Anda di halaman 1dari 11

kek lapis evergreen

Bahan-bahan ( loyang berukuran 7 inch )


10 biji telur ayam gred A (asingkan putih dan kuningnya)
16oz/500g mentega (dibahagi dua)
1 gelas gula kastor (ini sukatan dyg, dh kurangkan 1/2 gelas dp resepi asalnya krn xnk
manis tp kalau add 1/2 gelas pun kira ok gak)
1/2 tin susu pekat manis
1 peket kecil horlicks
2 senduk nasi biskut marie kisar(diayak)
1/2-1 botol kecil pandan paste koepoe-koepoe (kalau xde, guna pandan emulco cap
Nona sbyk 3 sudu besar)
1 gelas tepung gandum
Cara-cara
1. Lapisan Hijau : Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dlm mangkuk berasingan
1/2 gelas gula kastor dan 8oz/250g mentega dipukul sampai putih dan barulah
disatukan dgn kuning telur td. Kacau rata2. Kemudian masukkan horlicks, tepung roti
marie dan pandan paste dan kacau sampai sebati.
2. Lapisan Putih : Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lg.
Di dlm mangkuk berasingan, pukul mentega selebihnya dgn susu manis sampai putih
dan barulah disatukan dgn putih telur. Putar dgn kelajuan sederhana. Akhir sekali
masukkan tepung gandum dan kacau rata2.
3. Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira2 3 senduk nasi) dan apabila masak(lbh
kurang 10 min), tuangkan adunan/lapisan putih (3 senduk nasi) di atasnya. Buatlah
berlapis-lapis sehingga habis. Pastikan loyang ditutup kemas dgn kertas foil ketika
mengukus.
Kek Lapis Payung Negara
Bahan-bahan ( 8 1/2" x 8 1/2" loyang )
450 gm mentega
10 biji telur ayam
1 1/2" gelas tepung gandum
1 1/2" gelas gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 tin kecil susu pekat manis
1 cawan jem (aku pakai bluberry)
1 cawan milo
1 cawan horlicks
1 tin sederhana kaya
Cara-cara
1. Pukul mentega & gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu & pukul hingga betul kembang
3. Masukkan tepung, vanila, susu & gaul hingga sebati
4. Bahagi kan adunan kepada 4 bahagian
5. Bahagian 1 campur dengan jem
6. Bahagian 2 campur dengan horlicks
7. Bahagian 3 campur dengan milo
8. Bahagian 4 campur dengan kaya
9. Kukus lapisan jem baru diikuti lapisan yang lain sehingga habis...
10. Untuk tahan lama simpan dalam peti sejuk.
Kek srikaya tebal
Bahan-bahannya :-

10 biji telur
3 botol kecil pandan paste
1 tin susu manis
1 botol horlick
2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
16 oz mentega
1 tin srikaya

Cara Membuatnya :-

Mentega dan gula dipukul sampai kembang. Masyukkan kaya, susu, horlick, pandan paste dan
tepung gandum. Gaulkan hingga rata. Masukkan telur satu persatu. Gaulkan lagi sehingga rata dan
sebati. Kukus adunan sampai masak.

KEK HOLIDAY INN

Bahan-bahannya :-

10 biji telur
16 oz mentega
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
2 gelas horlick
1 tin susu manis
1 botol kecil browning

Cara Membuatnya :-

Gula dan mentega dipukul sampai kembang. Masukkan tepung gandum, horlick, susu dan browning.
Gaulkan rata dan sebati. Kukus sampai masak.

