Anda di halaman 1dari 66

KEK BATIK BIRU Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin susu manis 1 tin serikaya 1 gelas horlick

1 gelas tepung gandum kg roti tunjuk sedikit warna biru Cara membuatnya; Pukul mentega bersama gula halus hingga sebati. Kemudian, masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang. Masukkan tepung gandum, horlick dan serikaya. Gaul hingga sebati. Tuangkan adunan kek ke dalam kuali dan gaul rata. Kacau di atas api yang sederhana. Apabila nampak pekat, masukkan roti tunjuk tadi. Biarkan sejuk selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tekan.

KEK LONDON Bahan-bahannya; 12 biji telur ayam 1 gelas milo 50 gm susu manis 1 gelas horlick 2 gelas tepung gandum 12 oz mentega 1 gelas gula halus Cara membuatnya; Telur dipukul dengan gula sampai kembang. Masukkan tepung gandum. Gaul rata. Lepas itu masukkan mentega yang sudah dicampur dengan susu manis tadi. Bahagi kepada 3 bahagian. (i) Milo (ii) Horlick (iii) Asal Kukus adunan horlick dahulu. Lepas itu, adunan milo dan seterusnya warna asal. Kukus berlapis-lapis hingga habis.

KEK LAPIS TIKAR GETAH Bahan untuk membuat lapisan bawah; 6 biji telur ayam 120 gm gula 130 gm tepung gandum 30 gm tepung jagung sudu makan ovalette 3 sudu susu pekat Cara membuatnya; 1. Mentega, gula dan susu dipukul hingga kembang 2. Pukul telur di tempat yang berasingan hingga kembang. Masukkan ovalette. 3. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, horlick dan gaul hingga sebati. 4. Akhir sekali, masukkan adunan yang telah sebati ke dalam adunan mentega tadi. Gaul hingga rata. 5. Masakkan selapis demi selapis ( disyorkan inci untuk setiap lapisan) dalam acuan 8 inci. Disyorkan juga 3 hingga 5 lapisan untuk lapisan atas dan bawah. Bahan inti; 10 biji telur ayam 250 gm gula halus 250 gm tepung gandum 16 oz mentega 1 sudu makan ovalette 6 sudu makan susu pekat botol horlick (medium) Cara membuatnya; 1. Mentega dan susu dipukul hingga kembang. Masukkan ovalette. 2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, horlick dan gaul sebati. 3. sediakan tiga warna untuk membuat lapisan. (mengikut citarasa anda sendiri) 4. setiap warna dibakar dalam acuan 8 inci pada ketebalan inci. Setiap lapisan dimasak dalam acuan berasingan pada setiap warna. Sejukkan dan potong mengikut corak ang anda suka. Untuk mencantum, gunakan strawberry ataupun serikaya. 5. setelah siap lapisan, bakar dalam satu acuan selama jam. Sejukkan sebelum dipotong.

KEK LAPIS PANDAN STRAWBERRY Bahan-bahannya; 18 biji telur ayam (ambil 7 putihnya) 500 gm mentega 280 gm gula halus dibahagi dua 150 gm tepung hongkong 4 sudu makan susu pekat 1 sudu makan ovalette sudu the esen vanilla 2 sudu makan perasa pandan Pewarna hijau epal dan merah jambu Cara membuatnya; Aduanan 1; Mentega, susu pekat, esen vanilla dipukul hingga kembang. Adunan 2; Pukul kuning telur separuh kembang. Masukkan sebahagian gula dan ovalette. Kacau sebati dan campurkan kedua-dua adunan. Adunan 3; Putih telur dipukul hingga putih dan pekat. Masukkan sebahagian lagi gula dan pukul hingga pekat. Tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan mentega. Kacau hingga sebati dan rata. Bahagi kepada 2 bahagian. (i) Campur perisa strawberry dan warna merah jambu (ii) Campur perisa pandan dan warna hijau epal. Bakar selapis demi selapis sehingga habis. Dimulakan dengan lapisan merah jambu.

KEK ZIG-ZAG Bahan-bahannya; 25 biji telur ayam ( 5 biji dibuang putihnya) 32 0z mentega (2 tin) 1 tin susu manis (medium) 1 gelas tepung naik sendiri 3 gelas gula halus 1 sudu the ovalette

4 gelas tepung gandum 1 cawan horlick 1 tin serikaya (kecil)

Cara membuatnya; Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Gaul sebati. Masukkan tepung, kaya, horlick, ovalette dan susu. Gaul rata. Adunan dibahagi kepada 3 bahagian: (i) Merah (ii) Hijau (iii) Kuning Bakar lapisan merah dulu. Apabila masak, tekan dengan acuan zig-zag. Masukkan adunan hijau, tekan lagi. Buat sehingga habis. KEK BUMIKO Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin susu manis 1 gelas gula halus 2 gelas tepung roti marie 1 botol horlick 1 tin kecil serikaya 1 sudu teh vanilla Pewarna hijau, merah dan kuning Cara membuatnya; Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu. Putar hingga sebati. Setelah sebati, masuk tepung roti marie dan susu. Putar lagi. Selepas itu masukkan horlick, serikaya dan vanilla. Putar hingga rata. Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan. Kukus berlapis-lapis.

KEK MADU BERKACANG Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 cawan madu Australia 1 tin susu manis

1 cawan kacang tanah ditumbuk 2 gelas tepung gandum 1 tin sederhana besar serikaya 4 sudu besar Nescafe 4 sudu teh browning sugar Cara membuatnya; Pukul telur hinga kembang. Masukkan susu. Gaulkan mentega dengan serikaya, kemudian masukkan susu. Satukan kedua-dua adunan. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Bahagikan kepada 2 bahagian. (i) Hijau (ii) Nescafe dan browning Masukkan adunan hijau dahulu. Kukus sampai masak dan tabur kacang di atasnya. Masukkan adunan coklat. Buat begitu sampai habis. KEK MILLINEUM 2000 Bahan-bahannya; 12 biji telur ayam (4 biji dibuang putihnya) 12 oz mentega 140 gram mentega 140 gram gula tin susu manis 350 gram tepung roti marie 60 gram golden syrup 1 sudu teh fruit paste 1 sudu teh strawberry emulco 1 sudu makan ovalette 5 sudu makan coklat mutella 1 tin kecil serikaya 200 gram horlick Cara membuatnya; Adunan 1 Gaul mentega dan susu manis hingga rata. Adunan 2 Telur, kaya, gula, horlick, tepung roti marie, golden syrup dan ovalette dipukul hingga kembang dan pekat. Campur adunan 1 & 2. Gaul rata dan sebati. Bahagi kepada 3 bahagian: (i) Warna coklat dan coklat mutella

(ii) Warna merah dan strawberry emulco (iii) Warna kuning dan fruit paste Bakar berlapis-lapis. Kuning, coklat dan merah. KEK TRAFFIC LIGHT Bahan-bahannya; 5 biji telur ayam 1 tin susu manis 1 tin serikaya 1 gelas tepung gandum 1 gelas gula halus 12 oz mentega 1 sudu teh esen vanilla Cara membuatnya; Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi dan masukkan susu. Kacau rata-rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Adunan dibahagikan kepada 3 bahagian: (i) Merah (ii) Hijau (iii) Kuning Kukus berlapis-lapis hingga habis. KEK DESAFAIR Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 1 gelas gula halus 1 tin susu manis 1 tin sederhana kaya 1 botol kecil horlick 16 oz mentega 1 sudu teh vanilla 1 gelas tepung gandum Warna hijau dan coklat (jika mahu) Cara membuatnya; Masukkan bahan ke dalam blender dan blenderlah sampai sebati dan rata. Masukkan ke dalam acuan dan kukus sampai masak selama 3 jam.

KEK MALAYSIA Bahan-bahannya; 4 biji telur ayam mangkuk mentega mangkuk gula halus 1 mangkuk tepung gandum 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh koko sedikit kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk Sedikit kismis Sedikit badam Cara membuatnya; Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis. Setelah itu masukkan tepung gandum dan koko yang telah diayak serta kacang goreng. Masukkan juga buah badam, kismis dan vanilla. Kacau sebati. Ambil acuan kek dan sapukan mentega serta taburkan tepung gandum. Panaskan acuan sebentar. Bakar dengan api sederhana. Apabila kelihatan naik barulah ditukar api atas. KEK LAPIS TAK TERASA Bahan-bahannya: 10 biji telur ayam 16 oz mentega 2 gelas tepung roti marie 1 botol kecil horlick 1 tin kecil milo 1 gelas susu Sedikit vanilla Cara membuatnya: Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis dan pukul lagi. Masukkan tepung roti marie dan gaul rata. Masukkan susu dan horlick dan gaul lagi. Kukus berlapis-lapis sampai masak KEK KAYANGAN Bahan-bahannya: 18 biji telur ayam (kuning sahaja) 12 biji putih telur 9 oz gula

21 oz margerin 16 oz tepung gandum ( tin mentega) 2 sudu besar susu pekat manis 1 camca the baking powder 1 camca teh vanilla Cara membuatnya: 1. 2. 3. 4. 5. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pukul margerin dan susu dalam bekas lain sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam adunan telur. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan vanilla. Masukkan adunan ke dalam acuan yang berukuran 8 dan bakar selama 10 minit dengan api 180c.

KEK LAPIS PAPERMINT Bahan-bahannya: 16-20 biji telur ayam (ambil putihnya) 5 oz mentega cair 12 oz gula halus 10 oz top flour 2 oz susu cair 1 sudu makan papermint 1 sudu makan ovalette 1 sudu teh garam Sedikit pewarna ungu Cara membuatnya; 1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang 2. Masukkan ovalette. Pukul lagi hingga pekat 3. Masukkan tepung dan gaul hingga rata 4. Akhir sekali, masukkan susu cair, garam, mentega cair dan papermint. Bahagikan kepada 2 bahagian: i. Warna ungu ii. Warna asal 5. Bakar berlapis-lapis hingga habis

KEK LAPISAN HONEY DEW Bahan-bahannya; 1 gelas gula halus 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin susu manis 1 tin kecil serikaya 1 botol horlick 3 gelas tepung roti marie 1 sudu teh vanilla 1 sudu teh ovalette 1 sudu teh madu 1 sudu teh perisa pandan Pewarna hijau, kuning & merah Sedikit kismis hitam dan tepung Cara membuatnya; 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang 2. Masukkan telur satu-persatu 3. Masukkan pula susu, serikaya, horlick, madu, ovalette dan vanilla. Kacau rata dan bahagikan kepada 2 bahagian: a. Bahagi kepada 2 bahagian lagi: i. Warna hijau dan perisa pandan ii. Warna kuning b. Masukkan warna merah dan kismis yang telah digaul dengan tepung 4. Kukus hijau dahulu, kemudian kuning dan akhir sekali merah. 5. Bakar sekejap

KEK TANGGA MARMAR Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin susu manis

1 gelas gula halus 1 tin jem buah 1 botol horlick 1 sudu teh vanilla 2 gelas tepung gandum Cara membuatnya; Adunan 1 Pukul telur dan gula hingga kembang Adunan 2 Pukul mentega dan susu hingga putih Campurkan kedua-dua adunan. Masukkan jem, horlick, vanilla dan tepung gandum. Bahagika kepada 3 bahagian: (i) Coklat (ii) Kuning (iii) Kuning 1. 2. 3. Kukus coklat dahulu. Apabila masak, potong kepada 14 bahagian/potongan. Kukus warna kuning (1 bahagian). Apabila masak susun potongan coklat tadi secara menyenget. Tuangkan warna kuning (1 bahagian) lagi. Kukus hingga masak.

