Anda di halaman 1dari 11

1

RESEPI BROWNIES

👉First step, panaskan oven dulu 160°C sebelum mula mengadun.

👉Second Sediakan loyang dan baking paper.

👉Go!

🔵 Bahan 1 (Double boil kan hingga larut semuanya)


●Chocolate Bar 300gm
●Butter/Majerin 100gm
●Minyak Masak 80gm

🔵 Bahan 2 (Ayak 2 kali dan ketepikan)


●Tepung gandum 200gm
●Serbuk koko 70gm
●Baking Powder 1 sudu kecil (Optional, saya tak letak)

🔵 Bahan 3
(Whiskkan sehingga gula betul betul larut tak perlu pakai mesin guna manual whisk sahaja dan tak
perlu kembang ya, step ni yang akan menjadikan kedut. INGAT! Gula harus larut)
●Gula castor 300gm
●Telur B 4 biji
●Garam secubit

🔴 Cara Membuat 🔴

👉🏽Setelah proses 🔵 Bahan 1 dan 🔵 Bahan 3 siap, satukan keduanya dan sebatikan menggunakan
spatula sahaja secara perlahan lahan,Siap! Lalu masukan tepung secara bertahap tiga kali ya.

👉🏽Masukkan kedalam loyan 7"/8"/9" ikut ketebalan yang diinginkan (pastikan loyang lapis guna
baking paper ya)
2

👉Setelah siap jangan letak brownies terlalu lama diluar dalam keadaan terbuka sebab ini akan
menyebabkan permukaan brownies mengering sebelum dibakar kalau boleh siap ja letak dalam
loyang terus bakar.

👉🏽Bakar pada suhu 160°C (INGAT! suhu juga memainkan peranan untuk menghasilkan shiny crust,
suhu yang terlalu tinggi akan membuatkan brownies tak menghasilkan kedut dan berderai macam
cookies.

👉🏽Bakar 35-40 minit/Sehingga masak. Lihat bahagian tengahnya kalau dah mengembung InsyaAllah
brownies dah masak dan takkan mendap. Api atas bawah ya.

👉Setelah masak buka sedikit penutup oven dan biarkan brownies didalam around 10minutes selepas
itu bolehlah keluarkan. Credit: Jejaka Brownie (Resepi Asal)

BROWNIES NUTELLA - HANYA GUNA 3


Bahan-bahan
3

1 cawan (280gm) Nutella


2 biji telur
62gm tepung gandum
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati dengan menggunakan
spatula.
2. Tuang adunan brownies kedalam cawan muffin.
3. Jika ingin lebih sedap, boleh juga taburkan dengan hirisan almond, hazelnut atau apa juga jenis
kekacang pilihan selera anda.
4. Seterusnya bakar selama 30minit dengan suhu oven 180°c atau sehingga masak. Tiap oven
mungkin berbeza. Uji samaada ia telah masak atau belum dengan mencucuknya dengan lidi di
tengah-tengah brownies tersebut

*BROWNIES KUKUS*
✍️*Bahan-Bahan*

🍫 3 biji telur

🍫 230 gram gula kastor

🍫 1 sk esen vanilla

🍫 250 gram minyak masak

🍫 230 gram tepung gandum


4

🍫 30 gram serbuk coklat

🍫 1/2 sk baking powder

🍫 1/2 sk soda baking powder

🍫 45 ml air panas
✍️*Cara-cara*

🫕 Mix telur & gula kastor sampai gula larut

🫕 Masukkan esen vanilla & minyak , mix lagi

🫕 Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ( tepung , serbuk coklat, baking powder & soda baking
powder diayak )

🫕 Masukkan air panas..mix sebati

🫕 Sediakan acuan puteri ayu , di glis dengan minyak @ marjerin

🫕 Sediakan kukus noxxa ..kukus selama 20-25 minit..


