Anda di halaman 1dari 12

RESIPI BISKUT NUTELLA PODS TANPA BAKAR

Bahan-bahan:

 2 cawan nestum
 1 cawan white chocolate Van Houten – cairkan
 Nutella
 Kacang hazelnut – bakar/sangai

Cara membuat nutella pods:

1. Masukkan 2 cawan nestum ke dalam mangkuk.

2. Kemudian masukkan 1 cawan coklat putih yang sudah dicairkan.

3. Gaul rata sehingga adunan sebati.

4. Lapikkan loyang dengan baking paper, kemudian sudukan adunan seperti dalam
gambar di bawah. Tekan sikit pada bahagian tengah untuk menghasilkan sedikit
‘lubang’.

5. Paipkan nutella ke dalam lubang yang dibuat tadi.

6. Akhir sekali, letakkan kacang hazelnut atas nutella dan biarkan sejuk sehingga
menjadi keras.

7. Bila dah keras, simpan biskut dalam bekas kedap udara.

RESEPI BISKUT MILO RANGUP & MUDAH


Bahan-bahan

 2 cawan butter/marjerin
 2 cawan gula kastor
 4 sudu makan krim putar
 2-3 cawan Milo
 2 camca teh esen vanila
 2 biji putih telur
 2 cawan tepung jagung
 6 cawan tepung gandum
 Chocolate rice (hiasan)
Cara-cara

1. Dalam mangkuk besar, pukul gula kastor dan butter hingga kembang.
2. Setelah itu masukan putih telur, esen vanila, dan krim putar. Gaul hingga
sebati.
3. Masukan pula bahan kering seperti tepung gandum, tepung jagung dan Milo.
Gaul dan uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
4. Alihkan doh daripada mangkuk. Balutkan doh dalam plastik jernih pembalut
makanan kemudian rehatkan ia dalam peti sejuk selama setengah hingga satu
jam.
5. Taburkan sedikit tepung sebelum menghamparkan doh tadi. Gunakan kayu
penggelek (rolling pin) untuk meratakan doh. Pastikan doh tidak terlalu nipis.
6. Gunakan penerap biskut pilihan untuk menerap doh tersebut.
7. Gris atau alas dulang dengan kertas minyak. Susun biskut di atas dulang dan
jangan lupa taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Kalau nak letak coklat
M&M atau hirisan kacang pun boleh juga!
8. Bakar pada suhu 185ºC selama 20 hingga 25 minit.
9. Siap! Simpan dalam bekas kedap udara dan anda bolehlah jadikan Biskut Milo
rangup ni sebagai kudapan di rumah sambil tengok TV.

Biskut Coklat Chip Nestum


Bahan-bahan
250 gm butter
1 cwn gula perang
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanilla
1/2 sdt baking powder
2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung jagung
1 cwn nestum
2 sdb serbuk coklat or milo
1 cwn choc chips
1) mix sebati butter & gula, telur, esen vanilla.
2) campur bahan2 kering, gaul semua.. biarkan sekejap dlm fridge.
3) adunan mmg lembut, takpe... guna sudu utk bentuk biskut or ikut suka.
4) bakar 170 c 15 - 20 min atau ikut oven masing2..

RESIPI TART CADBURY, COKLAT TAK CAIR & WARNA JADI CANTIK

Bahan-bahan:
 250gm buttercup (Nak lagi sedap guna pure butter)
 2 tbsp gula Aising
 1 telur kuning
 1/2 tsp esen vanila
 300gm tepung gandum
 2 tbsp tepung kastard
 2 tbsp tepung jagung (supaya tart rapuh, tak keras kejung bila sejuk)
 Coklat Cadbury (minipack)
 Pewarna ungu violet (kalau nak warna cantik pekat tak pudar lepas
bakar, guna oilbased food colouring)

Cara-cara:

1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati.
Gaul guna senduk saja.
2. Ayakkan kesemua tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi. Uli
sehingga menjadi doh. (boleh tambah atau kurangkan tepung sehingga
adunan menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk)
3. Kalau keras boleh tambah mentega sikit demi sedikit.
4. Terap doh ke atas loyang dengan menggunakan acuan tart.
5. Letakkan coklat cadbury sebagai inti dan gulungkan. Susun atas loyang.
6. Panaskan oven 170°c selama 5 minit.
7. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160°c (bergantung oven masing2)
sehingga masak atau sehingga biskut tak melekat dekat loyang.

Biskut Keju Cheddar Rangup

Bahan-bahan:

 300g tepung gandum


 100g tepung jagung
 1/2 sudu teh soda bikarbonat
 250g mentega
 130g gula icing
 1 biji telur, suhu bilik
 100g parutan keju cheddar
 Bahan-bahan untuk hiasan:
o 1 biji telur +1 sudu besar air, bancuh sebati
o parutan keju cheddar secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 150°C.


