Anda di halaman 1dari 9

KEK LAPIS IDOLA

Bhn2x :
450gm buttercup
10 bj telo gred A
100gm gula halus
200gm susu pekat manis
50gm serbuk santan ( nok cocolin ya )
80gm srikaya
200gm horlick
200gm tpg hong kong
50gm milo
200gm coklat masakan
Cara membuatnya :
- buttercup & gula halus dipukul smpe kembang & putih
- msukkn telo 1 per 1 shgga hbis smbil dipukul
- msukkn susu & pukul smpe sebati
- msukkn srikaya & santan sebatikan ( pakey low speed )
- msukkn horlick & tpg sedikit demi sdikit smpe hbis & sebatikn. ( low speed n kejap jak k )
- b kpd 4 lapisan plain ( 2 ats, 2 dibah )
-adunan selebihnya cmpo milo & coklat masakan yg dah dicairkn.
- lapis n bakar kek ikut dlm gmba ya k.
- bakar ekot kepanasan oven msg2..kmk makey 130'c..

KEK DANDY
16 oz butter
10 bj telur.
1 tin susu pekat
1 gelas gula halus
2 sudu teh BP
2 sudu mkn ovalet
2 sudu esen
4 gelas tpg gandum( 1 gelas dicampur dlm buah2an yg telah dihiris halus)
600g mixfruit
1 bgkus ceri merah
1 bgkus ceri hijau
Pewarna kuning
Butter dan gula dipukul kembang. Masuk telur satu persatu. Masuk ovalet, susu
pukul lagi. Masuk tpg gandum + bp ,pewarna dan esen. Gaul rata dan akhir
sekali masuk mixfruit gaul sebati. Kukus 3@4 jam.
Selamat mencuba dr cikmai..***

BAHAN A
Gula Halus 250 gram
Butter 450 gram
Ovalet 30 gram
Susu Pekat 300 gram
Bahan B
Telur 10 biji (Gred A)
Bahan C
Tepung Hong Kong 270 gram
Bahan D
Pewarna Merah + Perasa Strawberry
Pewarna Kuning + Perasa Vanila
Pewarna Hijau + Perasa Pandan
Masam Manis
Cara-Cara Mengadun:1. Pukul kesemua Bahan A sehingga KEMBANG dengan kelajuan yang MAXIMA.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama
(Maxima) sehingga habis.
3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang PALING PERLAHAN hanya
untuk sebatikan saja.
4. Bahagikan kan kpd 3 adunan dan di diwarnakan/diperasakan merah, kuning
dan hijau.
Cara-Cara melapis:1. Sapukan sedikit margerin dasar loyang.
2. Alaskan dengan kertas minyak.
3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu
supaya ia serata tebal nya.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang kecil.
5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit
setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.

6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk
mengeluarkan angin jika ada.
7. Sapu sedikit butter di atas nya.
8. Ulang langkah 3-7 sehingga habis adunan warna merah, Ulangi pula untuk
adunan Kuning dan Hijau.
9. Selang setiap lapisan , aturkan dengan masam manis.
Teknik nya: Sendukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu
supaya ia serata tebal nya. Aturkan masam manis diatas nya dan dengan
menggunakan hujung jari, tekan sedikit masam manis supaya sedikit tenggelam
kedalam. Ini adalah untuk mengelakkan masam -manis sedikit garing jika
terdedah kepada api semasa membakar. Tekan sedikit sahaja sekadar ada sedikit
lapisan tepung diatas nya. Ratakan kembali adunan tepung.

KEK LAPIS CADBURY / KEK LAPIS INDIA


Bahan-bahan: loyang 9" x 9"
450g mentega berkualiti tinggi
120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
220g gula halus
10 biji telur
100g tepung biskut marie
65g serbuk horlicks
50g serbuk santan (1 peket)
300g susu pekat manis
2 bungkus kepingan coklat Cadbury
pewarna kuning - optional
Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C api grill ~ mengikut kepanasan oven masing-masing
Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi
sedikit.
Putar lagi hingga sebati.
Masukkan pewarna kuning jika suka.
Kacau lagi sebati.
Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan oven
Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah.
Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja
Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan atas kek supaya kek
padat dan membuang segala gelembung udara.
Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
Sejukkan kek sebelum dipotong.
Nota:
Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama
Anchor dan SCS.
Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan
loyang 8" x 8".
Cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara
rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU
masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan
masing-masing.
Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
Untuk mendapatkan lapisan yang cantik, setiap lapisan di sukat dengan tepat.
Jangan sapu butter pada sekeliling loyang hanya sapu butter pada dasar loyang sahaja dan
lapis dengan kertas kek pada dasarnya ~ proses ini untuk dapatkan hasil lapisan yang rata dan
tidak beralun.
Jangan lupa untuk menekan dengan perlahan permukaan kek, selepas setiap lapisan di bakar

ini bertujuan untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap di dalam kek.
Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, sejukkan dahulu kek di dalam peti ais.
Kemudian potong dengan pisau yang tajam
Cara menyimpan kek, balut kek dengan plastik atau dengan aluminium foil dan simpan di
dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti ais.

Anda mungkin juga menyukai