Anda di halaman 1dari 86

Kek Alunan Kasih

Letak serbuk

koko...kalau boleh, lebih sikit biar terang warna coklat tu..

Proses meratakan adunan.. BAHANNYA 250 gm butter 2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 cwn je) 5 Biji Telur 1 sudu kecil ovalette-saya tambah 2 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder) 2 sudu kecil baking powder cwn susu cair** 1 sudu kecil esen vanilla *Sebuk koko (secukupnya) *Pewarna ( ikut citarasa masing2..) sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko. Cara2: 1. Pukul butter dan gula smpai kembang...masukkan sekali ovalette...pkl lagi. 2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang 3. Masukan *esen vanilla, susu cairgaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.. 4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau

5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan 6. ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertamaayak nipis2 jer.. 7. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.. 8. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis 9. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2 Pengalaman sendiri : Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

Marble Chiffon Cake

Adunan Kek yg belum dimasak.. Ingredients (A)


7 egg whites 1/2 tsp cream of tartar 100g sugar 7 egg yolks 100g sugar 175g flour 1/2 tsp baking powder 75 ml cooking oil 150 ml of full cream milk

(B)

1/2 tsp salt 1 tbsp cocoa powder (I used valrhona) 1 tsp chocolate paste (I added BF paste too) Method 1. Stir (B) until blended, set aside - (I whisk egg yolks and sugar first, then add oil and milk.. I then fold in sifted flour, baking powder and salt gently and put it aside) 2. Beat the egg whites and cream of tartar until bubbly, add sugar a little at a time and continue to whip until soft peak. 3. Take 1/3 of egg white mixture and add into egg yolk mixture.. fold in gently bef pouring the rest of egg yolk mixture into egg white. Divide batter equally into two portions and add cocoa powder and paste into one portion. 4. Spoon white batter and chocolate batter alternately into a 22cm chiffon pan.. bake it at 170C for 45mins. 5. Lift, turn the pan on the neck of the bottle, let stand until cold. Once cool, remove cake from pan with the help of a knife.8

Kek Chiffon Pelangi

BAHAN A 6 biji kuning telur 4 tbsp Minyak jagung/minyak masak 60ml Susu segar 1/2 tsp Esen vanila 50g Gula Kastor 110g Tepung naik sendiri BAHAN B 6 biji putih telur 100g Gula Kastor 1/4 tsp cream of tartar Sedikit pewarna kuning, hijau, pink dan sedikit serbuk koko (saya guna coklat emulco)

CARA2 MEMBUATNYA : 1. Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci. (tak perlu disapu mentega atau margerine). Ketepikan. 2. Masukkan Bahan2 B (putih telur) dan gula kastor ke dlm mangkuk mixer dan putarkan sehingga berbuih kemudian baru masukkan cream of tartar putar hingga putih telur kental. (Speed laju). 3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan2 A, dikacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan sebentar 4. Tuangkan adunan A ke dalam adunan B (putih telor). 5. Putarkan dengan menggunakan whisk dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati. 6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (Titiskan sedikit warna hijau, warna pink, kuning dan coklat (1 tsp serbuk koko). 7. Tuang keempat empat adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli ke dalam tin yang telah disediakan tadi. (tuangkan warna kuning dulu diikuti warna coklat, warna pink dan akhir sekali warna hijau)

8.

Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak.

Kek Lapis Bumi Dan Salam AidilAdha

Bahan-bahan (loyang 8") 250 gm mentega 1 cwn gula halus 1 sudu kecil ovalette 5 biji telur 1/2 cwn susu pekat manis 180 gm serikaya(1 tin kecil) 1 1/2 cwn tpg gandum 1 sudu kecil b.powder 1 sudu kecil esen ros/vanilla 2 sudu besar nescafee pewarna kuning pewarna coklat Cara-cara 1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang dan sebati 2. Masukkan tepung, esen ros, baking powder, susu dan serikaya, kacau atau putar hingga sebati 3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu letak pewarna kuning, manakala satu lagi letak serbuk nescafe(bancuh dngn 1 sb air) dan letak pewarna coklat. 4. Panaskan pengukus, griskan loyang dengan majerin atau mentega.

5. Kemudian sendukkan bahgian nescafe sebayak 1 senduk, ratakan dan kukus 5 minit, ulangi dgn lapisan bewarna kuning selama 5 minit juga. Buat hingga habis... lapisan terakhir kukus selama 15 minit.

