Anda di halaman 1dari 5

Biskut Mazola (II)

Hits: 11507 Rating: 6.71 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

300 gm tepung gandum 1 cawan gula halus 1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)

1 biji kuning telur botol kecil minyak mazola

Cara:

Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula. Masukkan minyak sedikit sedikit sambil digaulkan hingga rata. Setelah itu bentukkan bulat bulat leper. Sapukan dengan kuning telur atasnya dan bakarlah hingga masak.

Biskut Badam Bercoklat


Hits: 10927 Rating: 7.77 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

3 suku cawan gula icing cawan marjerin 1 biji telur tepung gandum secukupnya badam biji secukupnya(bakar dalam oven)

badam hancur secukupnya coklat cooking mangkuk kertas kecil(hitam)

Cara:

Putar marjerin dngan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.

Segi Empat Strawberi


Sumber: Majalah Sajian Januari 2000 Hits: 3633 Rating: 5.00 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

250 gm mentega 1 cawan gula halus 2 biji telur 1 camca teh esen vanila

2 cawan tepung gandum 1 camca besar serbuk penaik 1 camca teh garam cawan jem strawberi

Cara:

Putar mentega bersama gula halus hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila, kacau rata. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit di dalam adunan mentega dan uli hingga sebati. Ambil sepertiga doh sebagai lapisan bawah biskut. Tekan di dalam tin berukuran 25 cm x 30 cm. Sapu rata jem di atasnya.

Parut kasar baki doh dan tabur di atas lapisan jem. Bakar selama 35 minit pada suhu 180 darjah Celcius hingga kuning keperangan. Potong segiempat sebelum disimpan

Tart Nenas Mak Jang


Kiriman: Aish Sumber: Emak Saudara (Siti Zahara Bte Sh Abu Bakar) Hits: 901 Rating: 6.50 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

2 cwn tepung gandum 250 gm buttercup cwn gula aising 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila Jem Nenas ( boleh dibuat sendiri atau dibeli)

Cara:

Pukul buttercup dan gula aising separuh kembang.Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila.Seterusnya masukkan tepung gandum yang diayak ke dalam aduan.Apabila semuanya sebati canaikan adunan tadi dengan acuan tart dan isikan jem nenas didalamnya dan dibakar sehingga masak.

Biskut Kacang Gajus


Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas) Hits: 1936 Rating: 3.00 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

100 gm minyak jagung 130 gm mentega kacang 100 gm gula aising 30 gm gajus (dimesin halus)

175 gm tepung gandum 1 sudu teh pes pandan Secukup gajus dan kuning telur untuk hiasan

Cara:

Campur minyak dan gula aising dan gaul sebati. Masukkan mentega kacang, gajus, pes pandan dan tepung gandum. Uli sebati. Canai dan terap. Sapu kuning telur dan letak gajus. Bakar hingga masak.

Biskut Kacang Tanah


Sumber: Majalah Perempuan Mac 1998 Hits: 2815 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

375 gm gula aising 250 gm mentega 2 biji telur 310 gm kacang tanah (dikisar)

5 gm serbuk penaik 680 gm tepung gandum 4 sudu besar mentega kacang

Cara:

Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu demi satu dan bahan-bahan lain. Terapkan di atas tray

pembakar dan bakar selama 20 minit minit sehingga kekuningan.

Biskut Nescafe
Sumber: Internet Hits: 3616 Rating: 10.00 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

200 gm mentega 50 gm gula halus 150 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung 1 sudu besar nescafe

Cara:

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Kemudian baru masukkan Nescafe dan apabila sudah sebati masukkan tepung gandum dan jagung. Apabila adunan tadi sudah sebati dan lembut, terapkan adunan dengan bentuk yang anda suka. Bakar di dalam ketuhar hingga masak.

Biskut Mentega Kelapa


Sumber: Majalah Wanita Januari 1999 Hits: 1024 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

400 gm mentega 200 gm gula aising 500 gm tepung gandum

100 gm kelapa kering sudu teh esen vanila 1 biji putih telur

Cara:

Panaskan ketuhar pada suhu 60 darjah Celcius dan alaskan dulang kuih dengan kertas minyak. Gunakan mesin pemutar dan putarkan mentega aising hingga kembang. Masukkan putih telur dan putarkan hingga semua adunan mesra. Masukkan kelapa kering, tepung gandum, esen vanila dan gaul mesra adunan. Sejukkan doh di dalam peti sejuk selama 15 minit. Gunakan acuan Sawa dan tekan doh ke atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang kuih.