Kek kukus hawflake
Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk
mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn
senduk atau spatula hingga sebati.
3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup
hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah
dipanaskan dulu.
4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan
yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan
dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika
suka...
6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas
redai kek supaya sejuk.
7. Inilah hawflakes yang sebesar syiling 50 sen...
8. Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh
2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian
adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.
9. kek lapis choc kukus...
Kek lapis cream cracker cheese
Bahan-bahan ( 5-7 orang )
1 kotak kecil cream cheese philadelphia
300ml nestle cream
2sb mentega
3sb gula
Biskut cream cracker
Cara-cara
1. Pukul semua bahan-bahan di atas sehingga sebati & lembut kecuali biskut cream
cracker.
2. Sediakan loyang. Pastikan loyang dilapis dengan wrapping cling film, atau kertas
minyak untuk memudahkan kek dikeluarkan bila dah siap nanti.
3. Susun biskut cream cracker di dalam loyang. Setelah itu lapiskan dengan adunan no.1
tadi. Ulangi step ini sehingga adunan no.1 habis.
4. Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Selepas itu, keluarkan kek dari
loyang. Kek sedia untuk dimakan bila dah dipotong.
5. ** Sorry x dapat upload gambar buat masa ni. Besok gi ofIs br dpt upload! Hihiii
kek Lapis coklat yam
Bahan-bahan ( sekeluarga )
8 biji telur
2 1/2 gelas gula
2 1/2 gelas tepung gandum
2 gelas susu tepung
1 gelas holicks
250gm mentega
perisa yam(Yam paste)
perisa coklat(Browining sugar)
Cara-cara
1. pukul mentega dan gula hingga kembang masukkan telur satu persatu kacau hingga
adunan sebati.
2. masukkan tepung gandum,kacau lagi biar sebati. masukkan susu tepung dan holicks.
3. kacau lagi hingga adunan nampak pekat dan sebati. kemudian bahagikan kepada 3
bahagian A) satu bahagian dicampurkan dengan perisa yam(Yam paste) B) satu
bahagian dicampurkan dengan coklat(browning sugar) C) satu bahagian lagi dibiarkan
kosong(perisa asli)
4. kukus selapis selapis hingga adunan habis. warna coklat dulu,kemudian warna asli
dan di ikuti perisa yam...~selamat mencuba~
kek Lapis Pandan coklat
Bahan-bahan ( sekeluarga )
10 biji telur
1 tin susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya
1 gelas gula halus
2 1/2 gelas tepung gandum
2 sudu teh baking powder
400gm mentega
1 sudu teh browning sugar / perisa coklat
1 bekas kecil serbuk koko
2 gelas susu tepung
pewarna hijau & perisa pandan
Cara-cara
1. pukul mentega & gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.Kacau hingga sebati.
3. sesudah itu, masukkan tepung gandum & baking powder.Kacau lagi,bila adunan
sudah sebati masukkan pula susu pekat manis, seri kaya & susu tepung.
4. bahagikan adunan kepada 2 bahagian..
5. Bahgian A) campurkan dengan serbuk koko & browning sugar@ perisa coklat.
6. Bahagian B) campurkan dengan perisa pandan & pewarna hijau.
7. sediakan loyang, kukus warna coklat dulu kemudian di ikuti dengan warna
hijau..ulang proses yg sama hingga habis.
8. *# kukus setiap lapisan dlm masa 5minit*#
9. selamat mencuba~~
Kek Lapis Goyang Dangdut
Bahan-bahan ( loyang 8x8x3.5 )
10 biji telur ayam
16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn
1 tin susu manis = 390gm
1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)
3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf
1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm
pewarna kuning dan cokelat
Kek Lapis Keladi


Ramuan :-

- 4 biji telur grade A
- 250gm tepung sponge mix
- 1 sudu besar ovalette
- 60 ml air
- 60 ml mentega cair
- 1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara Penyediaan Kek:-

- Panaskan oven terlebih dahulu
- Masukkan sponge mix, telur, esen vanila dan ovallete dalam bekas dan pukul hingga
gebu dan pekat.
- Tuangkan air dan mentega cair serta pukul lagi.
- Sediakan acuan 8x8 yang telah disapu minyak.
- Masukkan adunan ke dalam acuan.
- Bakar selama 35 minit, sekiranya kek dicucuk dengan lidi tidak melekat
menandakan kek telah masak.
- Apabila kek sudah masak terbalikkan dan letak di atas redai biar sehingga sejuk.

Ramuan Kastard :-

- 200 ml santan kotak
- 850 ml air
- 230 gm gula
- 10 gm serbuk jelly
- 1 sudu besar paste keladi
- 100 gm tepung hoen kwee (warna putih)
- 1/8 sudu garam

Cara-Cara Penyediaan :-

- Masukkan kesemua bahan kastard ke dalam periuk.
- Ttenggek di atas api, kacau adunan sehingga pekat dan likat.

Cara-Cara Melapis Kek:-

- Kek span dipotong kepada dua lapisan. Ketepikan.
- Sediakan acuan yang digunakan tadi berukuran 8x8 inci.
- Seelok-eloknya guna acuan yang senang ditanggalkan.
- Masukkan lapisan kek ke dalam acuan kemudian sendukkan lima adunan kastard
letak di atas kek serta ratakan.
- Ambil satu lagi kek letakkan di atas adunan kastard dan tekan sedikit.
- Tuangkan adunan kastad dan ratakan di sekeliling kek hingga habis.
- Masukkan dalam peti ais supaya senang untuk mengeluarkan kek dari acuan.
- Apabila sudah sejuk keluarkan dan taburlah dengan kelapa kering.
- Kek hendaklah disimpan di dalam peti ais. Jika tidak ia akan basi sebab adunan
kastard menggunakan santan.