✍️*Topping*
150 gram cheese
80 gram susu cair
50 ml susu pekat
Semua di mix sebati
5

BROWNIES KEDUT SIMPLE


Bahan-bahan A:
200g tepung selfrising
30g serbuk koko
- satukn dn ayak
Bahan-bahan B:
220g coklat masakan
130g margerin/mentega
Bahan-bahan C:
190g gula castor
3 bj telur A
1 sudu teh esen vanilla
Cara penyediaan:
1. Ayak tepung dn serbuk koko (bahan A) dn ketepikn dulu.
2. Cairkn coklat dn margerin (bahan B) dgn cara double boil. Dh siap ketepikn.
3. Satukn telur, esen vanilla dn gula castor (bahan C), whisk hingga sebati... Terus tuang dlm B tadi.
Gaul hingga rata dn betul2 sebati.
4. Masukkn tepung (bahan A) Gaul lagi... Pastikn adunan sebati dn x berketul2. Tekstur adunan agak
pekat, likat dn liat... namun licin dn berkilat.
5. Tuang ke dlm loyang 10 x 10 yg tlh dialas kertas minyak.
6. Bakar 160°c selama 35-45 mnt mengikut oven masing2... guna api ats bwh. Nk tau dh masak blm,
cucuk lidi... klau lidi kluar bersih maknanya dh masak.
7. Dh masak, tutup suis oven tp biarkn dulu brownies kita dlm oven dgn pintu trbuka selama
sekurang2nya 15 - 20 mnt.
8. Dah suam2 kuku tu, br kluarkn dn potong... blh lah dihias ikut kreativiti
6

Brownies Kedut Dalam Sukatan Cawan


Bahan A :
1/2 cawan butter
1 cawan dark chocolate Beryl's
Cara :
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.
Bahan B :
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur Gred A
Cara :
Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 3 minit. Kacau bagi sebati saja
*tidak perlu hingga kembang
*guna whisk atau senduk, tak perlu guna mixer
Bahan C :
1 cawan tepung naik sendiri*
2 sudu besar serbuk koko *
Secubit garam *
Ayak semua bahan
Cara untuk satukan semua bahan :
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi
likat.
2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Cuma kaup
balik bagi sekata je, jangan terlebih kacau)
3. Sapukan butter pada loyang 8"x8". Alas dengan baking paper/parchment paper dan sapukan juga
butter pada baking paper. Panaskan oven 160°c.
4. Bakar lebih kurang 40 minit pada suhu 160°c. Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan. Buka
sedikit pintu oven. Masa ni baru kedut akan terbentuk.

Selamat mencuba (😊)


7

🧁VIENNA BROWNIES
****************
120 gm butter
240 gm dark chocolate
270 gm gula halus
8 biji telur gred A
1 sudu besar nescafe larutkan dgn 1 sudu besar air panas
1 sudu teh esen vanilla
*220 gm tepung gandum
*60 gm serbuk koko
*1 sudu teh soda bikarbonat
80 ml fresh milk
Chocolate chips utk tabur diatas
Ayak bahan bertanda *
Bahan cream cheese :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
60 gm tepung gandum
2 biji telur
80 ml air
1)Cairkan dark chocolate + butter.
2)Masukkan nescafe + susu + esen vanilla ke dlm adunan chocolate, kacau rata. Ketepikan.
3)Dalam bekas lain whisk gula + telur hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balikkan.
4)Satukan adunan tepung dgn adunan chocolate dan gaul rata. Ketepikan.
5)Utk cheese pulak, guna mixer pukul cream cheese + gula hingga berkrim. Kemudian Masukkan
tepung + telur + air dan pukul sekejap lagi hingga semua sebati. Jgn over beat ya!
6)Masukkan separuh adunan chocolate dlm tray 10'' x 10''. Kemudian tuang adunan cheese
perlahan-lahan. Finally Masukkan baki adunan chocolate tadi. Lorekkan ikut kreativiti dan tabur
chocolate chips. Bakar 1 jam suhu 170 atau ikut kesesuaian oven.
8