KEK LAPIS LA NINA Bahan-bahannya; 25 biji telur ayam 4 biji putih telur 350 gram gula halus 450 gram mentega 300 gram tepung hongkong tin susu pekat botol horlick 1 sudu makan ovalette Perwarna kuning, hijau dan coklat Cara membuatnya; 1. pukul mentega dan susu hingga putih 2. Gula, telur, ovalette, tepung dan horlick dipukul hingga kembang. 3. Adunan dibahagi 3:

10

4. 5. 6.

a. Hijau b. Kuning c. Coklat Bakar warna kuning dahulu sehingga masak. Tekan dengan acuan gelombang. Masukan warna hijau. Bakar dan tekan lagi. Buat sehingga habis.

KEK KELASI MABUK Bahan-bahannya; 14 biji telur (diambil 8 biji putih telur) 1 gelas gula halus 16 oz mentega 1 gelas tepung gandum 2 sudu teh vanilla Sedikit pewarna hijau 1 tin kecil serikaya tin susu manis 1 gelas horlick Bahan untuk putihnya; 8 biji telur putih 10 sudu gula halus 4 sudu tepung gandum 6 biji limau kasturi diambil airnya Cara membuatnya; 1. Pukul telur dan gula hingga kembang 2. Masukkan mentega dan gaul lagi 3. Masuk tepung gandum, vanilla dan warna hijau. Gaul hingga sebati. 4. Masukkan serikaya, susu dan akhir sekali horlick. Bahagikan kepada 2 bahagian: 5. Kukus sebahagian dahulu. Apabila masak, kukus bahagian putih. Akhir sekali, kukus satu bahagian hijau lagi. KEK OSAMA Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 200 gram gula halus

11

250 gram tepung hongkong 1 sudu teh ovalette 4 sudu susu pekat 450 gram mentega 1 tin serikaya 20 gram cooking chocolate 1 sudu besar Nescafe 1 sudu besar perisa Sunkist Cara membuatnya; Adunan 1 Pukul telur, tepung hongkong dan ovalette hingga kembang Adunan 2 Mentega, susu dan serikaya dipukul hingga putih. Campur dan gaul kedua-dua adunan danbahagi kepada 2 bahagian. (i) Beri cooking choclate dan Nescafe (ii) Warna asal dan perisa Sunkist Bakar satu lapisan dahulu. Bila masak, tekan dengan acuan zig-zag. Buat sehingga habis. KEK LAPIS ROS BAIDURI Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 sudu teh vanilla 1 tin susu manis 1 gelas gula halus 2 tin besar serikaya 2 gelas tepung gandum Coklat Rice Pewarna kuning, merah & hijau Cara membuatnya; 1. Pukul mentega hingga kembang dan masukkan gula halus 2. Masukkan telur satu persatu. Masukkan susu dan serikaya. Gaul rata. 3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai habis. Pukul hingga kembang, bahagikan kepada 3 bahagian: i. Kuning

12

4.

ii. Merah iii. Hijau Kukus 2 senduk untuk setiap lapisan. Tabur coklat rice. Tekan dengan penekan kuih. Kukus hingga habis.

KEK BINTANG HATI Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin kecil serikaya 1 botol kecil horlick 1 gelas tepung gandum 1 gelas gula halus 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh vanilla tin susu manis 2 bungkus ceri merah (dipotong 2) Pewarna kuning Cara membuatnya; 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang 2. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata 3. Masukkan tepung dan kacau lagi 4. Masukkan baking powder, kaya, vanilla, susu manis, horlick, pewarna kuning dan buah ceri. Gaul sebati. 5. Masukkan ke dalam acuan 8. Kukus hingga masak. KEK SEVEN DLIGHT Bahan-bahannya; 12 oz mentega (2 tin) 2 botol kecil horlick 1 tin tinggi serikaya 1-2 bungkus manisan masam-masam manis 1 tin susu pekat manis 10 biji telur ayam (asingkan) 2 gelas gula halus Cara membuatnya; Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Pukul putih telur di tempat berasingan. Masukkan kuning telur ke dalam adunan mentega. Pukul hingga rata. Kemudian

13

barulah masukkan putih telur. Gaul rata dan sebati. Masukkan serikaya dan gaul lagi. Masukkan susu, horlick dan tepung gandum. Gaul hingga sebati. Bahagi kepada 7 bahagian: a. coklat cake (koko, coklat & 2 sudu browning) b. Strawberry cake (pewarna merah) c. Pewarna kuning d. Pewarna hijau (perisa pandan) e. Pewarna biru f. Pewarna oren (perisa oren) g. Pewarna ungu Apabila sudah diwarnakan ketujuh-tujuh bahagian tadi, ambil 5 sudu warna coklate. Bakat menggunakan api atas dan bawah. Setelah masak, masukkan adunan merah sebanyak 5 sudu juga dan bakarlah sampai masak. Kemudian warna biru. Apabila telah masak, susunlah manisan masam-masam manis tadi. Kemudian masukkan wana kuning. Bakar menggunakan api atas. Bila masak, susu semula lapisan masam-masam manis dan baker lagi warna hijau. Susun manisan dan bakar warna oren. Kemudian susun lagi manisan dan bakar warna ungu. Buat begitu hingga adunan habis.

KEK COKLAT KUKUS Bahan-bahannya: 16 oz mentega 10 biji telur ayam 2 gelas gula halus 2 gelas tepung gandum 1 botol horlick 1 tin kecil serikaya 4 botol plastic browning sugar 1 botol besar browning groovy Cara membuatnya: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang 2. Masukkan telur satu persatu hingga habis 3. Masukkan susu, kaya, horlick dan browning. Gaul rata. 4. Masukkan tepung sdikit demi sedikit. 5. Kukus hingga masak. KEK SPAN VANILA Bahan-bahannya: 200 gm gula halus

14

200 gm tepung gandum 5 biji telur ayam 20 gm ovalette 100 gm mentega cair 80 ml air Cara membuatnya: 1. Cairkan mentega dan sejukkan 2. Pukul semua bahan sehingga kembang kecuali mentega. 3. Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan menggunakan tangan sehingga larut. 4. Masukkan ke dalam acuan dan baker pada suhu 180c. Hiaskan atas kek dengan koktel buah-buahan di dalam tin dan sapukan dengan jelfix. KEK COKLAT GANACHE Bahan-bahannya: 800 gm tepung gandum 200 m serbuk koko 100 gm gula halus 100 gm ovalette 500 gm mentega cair 400 ml air 4 sudu teh serbuk penaik. Cara-cara membuatnya: 1. Cairkan mentega dan sejukkan. 2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer kecuali mentega cair. 3. Pukul hingga kembang dan masukkan mentega. 4. Gaul menggunakan senduk sehingga larut ke dalam adunan. 5. Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180c selama 45 minit. KEK BATIK DATIN LAILA Bahan-bahannya: gelas gula halus 4 sudu makan mentega 1 tin kecil kaya 5 biji telur ayam 1 gelas tepung gandum Cara-cara membuatnya:

15

Gula dan mentega dipukul sampai kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu sampai habis. Masukkan juga kaya sambil digaul rata. Akhir sekali, masukkan tepung.Kemudian bahagi kepada 3 bahagian. (i) Merah (ii) Hijau (iii) Ungu Kemudian kukus sampai masak. Apabila sudah masak, dipotong dadu. Bahagian B 16 oz mentega 5 biji telur ayam gelas tepung gandum gelas gula 1 tin susu 1 botol kecil horlick sedikit bijan Cara-cara membuatnya: Pukul mentega dan gula sampai kembang. Telur dan susu dipukul di tempat lain. Satukan kedua adunan. Setelah sebati, masukkan tepung, horlick dan gaul rata. Setelah sebati, masukkan ke dalam adunan A tadi. Gaul rata dan masukkan bijan dan gaul lagi. Goreng tanpa minyak di dalam kuali sampai pekat. Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 2 jam atau sehingga masak. KEK LAPIS NESTUM Bahan-bahannya: 16 oz mentega 6 biji telur ayam 1 gelas gula halus 1 tin kecil serikaya 1 tin susu manis 4 gelas nestum 1 gelas bijan 6 sudu makan milo Pewarna kuning Cara-cara membuatnya: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis dan pukul hingga sebati. 2. Masukkan roti, serikaya dan susu dan gaul hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian:

16

3. 4. 5.

(i) Campurkan nestum dan milo (ii) Campurkan warna kuning dan bijan. Masukkan adunan warna coklat dahulu dan bakar. Apabila sudah masak lapisan (i), masukkan lapisan (ii). Bakarlah hingga berlapis-lapis sehingga habis.