Marble Chocolate Cheese Cake


.

Bahan A: 250gm mentega 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor) 5 biji telor gred A 1/2 cwn serbuk koko * 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je) 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama) 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco 1/4 cwn susu cair Bahan B: 250 gm cream cheese 3 sudu besar gula halus (gula kastor) 1 sudu kecil esen vanila

1 biji telor gred A Cara-Cara: 1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. 2. Putar mentega dan gula hingga putih. 3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. 4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis. 5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu. 6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati. 7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim. 8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan. 9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis. 10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan. 11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong. 12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

BUTTERY ORANGE CAKE 250gm butter (dilembutkan) 2 sudu besar parutan kulit oren-saya letak 1 sb je 330gm gula castor~ saya guna 250 gm je 4 biji telur 225gm tepung naik sendiri 75gm tepung gandum 180ml orange juice 1 sd kecil ovallete ~ ni k.nor tambah ..(saya pun tambah..) Cara-cara

1. Pukul butter, gula dan ovallete serta kulit oren sehingga kembang. 2. Masukkan telur dan pukul lagi. 3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata. 4. Isi dalam loyang yg telah dialas kertas dan di gris. Bakar 1jam 10min...180C... #Orange juice tu k.nor guna air bancuhan sunquick oren aje sebanyak 180ml spt kehendak resipi....(saya pun ikut mcm K.Nor..). ## utk hasilkan kek marble spt diatas, bahagi dua adunan dn campurkan 1 bahagian dng 1 sudu teh coklat emulco dn sedikit pewarna coklat. ### Lapiskan satu persatu adunan secara selang seli hingga habis baru la dibakar.

Kek Kukus Lapis Coklat

Bahan-bahan 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge) 1 1/2 cwn gula halus 2 cwn tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovallette 150 ml susu cair 1/2 sudu kecil garam 100 gm minyak jagung/masak 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu besar serbuk koko 1 sudu kecil coklat emulco Cara Membuat:1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu. 2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati. 3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian...satu warna asal dan satu lagi letak serbuk koko dan coklat emulco(gaul sebati..)

4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan coklat dulu, ratakan permukaannya dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. 5. Buat pula lapisan putih, dan kukus lagi 15 minit...dan seterusnya lapis sehingga habis. 6. Untuk lapisan yang akhir (lapisan putih) kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya. 7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk. *Penutup kukus hendaklah di bungkus dngn kain supaya air tak menitik diatas permukaan air. * Kalau suka boleh juga tabur coklat chips di atas setiap lapisan coklat.

Kek Lapis Asam Manis

Bahan-Bahan 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2 4 biji telur 3/4 cawan butter 3/4 cawan gula 1 sk ovallete 1/8 cawan susu pekat - hana ltk 3 sudu besar Cara-Cara 1. Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan. 2. Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu. 3. Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati. 4. Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda. 5. Kukus setiap lapisan 5 atau 7 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd setiap lapisan. 6. Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek. 7. Buat sehingga habis dan utk lapisan terakhir kukus 15 minit.

Kek Sarang Semut


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kek gula hangus/ kek sarang semut/ kek sarang lebah yg saya buat semalam. Hari tu nampak ramai kawan2 membuat kek ni, tiba2 saya teringin pula nak membuatnya. Dulu pernah buat ikut resepi Widad di MyR, alhamdulillah mmng menjadi. Resepi ini hendaklah di perap selama 3 atau 4 jam, kali ni saya perap cuma 1/2 jam je....alhamdulillah menjadi juga.....yg penting masa membakar tu gunakan api bawah sahaja selama 40 minit dan selebihnya guna api atas dan bawah. Oklah mari kita lihat bahan2nya.