Biskut Oat
Sumber: Resepi Harian 1986 Hits: 1977 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

185 gm tepung gandum Sedikit bahan penaik

sudu esen vanila 2 sudu oat

90 gm gula halus 1 biji telur kuning telur yang dipukul

4 biji ceri dipotong kecil-kecil 125gm marjerin/mentega

Cara:

Sediakan dulang pembakar & ketuhar: Graiskan dua dulang pembakar & panaskan ketuhar hingga 200'c. Sediakan biskut: Putarkan marjerin/mantega & gula. Kaup & balikkan tepung ke dalam acuan hingga menjadi doh yang lembut. Basahkan tangan, bentukkan adunan menjadi bebola kecil. Sadurkan dengan kepingan oat & letakkan ceri di atasnya. Aturkan di dalam dulang pembakar. Bakar selama 15-30 minit hingga kuning. Sejukkan & hidangkan esen di atas pinggan kek beralaskan doili.

Cadangan Hidangan:

Biskut Oat Kismis


Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil:63 Hits: 1034 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

1 camca teh esen vanila 200 gm gula perang 110 gm gula kastor 2 biji telur 125 gm mentega

260 gm tepung gandum 1 camca teh soda bikarbonat 135 bijirin gandum (oat) 85 gm kismis, dicincang

Cara:

Masukkan esen vanila, gula, gula perang dan telur ke dalam mangkuk. Menggunakan pengadun elektrik, pukul pada kelajuan sederhana hingga adunan sebati. Masukkan mentega, tepung gandum, soda bikarbonat. oat dan kismis. Daul semua bahan hingga ia sebati. Sapu sedikit mentega pada talam bakar. Gunakan camca besar untuk membentuk biskut di dalam talam bakar. Bakar 12 minit pada suhu sederhana panas. Setelah masak, biar ia sejuk sebelum dikeluarkan daripada ketuhar. Hidangkan.

Biskut Oren
Sumber: Majalah Jelita Mei 1987 Hits: 1686 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

125 gm mentega 125 gm gula halus 2 biji telur

225 gm tepung 1 sudu parutan oren 1 sudu teh perahan oren

Cara:

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sebati. Kemudian campur parutan kulit oren dan perahan oren. Masukkan tepung sedikit-sedikit. Sendukkan sesudu-sesudu adunan dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan ketuhar sederhana 180C selama 20 minit atau hingga coklat keemasan. Angkat biskut daripada dulang dan sejukkan. Simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Emping Jagung Kissables


Kiriman: Dg.Herobekah Iza Hits: 79 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:

100 gm mentega

Bahan B:

100 gm gula kastor 4 sudu makan madu 4 sudu makan HERSHEY'S COCOA unsweetened 2 sudu makan susu pekat

100 gm emping (cornflakes) 70 gm badam cincang

Bahan C: 50 gm hershey'kissable Mangkuk kertas seckpnya

Cara:

1.cairkan bahan A ddlm periuk memggunakan api perlahan. 2.kacau 15 minit shingga memtega cair 3.angkat dan mskkan bahan B,kacau shingga rata dan sebati. 4.masukkan ke mangkuk kertas dan letakkan HERSHEY's kissables di atasnya. 5.sejukkan dan blhlah d susun di bekas kedap udara.

Classic Almond London


Kiriman: Nadieya85 Hits: 378 Rating: 2.00 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:

1 biji telur kuning 2 sudu besar madu 2 sudu besar tepung susu 80 gram gula perang 250 gram mentega 1 sudu kecil esen vanila

50 gram cornflakes kisar 150 gram nestum halus 500 gram tepung gandum Coklat masak bittersweet (jika ada) Badam biji (saiz sederhana) Badam cincang Paper cup (mengikut citarasa) Minyak jagung (2 sudu besar untuk setiap 500 gram coklat)

Cara:

1. Kembangkan gula, mentega dan telur 2. Masukkan esen vanila, tepung susu dan madu. 3. Adun bersama nestum dan cornflakes 4. Menggunakan tangan, masukkan tepung dan gaul hingga sebati 5. Kepal bersama badam biji sebaik siap digaul. (jgn dibiarkan lama) 6. Bakar selama 20min pada 180 C 7. Biarkan sejuk, simpan dlm bekas kedap udara. 8. Untuk celup, panaskan 'double boiling' dan masukkan minyak jagung. 9. Celup biskut, masukkan dlm paper cup dan tabur badam cincang. 10. Selamat Mencuba!!!!

Cadangan Hidangan:

Sesuai dijadikan hidangan dimusim perayaan dan jamuan ringan.

Tambahan:

1. Biskut yg telah dicelup dinasihatkan tidak disejukkan didlm peti sejuk 2. Biskut dinasihatkan disediakan dgn byk sebelum mencelup kerana membuat biskut dan mencelup adalah perkara yg berlainan.

Anda mungkin juga menyukai