KEK RODA IMPIAN Bahan-bahannya: 17 biji telur ayam 4 biji putih telur 8 oz gula halus 8 oz tepung gandum 4 sudu makan susu tepung 4 sudu makan tepung jagung 1 sudu makan ovalette 10 oz mentega cair. Cara membuatnya: Pukul kuning telur dan gula. Kemudian masukkan ovalette dan pukul hingga sebati. Kemudian, masukkan tepung, susu tepung dan tepung jagung hingga sebati. Akhir sekali, masukkan mentega cair. Bahagikan kepada 4 bahagian: (i) Hijau (ii) Merah (iii) Ungu (iv) Merah Masukkan ke dalam botol piping dan picit ke dalam acuan bulat berselang seli. KEK HOLIDAY INN Bahan-bahannya: 13 biji telur ayam 16 oz mentega 2 gelas gula halus 1 tin susu manis 1 botol horlick 1 gelas tepung gandum 2 sudu teh browning sugar 1 sudu teh vanilla Pewarna hijau Cara-cara membuatnya:

17

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan susu manis, kuning telur satu persatu. 7 biji dipukul di tempat lain. Masukkan horlick dan gaul hingga kembang. Masukkan pula tepung gandum, browning sugar dan vanilla. Kacau sebati. Tuang 1 senduk ke dalam acuan dan kukus sampai masak. Kalau sudah masak, sapukan dengan putih telur yang diwarnakan dengan warna hijau. Kukuslah berlapis-lapis sehingga habis dan masak. KEK JAM 8 Cara membuatnya: 16 oz mentega 10 biji telur ayam (5 biji ambil kuningnya) 9 gelas tepung gandum 6 gelas gula pasir (2 gelas dimasak) 3 sudu teh esen vanilla 4 sudu teh browning sugar 3 sudu makan bikarbonat of soda 1 kati kismis hitam Cara membuatnya: Pukul mentega dan 4 gelas gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis. Kemudian, masukkan kuning telur. Setelah itu, masukkan tepung gandum dan bahan lain dan masukkan pula gula masak tadi. Gaul rata. Masukkan ke dalam acuan dan tekap muka acuan dengan kertas minyak. KEK SPAN Bahan-bahannya: 6 biji telur ayam 2 gelas pula pasir 1 gelas gula dimasak dengan 1 gelas air 2 gelas mentega 1 tin susu cair 3 sudu teh bikarbonat of soda 6 gelas tepung gandum 1 sudu teh vanilla Cara membuatnya: 2 gelas gula dipukul dengan telur hingga kembang. Masukkan mentega dan pukul lagi. Kemudian, masukkan bikarbonat dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan pula tepung gandum dan susu cair. Selepas itu, masukkan air gula dan gaul lagi sehingga sebati. Selepas itu, bolehlah dibakar atau dikukus.

18

KEK HIJAU Bahan-bahannya: 16 oz mentega 12 biji telur ayam 2 gelas gula halus 2 gelas tepung gandum 2 gelas kaya 2 gelas horlick Pewarna hijau Cara membuatnya: Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati. Masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masukkan pula kaya dan akhir sekali masukkan horlick, vanilla dan pewarna hijau. Gaul sebati. Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 3 jam. KEK NEIMAN MAICUS CHEESE Bahan A 4 oz mentega 3 biji kuning telur 3 sudu makan tepung gandum 1 sudu makan tepung jagung 250 gm cream cheese-Philadelphia 6 oz gula 3 biji putih telur Cara membuatnya: 1. Pukul mentega, cheese dan kuning telur. Masukkan tepung dan kacau rata. 2. Pkul gula dan putih telur. Gaulkan adunan mentega dan putih telur bersama dengan menggunakan tangan. Bahan B 3 biji telur ayam 6 oz sponge mix 1.5 oz air 2 oz mentega cair 2 sudu makan serbuk koko Cara membuatnya: 1. Pukul telur dan sponge mix serta air hingga kembang.

19

2.

Masukkan mentega cair dan serbuk koko. Gunakan acuan 10. Masukkan adunan B. Bakar dan kemudian masukkan adunan A. Bakar dalam oven pada tahap 300 380C

KEK SENJA MALAM Bahan-bahannya: 10 biji telur ayam (asingkan) 16 oz mentega 1 gelas gula halus 1 tin susu manis 1 botol horlick kuning 1 gelas horlick coklat 2 sudu teh baking powder 1 gelas gula kasar ( beri warna merah ) 2 gelas tepung gandum Cara membuatnya: 1. Pukul putih telur dengan satu gelas gula halus hingga kembang. Masukkan kuningnya satu persatu. 2. Mentega dipukul dengan susu manis. Campurkan kedua adunan. 3. Masukkan tepung gandum, vanilla dan baking powder. Bahagi kepada 2 adunan: (i) Beri 1 botol horlick kuning (ii) Beri 1 gelas horlick coklat 4. Kukus adunan coklat dulu. Bila masak, tekan dengan spry dan tabur gula kasar. Kemudian, masukkan adunan kuning. Buat sehingga habis.

KEK BUNGA RAMPAI Bahan-bahannya: 4 biji telur ayam 1 cawan gula halus 1 cawan tepung gandum 1 cawan planta 1 tin kelapa dalam tin 1 sudu teh vanilla 1 sudu teh baking powder

20

Sedikit pewarna merah dan hijau Cara membuatnya: Pukul planta dan gula sampai kembang. Telur dipukul berasingan. Kemudian, masukkan ke dalam acuan bancuhan sedikit demi sedikit dan kacau rata. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan masukkan vanilla bersama kelapa dalam tin. Kacau hingga rata. Bahagi kepada 2 bahagian: (i) Merah (ii) Hijau Kemudian, bakar berlapis-lapis sampai habis. KEK RAJA SEHARI Bahan-bahannya: 10 biji telur ayam 1 tin susu manis 1 sudu teh bikarbonat of soda 3 sudu teh vanilla 4 gelas tepung gandum (dijemur) 1 kotak red date 16 oz mentega 1 gelas gula pasir 1 tin jem buahan 40 biji ceri merah 40 biji ceri hijau Cara membuatnya: Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis dan gaul sebati. Masukkan jem ke dalam adunan tadi. Masukkan pula vanilla dan bikarbonat of soda. Gaul sebati. Bahagi kepada 2 adunan: (i) Masukkan ceri merah (ii) Masukkan ceri hijau Mualakan mengukus adunan ceri merah dahulu. Taburkan red date dan kukus selama 2 jam. Kukus pula ceri hijau selama 2 jam. Kukus sampai masak. KEK GOLDEN DORANNTA Bahan-bahannya: 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 gelas gula halus 1 gelas tepung gandum

21

1 tin susu manis 1 tin ghee (kecil) 1 sudu teh baking powder 1 dusu teh esen vanilla Pewarna kuning dan hijau Cara membuatnya: Adunan 1: Pukul putih telur dan gula hingga kembang. Masukkan baking powder. Adunan 2 Pukul kuning telur hingga kembang. Adunan 3 Mentega, susu, esen vanilla dan ghee dipukul berasingan. Campur dan gaulan ketiga-tiga adunan tersebut sehingga sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati dan bahagi kepada 2 bahagian: (i) Kuning (ii) Hijau Bakar dengan api atas. Disyorkan 5 sudu untuk setiap lapisan.

KEK LAPIS BANDARAYA Bahan-bahannya: 16 oz mentega 8 biji telur ayam 1 botol kecil horlick 1 cawan susu manis 1 gelas gula halus kg roti sultana kg kismis hitam 1 bungkus ceri merah 1 gelas tepung gandum 1 sudu teh baking powder Pewarna kuning Cara membuatnya:

22

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Kacau rata dan sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan horlick, baking powder dan susu manis. Kacau rata. Bahagi kepada 2 bahagian: (i) masukkan milo dan kismis hitam (ii) pewarna kuning dan ceri merah Lapis acuan dengan kertas minyak dan sapu mentega. Kukus lapisan milo dahulu. Bila masak, susun roti sultana. Kukus lapisan kuning dan bila masak susunkan roti sultana di atasnya. Buatlah begitu hingga habis. KEK BUAH BEREMPAH Bahan-bahannya: 250 gm mentega 300 gm tepung (superfine) 150 gm gula halus 1 cawan gula kasar 1 sudu kecil esen vanilla 3 biji telur ayam sudu kecil soda bikarbonat 400 gm buah-buahan campuran 1 sudu kecil rempah kuih Cara membuatnya: 1. Pukul mentega dan gula halus hingga gebu, masukkan telur satu persatu sambil adunan dipukul perlahan. 2. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. 3. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan gaulkan bersama buah-buahan campuran dan rempah kuih. 4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil dikacau perlahan. Biar seketika adunan tadi, hanguskan gula kasar di dalam kuali sambil dikacau perlahan agar gula hangus rata. 5. Setelah gula cair, tuang segera ke dalam adunan dan kacau. Tuang ke dalam loyang sesuai. Tutup dengan kertas aluminium dan kukus empat jam. 6. Setelah masak, biar sejuk dan hias dengan aising fondant. KEK BELACAN Bahan-bahannya: 20 biji telur ayam 2 tin susu gula halus 1 tin susu manis 1 tin milo (sederhana)

23

16 oz mentega 2 tin susu tepung gandum 4 sudu browning sugar Cara membuatnya: 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang 2. Masukan telur satu persatu hingga habis dan pukul lagi. 3. Masukkan susu, milo dan browning sugar. Gaul sampai rata. 4. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. 5. Bila sudah sebati, masukkan dalam acuan dan kukus hingga masak selama 5 jam.

KEK COKLAT PUTIH Bahan-bahannya: 220 gm gula kastor 170 gm tepung naik sendiri 125 gm mentega lembut 100 gm coklat putih 1 cawan susu cair 2 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla sedikit serbuk penaik Cara membuatnya: 1. Pukul mentega, gula kastor, esen vanilla dan telur. 2. Masukkan tepung naik sendiri, serbuk koko dan serbuk penaik. 3. Tuangkan adunan ini ke dalam adunan telur. Masukkan susu cair dan lebihan coklat. 4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan baker dengan suhu 180c. Sejukkan sebelum disapu krim. Bahan untuk krim: 125 gm mentega 100 gm coklat putih (dicairkan) 75 gm gula aising Cara membuatnya: Pukul mengtega hingga lembut. Masukkan coklat cair dan gula aising. Pukul hingga sebati.

