Anda di halaman 1dari 4

RESEPI KEK COKLAT MOIST resepi oleh : hanamemories.blogspot.

com Bahan-bahan Bahan Kek


5 biji telur gred A - 3 biji gred B 2 cawan tepung superfine@tepung kek - tpg gandum pon boleh - 1 cwn 1 cawan serbuk koko - 1/2 cwn 2 cawan gula halus - 1 cwn 1 1/4 cawan susu pekat - 1/2 cwn + 1sb 2 1/2 cawan susu segar@susu cair@susu coklat@air biasa- 1 1/4 cwn 1 1/2 cawan minyak - 3/4 cwn 1 1/2 baking powder - 1sk 1 sk soda bikarbonat - 1sk 1 sk esen vanila - 1sk 1 sk garam - secubit

Bahan Topping @ Ganache Coklat


100ml whipping cream/fresh cream 250g coklat masakan gelap (dark chocolate) 1 sudu besar golden syrup (utk kurangkan pahit coklat) 1 sudu besar butter (utk topping yg berkilat)

Cara-cara

Ayak tepung, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat.Ketepikan. Pukul telur dan juga gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanila. Putar lagi sebati. (Guna blender pon tak mengapa) Masukkan susu segar@susu cair. Kemudian masukkan bahan ayak tadi. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan minyak. Oleskan loyang dengan sedikit butter/marjerin, tuang adunan kek dan kukus lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. kek nih boleh juga dibakar di oven dengan suhu 170. Sejukkan kek. Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi. Masukkan peti ais kemudian baru potong dan hidang. Nota Hana : Untuk topping coklat seperti gambar, hana curah ganache dua kali. Sekali utk salut kek, dan sekali lagi utk topping yg meleleh. Untuk salut kek hana buat satu adunan topping di atas. Lebihan ganache hana simpan dan sejukkan dalam peti ais sebentar untuk paipkan border atau buat bunga. Untuk topping meleleh tuh hana buat setengah adunan dr resepi topping di atas. Kene pastikan kek sejuk dan topping pertama dah beku supaya topping meleleh cantik dan tak cair sangat.

KEK COKLAT MOIST ( 8 in ) Bahan A 2 cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder - semua bahan tersebut disatukan kemudian ayak Bahan B 2 cawan gula (kisar halus) 3 biji telur gred A 1 sudu teh esen vanilla Bahan C 1 cawan susu cair 1 cawan minyak jagung Bahan D 1 cawan air panas Cara-caranya :

pukul Bahan B hingga kembang (sampai putih macam adunan bahulu) masukkan esen vanilla. kemudian masukkan Bahan C, pukul sekejap supaya sebati (jangan over pukul nanti permukaan kek jadi merekah). masukkan Bahan A sedikit demi sedikit, guna spatula kaup balikkan supaya sebati (pastikan tak berketul taw) - kalau nak mudah guna whisk sure bahan kering tu jadi elok tak de ketul-ketul (cikNor guna whisk). akhir sekali masukkan air panas kacau hingga sebati. tuang adunan dalam loyang yang sudah digris butter & dilapik parchment paper. bakar selama 45 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing) suhu 180c. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek benar-benar masak sempurna, kalau lidi tersebut bersih selepas dicucuk maknanya kek kompem dah masak yer... kemudian sejukkan sebelum dihias.

KEK COKLAT MOIST ( 8 in ) Bahan A 2 cawan tepung gandum 1 cawan serbuk koko 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder - semua bahan tersebut disatukan kemudian ayak Bahan B 2 cawan gula (kisar halus)

3 biji telur gred A 1 sudu teh esen vanilla Bahan C 1 cawan susu cair 1 cawan minyak jagung Bahan D 1 cawan air panas Cara-caranya :

pukul Bahan B hingga kembang (sampai putih macam adunan bahulu) masukkan esen vanilla. kemudian masukkan Bahan C, pukul sekejap supaya sebati (jangan over pukul nanti permukaan kek jadi merekah). masukkan Bahan A sedikit demi sedikit, guna spatula kaup balikkan supaya sebati (pastikan tak berketul taw) - kalau nak mudah guna whisk sure bahan kering tu jadi elok tak de ketul-ketul (cikNor guna whisk). akhir sekali masukkan air panas kacau hingga sebati. tuang adunan dalam loyang yang sudah digris butter & dilapik parchment paper. bakar selama 45 minit atau hingga masak (bergantung pada oven masing-masing) suhu 180c. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek benar-benar masak sempurna, kalau lidi tersebut bersih selepas dicucuk maknanya kek kompem dah masak yer... kemudian sejukkan sebelum dihias.

Anda mungkin juga menyukai