Agar-agar Pandan Lumut


Ramuan :-
- 25 gm agar-agar
- 1 1/2 cawan gula
- 4 biji telur
- 200 ml santan kotak
- Segenggam gula batu
- 5 gelas air
- 1 sudu kecil warna hijau
- 1 sudu kecil warna perisa pandan
- 1 sudu kecil garam

Cara-Cara Penyediaan :-

- Rendam agar-agar terlebih dahulu. Buangkan air rendaman agar-agar.
- Masukkan lima gelas air, gula batu dan gula pasir, tenggek di atas api sehingga gula dan
agar-agar hancur.
- Pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan santan.
- Masukan pewarna hijau, perisa pandan dan garam.
- Curahkan bahan telur tadi ke dalam periuk agar-agar dan kacau sehingga rata.
- Biarkan agar-agar mendidih selama 15 minit dengan api sederhana perlahan.
- Sediakan acuan yang telah dibasahkan, baru tuangkan agar-agar.
- Biarkan agar-agar sejuk barulah dipotong.

Agar2 citarasa
Bahan-bahan ( 5 )
25 gm agaragar
600 ml air
3 sudu makan tepung kastard
125 ml susu pekat
250 ml santan
240 gm gula
1 biji telor
Pewarna kesukaan (pandan)
Pewarna Strawberry
240 gm serbuk nescafee
Cara-cara
Masak agaragar bersama dengan air & gula. Masak sehingga agaragar larut
sepenuhnya.
Tuangkan tepung kastard dan susu. Diikuti dengan santan dan telor. Kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 3. Satu bahagian campur dengan serbuk nescafee, pewarna
strawberry & pandan. Kemudian tuangkan ketigatiga adunan dalam satu bekas. beku
dan dinginkan.

pudding cendol
Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam
Cara-cara
1. Bagi Lapisan Bawah
2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk
acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah
lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
5. Bagi Lapisan Atas
6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula
hancur. Tapiskan air gula.
7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan
garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
9.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk
dengan garpu di serata adunan.
10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan
dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Kek Buah (Tanpa Telur)

Bahan-bahan (saiz adunan kecil)

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan buah campuran kering
125g mentega
cawan gula (boleh guna gula perang utk kek lebih gelap dan tambah cawan lagi gula jika suka
manis)
1 cawan air
sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan kecuali tepung dan soda bikarbonat ke dalam periuk.
Masak atas api perlahan sehingga mendidih dan biarkan suam (pastikan betul suam).
Setelah suam, masukkan soda bikarbonat dan kacau rata.
Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan dan buat lubang di tengah. Tuangkan adunan yang telah
suam ke dalamnya.
Kacau adunan hingga rata dan sebati.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dan dialas dengan kertas minyak.
Bakar dengan api sederhana atau sehingga masak (boleh gunakan cake tester).

APAM MODEN
Oleh: Zunainah Paiman

BAHAN A:

1/2 cwn gula (bole gantikan cawan dgn gelas atau mangkuk..jika besar sukatan cawan, adunan lbh
bnyk)
1/2 cwn air..
*masak gula sehingga perang dan campurkan dengan air..masak sehingga gula larut(bole masukkan
daun pandan tuk lebih wangi)...angkat dan sejukan..

BAHAN B:

2 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 s/k soda bicarbonat
1 s/k esen vanilla
1 cwn gula pasir
1 cwn susu cair..

CARA2: Pukul telur dan gula sehingga kembang n gebu(blender je)..masukkan susu cair dan esen
vanila...blender sbntr...
masukkan tepung yg telah diayak bersama soda bicarbonat..kedalam mangkuk dan tuangkan adunan
yg telah diblender sedikit2 sambil dikacau rata dan sebati...
masukkan bahan A dan dikacau sehingga sebati
masukkan adunan dlm loyang yg telah disapu minyak@majerin...
panaskan kukusan dahulu...
siap bole lah dikukus selama 45 minit - sehingga masak.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
source : hanamemories
cc: http://izatdaut.blogspot.com/

Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar
1 cawan gula
1100 ml air
170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat *izah jadikan 200ml
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan
timbul dan berbintil2.
Tuang kedalam loyang atau acuan.
Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.
KEK COKLAT KUKUS
Resepi : HanismajiDmyr
Sumber rujukan : Mas Duniaku
Oleh: http://izahdaut.blogspot.com/

Bahan :

2 cawan tepung blue key
1 cawan gula - izah guna gula perang
1 cawan susu pekat manis - izah kurangkan
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara membuatnya :
Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu. Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar... Kacau
dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi Bila semua
bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye.... Then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil
nanti lebih halus dan cantekkkk. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan
ditabur tepung Kukus selama 40 minit , Mas kukus 1 jam dah siap...kalo nak letak topping lagik
best....

Anda mungkin juga menyukai