24

KEK NILAM BAIDURI Bahan-bahannya: 10 biji telur ayam (asingkan putihnya) 16 oz mentega 1 tin susu manis 1 gelas cornflake ditumbuk halus 1 sudu vanilla 2 gelas gula halus 1 kotak cornflake 1 tin serikaya (saiz tinggi) 1 tepung roti tunjuk 1 cawan tepung gandum Cara membuatnya: 1. Pukul putih telur dengan gula hingga kembang. Barulah dimasukkan kuning telur. 2. Pukul mentega dan kaya sampai sebati. Masukkan susu sampai habis. 3. Campurkan kedua-dua adunan. 4. Masukkan teoung gandum, cornflake dan roti. Cornflake yang tinggal untuk ditabur. Cara mengukus: Masukkan satu atau dua senduk adunan, tabur cornflake. Kukus berlapis-lapis hingga masak. KEK INTAN TIGA LIMA Bahan-bahannya: 20 biji telur ayam 16 oz mentega 2 gelas gula halus 1 tin serikaya 1 tin susu manis 1 botol horlick 1 gelas nestum putih 1 gelas tepung roti keben masin 1 gelas tepung gandum 1 sudu teh vanilla 1 sudu teh baking powder Cara membuatnya:

25

Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan pula susu, horlick, kaya, baking powder, vanilla dan nestum. Gaul hingga sebati. Bahagi kepada 2 bahagian: (i) Biarkan warna asal dan masuk tepung gandum (ii) Beri warna biru. Masuk tepung roti. Apabila mengukus, kukus warna biru dahulu. KEK TIKAR DUA HATI Bahan-bahannya: 5 biji telur ayam 1 gelas gula halus gelas tepung susu nespray 1 sudu the vanilla 1 gelas tepung gandum 12 oz mentega 1 tin serikaya kecil 1 sudu baking powder Pewarna merah dan hijau Cara membuatnya: Mentega dikacau dengan gula sekejap. Masukkan kaya, susu tepung, vanilla dan baking powder. Gaul rata dan bahagi tiga bahagian: (i) merah (ii) hijau (iii) warna asal Kukus di tempat berasingan dalam 3 acuan. Apabila masak, hiris mengikut citarasa. Apabila menyusun kek hendaklah diselang-selikan. Bahan untuk kek: 16 oz mentega 1 gelas gula halus 1 botol browning 1 tin susu pekat 1 gelas tepung gandum 1 botol horlick 1 sudu besar Nescafe sedikit buah prune Cara membuatnya: Mentega dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan telur, susu pekat, tepung, browning dan horlick. Gaul rata. Masukkan Nescafe dan gaul lagi. Bahagi kepada 4 bahagian. Kukus 1 bahagian. Apabila sudah masak susun kek yang 3 warna berselangseli di atasnya. Sampai ke adunan terakhir, tabur dengan buah prune.

26

KEK MARBEL INDAH Bahan-bahannya: 250 gm tepung gandum sudu kecil serbuk penaik 250 gm gula halus 250 gm mentega 6 biji telur ayam 1 sudu besar pes oren 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar coklat emulco 1 sudu kecil pes pandan cawan susu pekat manis Cara membuatnya: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil adunan dipukul perlahan. 2. Masukkan esen vanilla dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Campurkan susu pekat manis dan gaul sebati. 3. Bahagi kepada 4 bahagian: (i) warna asal (ii) pes oren (iii) coklat emulco(iv)pes pandan 4. Tuang sesenduk setiap warna berselang seli. 5. Bakar hingga masak dan bila sejuk salut dengan aising fondant. KEK LOBAK KIMBERLY Bahan-bahannya: 2 cawan gula halus 1 cawan minyak jagung 2 cawan lobak merah parut 2 cawan tepung naik sendiri 2 cawan potongan kacang pecan 4 biji telur Sedikit garam Cara membuatnya: 1. Pukul gula dan minyak jagung hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil adunan dipukul perlahan. 2. Masukkan lobak parut, tepung dan garam. Kacau perlahan. 3. Selepas itu, masukkan kacang pecan dan kacau kaup balikkan.

27

4. Tuang ke dalam loyang dan bakar hingga masak. Bila sejuk, hias dengan aising fondant. KEK BUAH COKLAT Bahan-bahannya: 500 gm mentega 500 gm tepung gandum 100 gm serbuk koko 4 sudu besar black treacle 500 gm buah-buahan campuran 5 biji telur ayam 300 gm gula halus 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh esen vanilla Cara membuatnya: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil adunan dikacau perlahan. 2. Tuang esen vanilla dan kacau perlahan. Sementara itu, ayak tepung bersama serbuk koko, soda bikarbonat dan ramas buah-buahan campuran di dalam tepung. 3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil dikacau sebati. Campurkan black treacle dan kacau rata. 4. Kukus kek selama 5 jam dan hias dengan aising fondant. KEK STAWBERRY MEWAH Bahan-bahannya: 200 gm mentega 2 cawan gula halus cawan susu segar 2 cawan tepung gandum sedikit serbuk penaik sudu kecil pes strawberry cawan strawberry filling 6 biji telur ayam Cara membuatnya: 1. Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan telur satu persatu sambil adunan dipukul perlahan. 2. Tuang esen vanilla dan pes strawberry dan kacau rata.

28

3. Masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit sambil adunan dikacau perlahan. 4. Tuang susu perlahan-lahan diikuti strawberry filling. Kacau adunan perlahan dengan sebati. 5. Tuang ke dalam loyang pembakar dan bakar hingga masak. Bila sejuk, salut dengan aising fondant. KEK COKLAT Bahan-bahannya: 70 gm serbuk koko 80 gm gula 1 cawan air 240 gm tepung gandum 2 sudu besar serbuk penaik 250 gm mentega 280 gm gula kastor 6 7 biji telur ayam 2 sudu besar esen vanilla Cara membuatnya: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180c. Sapu sedikit mentega pada tin pembakar. Ketepikan. 2. Cairkan serbuk koko, gula bersama air di dalam peti sejuk. 3. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Ketepikan sebentar. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 4. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Gaul sebati. 5. Masukkan cecair koko ke dalam adunan mentega dan telur tadi. Kacau lagi. 6. Masukkan tepung gandum yang diayak ke dalam adunan tadi lalu kaup balikkan adunan sehingga sebati. 7. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. Setelah masak, hiaskan bersama aising coklat pada seluruh kek. KEK MINYAK Bahan-bahannya: 5 biji telur ayam 250 gm gula halus gelas minyak masak 200 gm tepung gandum 4 sudu makan susu pekat 1 sudu makan ovalette 1 sudu teh baking powder

29

Cara membuatnya: 1. Pukul telur dan gula hingga kembang. 2. Masukkan ovalette dan pukul lagi. 3. Masukkan susu, tepung gandum, baking powder dan gaul sehingga rata. 4. Akhir sekali masukkan minyak masak. 5. Adunan dibakar hingga masak. KEK SISIK IKAN Bahan-bahannya: 20 biji kuning telur (sejukkan) 6 biji putih telur 4 sudu susu manis 1 sudu makan ovalette 200 gm tepung hong kong 220 250 gm gula halus 400 gm mentega 100 gm horlick 1 sudu the vanilla 3 paket manisan keranji (secukupnya) Cara membuatnya: 1. Mentega dan susu dipukul hingga putih. Ketepikan. 2. Pukul kuning telur dan putih telur bersama gula hingga pekat. 3. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga kembang. 4. Masukkan tepung Hong kong, horlicks, vanilla dan akhir sekali masukkan adunan mentega. Gaul hingga sebati. 5. Lapis yang pertama dulu dan lapis lagi hingga lapisan yang kedua. Bila sudah masak, masukkan adunan lagi dan cucukkan buah keranji secara menyenget. 6. Kemudian bakar, bila sudah masak, masukan adubnan lagi dan bakar hingga masak. Ulangi lagi yang pertama tadi hingga habis.

KEK LAPIS INTERNET Bahan A: 10 biji tepur ayam 200 gm gula 300 gm tepung gandum 1 tin kaya (medium) 1 paket santan Bahan B: 16 oz mentega 1 tin susu manis *pukul kedua bahan 3 minit

30

1 sudu makan ovalette 1 sudu teh vanilla Cara membuatnya: 1. Pukul telur, gula, ovalette dan vanilla hingga kembang selama 15 minit. 2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berserta santan dan kaya . 3. Bahagia kepada 5 bahagian (i) 200 gm warna merah (ii) 200 gm warna hijau (iii) 200 gm warna coklat (iv) 200 gm warnma ungu (v) 200 gm wwrna biru (vi) 200 gm warna kuning 4. Selebihnya dibahagi kepada 2 bahagian. Biarkan warna asal/plain. 5. Bakar warna plain hingga habis. Lapiskan warna ungu dulu. Bila sudah masak, lapis lagi warna coklat dan acuan dicondong ke sebelah kiri. Buatlah begitu sehingga habis. 6. Bakar lagi adunan plain hingga habis.

KEK HITAM MANIS 10 bijitelur ayam 16 oz mentega 1 camca teh vanilla 1 tin susu manis 3 gelas omo nestum 3 gelas omo milo 1 botol kecil horlick

Cara-caranya 1. Pukul mentega hingga kembang kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati dan ringan. 2. Kemudian barulah masukkan susu manis, vanilla dan browning kuar hingga sebati. Masukkan pula milo dan nestum dan gaul lagi hingga adunan betul-betul sebati. 3. Akhir sekali baru lah dikukus selama 3 hingga 4 jam.

31

KEK LAPIS FATAMI Bahan-bahannya. 8 biji telur ayam 12 oz mentega 1 gelas gula halus 2 gelas serbuk roti marie gelas horlick tin susu pekat 1 sudu the baking powder 1 sudu the vanilla 1 bungkus coklat wafer warna kuning, merah & hijau

Cara membuatnya: 1. Pukul mentega dengan gula hingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis. Lepas itu masukkan horlick, susu, baking powder dan vanilla. 2. Gaulkan hingga rata. Masukkan serbuk roti marie sedikit demi sdikit. Kacau lagi hingga sebati. Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian dalam bekas yang berasingan dan diberi warna kuning, merah dan hijau. 3. Kukuskan warna kuning dahulu, diikuti warna merah kemudian warna hijau. Kemudian dilapis dengan coklat wafer. Buat sebegitu hingga habis adunan.