Bahan-bahan

1 cawan gula 1 cawan air panas 1 cawan tepung gandum 1 cawan susu pekat 2 sudu kecil soda bikarbonat 4 biji telur 2 sudu besar mentega Cara-cara 1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus 2. Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair.(hati2 sbb merecik2) 3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu.... 4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat. 5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati. 6. Masukkan pula tepung + soda yg sudah di ayak dan sebatikan. 7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk. 8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. 9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam" = Saya bakar guna api bawah sahaja selama 40 minit dan api atas bawah selama 15 minit. Anda mungkin juga meminati:

Kek Gula Hangus

Kek Lapis Asam Manis

Kek Marble Susu

Kek Suji/Kek Semolina

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 7:18 PM 11 comments FRIDAY, OCTOBER 22, 2010

Velvet Steamed Fruit Cake


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga anda semua ceria di hari jumaat yg penuh keberkatan ini. Hari ini saya buat kek kukus lapis buah. Resepi ini seakan2 resepi kek kukus velvet. Saya buat ikut sukatan yg mudah dan biasa saya gunakan. Kalau kawan2 nak cuba tu bolehlah mencuba resepi ini....pasti menjadi. Saya mmng gemar jenis kuih/kek yg di kukus. Rasanya yg lembut dan lembap tu yg membuatkan saya makan lebih.

Bahan-bahan 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge) 1 1/2 cwn gula halus 2 cwn tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovallette 150 ml susu cair 1/2 sudu kecil garam 100 gm minyak jagung/masak 1 sudu kecil esen vanila beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau 100 gm buah-buahan campuran (di cincang) Cara Membuat:1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu. 2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati. 3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.

4. Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan merah dulu, ratakan permukaannya dan tabur 50 gm buah2an campuran... kukus selama 15 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. 5. Buat pula lapisan hijau, ratakan dan tabur 50 gm buah2an campuran dan kukus lagi 15 minit. 6. Untuk lapisan yang akhir (lapisan kuning) kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya. 7. Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan bahagikan kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir tak perlu tabur buah2an campuran. Anda mungkin juga meminati:

Kek Kukus Velvet

Kek Kukus Lapis Coklat

Moist Chocolate Cake

Kek Lapis Asam Manis

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 7:15 AM 9 comments WEDNESDAY, OCTOBER 13, 2010

Kek Suji/Kek Semolina


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama rasanya tak bersiaran. Terima kasih kepada pengunjung blog Sinar Kehidupanku

kerana masih setia dan sudi berkunjung ke sini. Saya amat2 menghargainya. Minggu lepas saya sibuk sikit, ini adalah kerana persiapan majlis pernikahan dan persandingan adik saya di kampung. Sebagai kakak, saya turut menjayakan majlis tersebut. Saya juga sibuk menyiapkan kek2 utk di buat sebagai buah tangan....antaranya kek kukus velvet, kek coklat dan kek kukus lapis cream cheese. Rasanya resepinya pun boleh di rujuk di bahagian kek. Di sini saya letak resepi kek semolina/ kek suji yg saya buat minggu lepas. Resepi ni saya ambil dari Mat Gebu, izinkan akak letak resepinya di sini ya Mat. Terima kasih kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya. Kek ini lembut, lemak dan lembap mcm kata Mat iaitu 3L. Jom kita semak bahan2nya..

BAHAN-BAHANNYA :-) 250 g mentega berkualiti tinggi 170 g gula halus 2 camca besar madu 4 biji telur gred A 100 ml susu segar 2 camca teh esen vanilla 170 g tepung gandum 1 camca teh baking powder 100 g semolina @ suji Secubit garam Cara-cara 1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan. 2. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar no 2). 3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek

yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak. 4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Anda mungkin juga meminati:
Kek Marble Susu

Kek Lapis Asam Manis

Kek Pelangi

Kek Chiffon Coklat

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 11:23 PM 14 comments SATURDAY, SEPTEMBER 25, 2010

Sicilian Orange Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sempena hari ulangtahun perkahwinan semalam, saya buat kek yg sememangnya di gemari oleh suami saya iaitu kek perisa oren. Saya juga masak pulut kuning dan rendang...serta bacaan doa selamat. Resepi asal kek ini adalah dari Rima dan saya ambil dari rumah K.Jun. Sejak singgah rumah K.Jun, mmng dah tak sabar nak mencuba kek yg sedap dan mudah menyediakannya. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Syukur Alhamdulillah suami dan anak2 amat mengemari kek ini.

