Anda di halaman 1dari 8

Kek hati parek.

Bahan-bahan ( acuan kek 7 x 7 )

250g butter 5 biji telur ayam 2 gelas gula halus 100g horlick 1/2 tin susu manis 2 gelas tepung gandum 400g kismis hitam(digaul bersama 1 gelas tepung gandum) 2 botol browning sugar 1 sudu teh baking powder

Cara-cara
1. pukul gula dan telur hingga kembang,masukkan butter dan pukul hingga kembang.kemudian masukkan susu,horlick dan gaul rata.Masukkan kismis yang telah di potong halus dan digaul bersama tepung,gaul rata dan kemudian masukkan 2 gelas tepung gandum yang di campur baking powder.Gaul rata,selepas itu masukkan browning ke dalam adunan tadi dan di gaul sebati.Akhir sekali,masukkkan adunan tadi ke dalam acuan dan kukus selama 4 jam.selamat mencuba.

Kek Hati Pari adalah salah satu kek tradisional Sarawak yang lazat. Bahan-bahannya mudah tetapi penyediaannya makan masa. kek hati parek 2 Bahan-bahan: 9 gelas tepung gandum 3 sdt soda bikarbonat 600 g kismis hitam 16 oz mentega tin susu pekat manis 6 biji telur gred A 4 biji kuning telur gred A 8 sb gula hitam/brown sugar 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas) Cara Penyediaan: Panaskan pengukus. Gris loyang kek 9 dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan. Hiris halus atau tumbuk kismis hitam. Ambil segelas tepung gandum yang telah diayak dan gaul bersama kismis. Ketepikan. Masukkan mentega dan susu ke dalam mangkuk adunan, putar sehingga putih. Ketepikan. Masukkan telur, kuning telur dan gula ke dalam mangkuk adunan lain, putar hingga kembang dan berkrim. Satukan kedua-dua adunan yang telah diputar dan putar bersama sehingga sebati. Masukkan baki tepung (8 gelas) ke dalam adunan yang telah sebati dan gaul hingga mesra.

Masukkan gula hitam/brown sugar dan gaul lagi hingga sebati. Akhir sekali, masukkan kismis yang telahh digaul tepung dan gaul lagi hingga rata. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah digris dan tutup kemas dgn kerajang aluminium (untuk elakkan air kukusan masuk ke dalam kek). Masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus selama 8 jam dengan api sederhana. Periksa pengukus setiap sejam. Tambahkan air panas/air suam pada kukusan jika air berkurangan. Untuk kek tahan lebih lama, bakar kek selama 10-15 minit pada suhu 170C.

Kek Belacan (Kukus)


sumber : HaSue sumber II: DayangJack Bahan2:

16oz mentega 10 biji telur 1 gelas gula halus (DJ guna 1/2 gelas jer) 1 tin susu pekat manis 1 tin kecil serikaya 1 tin kecil nestle cream 1 peket kecil horlicks 2 gelas tepung gandum Browning sugar secukupnya (jika susah nak dapat, sila rujuk DI SINI untuk cara-cara membuatnya) satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas) 1 sudu besar serbuk koko 1 sudu teh esen vanila

Cara2: 1. Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti 2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu 3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya) 4. Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati 5. Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan 6. Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan. 7. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.

8. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati 9. Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung 10. Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam 11. Sejukkan sebelum dipotong.

Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2012/06/kek-belacan.html#ixzz23UcmbfK6 Under Creative Commons License: Attribution


KEK LAPIS GOYANG DANGDUT Resepi:rahman_bestari@myresipi.com By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com Bahan-bahan ( loyang 8x8x3.5 )-hasue buat setengah adunan dan guna loyang 8.5"x4.5" 10 biji telur ayam 16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn-hasue guna westgold-unsalted 1 tin susu manis = 390gm 1 tin tinggi srikaya = 300gm (saya guna jenama Nona)-hasue guna brand yeo's 3 gelas tepung susu = 480gm (saya guna tepung susu Fernleaf-hasue guna nespray dan ayak 1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm - juga diayak untuk tekstur halus pewarna kuning dan cokelat-atau warna pilihan Cara-cara 1 Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang. 2 Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata. 4 Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana (dgn mixer) 3 Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu. 5 Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi. 6Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati. 7Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 8Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat. 27Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri. (saya gunakan satu cawan untuk setiap lapisan). Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan) Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis. 11* Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.

12* Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek. * Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.