KEK MADU TIGA Bahan-bahannya 10 biji relur ayam 16 oz mentega 2 gelas gula halus(dikurangkan) 2 gelas tepung gandum 1 tin susu pekat 1 tin sederhana kaya 1 botol kecil horlick 2 tin nestle cream 2 botol browning sugar 2 sudu teh baking powder 1 sudu teh vanilla Cara membuatnya: 1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang

32

2. Masukkan telur satu persatu kemudian bubuh baking powder dan vanilla. 3. Kemudian masukkan kaya, susu pekat, meste cream, horlick, tepung gandum dan akhir sekali browning sugar. 4. Bila sudah sebati masukkan ke dalam acuan yang telah digriskan. 5. Kukus selama 2 jam. Setelah masak, bakarlah sekejap. KEK LAPIS KEJU Bahan-bahannya; 25 biji telur ayam (5 biji diambil putih), disejukkan semalaman 1 botol keju craft (225g) 16 oz mentega sudu teh garam 1 gelas omo gula halus 1 gelas omo tepung hongkong 3 sudu makan susu manis 3 sudu makan ovalette 3 sudu makan sirap madu Cara membuatnya; 1. Pukul telur, gula, ovalette dan tepung hongkong hingga kembang. 2. Mentega, keju, sirap madu, gram, susu manis dipukul sampai kembang ditempat lain. Satukan adunan. 3. Bakarlah berlapis-lapis menggunakan api atas sahaja. KEK LAPIS EVERGREEN Bahan-bahannya; Bahan A 24 biji kuning telur 8 biji putih telur 8 oz gula halus 10 oz tepung gandum 1 sudu makan ovalette Bahan B 12 oz mentega 4 sudu makan susu manis

Dipukul kembang

33

1 paket santan powder 1 sudu makan pandan paste sedikit pewarna hijau

Dipukul kembang

Cara membuatnya; Campurkan adunan bahan A dan bahan B. Bakar selapis-selapis ( 5 sudu setiap lapisan) sehingga habis menggunakan api atas. KEK TUPPERWARE Bahan-bahannya; 20 biji kuning telur 6 biji putih telur 4 sudu maknan susu 1 bungkus tepung aiskrim (perisa vanilla) 250 gm tepung hongkong 250 gm gula halus 450 gm mentega 1 sudu makan ovalette Cara membuatnya; Pukul telur, ovalette, gula, tepung hongkong dan tepung aiskrim hingga pekat. Mentega dan susu dipukul hingga putih di tempat berasingan. Kemudian baru dimasukkan ke adunan itu tadi. Selepas itu bahagikan adunan kepada 4 bahagian: (i) Warna merah (ii) Warna ungu (iii) Warna hijau (iv) Warna kuning Bakarlah berlapis-lapis sehingga habis KEK LUMUT Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 16 oz mentega 2 cawan nestum keluarga (putih) 1 cawan tepung semolina 1 cawan Ideal Milk 4 cawan gula halus

34

1 cawan air teh (tanpa gula) Sedikit pewarna hijau Cara membuatnya; Pukul telur hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis. Kacau mentega di tempat lain hingga cair. Kemudian campurkan mentega ke dalam adunan telur tadi. Selepas itu masukkan susu Ideal dan air teh yang telah sejuk. Gaul dan masukkan pewarna hijau. Gaul rata dan akhir sekali kukuslah sampai masak. KEK SINARAN Bahan-bahannya; 12 oz mentega 12 oz gula 10 oz tepung gandum 2 oz tepung susu nespray 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh vanilla 1 sudu makan air sejuk Sedikit serbuk koko 6 biji telur ayam Cara membuatnya; 1. Pukul mentega dan gula hingga pekat. Masukkan telur satu persatu kemudian ketepikan bahan tersebut. 2. Gaul tepung gandum, tepung susu dan baking powder. Masukkan vanilla dan air sejuk. Gaul hingga sebati. Campurkan kedua-dua bahan dan masukkan koko. Gaul sebentar hingga sebati. 3. Alas acuan dengan mentega dan tepung. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga masak. KEK KUKUS TEMBIKAI MADU Bahan-bahannya: 1 gelas gula halus 10 biji telur 16 oz mentega 1 tin susu manis 1 tin serikaya kecil 1 botol kecil horlick 3 gelas tepung roti marie 1 sudu teh esen vanilla

35

1 sudu teh ovalette 3 camca makan madu 1 camca teh pandan paste Sedikit warna hijau, kuning dan merah Sedikit kismis hitam digaul dengan sedikit tepung Cara-cara membuatnya: 1. Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan gaul lagi. Kemudian masukkan susu manis, serikaya, horlick, madu, ovalette dan esen vanilla. Masukkan tepung roti marie dan kacau lagi hingga sebati. 2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Yang satu bahagian dibahagi dua lagi. Satu bahagian diberi warna hijau dan pandan paste dan sebahagian lagi beri warna kuning. 3. Bahagian yang lebih banyak diberi warna merah dan kismis hitam. 4. Kukus yang warna hijau dahulu sampai masak barulah kukus yang warna kuning. Akhir sekali kukuskan bahagian warna merah dan kismis hitam. 5. Kukuslah sampai masak. KEK AMERICAN MIDNIGHT Bahan-bahannya: 16 oz mentega 10 biji telur ayam 3/4 gelas gula halus 1 tin nestle cream 1 sudu the vanilla 2 botol kecil browning sugar @ 1 botol besar 1 botol kecil horlick 1 tin kecil serikaya 2 gelas tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 tin susu pekat Cara membuatnya: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang 2. Masukkan telur satu persatu sampai habis. 3. Masukkan esen vanilla, baking powder dan gaul sampai sebati. 4. Masukkan kaya, nestle cream, susu, horlick dan browning sugar. 5. Masukkan tepung gandum, gaul hingga rata. 6. Kukus sampai masak selama 2 jam.

36

KEK KUKUS BULAN MADU Bahan-bahannya; 500 gm mentega 185 gm tepung gandum 155 gm gula kastor 9 biji telur 4 sudu makan tepung roti marie 4 sudu makan tepung susu nespray 4 sudu makan badam kisar 1 tin kecil jem durian @ 1 tin kecil serikaya tin susu manis 2 sudu kecil ovalette Pewarna oren dan ungu Cara membuatnya; 1. Pukul mentega, susu manis, gula dan jem hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis. Masukkan ovalette. 2. Tepung, susu nespray dan tepung roti marie digaul bersama. Selepas itu masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sehingga habis. Akhir sekali putar laju dan masukkan badam kisar. 3. Bahagikan kepada 3 bahagian: i. Oren ii. Ungu iii. Warna asal 4. Masukkan warna asal sebanyak 2 senduk ke dalam acuan yang sudah disapukan mentega. Ratakan adunan. 5. Kemudian masukkan adunan oren dan ungu ke dalam botol pacit. Mula-mula pancit warna oren dan ungun berselang-seli. Kukus selama 5 minit. Buatlah begini sehingga habis dan kukuslah sehingga habis. KEK KUKUS SANTAN Bahan-Bahan: 5 biji telur 200 gm gula kastor 200 gm tepung gandum 230 ml santan pekat - dari 1 biji kelapa 100 gm buah-buahan campuran 1 sudu teh Quick 75 1 sudu teh esen vanila Sedikit minyak - untuk disapu pada acuan

37

Cara menyediakannya: 1. Putar telur, gula dan Quick 75 hingga gebu. Masukkan tepung berselang seli dengan santan. 2. Setelah sebati masukkan buah-buahan campuran dan vanila. 3. Kemudian gaul rata. Sapu acuan tin 22cm dengan minyak. Alaskan dasarnya dengan kertas kalis minyak. Ratakan adunan ke dalam tin. 4. Tutup bahagian atas tin dengan kertas kalis minyak (jangan ketat). 5. Kukus kek hingga masak.

MARBLE CHEESE CAKE Bahan-bahannya; 900 gm krim keju 400 gm gula kastor 8 biji telur 200 gm krim pekat Cara menyediakannya: 1. Putar krim keju dan sebahagian gula kastor sehingga lembut. Kemudian, putar pula telur kuning sehingga kembang. 2. Setelah itu campurkan keduanya dan gaul sehingga sebati. Sementara itu putar telur putih bersama baki gula dalam bekas berasingan. 3. Setelah itu campurkan adunan telur putih ke dalam adunan tadi dan putar sehingga rata. 4. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.

KEK LAPIS MASAM MANIS

Bahan-Bahan: 10 biji telur 2 gelas tepung gandum 1 cawan susu pekat 2 cawan mentega 1 cawan gula halus 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanila 24 bungkus manisan merah (asam bulat) Sedikit pewarna hijau dan kuning

38

Cara menyediakannya:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang. 2. Mentega dipukul dengan esen vanila di bekas lain kemudian masukkan susu. 3. Campurkan kedua adunan menjadi satu dan sebati kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. 4. Adunan dibahagi dua, satu diberi warna kuning dan yang lagi satu diberi warna hijau. 5. Ambil acuan, sapukan minyak dan alaskan dengan kertas minyak dan tuangkan kira-kira 2 senduk, susunkan manisan/asam dan kukuslah hingga agak masak dalam masa 5 minit. Selepas itu ulangi lagi hingga habis.

KEK LAPIS KUKUS Bahan-Bahan: 2 cawan gula halus 5 biji telur 2 cawan mentega 2 cawan tepung dicampur dengan 1 sudu teh baking powder 1 botol kecil serikaya 1 cawan coklat 1 cawan Horlicks Sedikit pewarna hijau

Cara menyediakannya: 1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur sebiji-sebiji kemudian gaul sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kemudian gaul sebati. 4. Masukkan serikaya dan gaul lagi. 5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan coklat. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan Horlicks dan diberi pewarna hijau. 6. Panaskan acuan masukkan adunan secawan setiap kali. Kukus berselang-seli sehingga selesai.

KEK SERI CAHAYA

39

Bahan-Bahan: 10 biji telur ayam 1 gelas gula halus 1 gelas tepung susu Nespray 16 ozs. mentega 1 tin tinggi serikaya 1 tin susu manis 1 tin susu cair Ideal Milk 1 gelas tepung gandum Sedikit vanila & pewarna kuning Cara menyediakannya: 1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. 2. Mentega digaul dengan susu manis hingga sebati. 3. Satukan kedua adunan tersebut dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum, serikaya dan susu cair. Gaul sehingga sebati dan masukkan vanila dan pewarna kuning. 4. Akhir sekali masukkan tepung susu nespray dan kacau hingga betul-betul sebati dan kukuslah selama 6 jam.

KEK LAPIS BADAM Bahan-Bahan: 500 gm mentega 6 cawan tepung gandum 2 cawan gula halus 1 cawan jem nenas 2 biji buah oren - ambil jus & parut kulitnya biji telur 2 sudu kecil serbuk penaik Seri kaya secukupnya Sedikit badam hiris Sedikit ceri merah dan hijau Cara menyediakannya: 1. Pukul telur hingga kembang. Asingkan. 2. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang dan berkrim. Kemudian tuangkan ke dalam bancuhan telur dan kacau rata. 3. Masukkan jus dan parutan kulit oren, serbuk penaik dan tepung gandum. Gaulkan hingga adunan sebati.

40

4. Tuang ke dalam acuan kek dan bakar selama 45 minit dengan suhu 190C. Keluarkan kek dan sejukkan. 5. Potong kek kepada 2 bahagian. Sapukan seri kaya dan lapiskan kek. 6. Sapukan jem nenas di permukaan kek. 7. Hias dengan hirisan badam dan buah ceri. KEK LAPIS JAGUNG MANIS Bahan-Bahan: 125 gm tepung halus 6 biji telur 140 gm gula halus 60 gm tepung jagung 1 sudu telah ovellet 1 sudu teh serbuk penaik 80 gm mentega -dicairkan 50 gm air sejuk 2 tin tepung jagung Sedikit pewarna Krim putar Cara menyediakannya: 1. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk kecuali mentega cair dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau rata. 2. Sediakan acuan 10" x10", sapu dengan mentega. Bahagi kepada 3 warna, kuning, hijau dan merah dan bakar pada suhu 180oC selama 5 minit. 3. Akhir sekali sapukan krim dan taburkan jagung manis, sapukan krim putar di sekeliling kek.

