Anda di halaman 1dari 14

KEK LAPIS LENGIT

* KEK LAPIS LENGIT VERSI 2


* KEK LAPIS LENGIT SPECIAL
* KEK LAPIS SARAWAK
* KEK LAPIS ALA TIKAR
* KEK LAPIS ANYAM
* KEK LAPIS BATA
* KEK LAPIS BERCORAK COKLAT
* KEK LAPIS KOPI KEJU
* KEK LAPIS ASAM MANIS ( "HAW FLAKES" ) / KEK LAPIS PRUNE
* KEK LAPIS CEMPEDAK / KEK LAPIS DURIAN / KEK LAPIS KEJU
* KEK LAPIS KAYU MANIS
* KEK LAPIS COFFEE PRINCESS
* KEK LAPIS STRAWBERI KOPI
* KEK LAPIS PRUNE
* KEK LAPIS OSAMA BIN LADEN
* KEK LAPIS IDOLA
* KEK LAPIS OREN MANDARIN
KEK LAPIS LENGIT
Bahan-Bahannya :
30 biji kuning telur
600gm mentega dipukul hingga kembang
100gm tepung gandum
300gm gula pasir
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan rempah kek lapis
1 sudu makan ovalette
sudu teh vanilla

Cara Membuatnya :
Pukul kuning telur, gula, vanilla dan ovalette sehingga kembang dan naik.
Masukkan rempah kek lapis dan tepung, gaul menggunakan spatula dan akhir sekali
masukkan mentega yang telah dipukul dan gaul hingga sebati.
Panaskan ketuhar pada suhu 160 C atau pun boleh juga menggunakan fungsi grill panaskan
sehingga 3.5 untuk kek lapis.
Gunakan loyang 20 x 20 x 8cm.
Sapukan mentega pada loyang dan dasarnya dialas dengan kertas kuih.
Masukkan 3 - 4 sudu makan adunan dan ratakan, panggang selama 5 minit.
Setelah kuning, gunakan spatula atau acuan leper untuk menekan kek dan kemudian
sapukan sedikit mentega pada atas kek jangan terlalu banyak ( kalau banyak takut kek terlalu
basah ).
Sendukkan lagi adunan tepung dan bakar sehingga habis.
Setelah kek habis dibakar, sediakan kertas kuih untuk mengalas kek yang sudah dibakar.
Terbalikkan loyang diatas kertas roti dan kek yang telah disejukkan boleh dipotong dan siap untuk
dihidang.

KEK LAPIS LENGIT VERSI 2

Bahan-Bahannya :
30 biji kuning telur
3 putih telur dipukul hingga kembang, putih dan kaku
300gm gula halus
110gm tepung gandum
600gm mentega dipukul hingga kembang dan putih
150gm susu pekat manis
2 sudu makan rempah kek lapis
2 sudu makan ovalette

Cara Membuatnya :
Pukul kuning telur, gula halus dan ovalette hingga kembang dan kaku.
Masukkan susu pekat manis dan dipukul hingga rata.
Masukkan adunan putih telur dan gaul sebati menggunakan spatula.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan rempah kek lapis ke dalam adunan telur dan
digaul rata menggunakan spatula.
Pukul mentega sehingga lembut dan tuangkan kedalam adunan tepung dan gaul perlahan
menggunakan spatula hingga sebati.
Tuangkan adunan pada loyang ukuran 20cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas
dasarnya dengan kertas kuih.
Bakar dalam ketuhar menggunakan api bawah sehingga berwarna coklat.
Tekan atas kek dan ulangi process melapis dan gunakan api atas ( api bawah dimatikan )
hingga habis.

KEK LAPIS LENGIT SPECIAL

Bahan-Bahannya :
175gm tepung gandum
625gm mentega
425gm gula
25 biji kuning telur
6 biji putih telur
2 sudu makan rempah kek lapis
2 sudu makan ovalette
tin kecil susu pekat manis

Cara Membuatnya :

Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan rempah kek lapis,
pukul rata dan ketepikan.
Pukul telur, gula pasir dan ovalette sehingga kembang dan putih.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula sehingga rata dan
sebati.
Masukkan adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul perlahan-lahan sehingga rata dan sebati.
Tuang sedikit adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan dialas dasarnya dengan
kertas kuih. Bakar dengan menggunakan fungsi grill sehingga keemasan.
Keluarkan kek dan tekan dengan spatula atau acuan leper untuk kek lapis perlahan-lahan.
Sapukan sedikit mentega pada atas kek dan ulangi melapis sehingga habis.
Pada lapisan terakhir, gunakan api bawah selama 25 minit pada suhu 160 C .