Ingredients 250 g lightly salted butter, at room temperature, plus extra for greasing 250 g caster sugar 4 medium eggs 1 1/2 tsp finely grated orange zest

250 g self raising flour (i used plain flour and add 1 tsp of baking powder) 85 ml freshly squeezed orange juice For the icing: 125 g icing sugar 5 tsp freshly squeezed orange juice Method 1. Preheat the oven to 170C. Grease and line a 22-cm clipsided round cake with non-stick baking paper. 2. Using an electric whisk, cream the butter and sugar together for 4-5 minutes until very pale. Beat in the eggs, one at a time, beating very well between each one, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent the mixture from curdling. Beat in the orange zest. Add the flour all at once and mix in well, then slowly mix in the orange juice. 3. Spoon the mixture into the prepared tin and bake on the middle shelf of the oven for 45-50 minutes or until a skewer, inserted into the centre of the cake, comes out clean. If it starts to brown too quickly, cover loosely with a sheet of lightly buttered foil. 4. Leave the cake, in its tin, to cool on a wire rack, then carefully remove the sides and base of the tin and peel off the paper. Put it onto a serving plate. For the icing, sift the icing sugar into a bowl and stir in the orange juice until you have a spreadable consistency. Spread it over the top of the cake, letting it drip down the sides, and leave to set. Serve cut into slices, and store any leftovers in an airtight container. Anda mungkin juga meminati:

Marble Chiffon Cake

Buttery Orange Cake

Banana Bread

Donut Keledek

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 7:24 PM 7 comments THURSDAY, SEPTEMBER 23, 2010

Upside Down Pineapple Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kek yg saya buat masa jamuan hari raya tempohari. Resepi asal dari Mat Gebu dan saya pernah buat sebelum ini. Pada kawan2 yg belum membuatnya tu.....bolehlah mencubanya. Kek ini mmng sedap dan lembut....ada pula gegelang nanas dan ceri merah lagi di atasnya.....mengoda gitu. Terima kasih Mat Gebu resepi yg sememangnya sedap ini. Izinkan akak kongsi resepinya di sini pula ya.

BAHAN-BAHANNYA

2 tin nenas berkaleng dalam tin; ditoskan Ceri merah secukupnya 250 g mentega 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih 135 g gula halus 135 g tepung gandum*

2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali) 1 camca teh esen vanilla CARA MEMBUATNYA 1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga. 2. Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan. 3. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan. 4. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. 5. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata. 6. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak. 7. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down. Anda mungkin juga meminati:

Upside down Pineapple cake.

Heavenly Carrot Cake

Kek Chiffon Coklat

Kek Suji/Kek Semolina

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 4:34 PM 1 comments MONDAY, JULY 26, 2010

Moist Chocolate Chiffon


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kek chiffon coklat yg saya buat tempohari. Kek ni sungguh lembut dan sedap. Resepi asal adalah dari Mat Gebu...izinkan akak letak resepinya di sini ya CMG....terima kasih banyak2.

BAHAN A :4 kuning telur (gred A) 135 ml air 85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh) 1/4 camca teh garam halus 100 g gula halus 135 g tepung gandum 15 g serbuk koko 1 camca teh esen vanilla 1 camca teh baking powder BAHAN B :

4 putih telur (gred A) 90 g gula halus Secubit cream of tartar CARA MEMBUATNYA :1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. 2. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan. 3. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat. 4. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati. 5. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk. 6. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. 7. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang.... Anda mungkin juga meminati:

Kek Chiffon Oren

Kek Chiffon Pandan

Kek Chiffon Pelangi

Kek Kukus Lapis Coklat

LinkWithin

Links to this post

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 10:00 AM 5 comments MONDAY, JULY 19, 2010

Heavenly Carrot Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Inilah kek yg saya buat utk hari ulangtahun suami saya semalam. Terima kasih kepada kawan2 yg sudi memberi ucap selamat....terharu rasanya. Sebenarnya suami saya tak kisah, takde kek pun takpe.....cuma anak2,biasalah bila tiba hari jadi mesti suruh buat kek. Carrot Cake ni mmng sesuai utk majlis ringkas ni....rasanya sesuai dngn namanya Heavenly Carrot Cake....mmng sedap sangat. Resepi asal adalah dari Jun Cup Cake dan saya C&P dari CMG....terima kasih kepada penyumbang resepi.