2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan soda bikarbonat bersama dan
ketepikan.
3. Pukul gula dan mentega sehingga putih dan kembang.
4. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan adun dengan sekata.
5. Masukkan parutan keju cheddar bersama bahan ayak. Uli adunan sehingga
sebati.
6. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai doh dan terap mengikut acuan kesukaan
anda. Sapu dengan bancuhan telur dan tabur dengan parutan keju cheddar
sebagai hiasan.

Tip:

 Doh harus direhatkan seketika supaya bahan-bahan kering menyerap


lembapan, lebih senang dibentuk dan menghasilkan tekstur yang lebih baik
untuk biskut.

Biskut Dam

Bahan-bahan:

 Bahan-bahan untuk doh vanilla:


o 100g mentega
o 65g gula kastor
o 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
o 220g tepung kek, ayak
o 1 sudu kecil esen vanilla
 Bahan-bahan untuk doh coklat:

o 100g mentega
o 65g gula kastor
o 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
o 190g tepung kek
o 30g serbuk koko
o 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

1. Cara-cara untuk doh vanilla:

1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.


2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan
kepada 3 bahagian.
5. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

2. Cara-cara untuk doh coklat:

1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.


2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga
menjadi doh yang lembut.
5. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan
kepada 3 bahagian.
6. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

3. Cara untuk biskut dam:

1. Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.


2. Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
3. Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang
disusun tadi doh setebal 1 m. Pastikan potong dengan sama rata.
4. Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli.
Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
5. Che Nom sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal
1 cm. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas
parchment.
6. Panaskan oven pada suhu 150°C. Bakar biskut selama 15-20 minit.

Semperit Klasik

Bahan-bahan:

 Bahan-bahan untuk semperit klasik:


o 250g mentega
o ¾ cawan /90g gula icing
o 1 biji kuning telur
o 1 sudu kecil esen vanila
o 1 cawan /120g tepung kastad
o 1 cawan / 120g tepung jagung
o 2 cawan /250g tepung gandum
o Ceri merah dan hijau
Cara Penyediaan:

1. Cara-cara untuk semperit:


1. Potong kecil ceri merah dan hijau.
2. Griskan loyang dan lapik dengan kertas baking.
3. Tekan dan hancurkan mentega yang sudah lembut didalam mangkuk adunan.
4. Masukkan gula icing lalu gaul sampai agak sebati tetapi jangan terlebih gaul
5. Masukkan kuning telur dan esen vanilla lalu teruskan menggaul sebati.
6. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan secawan tepung gandum. Gaul dahulu
dan kemudian, masukkan cawan kedua tepung gandum sedikit demi sedikit sambil
menggaul sehingga adunan menjadi dan lembut.
7. Rehatkan adunan seketika.
8. Uli doh memanjang dan masukkan kedalam acuan.
9. Terap adunan secara beralun satu persatu diatas loyang.
10. Hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
11. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit. Ubah suhu ikut jenis oven masing-
masing.
12. Kemudian, semperit klasik siap untuk dihidang.

Tip:

 Jika mahu semperit yang sedap, boleh gunakan mentega tulen (pure butter) berbanding dengan mentega bergaram
(salted butter).
 Pastikan mentega dilembutkan dahulu agar senang untuk diputar tetapi jangan gunakan mentega yang cair. Cukup
sekadar mentega yang lembut tetapi masih dalam keadaan yang sejuk.
 Jika gula icing berketul, boleh ayak gula icing sebelum dimasukkan kedalam adunan
 Elakkan menggacau adunan berlebihan supaya adunan tidak menjadi terlalu kembang dan menyebabkan bunga jatuh
atau tidak menjadi.
 Jika adunan terlebih tepung, boleh tambah mentega lembut dan uli sedikit demi sedikit sehingga adunan kembali
lembut. Jadi, pentingnya untuk masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit supaya dapat mengagak adunan
sehingga menjadi.
 Semasa sedang terap adunan kuih, tutup adunan dengan kain dahulu supaya adunan tidak kering.
 Jika mahu bunga kuih semperit kekal bentuknya dan tidak cair apabila dibakar, rehatkan dalam masa setengah jam
dibawah kipas dan biarkan kering serta keras permukaannya sebelum dibkar.

Biskut Nestum Rangup

Bahan-bahan:

 125 gram butter, premium Anchor butter


 1/2 cawan gula kastor
 1 sudu teh esen vanilla
 1 biji telur
 1 cawan tepung gandum
 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
 1 cawan Nestum original, kisar halus
 1 cawan Nestum original, tak perlu kisar
 Bahan untuk hiasan:
o Ceri merah atau hijau, hiris kecil
o Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh

Cara Penyediaan:
1. Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan
serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar.
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu
bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim. Masukkan telur dan
esen vanilla, pukul sehingga kembang.
3. Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh
yang lembut.
4. Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit
jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di
atas dulang yang telah digris dengan butter. Tekan dengan garfu dan hiaskan
dengan ceri.
5. Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.