TIPS: Pukul mentega sehingga betul-betul lembut.


Cara mencampurkan adunan adalah adunan mentega dimasukkan sedikit demi sedikit kedalam
adunan telur dan bukan sebaliknya ( telur dimasukkan ke mentega ).
Untuk hasil yang sedap, kek lapis harus menggunakan mentega dan bukan marjerin.
Dasar loyang pembakar kek haruslah ditutup dengan kertas kuih tepat ukurkannya.
Jangan ada kertas lebihan ditepi loyang hasil tepi kek akan jadi kurang menarik.

KEK LAPIS SARAWAK

Bahan A ( Untuk Isi Didalam Kek ) :


10 biji kuning telur
6 biji putih telur
200gm gula halus
150gm tepung Hong Kong
1 sudu makan ovelette
50ml air sejuk

Bahan B :
300gm mentega
4 sudu makan susu pekat manis
1 paket ( 200ml ) santan krim

Bahan C :
Pewarna merah, hijau, kuning dan ungu

Bahan Untuk Kulit ( Untuk Kita Gulung Dgn Bahan Isi ) :


Bahan A :
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
150gm tepung Hong Kong
150gm gula kastor
1 sudu makan ovellete
50ml air ais

Bahan B :
125ml mentega dicairkan
Jem blackcurrent untuk disapu

Cara Untuk Membuat Isi :


Mulakan dengan Bahan A ( Untuk Isi ). Pukul telur, gula, air sejuk dan ovalette sehingga kembang.
Masukkan tepung dan gaul rata menggunakan spatula.
Kemudian pukul Bahan B, mentega, susu pekat manis dan santan krim sehingga kembang.
Campurkan Bahan B pada A dan gaul sebati.
Bahagikan kepada 4 bahagian, setiap satu warnakan merah, hijau, kuning dan ungu.
Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan
kertas kuih.

Tuangkan 5 sudu makan adunan warna hijau kedalam loyang.


Bakar dengan api grill 250 C dalam ketuhar selama 3 minit.
Kalau oven cepat panas turunkan suhu grill.
Tekan permukaan kek menggunakan spatula jika ada yang gelembung.
Tuangkan 5 sudu makan adunan ungu ke atas lapisan hijau dan ratakan dan bakar
sebagaimana proses di atas.
Ulangi proses melapis dengan adunan merah dan kuning.
Biarkan kek sejuk dalam acuan. Keluarkan dan potong segitiga.
( Boleh gunakan besi kekisi untuk tingkap, lebih senang memotong bentuk segitiga ).
Sesuaikan dengan warna ikut daya imaginasi dan creativiti dan kemudian sapukan jem ditengahtengah, jangan terlalu banyak sangat hanya cukup untuk melekatkan kek antara satu sama yang
lain dan ketepikan

Cara Untuk Membuat Kulit :


Pukul telur, gula kaster, air dan ovalette sehingga kembang.
Masukkan tepung Hong Kong dan gaul rata menggunakan spatula.
Masukkan mentega yang telah dicairkan dan gaul sebati menggunakan spatula.
Sediakan acuan 9 x 9 x 1 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya
dengan kertas kuih.
Bakar didalam ketuhar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas grill untuk 3 minit
setiap lapisan sehingga habis.
Sedikan kain atau tuala basah untuk melapik.
Terbalikkan adunan yang telah masak dan dilapis dengan plastik pembungkus mee.
Sapukan jam atas kek, jangan terlalu banyak hanya cukup sekadar untuk melekatkan inti.
Letakkan inti yang berbentuk macam kon ( tiga segi ) atas kek yang disapukan jem dan gulung
ketat dan rapi dengan bungkus dengan plastik tadi.
Selepas itu ulangi dengan process membuat kulit dan teruslah sampai inti habis digulung.
Simpan dalam peti sejuk. Sedap dan senang untuk dibuat.

KEK LAPIS ALA TIKAR

Bahan-Bahannya :
500gm mentega
75gm susu pekat manis
27 biji kuning telur
2 biji putih telur
275gm gula kaster
60gm tepung gandum
15gm tepung susu
1 sudu makan ovallette
sudu teh baking powder

Bahan Untuk Lapisan Coklat :


1 sudu makan pes coklat
10gm serbuk koko
50gm mentega dipukul sehingga lembut

Cara Membuatnya :
Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata.
Ketepikan.
Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung susu dan baking powder yang telah diayak dan gaul
menggunakan spatula.
Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula.
Bahagikan adunan menjadi 2. Satu bahagian di campurkan dengan pes coklat, serbuk koko dan
50gm mentega yang telah dipukul dan gaul rata.
Siapkan 2 loyang berukuran 12x 22x 4cm yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasarnya
dengan kertas kuih.
Pada loyang pertama dimulakan dengan adunan kuning, kemudian dilapis adunan coklat, lapis
kuning dan seterusnya.