Kek Lapis Kasih Ibu Bahan2:


340g mentega 165g gula halus 1/2 tin kecil susu manis 1 sudu teh esen vanila 6 biji telur ayam (gred A) 170g tepung hongkong/tepung gandum 180g seri kaya(tin kecil) Pewarna-hijau dan merah jambu / atau pewarna pilihan

Cara membuatnya: 1. Panaskan pengukus, oles loyang dengan mentega dan tabur tepung dengan rata(tepuk2kan loyang sekeliling supaya tepung rata,buang tepung selebihnya) 2. Mentega dipukul bersama gula halus sehingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan yang perlahan. 3. Setelah itu masukkan esen vanila,tepung,susu dan serikaya. Pukul sehingga sebati dan padamkan mesin. 4. Dengan menggunakan senduk,gaul adunan agar benar2 sebati sehingga dasar bekas. 5. Bahagi kepada 2 bahagian,warnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan merah jambu. 6. Masukkan satu cawan warna hijau dan kukus sehingga hampir masak(cukup sekadr permukaan hampir kering(masih berwap) dan jangan tunggu sehingga menggelembung) 7. Lapiskan dengan satu cawan adunan berwarna merah jambu..(Boleh susunkan asam manis jika suka.)Ulangi langkah ini sehingga adunan habis. 8. Kukuslah sekurang2nya satu jam setelah lapisan terakhir. Selamat mencuba.. :)

Kek Lapis Choco-Horlicks Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com Bahan2: 250g mentega tulen 1/2 cawan gula halus 5 biji telur gred A 1/2 tin susu pekat manis 70g horlicks 30g serbuk koko 1 sudu teh esen vanila 1/2 cawan tepung hongkong/gandum Cara2: 1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak. 2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim 3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi) 4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan 5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian 6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati. 7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek. 8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

Kek Coklat Keju Marble Resepi Asal: Mai@Ohresepi.com(link akan cuba disertakan kemudian) By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2: 180g mentega 170g gula halus -hasue letak 150g 3 biji telur gred A(berat lebih kurang 60g sebiji) 20g serbuk koko- hasue letak 50g* 120g tepung halus/tepung hongkong* 1 sudu teh baking powder* -bahan2 * diayak bersama 2 sudu besar susu cair-hasue tambah 1 sudu teh esen vanila-hasue tambah Bahan B 250 cream cheese(jenama philadelphia atau apa2 jenama halal) 60g gula halus 1 camca teh esen vanila 1 biji telur gred A

Cara2 membuatnya: 1. Panaskan oven pada suhu 160c. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak/baking paper. 2. Putar mentega dan gula hingga putih dan berkrim 3. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga kembang dan gula hancur/sebati. 4. Perlahankan speed masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan susu cair dan gaul rata dengan spatula. 5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan krim keju,esen vanilla dan gula. Putar sehingga sebati. 6. Masukkan telur dan putar sehingga gula hancur dan adunan berkrim 7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang,ratakan. 8. Tuang pula kesemua adunan krim keju dan ratakan. 9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan. -hasue guna piping bag,guntingkan hujungnya dan picit
rata dipermukaan adunan krim keju agar senang nak ratakan adunan.

10. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong..Selamat mencuba!

KEK KELASI MABUK Sumber Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2nya 450g mentega berkualiti tinggi 200 gm horlick 14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan) 1 gelas gula (150g) 1-1/2 gelas tepung gandum (150g) 2 sudu teh esen vanilla 1 botol pandan paste Caranya Adunan Hijau: Pukul telur dan gula hingga kembang. Masuk butter, pukul hingga putih. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau. Bahagikan kepada dua bahagian. Adunan Putih: 8 biji putih telur 10 sudu besar gula halus 4 sudu teh tepung gandum 6 biji limau kasturi Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah). Masukkan tepung. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata. Cara Mengukusnya: 1. Kukus 1 bahagian hijau dalam jam. 2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama jam. 3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit. 4. Guna acuan 9x9inci. Note: Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik

Kek Pilih Kasih Bahan-bahan ( 8" x 8" x 3" ) 10 Biji telur 2 gelas tepung gandum >disyorkan 1 1/2 gelas shj utk kek lebih lembap 1 gelas gula halus 450gm Butter (golden churn) 1 gelas horlicks 1 tin susu pekat / krimer 5 sudu makan milo 1 gelas bijan - di sangan dulu 2 gelas kacang tanah - disangan + dikisar 2 sudu makan browning sugar >hasue tambah 1 sudu kecil esen vanila Cara-cara 1. Gula dan butter di pukul hingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu 3. kemudian masukkan esen vanila,tepung,susu pekat dan gaul rata. 4. Masukkan horlicks dan milo dan di gaul rata. 5. Masukkan kacang tanah dan bijan dan gaul hingga sebati. 6. Akhir sekali masukkan browning sugar dan adunan di masukkan dlm loyang yang telah di alaskan dgn kertas minyak dan dikukus selama 4 jam 1/2

Anda mungkin juga menyukai