Anda di halaman 1dari 5

Kek Holiday Inn

Bahan
10biji telur
16 oz mentega (Cap Golden Churn) yang lain x sedap
1 tin susu manis
1 tin kecil milo (1 bungkus refill yang kecil sekali)
1 botol kecil horlick (1 bungkus refill yang kecil sekali)
1 gelas gula caster (blend gula dan ayak pun boleh)
2 gelas tepung roti marie (Roti marie = biskut marie), patahkan, blen dan ayak
1 sudu teh vanilla.
pewarna kuning.

Caranya
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan pukul lagi
hingga kembang.
2. Masukkan tepung roti sedikit-sedikit dan kacau rata dan kemudian masukkan susu manis dan vanila
kacau lagi hingga rata.
3. Bagi adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian dicampur dengan milo.
Satu bahagian lagi dicampur dengan horlick dan warna kuning.
4. Kukuslah adunan milo dulu hingga masak bila masak angkat dan masukkan adunan horlick kukus lagi
hingga masak. Buatlah begini sehingga habis. --> Part ni kita tukar kepada
4. Sapukan loyang kuih dengan sedikit mentega kemudian, taburkan tepung dan ratakan --> ini untuk
memudahkan proses mengeluarkan kek dari loyang bila dah sejuk nanti..
5. Panaskan oven menggunakan api atas sahaja pada suhu 200 darjah celcius
5. ambil segelas adunan milo dan ratakan di dalam loyang, kemudian bakar lebih kurang 5 minit. Cucuk
dengan lidi, jika tidak melekat, bolehlah dikeluarkan. (tetapi lapisan pertama selalunya perlu dimasak
lebih lama..)
6. Jika sudah masak lapisan pertama, ratakan permukaan kek dengan cake iron (jika ada), cake iron ni
adalah satu aluminium leper..tapi optional jer..
7.kemudian, dengan gelas lain, sukat segelas adunan horlick dan lapis...bakar sehingga masak..dan
buatlah begitu berselang seli sehingga habis kesemua adunan.
8. Setelah masak, bakar gunakan api bawah dan atas selama lebih kurang 3-5 minit.
9. Setelah itu, sejukkan

kek tersebut dan sedia untuk dihidangkan...herm...


KEK LAPIS EVERGREEN

bahan-bahan : Loyang 8" x 8"


 10 biji telur gred A
 450 g mentega berkualiti tinggi
 200 g tepung hongkong/gandum
 100 g serbuk horlicks
 160 g gula halus (sudah dikurangkan)
 1 botol kecil pandan paste
 1 sudu besar ovallette
 340 g susu pekat manis
 1 tin kecil serikaya
 100 g serbuk santan
 1 sudu kecil esen vanilla

Cara -cara :
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih
berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
4. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
6. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan
sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
7. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan
menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
8. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga
keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
9. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum
dipotong.
10. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan
dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke
dalam peti sejuk.
Kek Lumut dah otw..syukur2
Resipinya
10 biji telur
16oz Golden Churn butter
Gula perang 200gm
Horlick paket kecik - habiskan
Sekaya tin 2nd kecik
Susu manis tin 2nd kecil di bahagi dua (coz takut over manis)
Tepung roti marie 250gm
Pewarna hijau sebotol habiskan
Cara2nya
1. Pukul gula dan butter hingga putih (kembang)
2. Masuk kan telur satu persatu
3. Masukkan srikaya, susu manis, horlick, pukul rata
4. Masukkan tepung roti marie
5. Last sekali pewarna, gaul kan sampai sebati
6. Kukus 2 1/2 jam
Gud luck 😍 😍 😍 😍
Kek Lumut Cheese Versi Bakar Resepi :

Norsamila Hasan / Resepi Mama Kent

Bahagian Kek

10 biji telur

1 gelas gula halus

1 gelas horlicks

1 gelas susu tepung nespray

1/4 gelas susu manis

1 gelas tepung gandum / tepung hong kong

450 gm mentega

1 sudu teh esen vanila

1 botol kecil pandan paste sedikit pewara hijau

Cara-Cara Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil digaul
rata. Masukkan susu, horlicks, susu tepung, tepung, pandan paste dan pewara hijau. Gaul sampai
rata atau pukul lagi. Bahagi kepada dua.

Bahagian Cheese

750 gm cream cheese

1 sudu teh esen vanilla

3 biji telur

4 sudu tepung gandum atau tepung hong kong

180 gm gula

Cara-Cara Campurkan kesemua bahan-bahan dan pukul sampai kembang. Cara Melapis Bakar
pada suhu 180C. Ikut kepanasan oveb masing-masing Bakar menggunakan api atas dan bawah
untuk lapisan pertama selama 10 minit ( kena jenguk selalu supaya tidak hangit ) Selepas itu untuk
lapisan ke-2 guna api atas sahaja selama 10 minit atau kek kelihatan keperangan. Selepas
keluarkan kek dari oven, kek harus ditekan dengan perlahan menggunakan penekan kek dengan
perlahan-lahan supaya kek rata. Dimulakan dengan lapisan hijau hingga habis. Kemudian lapisan
cheese hingga habis. Kemuduan lapisan hijau hingga habis.

Anda mungkin juga menyukai