Sementara loyang kedua, dimulai dengan adunan coklat, kuning, coklat seterusnya.
Setiap lapisan beratnya 100gm. Buat 7 lapisan pada kedua-dua loyang.
Bakar setiap lapisan dalam ketuhar selama 6 minit pada suhu 150 C dengan api atas.
Pada lapisan terakhir selesai dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
Sejukkan dan keluarkan kek dari kedua-dua loyang.
Pada setiap kek potong memanjang cm sebanyak 14 potong.
Susun berselang-seli antara kek di loyang pertama ( coklat-kuning-coklat ) dan kek di loyang
kedua ( kuning-coklat-kuning ). Ketepikan.
Ulangi resipi membuat kek lapis tanpa campuran pes coklat, serbuk koko dan 50gm
mentega. Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8cm yang telah disapu mentega
dan dialas dengan kertas kuih.
Sendukkan 100gm pada setiap lapis pada suhu 150 C dengan api atas selama 6 minit atau
hingga keemasan.
Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan
sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.
Keluarkan kek dari ketuhar pada lapisan ke 7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit
susu pekat manis ( jangan terlalu banyak ) dan kemudian susun kek lapis tikar yang telah
disediakan tadi. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan ( jangan terlalu ditekan ).
Kemudian sapukan atas kek lapis tikar dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk
1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir.
Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dan dipotong untuk dihidangkan.

KEK LAPIS ANYAM

Bahan-Bahannya :
500gm mentega
75gm susu pekat manis
27 biji kuning telur
2 biji putih telur
275gm gula kaster

60gm tepung gandum


15gm tepung susu
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan serbuk kek lapis
sudu teh baking powder
Susu pekat manis, untuk sapu

Cara Membuatnya :
Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata.
Ketepikan.
Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang.
Masukkan tepung gandum, tepung susu, baking powder dan rempah kek lapis yang telah diayak
dan gaul menggunakan spatula.
Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula.
Bahagikan kepada 2 adunan.
Sediakan 2 loyang berukuran 22 x 22 x 4cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas
dasarnya dengan kertas kuih.
Bakar kek setiap loyang mempunyai 7 lapisan setiap lapisan beratnya 100gm pada suhu
150 C dengan api atas selama 6 minit.
Setelah sejuk keluarkan kek dari kedua-dua loyang.
Ambil kuih dari loyang pertama dan potong memanjang 1cm.
Dan potong seterusnya setebal 1cm dan letakkan dalam susun melintang.
Kek pada loyang kedua mulakan sebaliknya iaitu melintang.
Potong seterusnya sehingga habis.
Letakkan kek yang lebar 1cm, disapu dengan sedikit susu pekat dan tampalkan kek
melintang disebelahnya dan disapukan dengan susu pekat manis.
Ulang sampai kek dari loyang pertama habis.
Susun kek dari loyang kedua atas susunan kek tadi.
Mulakan dengan hirisan kuih yang melintang dan kemudian memanjang, buat selang seli sampai
kek habis jangan lupa sapukan susu pekat untuk melekatkan kek antara satu sama yang lain.
Kemudian padatkan kek dengan cara dimasukkan dalam loyang 20cm selama 2 jam.

Ulangi resipi membuat kek lapis untuk lapisan atas dan bawah.
Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8cm yang telah disapu mentega dan dialas
dengan kertas kuih.
Sendukkan 100gm pada setiap lapis pada suhu 150 C dengan api atas selama 6 minit atau
hingga keemasan.
Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan
sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.
Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke 7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit
susu pekat manis ( jangan terlalu banyak ) dan kemudian susun kek anyam yang telah disediakan
tadi. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan ( jangan terlalu ditekan ).
Kemudian sapukan atas kek anyam dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk 1
minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir.
Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
Sejukkan kek dan biarkan 2 jam sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong untuk dihidangkan.