Tip:

 Pastikan anda rehatkan doh seketika, boleh juga rehatkan doh di dalam peti
sejuk selama 10 minit. Tidak mengapa jika doh agak melekit pada mulanya.
Selepas direhatkan, doh akan menjadi lebih senang diuli.

Biskut Cappuccino

Bahan-bahan:

 1 1/4 cawan tepung gandum


 1/2 cawan tepung jagung
 3 sudu kecil pati cappuccino
 1 1/2 sudu kecil serbuk koko
 225g unsalted butter, suhu bilik dan potong dadu
 1/2 cawan gula kastor

Cara Penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 170 celcius.


2. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko.
3. Menggunakan mixer, pukul unsalted butter dan gula sehingga putih dan
kembang. Boleh juga dipukul menggunakan tangan.
4. Tukar mixer kepada hook yang sesuai dan pada speed yang perlahan,
masukkan pati cappuccino dan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit. Putar
hingga sebati.
5. Masukkan adunan dalam piping bag menggunakan nozzle yang biasa, paipkan
secara membulat di atas kertas parchment yang dilapik di atas dulang
pembakar. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.
6. Bakar selama 12-15 minit.
7. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack.

Tip:

 Biskut memang akan menjadi lembut walau selepas 15 minit dibakar, tetapi
akan mula mengeras apabila sejuk.

RESIPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

BAHAN-BAHAN:

 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)


 1/4 cwn tepung jagung
 1/2 sudu teh baking powder
 2 cawan cornflakes ramas kasar
 200g butter (suhu bilik)
 3/4 cwn gula kastor
 1 biji kuning telor

CARA MEMASAK:

1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit… Boleh guna whisk dan masukkan
telor
2. Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes serta baking powder
gaul sebati
3. Panaskan oven terlebih dahulu 170C selama 10 mnt
4. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
5. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis
6. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah…

Nota: Boleh tambah coklat cip jika suka.


BISKUT RED PEARL

BAHAN-BAHAN (ANGGARAN 30 KEPING):

150gm mentega – biar pada suhu bilik 


75gm gula kastor 
150gm tepung gandum 
50gm cornflakes 
50gm cip coklat 
25gm almond strips @ nibs – almond strips kena sangai sekejap 
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah dihiris memanjang atau dadu 

CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega dan gula kastor. Gaul menggunakan senduk kayu sahaja hingga
sebati dan rata. Jangan pukul hingga kembang nanti biskut jadi kembang dan leper
selepas dibakar.

2. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.


3. Kemudian masukkan cornflakes, cip coklat, almond strips @ nibs dan esen
vanilla. Gaul semua hingga sebati dan rata.
4. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Letak hirisan ceri merah di atasnya.

5. Bakar pada suhu 170°C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-
masing.

6. Bila biskut sudah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sebelum
disimpan dalam bekas kedap udara.
RESEPI HELLO KITTY COOKIES
Oleh : Nur Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT HELLO KITTY COOKIES

 1/2 cawan butter – suhu bilik


 50g gula icing
 120g tepung gandum
 70g tepung ubi (potato starch)
 50g nestum – dikisar
 bahan decor secukupnya

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT HELLO KITTY COOKIES

1. Pukul butter & gula hingga kembang.


2. Masuk kan tepung gandum, tepung ubi & nestum kisar. Gaul hingga sebati.
3. Canai adunan setebal 1/4 inci & terap kan acuan hello kitty keatas dough & bubuh
hiasan.
4. Susun diatas dulang & bakar di dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 140
dargah celcius selama 30 minit.
5. Setelah sejuk, simpan didalam bekas kedap udara.
NOTA :
** Biskut dimasak pada suhu rendah kerana hendak menghasilkan biskut yg tidak
kecoklatan tapi tetap rangup.
**Sekiranya anda inginkan biskut yg kecoklatan, bakarlah pada suhu 160 darjah
celcius selama 20 minit.
Resepi Biskut Nescafe

Bahan-bahan:
250gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
2 tbsp /sudu besar serbuk nescafe
1 tsp/ sudu kecil esen vanilla
(Pakai cawan metrik.)

Cara-caranya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur. Kacau rata.
3. Masukkan serbuk nescafe dan vanilla.
4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayak. Adun rata.
4. Boleh diterap.
5. Bakar pada suhu 150C selama 20 mins atau sehingga keperangan bergantung pada
oven msg.

Mak dulu pakai buttercup je dah cukup sedap. Tapi akak pakai pure butter lagi lah
sedap.

Anda mungkin juga menyukai