BAHAN-BAHAN 1 cawan tepung gandum* 1 camca teh baking powder* 1/2 camca teh soda bicarbonate* 1/2 camca teh garam halus* 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) 2 biji telur gred "A" 3/4 cawan minyak jagung 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan) 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar 1/2 cawan kelapa kering 1/2 cawan kacang walnut, cincang BAHAN CREAM CHEESE TOPING (Zaliana) 50 gm mentega 215 g cream cheese 1 sudu kecil esen vanilla 125 gm gula aising, diayak CARA MEMBUATNYA :1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. 2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang

lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati. 3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak. 4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan... UNTUK CREAM CHEESE :1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. 2. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka... CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturunkan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi... Anda mungkin juga meminati:

Marble Chocolate Cheese Cake

Slice Cheese Cake.

Double Berry Cheese Cake

Moist Banana Cake

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

Posted by Yatie Labels: Kek at 1:53 PM 11 comments TUESDAY, JULY 6, 2010

Oreo Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak letak resepi oreo cheese cake yang saya buat semalam. Dah lama teringin nak makan cheese cake ni. Alhamdulillah dapat juga saya membuat dan merasa kek ni....memang sedap bagi penggemar cheese. Resepi asal adalah dari Joyce dan saya C&P dari rumah Kak Ummi yg memang pakar memasak dan membuat kek. Kalau pergi rumah K.Ummi macam2 ada kat sana. Terima kasih kepada penyumbang resepi yg mudah dan sedap ini. Mari kita lihat bahan2 yg di perlukan.

Bahan:30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus 1/4 cawan butter - cairkan Bahan Filling: 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan 1/2 cawan gula halus 1/2 sudu teh esen vanila 1/2 cawan sour cream 2 biji telor 1 cawan oreo yang dicincang halus

Base :1.

Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata.

2. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. 3. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius. Bakar 15 minit dan biarkan sebentar. Filling:1. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. 2. Masukkan sour cream dan pukul sebati. 3. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. 4. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. 5. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.
Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 10:00 AM 15 comments THURSDAY, JULY 1, 2010

American Chocolate Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak letak resepi kek coklat yg saya buat sempena hari ulangtahun kelahiran anak saya. Terima kasih kepada kawan2 semua yg mengucapkan selamat hari lahir pada anak saya. Gembira dan terharu dengan ucapan dan kata2 semangat dari kawan2 semua. Semoga Allah merahmati kita semua. Resepi asal kek ini adalah dari FP Zahara dan saya C&P dari K.Zai. Terima kasih kepada penyumbang resepi.

Bahan- Bahan

2 cups flour* 2 cups granulated sugar-guna caster sugar 3/4 cups cocoa* 2 tsp baking powder 2 tsp baking soda* 2 eggs 1 cup of milk (fresh) (saya guna susu cair) 1 cup of corn oil 1 tsp vanilla essence 1/2 tsp salt* 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara; 1. Ayak bahan * sekaligus 2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air 3. Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu. 4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min bergantung pd oven masing2... Topping 1/2 cawan koko van hauten 1/2 cawan susu pekat 1 sudu besar minyak masak

Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.
Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 10:50 AM 4 comments FRIDAY, JUNE 18, 2010

Double Berry Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya teringin nak makan kek yg ada cream cheese di dalamnya. Alhamdulillah bila singgah blog kawan2 saya jumpa resepi seperti yg diinginkan. Tanpa membuang masa dan bahan2 pun semuanya ada, saya pun terus mengadun kek yg sedap ni iaitu Double Berry Cheese Cake. Resepi asal adalah dariChef Wan dan saya C&P dari rumah chef yg sememangnya pakar dlm membuat kek dan memasak iaitu Mat Gebu. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Kalau kwn2 nak tahu cara2nya lebih lanjut, bolehlah singgah di blog Mat Gebu. Saya guna jem strawberry dan jem blueberry....tu yg tak terang kalernya....tapi rasanya memang sedap.

BAHAN-BAHANNYA : 250 g cream cheese 150 g mentega 3/4 cawan gula halus 3 biji telur gred A' 1 3/4 cawan tepung gandum* 1 camca teh baking powder* 1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak) 1 camca teh esen vanilla 1/4 cawan susu segar 4 camca besar blueberry filling 4 camca besat strawberry filling Sedikit "snow powder", untuk hiasan (jika suka) CARA MEMBUATNYA : 1. Panaskan oven pada suhu 175C, sapu bundt-pan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ratakan dan ketuk keluar lebihan tepung (dalam gambar mat guna acuan silicone). Ketepikan. 2. Putar mentega, cream cheese dan gula halus hingga kembang. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu, jangka waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu. Buat hingga habis. 3. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. Isi 1/3 adunan ke dalam bundt-pan, sudukan strawberry filling, ratakan dengan chopstick. Kemudian, masukkan 1/3 lagi adunan dan sudukan pula