KEK LAPIS BATA

Bahan Untuk "Bata" :


600gm mentega
100gm susu pekat manis
30 biji kuning telur
1 biji putih telur
275gm gula kaster
75gm tepung gandum
1 sudu makan ovalette
1 sudu makan rempah kek lapis

Bahan Coklat :
1 sudu makan pes coklat
2 sudu makan serbuk koko

50gm mentega dipukul


Jam strawberry, untuk disapu

Bahan Untuk Kek Lapis :


500gm mentega
75gm susu pekat manis
27 biji kuning telur
2 biji putih telur
275gm gula kaster
60gm tepung gandum
15gm tepung susu
1 sudu makan ovalette
sudu teh baking powder

Cara Untuk Membuat Bata :


Pukul mentega sehingga lembut dan kembang.
Masukkan susu pekat manis dan dipukul hingga sebati. Ketepikan.
Pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang.
Masukkan tepung dan rempah kek lapis yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.
Tuang campuran telur sedikit demi sedikit kedalam adunan mentega dan dikacau rata
menggunakan spatula.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan, pes coklat, serbuk koko dan
50gm mentega yang telah dipukul dan satu adunan lagi dibiarkan warna asal.
Tuang selapis adunan ( berat 175gm ) ke dalam loyang 22 x 22 x 4cm yang telah
disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C ( api atas ) selama 6 minit.
Tuang pula adunan warna asal ( berat 175gm ) ke atas adunan coklat tadi dan bakar lagi selama 6
minit.
Buat lapisan seterusnya sehingga adunan habis.

Buat kek yang sama pada loyang kedua tapi mulakan dengan adunan kuning dulu, kemudian
coklat, seterusnya sehingga habis.
Pada lapisan terakhir selepas membakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
Kek dipotong miring, kek dari loyang 1 dan 2 potongan miring harus sama tebalnya.
Tiap loyang potong miring 20 bahagian.
Siapkan kek lapis bata dan disapukan dengan jam strawberry dan dilekatkan dengan
hirisan kedua dari loyang kedua disebelahnya.
Sapukan dengan jam strawberry dan ulangi sehingga kek selesai. Ketepikan.
Mulakan untuk membuat kek lapis.
Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8cm yang telah disapu mentega dan
dialas dengan kertas kuih.
Sendukkan 100gm pada setiap lapis pada suhu 150 C dengan api atas selama 6 minit atau
hingga keemasan.
Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan
sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.
Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke 7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan jam
strawberry ( jangan terlalu banyak ) dan kemudian susun kek bata yang telah disediakan tadi
diatasnya. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan ( jangan terlalu ditekan ).
Kemudian sapukan atas kek bata dengan sedikit jam strawberry dan bakar dalam ketuhar untuk 1
minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir.
Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.
Sejukkan kek dan biarkan 2 jam sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong untuk dihidangkan.

KEK LAPIS BERCORAK COKLAT

Bahan-Bahannya :
300gm mentega
50gm tepung gandum
25gm tepung susu
200gm gula kaster

24 biji kuning telur


1 sudu makan susu pekat manis
sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette

Bahan Untuk Corak Coklat :


Pes coklat
1 sudu makan serbuk koko
25gm mentega dipukul

Cara Membuatnya :
Pukul mentega sehingga lembut dan kembang dan masukkan susu pekat manis.
Pukul lagi hingga sebati dan ketepikan.
Pukul kuning telur, gula dan ovalette sehingga kembang.
Masukkan tepung gandum dan tepung susu yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula
sehingga rata.
Tuangkan adunan tepung kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata
menggunakan spatula.
Ambil 100gm adunan dan campurkan pes coklat, serbuk koko dan mentega 25gm dan gaul rata.
Masukkan kedalam piping baga ataupun plastik segitiga.
Sendukkan 75gm adunan kuning ke dalam loyang berukuran 22 x 10 x 7cm yang telah disapukan
dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih dan bakar dalam ketuhar pada suhu
150 C ( api atas ) selama 6 minit.
Keluarkan dan tekan dengan acuan leper atau spatula dan sapukan dengan sedikit mentega di
atas permukaan kek.
Tuang lagi adunan kuning ( 75gm ) ke atasnya.
Picitkan adunan coklat di berbagai tempat ( titik-titik kecil ) dan bakar selama 6 minit.
Lapis lagi dengan adunan kuning dan bakar 6 minit.
Pada setiap dua lapisan picitkan adunan coklat.
Pada lapisan terakhir selepas bakar menggunakan api atas selama 6 minit, bakar lagi 15 minit
menggunakan api bawah.
Sejukkan kek sebelum mengeluarkannya dari loyang untuk dhidang.

KEK LAPIS KOPI KEJU

Bahan-Bahannya :
10 biji kuning telur
75gm gula pasir
30gm tepung terigu
20gm tepung susu
75gm mentega dicairkan
50gm keju cheddar diparut

Bahan Untuk Lapisan Kopi :


15 biji kuning telur
125gm gula halus
sudu teh baking powder
25gm tepung jagung
25gm tepung susu
250gm mentega
25gm susu pekat manis
1 sudu teh ovalette
Paste kopi
Susu pekat manis / jam strawberry untuk sapu

Anda mungkin juga menyukai