CHEESE CAKE Bahan-bahan: Bahagian A 6 biji kuning telur 500 gm cheese 10 oz mentega 4 oz gula 4 oz tepung Bahagian B 6 oz gula

41

6 biji putih telur Cara membuatnya: 1. Cheese dipukul dengan mentega dan gula 2. Masukkan telur satu-persatu 3. Pukul bahgian B hingga kembang 4. Campurkan bahagian B ke dalam bahagian A 5. Masukkan tepung 6. Bakar 180C atau kukus hingga masak.

JERMAN CHEESE CAKE Bahan untuk lapisan bawah; 200 gm tepung gandum serbaguna 100 gm mentega tanpa garam 100 gm gula halus 4 biji kuning telur sudu kecil garam sudu kecil vanilla Ramas gula bersama mentega. Masukkan vanila, garam, telur & diakhiri dengan tepung. Uli dan jadikan satu adunan bulat dan disejukkan dipeti sejuk sebelum digunakan. Bahan untuk isinya; 4 biji telur ( asingkan kuning & putihnya ) 200 gm gula halus 500 gm Philadephia Cream Cheese 500 gm krim masam 20 gm tepung Bird's Custard 2 camca kecil kulit lemon ( diparut ) 1 camca besar jus lemon 90 gm kismis hitam Cara-cara membuat Sapukan acuan "Spring Form" berukuran 9" ( 23 cm ) dgn mentega & lapiskan dgn tepung pastri. Asingkan sebentar. Pukul kuning telur bersama gula sehingga kembang. Masukkan keju Philadephia sedikit demi sedikit dan dipukul sehingga kelihatan halus.

42

Masukkan krim masam, tepung bird's custard, esen vanila, kulit & jus lemon dan diakhiri dgn kismis. Pukul putih telur hingga kembang dan digaulkan kedalam adunan keju. Tuangkan adunan kedalam acuan tadi dan dibakar pada suhu 185 C selama satu jam sehingga atas kek kelihatan coklat. nota : Sewaktu membakar, adunan akan naik tinggi tetapi apabila telah masak kek akan turun dan menjadi padat setelah disejukkan buat beberapa jam. Hiaskan atasnya dgn buah-buahan pilihan, jika ingin seperti ( Strawberri, Blueberi dll ) KEK BATANG KAYU Bahan-bahan; 6 biji telur ayam 6 oz gula 6 oz mentega 6 oz tepung gandum 1 sudu teh baking powder sudu teh vanilla Jem dan pewarna kuning Cara membuat; 1. Pukul telur dan gula sampai kembang 2. Pukul mentega berasingan 3. Campurkan (1) dan (2) kemudian masukkan tepung, baking powder, vanilla dan pewarna kuning. Gaul hingga sebati. 4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Kukus bahagian 1 dahulu, lepas masak sapukan jem di atasnya dan golong dengan kertas plastik. 5. Buat bahagian 2 dan 3 seperti di atas. Untuk kuihnya; 6 biji telur ayam 9 oz gula 8 oz mentega 1 tin kecil kaya (11 oz) 6 oz tepung 3 sudu makan susu manis teh baking powder 1 sudu teh vanilla Jem dan pewarna hijau 1. Pukul telur dan gula sampai kembang. Gaul mentega sampai kembang kemudian masukkan telur dan mentega bersama serta masukkan susu, kaya dan tepung, vanilla dan pewarna hijau.

43

2. 3.

Bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan bahagian 1 dulu dan kukus. Selepas masak, masukkan 3 gulung kuih tadi ke dalam acuan empat segi. Kemudian masukkan adunan ke dalamnya dan kukus kagi selama 2 jam.

KEK BATIK BALI Bahan-bahan: 10 biji telur ayam 1 tin susu 8 oz spry 1 tin kecil kaya 8 oz mentega 2 gelas tepung gandum 10 bungkus manisan keranji (dihiris halus) 10 bungkus biskut wafer cream warna merah (dipecah) 1 gelas gula halus Adunan Putih Pukul putih telur dengan 1 gelas gula hingga kemban, masukkan spry, susu dan 1 gelas tepung gandum dan gaul rata. Adunan Kuning Mentega dipukul dengan gula hingga kembang dan masukkan kuning telur sedikit demi sedikit hinga habis, selepas itu masukkan tin susu, kaya, 1 gelas tepung dan essen vanilla sera gaul rata-rata. Cara Melapis Masukkan bahan putih di dalam aduan secukupnya dan kukus. Apabila masak, lapiskan dengan keranji dan biskut wafer di sebelah, baru masukkan adunan kuning di atasnya dan kukus. Buat begitu sehingga habis adunan. KEK BATIK KERONG Bahan-bahan: 500 gm mentega

44

600 gm gula 16 biji telur 1 tin susu pekat manis 1 kg biskut marie 1 botol serbuk koko Cara membuatnya: 1. masakkan mentega, gula, telur, susu dan serbuk koko sehingga mendidih. 2. Kemudian masukkan biskut dan gaul hingga sebati. 3. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan ke dalam peti sejuk. 4. Apabila telah keras, potong dan hidangkan. KEK BROWNIE WALNUT Bahan-Bahan: 260 gm mentega 845 gm gula 255 gm madu 375 gm telur 188 ml susu rendah lemak 193 gm serbuk koko 375 gm tepung 845 gm walnut Cara menyediakannya: 1. Mentega, gula dan madu dipukul terlebih dahulu. Tetapi jangan terlalu kembang. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul. Buat sehingga habis dan masukkan pula susu rendah lemak. Gaul hingga sebati. 3. Kemudian barulah dimasukkan tepung dan serbuk koko. Adun sebati. 4. Walnut dicincang dan masukkan ke dalam adunan. 5. Setelah digaul sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160C selama satu jam.

KEK BUAH Bahan-bahan

45

6 auns mentega 5 auns gula halus 6 auns tepung gandum 4 auns kismis halus hitam 4 auns kismis, ceri, kulit limau 2 auns badam 5 biji telur ayam 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil esen ros

Cara-cara membuat Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji. Gaul buah-buahan dgn tepung sedikit. Masukkan tepung, buah-buahan, baking powder & esen ros. Gaul hingga sebati dan baker

KEK FANTASIA CINTA (KUKUS) Bahan-bahan: 10 biji telur ayam 16 oz mentega 1 tin bekas mentega tepung gandum 1 tin bekas mentega gula halus 1 tin kecil serikaya tin susu pekat manis 1 botol coklat rice 1 botol kecil peanut butter sudu teh esen vanilla 3 sudu makan minyak sapi 1 susu makan koko sedikit pewarna hijau, merah dan kuning

46

Cara Membuatnya: Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu-persatu. Pukul lagi dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata dan masukkan peanut butter sambil dikacau, masukkan susu, kaya dan minyak sapi. Gaul hingga sebati. Bahagikan adunan kepada empat bahagian. 1 bahagian dimasukkan koko dan dibahagi dua 1 bahagian diberi warna hijau dan dibahagi dua 1 bahagian dimasukkan coklat rice dan warna merah dan dibahagi dua 1 bahagian diberi warna kuning dan dibahagi dua Gunakan acuan 7 x 7 Alaskan acuan dengan kertas minyak. Masukkan satu bahagian berwarna kuning. Kukus hingga masak. Setelah masak, cucuk permukaan kuih dengan chopstick bulat untuk membentuk lubang-lubang kecil. Jarakkan setiap lubang dengan anggaran 2 inci. Kemudian tuangkan satu bahagian warna hijau, kukus lagi. Ulang cara tadi iaitu dengan membuat lubang dan masukkan warna merah lalu dikukus. Buatlah sehingga habis. Kukus selama 2 jam. Setelah masak, bakar sekejap selama lebih kurang 10 minit. KEK KUKUS BULAN MADU Bahan-bahannya; 500 gm mentega 185 gm tepung gandum 155 gm gula kastor 9 biji telur 4 sudu makan tepung roti marie 4 sudu makan susu nespray 4 sudu makan badam kisar 1 tin kecil jem durian atau 1 tin kecil serikaya tin susu manis 2 sudu kecil ovellete Warna oren dan ungu Cara membuatnya; Pukul mentega, susu manis, gula dan jem hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu sehingga habis. Masukkan ovellete.

47

Tepung, susu nespray dan tepung roti marie digaul bersama. Lepas itu masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit hingga habis. Akhir sekali putar laju dan masukkan badam kisar. Bahagi kepada tiga bahagian. Satu diwarnakan oren , satu diwarnakan ungu dan satu dibiarkan warna asal. Masukan adunan warna asal sebanyak dua senduk ke dalam acuan yang sudah disapukan dengan sedikit mentega. Ratakan adunan. Kemudian masukkan adunan oren dan ungu ke dalam botol pancit. Mula mula pancit warna oren dan ungu berselang-seli. Kukus selama lima minit. Buatlah begini sehingga habis. Dan kukus sehingga masak.

KEK LAPIS BELANTARA Bahan bahannya; 15 biji telur 16 oz mentega 1 sudu makan ovelette 1 gelas gula halus 1 tin kecil susu manis 1 tin kecil serikaya 1 botol kecil horlick 3 peket buah bidara(red dates dihiris 68 bahagian) 2 gelas tepung naik sendiri Pewarna kuning dan hijau Cara membuatnya; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Gula ,telur dan ovelette dipukul hingga kembang. Mentega dan susu dipukul hingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan tadi dan gaulkan hingga rata. Masukkan serikaya,gaulkan dan masukkan horlick. Gaul adunan dan masukkan tepung naik sendiri. Gaul hingga rata.bahagikan kepada dua bahagian dan beri warna kuning dan hijau. Bakar warna kuning dulu,bila sudah masak,tabur buah bidara baru bakar warna hijau. Buatlah begitu sehingga habis.