blueberry filling, ratakan juga. Akhir sekali tutup dengan lebihan adunan, ratakan. 4. Bakar 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Lepas 55 minit, periksa kek dengan mencucuk lidi sate di tengah2 bahagian kek, jika keluar bersih, kek pun dah masak. Jika belum ok, sambung membakar hingga kek masak. Sejukkan kan sepenuhnya atas jaringan. Ayak "snow powder" atas kek sebagai hiasan...
Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 10:22 AM 16 comments WEDNESDAY, JUNE 16, 2010

Kek Chiffon Oren


Salam dan bertemu kembali. Hari ini saya buat kek chiffon oren merangkumi kek kegemaran saya serta keluarga. Saya suka sangat makan kek chiffon tak kiralah perisa apa. Kek chiffon ni sedap, lembut dan gebu, jadi mmng sesuai sangat dngn selera saya. Resepi asal adalah dari Gert dan saya C&P dari rumah Mat Gebu. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Ramai kawan2 yg dah cuba buat kek ni, pada yg belum buat tu, bolehlah mencubanya.

BAHAN A :1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*) 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak) 6 kuning telur gred A 1/2 cawan gula halus 1 biji oren, diparut kulitnya( saya letak sikit je...) 3/4 cawan jus oren 1/4 cawan minyak jagung/sayur BAHAN B : 6 putih telur gred A 3/4 cawan gula halus 1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan. 2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental. 3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak. 4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...
Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 9:59 AM 8 comments MONDAY, MAY 24, 2010

Kek Marble Susu


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua baik2 saja. Hari ni saya nak letak resepi kek marble susu yg saya buat semalam. Kek ni sedap dan moist, lebih2 lagi bila dah semalaman. Resepi asal adalah dari Kak Norzailina Nordin dan saya C&P dari rumah CMG. Izinkan saya letak resepinya di sini ya chef, terima kasih kerana berkongsi resepi yg sedap ini. Rasanya ramai kawan2 yg dah mencuba kek ni...pada yg belum tu, bolehlah mencubanya.

Bahan-Bahan

250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi) 230 g gula halus 2 camca teh ovallate 4 biji telur gred A 270 g tepung halus*(tpng gandum pun boleh..tapi tpng halus lagi 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 60 g susu pekat manis 2 camca besar serbuk koko 2 camca besar susu cair

best)

1 camca teh coklat emulco Cara membuatnya 1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata. 2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. 3. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati. 4. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick. 5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Saya bakar 45 minit, bergantung pada oven masing2 ya. 6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz MONDAY, MAY 17, 2010

Kek Kukus Velvet


Salam dan bertemu kembali. Inilah kek kukus velvet yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Selain warnanya yg cantik rasa kek ini sedap dan menepati citarasa kami sekelurga. Resepi asal adalah dari Kak Fida @MyR...terima kasih ya akak kerana berkongsi resepi yg sedap ini.

Bahan-bahan

*5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge) *225 gm gula halus *220 gm tepung gandum *1 sudu kecil rata baking powder *1 sudu besar ovallette *150 ml susu cair *1/2 sudu kecil garam *100 gm minyak jagung/masak *1 sudu kecil esen vanila *beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau *asam hawflakes secukupnya Cara Membuat:1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu. 2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati. 3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran. 4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. 5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus. 6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya. 7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka... Anda mungkin juga meminati:

Kek Kukus Lapis Coklat

Velvet Steamed Fruit Cake

Kek Lapis Kukus Cream Cheese.

Kek Pelangi

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 3:28 AM 16 comments TUESDAY, MAY 11, 2010

Strawberry Sponge Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ini saya nak letak gambar kek yg saya buat untuk anak perempuan saya Seri Izati sempena hari ulangtahun yg ke 14 tahun. Kebetulan hari jadinya sama pula dengan hari ibu, tu yg dia seronok sangat. Saya ni taklah pandai sanggat buat kek yg canggih2...oleh kerana tidak mahu mengecewakan permintaan anak2, saya pun tunjuklah bakat terpendam saya ni. Jom kita tengok resepinya...kek ni mmng sedap, dan boleh di tukar apa2 perisa yg kita suka.

