Anda di halaman 1dari 3

Biskut mazola

Lilydvalley@myresipi.com

biskut yang agak popular sempena musim perayaan.

Bahan-bahan ( 1 balang )

200gm tepung gandum 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus 100 gm gula -kisar halus 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya Kuning telur

Cara-cara
1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar. 2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut. 3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega. 4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

Biskut Makmur Susu

Bahan-bahan ( lebih kurang 100 biji )



1 tin kecil Ghee ( cairkan ) 5-6 sudu makan gula halus 5-6 sudu makan susu tepung 100 gram kacang tanah ( goreng & kisar ) tepung secukupnya ( goreng tepung tanpa minyak hingga sedikit kekuningan ) *Hiasan: 100 gram gula halus 100 gram susu tepung Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. 1.Campurkan ghee cair , gula , kacang kisar dan susu tepung.Gaul sebati. 2. 2.Kemudian,masukkan tepung secukupnya sehingga tidak melekat pada tangan. 3. 3.Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil. 4. 4.Susunkan di atas loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10 hingga 15 minit. 5. 5.Setelah biskut masak,salutkan biskut dengan gula dan susu tepung.

kek batik biskut marie

Bahan-bahan ( 10 orang makan )



3 cawan air 1 tin besar susu pekat 1 sdt esen vanilla 250 gram mentega 450 gram biskut marie 1 cawan milo 1 cawan serbuk koko 2 sdt Nescafe 4 biji telur

Cara-cara
1. Masak air sehingga mendidih, padamkan api. 2. Masukkan susu, milo, serbuk koko dan Nescafe. Hidupkan api perlahan, kacau sebati. Padam api. 3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur satu persatu dan campurkan esen vanilla. 4. Setelah bahan dalam kuali kurang panas, masukkan bancuhan telur dan mentega. Kacau sebati. 5. Apabila bancuhan betul- betul pekat, masukkan biskut marie. Kacau rata dan padamkan api. 6. Griskan acuan dengan sedikit mentega. Tuang adunan sambil menekan padat. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

Biskut nestum kismis

maya_zakry@myresipi.com

Bahan-bahan ( 100 pcs )



250g butter 100g kismis 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 3 cawan nestum 1 cawan gula halus Telur 2 biji

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi. 3. Masukkan tepung dan nestum, gaul. 4. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari. 5. Bakar pd suhu 180 selama 20 minit.

Puding koktel

wafaalatiff@myresipi.com

sbg pencuci mulut, sesuai untuk jamuan yang kecik2

Bahan-bahan ( utk 2 bekas )



20gm agar-agar (bersama 3 cawan air - untuk dimasak bersama) 1 tin fruit cocktail (ambil airnya) 1 tin susu cair 3 biji telur 1 sudu teh esen vanila 3/4 cawan gula 4 cawan air

Cara-cara
1. Masak agar-agar bersama 3 cawan air. Apabila sudah mendidih, masukkan gula dan kacau sehingga sebati. 2. Sementara menunggu gula untuk sebati dengan agar-agar, pukul telur dan masukkan susu cair, esen vanila dan air 3. Apabila gula sudah cair sepenuhnya, masukkan fruit cocktail bersama-sama sirap. Biarkan mendidih seketika 4. Masukkan campuran susu tadi dan kacau. Masak seketika dan alihkan. 5. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan

Anda mungkin juga menyukai