48

KEK LAPIS BIRU Bahan-Bahan; Bahan untuk kek: 250 gm tepung kek 4 biji telur ayam gred A 50 gm air 50 gm mentega Bahan untuk lapisan atas: 140 gm gula 1 cawan blueberry 1 sudu teh serbuk agar-agar 50 gm tepung Hoen Kwee (warna putih) 700 ml santan Garam secukup rasa Cara membuatnya; Bagi cara membuat kek, pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam acuan persegi dan bakar sehingga ia masak. Setelah sejuk, potong pada tiga bahagian. Manakala cara membuat lapisan atas pula, masak kesemua bahan di atas sehingga ia pekat dan lapis rata atas kek. Simpan di dalam peti sejuk selama sejam dan barulah boleh dipotong. KEK LAPIS HOWFLAKES Bahan-Bahan: 500 gm mentega tin kelapa parut 100 gm walnut (ditumbuk) 10 bungkus How Flakes Coklat giant choky 16 biji telur (asingkan putih dan kuning) tin susu manis tin krim susu 100 gm gajus

49

Cara membuatnya: Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi. Masukkan kuning telur. Kacau rata dan masukkan semua bahan lain kecuali How Flakes, gajus dan walnut. Bahagikan tiga bahagian. Masukkan How Flakes yang dipecah-pecahkan dan warna merah jambu. Masukkan kacang gajus. Masukkan kacang walnut. Bakar adunan walnut dahulu dengan api atas. Setelah perang, susun choky dan tuang pula adunan How Flakes. Bakar hingga masak. Susun choky lagi dan tuang adunan gajus. Bakar selama satu jam dengan suhu 150 Celcius api atas bawah.

KEK LAPIS INTERNET Bahan-bahannya; 10 biji telur 16 ozs mentega 300 gm gula halus 300 gm tepung gandum 1 sudu makan ovalette 1 peket santan segera 1 tin susu manis 1 sudu teh vanilla warna coklat, ungu, kuning,merah dan hijau 1 tin kecil kaya Cara membuatnya; 1. Pukul mentega dan susu sampai putih. 2. Di tempat lain pukul telur, gula, ovallete dan vanilla sampai kembang. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam acuan. 4. Satukan kedua-dua adunan. 5. Masukkan serbuk santan dan kaya. Kacau rata-rata hingga sebati. 6. Bahagi adunan kepada lima bahagian seperti berikut dan setiap warna bahagi 14 sudu makan. a) Merah 7 sudu makan untuk satu lapisan b) Kuning - sama

50

7. 8. 9. 10. 11.

c) Hijau - sama d) Ungu sama e) Coklat sama Selebih nya warna plain, di bahagikan untuk bahagian atas dan bawah. Bakar satu bahagian plain secara melereng. Gunakan api atas sehaja. Kemudian lapis dengan adunan warna tadi dan bakar selapis demi selapis secara melereng. Akhir sekali warna biasa secara lurus dengan api atas bawah. Boleh ditambah 50gm Horliks jika suka dan gula halus boleh di kurangkan jika suka.

KEK LAPIS KEJU Bahan-bahannya; 200 gm mentega 50 gm minyak sapi 1 bungkus keju cheddar (hiris memanjang) 4 biji telur gred B cawan gula kastor 2 sudu teh serbuk penaik 235 gm tepung gandum Cara membuatnya; Pukul mentega bersama gula dan minyak sapi hingga kembang. Setelah itu masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung bersama serbuk penaik dan kacau sebati. Bakar selapis-selapis dengan setiap lapisan ditutup dengan keju. Buat hingga habis. KEK LAPIS MONIKA Bahan-bahannya; 20 biji kuning telur 8 biji putih telur 300 gm gula halus 300 gm mentega 1 camca teh esen vanilla 1 sudu besar pes coklat 180 gm tepung gandum 4 sudu besar susu tepung

51

1 camca teh rempah kek 1 camca teh serbuk koko Cara membuatnya; 1. Pukul putih telur bersama gula hingga pekat. Kemudian, masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan mentega. Pukul lagi hingga pekat. 2. Masukkan tepung, rempah kek, vanila dan susu tepung. Kacau rata. 3. Asingkan semangkuk kecil adunan, bancuh bersama serbuk koko dan pes coklat. Kacau rata. 4. Kemudian, masukkan dalam uncang (kertas) paiping. 5. Bakar kek selapis demi selapis. Setiap lapis dipicitkan warna coklat. Setiap satu lapis, tuang dua senduk adunan. KEK LAPIS MURNI Bahan-bahannya; 20 biji kuning telur 6 biji putih telur 150 gm tepung gandum 20 gm serbuk koko 220 gm gula halus 500 gm mentega 2 sudu besar susu pekat camca teh vanila camca teh serbuk penaik Badam cincang secukupnya Cara membuatnya; 1. Pukul mentega bersama susu, mentega kacang, vanila dan serbuk koko hingga kembang. 2. Telur, gula dan tepung bercampur serbuk penaik dipukul hingga kembang. 3. Kemudian masukkan adunan mentega. Kacau rata hingga sebati. 4. Bakar selapis demi selapis. Apabila tiba ke lapisan kedua, taburkan badam cincang. Buat begini hingga adunan habis. KEK LAPIS NESTUM PUTIH Bahan-bahan; 12 biji telur (asingkan putih dan kuning)

52

16 oz mentega 2 gelas gula halus 2 gelas nestum putih gelas nestum putih dikisar halus gelas tepung almond 4 sudu makan susu manis 1 sudu makan ovellette sudu teh baking powder 1 sudu teh esen vanilla Pewarna oren dan kuning Cara Membuatnya; Mentega dan gula dipukul hingga naik dan kembang. Kemudian masukkan kuning telur hingga habis dan pukul hingga kembang. Putih telur dipukul hingga gebu dan masukkan adunan mentega tadi. Masukka susu, ovellete dan vanilla, gaul rata-rata. Masukkan tepung almond dan nestum kasar, gaul hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagaian. Satu bahagian diwarnakan kuning @ oren dan satu bahagian dibiarkan warna asal. Kemudian kukus lapisan kuning dahulu sampai masak. Sebelum memasak lapisan seterusnya, taburkan nestum halus di atas lapisan kuning tadi. Buatlah begini sampai habis.

KEK LAPIS NONA JELANTIK Bahan-bahannya; 25 biji kuning telur 3 biji putih telur 250 gm gula halus 100 gm tepung gandum 50 gm tepung pulut 300 gm mentega 4 sudu besar susu pekat 1 camca teh vanila Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning Cara membuatnya; 1. Pukul mentega bersama susu dan vanila hingga kembang. Ketepikan.

53

2. Pukul kuning telur, putih telur dan gula hingga pekat. 3. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur. Kacau rata. 4. Masukkan tepung gandum dan tepung pulut. Kacau rata. 5. Bahagikan adunan kepada tiga. Warnakan merah, hijau dan kuning. 6. Bakar selapis demi selapis hingga semua adunan habis.

KEK LAPIS OSAMA BIN LADEN Bahan-bahannya; 10 biji telur 200 gm gula halus 250 gm tepung HongKong 1 sudu makan ovalette 4 sudu makan susu pekat 450gm mentega 1 tin kaya sederhana 20gm cooking coklat (dicairkan) 1 sudu makan Nescafe 1 sudu teh perasa oren sunquick Cara membuatnya; 1. Pukul telur, gula dan ovalett hingga kembang. 2. Mentega, susu dan kaya dipukul sampai putih dan campurkan kedua adunan. 3. Masukkan tepung dan gaul rata. 4. Bahagi kepada dua bahagian:i) masukkan cooking coklat yang dicairkan dan Nescafe ii) Perisa Sunquick

54

5. Lapiskan bahagian sunquick dan bakar guna api atas sahaja. 6. Bila masak tekan mengguna acuan ziq-zaq. Lapiskan dengan bahagian coklat dan bakar. Tekan dengan acuan ziq-zaq lagi apabila masak. 7. Buat begitu untuk setiap lapisan sampai habis. Lapisan akhir sila guna api atas dan bawah.

KEK LAPIS PANDAN Bahan-bahannya; 250 gm tepung 'sponge mix' (vanilla) 70 gm air ( cawan ) 4 biji telur gred A 1 sudu kecil 'pandan paste' 70 gm mentega dicairkan Cara membuatnya; 1. Campur semua bahan kecuali mentega cair. 2. Pukul hingga selama 5-7 min, setelah itu masukkan mentega & kacau dengan senduk kayu 3. Bahagi kepada 3 loyang saiz ( 10" x 10" x 1" ) 4. Bakar 7 - 10 min dengan kepanasan 180 c ( jangan terlalu garing ) Bahan-bahan utk Topping 10 gm serbuk agar-agar dimasak dengan 10 auns air 900 gm santan ( pekat dan cair ) 1 bungkus tepung Han Kwee ( Biru & Hijau kacau sedikit dgn santan ) 300 gm gula sedikit garam 1 - 2 sudu kecil pandan paste Cara membuat topping Campurkan semua bahan-bahan Setelah kelihatan agak dan kacau lagi hingga agak pekat.

cair

kecuali agar-agar, kacau pekat masukkan

diatas api agar-agar

55

Cara Hiasan Lapiskan semasa agar-agar masih panas. Apabila telah sejuk baru diletakkan lapisan kedua ( jangan ditekan )

56

KEK LAPIS SERI KUNING Bahan-bahan 20 biji kuning telur 5 biji putih telur 450 gram mentega 200 gram gula kastor 140 gram tepung hongkong 2 sudu makan susu manis 2 sudu teh novelette 1 susu teh baking powder 50 gram tepung susu nespray 1 susu the vanilla howflax secukupnya (manisan keranji) warna hijau, kuning dan merah

Cara membuatnya Pukul telor (20 biji kuning dan 5 biji putih) dengan gula dan ovellete sampai kembang. Kemudian masukkan tepung dan baking powder dan pukul sekejap sampai rata. Susu manis, susu nespray dan vanilla dipukul berasingan sampai jadi cream. Lepas itu masukkan dalan adunan telur tadi dan gaul sampai rata. Bahagi kepada tiga bahagian biar sana rata semua adunan dan beri warna hijau, kuning dan merah satu satu bahagian. Bakar adunan hijau sebanyak dua lapis pertama dengan menggunakan api atas sahaja diikuti dengan warna merah dua lapis dan kemudian dua lapis warna kuning. Selepas warna kuning kita susun buah howflax secukupnya dan lapis dengan warna hijau sebanyak dua lapis semula. Buat lah begini sehingga habis semua adunan. KEK LAPIS VARIANITA Bahan-bahan 20 Biji kuning telur 10 biji putih telur 16 oz mentega 300 gm gula halus 200 gm tepung hongkong 150 gm tepung susu nespray 150 gm tepung roti cream crackers

1 btl tinggi mentega kacang 5 sudu makan minuman dutch lady perisa kopi btl nutella 60 ml air ais sejuk 1 sudu makan quick 75 1 sudu the serbuk kopi Nescafe Pewarna kuning, orange, ungu dan coklat Cara Membuatnya Mentega dan susu dipukul hingga pekat dan putih. Ketepikan. Pukul telor dengan gula sampai kembang dan masukkan quick 75 dan air sejuk. Gaul hingga sebati. Masukkan pula tepung hongkong, gaul hingga rata. Campur dengan adunan mentega dan gaul hingga rata. Bahagi adunan pada 5 bahagian. 1. 2. 3. 4. 5. Campur dengan tepung susu nespray dan pewarna kuning. Campur dengan tepung cream crackers dan pewarna orange. Campur dengan mentega kacang dan pewarna ungu. Campur dengan minuman dutch lady dan Nescafe dan pewarna coklat. campur dengan nutella.

