan hanya Engkau sahaja yang dapat mencukupkan segala permintaan hamba-Mu.


.











.

.









.







.

Anda mungkin juga menyukai