kredit: dapur ciknad

FUDGY BROWNIES
Brownies ni sangatlah sedap. Bagi peminat chocolate brownies harap resepi ni menepati cita rasa
anda.
Bahan
• 3/4 cawan tepung
• 1/4 sudu teh baking soda
• 1 cawan coklat masakan (dicincang)
• 1/2 cawan serbuk koko
• 1 1/2 cawan gula kastor
• 1/2 tsp esen vanilla
• 2 biji telur
• 1/2 cawan mentega yang telah cair
Cara
1. Alas loyang brownie saiz 8 inci dengan kertas dan disapu
dengan sedikit minyak
2. Cairkan mentega didalam periuk non stick diatas api
yang kecil. Tutup api kemudian masukkan coklat
masakan dan esen vanilla, kacau sehingga coklat sebati.
3. Ayak tepung, serbuk koko dengan baking soda
4. Pukul telur dengan gula sehingga kembang, masukkan
tepung yang telah diayak bersama serbuk koko tadi.
5. Masukkan adunan mentega dan coklat. Kacau rata dan
curahkan kedalam loyang
6. Bakar brownies selama 25 minit atau sehingga masak
dengan suhu oven 180°C
9

Nota: Jika suka masukkan 100 gram kacang walnut/pecan dan taburkan coklat chip)

Resepi brownies simple🤗


Crunchy..Moist..Kriuk2...
Bahan A
1sudu besar butter/marjerin
1cawan dark choc coin
*double boil...biarkan suam²
Bahan B
1 cawan gula perang
½ cawan gula pasir
3 biji telur
Esen vanila
*kacau biasa² shj guna whisk..
Bahan C
1cawan tepung gandum
½ sk Baking powder
2 sb serbuk koko
*ayak dahulu
Pertama Masukkn Bahan B kemudian Bahan C dan akhir sekali Bahan A... kaup2 ja sampai sebati..
Jngn terlebih kaup ya..
Lapik baking paper kemudian sapu marjerin sikit...
bakar pada suhu 160°..api bawah shj selama 30minit..

kena tgok² oven tu sbb tguk jenis oven juga.. tak sama setiap dr jenis oven.. ada yg cpt masak🤭
10

*Resepi ni sesuai utk yg baru nak belajar buat brownies. simple dan konfem jadi.. InshaAllah*
Kredit to Mama Rania

BROWNIES KEDUT
Bahan-bahan
400 g coklat masakan / coklat compound
130 g butter
100 g gula perang
100 g gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 g tepung gandum
1 suduteh baking powder
30 g serbuk koko
cara-cara
Coklat masakan atau coklat compound, di potong kecil.
Satukan coklat masakan dan butter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga larut. Gaul
rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata
menggunakan whisk sahaja.
Satukan juga tepung , baking powder dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakan dan ratakan.
Kemudian masukkan tepung tadi kedalam adunan sedikit-sedikit . Gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga
dengan butter.
11

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30
minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan
biarkan selama 15 minit. Bila dah sejuk, bolehlah di potong

Congo Bars Beryls


-80g butter/marjerin
-125g gula perang
***gaul² sebati***
-masukkan 2biji telur gred B@xkish gred apa boleh timbang 100g.
-esen vanila
**kacau2***
-masukkan 175g tepung gandum+1sk baking powder@ boleh guna tepung naik sndri, xperlu tmbh
baking powder lagi.
-beryls dark choc coin 150g..yg ni letak dalam adunan n tinggal cket untuk tabur kt atas adunan nnti.
-tabur badam kalau suka.
-masuk dalam loyang 8*8 yg dilapik baking paper..letak biar lebih supaya senang nak tarik
keluar..bila panas, choc masih cair xboleh nak terus terbalikkan kt papan nnti melekat coklat huhu.
Bakar suhu 160°C selama 40min..ini ikut oven masing2 la ye. Siapp!!!.

InsyaAllah xmanis sgt..rasa manis2 bila kita gigit coklat tu.🤤🤤🤤


Congo bars mmg xtinggi tau..mcm brownies.

Anda mungkin juga menyukai