Ambil dua senduk adunan (1) dan bakar dengan api atas bawah hingga masak. Bila telah masak bakar lagi adunan (2) dengan api atas sahaja. Buat lah begini hingga habis semua adunan.

KEK MAWAR PUTIH (KUKUS) Bahan-bahan: 200 gm gula halus 5 biji telur ayam (gred A) asingkan kuningnya 600 gm roti marie dijadikan tepung 500 gm halwa kundur (dihiris halus) -2 paket 1 tin nestle krim (170 gm) 16 oz mentega 1 sudu air mawar

1 tin susu pekat manis

Cara Membuatnya: 1. Tepung roti marie dan halwa kundur digaul rata. Ketepikan. 2. Putih telur dipukul hingga kembang, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul hingga sebati. 3. Mentega dan susu dipukul berasingan hingga larut. Masukkan nestle krim dan air mawar. Akhir sekali masukkan tepung roti marie dan halwa kundur. Gaul sebati. 4. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak. Tutup permukaan acuan dengan kertas minyak dan kertas foil agar tidak dimasuki air. 5. Kukus selama 4 jam.

KEK SERI CAHAYA

Bahan-bahannya: 10 biji telur ayam 1 gelas gula halus 1 gelas tepung susu nespray 16 oz mentega 1 tin serikaya (tinggi) 1 tin susu manis 1 tin susu cair (ideal) 1 gelas tepung gandum Sedikit vanilla Pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. 2. 3.

Pukul telur dengan gula hingga kembang Mentega digaul dengan susu manis hingga sebati Satukan kedua-dua adunan tadi dan masukkan tepung gandum, serikaya, dan susu cair, gaul hingga sebati.

4. 5. 6.

Masukkan vanilla dan pewarna kuning. Masukkan susu tepung nespray dan kacau hingga sebati. Kukus selama lebih kurang 6 jam sehingga masak.

LAPIS ASAM MANIS KUKUS Bahan-bahannya; 2 cawan gula kastor 2 cawan mentega 4 cawan biskut marie kisar 4 sudu besar susu pekat manis 1 sudu kecil esen vanilla Sedikit pewarna merah dan hijau Howflakes (kepingan asam manis) 8 biji telur (dipukul kembang) Cara membuatnya; 1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan gaul rata. 2. Masukkan serbuk biskut marie, susu pekat manis dan esen vanilla. 3. Gaul hingga sebati. Bahagikan kepada 2: a. Hijau b. Merah 4. Kukus sesenduk warna hijau sehingga masak. Aturkan howflakes di atasnya. Ratakan sesenduk warna merah dan kukus lagi. 5. Ulangi proses di atas hingga selesai.

KEK SPORTING Bahan-bahannya; 250 gm mentega Golden Churn 170 gm serikaya Yeos 200 gm susu pekat manis 300 gm biskut butang (buang gula di atasnya) 150 gm gula halus 100 gm horlick 300 gm serbuk biskut marie 5 biji telur gred A (sejuk) 1 sudu besar chocolate emulco 2 sudu besar black treackle Cara membuatnya; 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu sambil adunan dipukul perlahan. 3. Masukkan serikaya, susu pekat manis, horlick, chocolate emulco, black treackle dan serbuk biskut marie. Pukul hingga sebati. 4. Akhir sekali baru masukkan biskut butang, kaau secara manual seketika. 5. Masukkan adunan ke dalam acuan 8 X 8 dan kukus selama 1 jam.

KEK LAPIS ROSALINDA Bahan Dalam Kek: 125 gm mentega cair 5 biji telur 125 gm tepung gandum 90 gm gula kastor 2 sudu besar susu pekat manis 1 teh esen badam Sedikit pewarna merah, hijau, kuning, coklat, ungu dan biru. Bahan Untuk Luar: 20 biji putih telur 16 gm mentega 200 gm tepung hongkong 200 gm gula kastor 150 gm tepung ice-cream vanilla 150 gm tepung susu nespray 1 paket sebuk santan

1 gelas horlick 3 sudu makan air sejuk 1 sudu makan ovellete 1 sudu makan esen cherry

1 sudu makan esen strawberry 1 sudu teh esen vanilla Sedikit pewarna merah jambu dan merah pekat

Cara Membuat Dalam Kek Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan susu pekat dan gaul sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata. Masukkan mentega cair dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada bahagian merah, hijau, kuning, coklat, ungu dan biru. Bakar setiap warna dalam acuan berlainan. Bila sudah masak potong kecilkecil. Cara Membuat Luar kek 1. Mentega dan susu dipukul hingga putih dan kembang, ketepikan. Pukuh putih telur dengan gula hingga putih dan berbuih. Campurkan kedua aduan tadi dan gaul hingga rata. Masukkan tepung hongkong, tepung susu nespray, horlick dan air sejuk. Bahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian 1: Masukkan tepung ice-cream dan esen vanilla. Bahagian 2: Masukkan santan, pewarna merah muda dan esen cherry Bahagian 3: Masukkan esen strawberry @ strawberry paste dan warna merah pekat 2. Lapiskan adunan merah pekat dahulu sebanyak 4 sudu makan dan tabur potongan kek warna hijau dan kuning. Bakar hingga masak dan tekan dengan acuan zig zag. 3. Ulang cara dia atas untuk adunan tepung ice-cream dam taburkan potongan kek warna coklat dan ungu. Bakar hingga masak dan tekan dengan acuan zig zag. 4. Lapiskan sama caranya untuk adunan selebihnya dan taburkan potongan kek warna merah dan biru. Bakar hingga masak dan tekan dengan acuan zig zag.

KEK LAPIS SCARY MOVIE Bahan A: 450 gm mentega 150 gm gula kastor 12 biji putih telur 180 gm tepung hongkong Bahan B: 10 biji kuning telur 450 gm mentega 5 sudu makan susu manis Bahan Inti Di Dalam Kek: 9 biji kuning telur 5 biji putih telur 450 gm mentega digaul dengan 5 sudu makan susu manis sampai putih 220 gm gula kastor 250 gm tepung hongkong

2 gelas nestum putih (dikisar halus) 1 gelas horlick putih 1 sudu makan ovellet 1 sudu teh antimold

150 gm tepung gandum 1 botol besar browning sugar 1 sudu teh vanilla

3 auns air sejuk 5 sudu makan browning 250 gm susu tepung 1 sudu makan ovellet 1 sudu makan vanilla Pewarna coklat

Cara Membuat Bahan A: Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan mentega dan gula. Gaulkan hingga sebati. Masukkan tepung hongkong, nestum dan horlick, gaul hingga sebati. Masukkan ovellet dan antimold. Gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bahan B: Pukul kuning telur dan mentega hingga kembag. Masukkan susu manis, gaul lagi. Masukkan browning sugar, tepung gandum dan essen vanilla. Gaul hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bahan Inti Di Dalam Kek: Pukul mentega dan susu hingga putih. Ketepikan. Pukul putih telur hingga kembang dn putih. Masukkan gula, kuning telur dan ovellet, pukul hingga sebati. Gampurka dengan mentega tadi dan gaul rata. Masukkan tepung hongkong, susu tepung, air sejuk, vanilla, browning sugar dan pewarna coklat. Gaul hingga sebati. Sediakan 2 keping acuan bersaiz 9 x 9. Bakar adunan hingga masak. Bila sudah sejuk potong semua adunan kecil-kecil berukuran . Ketepikan. Cara Melapis Lapiskan 1 bahagian adunan B yang telah dibahagi 2. lapisan sehingga masak.

Bakar berselang-selang 2

Lapiskan dengan 1 bahagian adunan A yang telah dicampur dengan 1 acuan potongan kek. Bakar. Lapiskan lagi 1 bahgian adunan A yang telah dicampur dengan 1 acuan potongan kek. Bakar lagi. Akhir sekali, lapiskan dengan baki 1 bahagian adunan B yang dibahagikan 2 berselang-selang 2 lapisan. Bakar hingga masak.

KEK HATI PAREK Bahan-bahannya; 10 biji telur ayam 1 gelas tepung gandum 4 gelas gula merah 7 sudu makan gula hitam kati kismis kuning 2 sudu teh bicarbonate 16 oz mentega 2 gelas gula kati kismis hitam 2 keping coklat Cadbury Dairy Milk 1 botol kecil horlick Cara membuatnya; Mentega dikuar dengan 1 gelas gula dan 4 gelas gula merah sampai rata. Kemudian masukkan 10 biji telu (2 biji dibuang putihnya). Selepas itu masukkan tepung, gaul rata dan masukkan bicarbonate, gula hitam, coklat dan kismis sambil digaul rata. Akhir sekali, masukkan baki 1 gelas gula pasir yang telah dimasak menjadi gula hangus. Kemudian masukkan horlick dan kukus selama 6 jam.

KEK PLYWOOD Bahan-bahannya; 12 biji telur ayam 16 oz mentega 2 gelas tepung gandum 1 tin besar kaya 1 gelas susu cair 2 sudu tepung kastard RM 1.10 minyak sapi 30 sen kulit kayu manis ditumbuk halus 2 gelas milo 2 gelas gula pasir Cara membuatnya;

Pukul gula dengan mentega. Sesudah itu masukkan telur satu-persatu. Masukkan kaya, susu cair dan tepung gandum. Bahagikan kepada 2 adunan. Satu bahagian dimasukkan tepung kastard dan milo. Satu bahagian lagi dimasukkan kulit kayu manis yang telah ditumbuk halus. Kukuslah berlapis-lapis hingga habis. Peringatan; Sebelum menambah lapisan atas, sapukan minyak sapi di atas setiap lapisan.

Anda mungkin juga menyukai