Di tengah kek tu, saya sapu jem strawberry Bahan-Bahan * 5 biji telor * 150 gm gula halus * 1 sudu besar ovallete * 80 ml minyak * 80 ml susu segar * 1 sudu kecil baking powder* * 150 gm tepung gandum* di ayak * 1 sudu kecil perisa strawberry/ vanilla * sedikit pewarna, jika suka- saya tak letak.. Cara-cara 1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan ketepikan. 2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi hingga benar2 kembang. 3. Masukkan susu segar dan minyak berselang seli dengan tepung yg di ayak bersama b.powder. 4. Masukkan vanilla/perisa strawberry atau pewarna dan gaul sebati guna senduk je. 5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.

6. Tuangkan adunan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah C. 7. - Saya bahagikan pada 2 bahagian dan bakar berasingan supaya kek kelihatan rata bila masak dan tidak perlu di belah 2. 8. Bila dah masak keluarkan dari oven dan biarkan lebih kurang 5 minit.. lepas tu terbalikkan di redai kek bagi mengelakkan kek kita kempis. 9. Kek dimasak mengunakan api bawah dan atas. Biarkan kek benar2 sejuk, barulah di hias ikut selera masing2. Bahan Buttercream *4 sudu besar butter *1 cwn shortening *2 cwn confectioner powder sugar *3 sudu besar susu segar Cara2=> 1. Campurkan butter, shortening dan powder sugar. 2. Putar atau pukul sampai sebati dan halus.Dasebati campurkan susu segar dan pkl sebati. 3. Setelah sebati dan halus, bolehlah sapu pada kek mengikut kreaviti masing2. Selamat Mencuba..... Anda mungkin juga meminati:
Moist Chocolate Cake

KEK MARBLE TRIO.

Moist Banana Cake

Kek Kukus Velvet

LinkWithin

Links to this post

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 11:53 AM 24 comments MONDAY, APRIL 26, 2010

Kek Chiffon Pandan


Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya buat kek chiffon pandan. Saya memang suka sangat kek atau kuih perisa pandan...bau harum satu rumah bila di masak. Terdapat banyak resepi kek chiffon pandan, dan ini adalah salah satu resepi yg biasa saya guna dan alhamdulillah menjadi dan lembut sangat. Kalau kawan2 nak rasa, bolehlah cuba membuatnya ya... Inilah bahan2nya..

Bahan-bahan Bahan A * 6 biji kuning telur * 2/3 cawan minyak Mazola * 2/3 cawan santan pekat * sudu kecil garam * 1 cawan gula pasir * pewarna hijau dan perisa pandan * 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak * 2 sudu kecil baking powder* diayak Bahan B * 6 biji putih telur * 1/2 cawan gula pasir * 1 sudu kecil cream of tar tar Cara-cara Bahan (A): 1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup) 2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi. 3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu. Bahan (B): 1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih. 2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang. 3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh. 4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik. 5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser. 6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 4550 minit 175c 7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.

8.

Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

Anda mungkin juga meminati:

Kek Chiffon Oren

Kek Chiffon Coklat

Kek Chiffon Pelangi

Kek Pelangi

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz

Posted by Yatie Labels: Kek at 10:56 AM 15 comments WEDNESDAY, APRIL 14, 2010

Moist Chocolate Cake


Salam dan bertemu kembali. Rasanya ramai yg sudah tahu membuat kek coklat. Terdapat banyak jenis dan banyak cara membuat kek coklat. Di sini saya ingin berkongsi salah satu resepi yang selalu saya buat dan semestinya sedap. Mari kita lihat resepinya.

Bahan Bahan (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in) * 3 biji telur * 2 cwn gula halus * 1 sudu kecil esen vanilla * sedikit garam * 1 cwn susu segar * 1 cwn minyak jagung/m.masak * 1 cwn air panas didih * 2 cwn tepung gandum* * 1 sudu kecil rata serbuk nescafe* * 1/2 cwn serbuk koko* * 2 sudu kecil baking soda* * 1 sudu kecil baking powder*=>* diayak Cara-cara 1. Ayak bahan2 yg bertanda * dan ketepikan dahulu. 2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang, masukkan esen vanilla, garam dan minyak. 3. Masukkan pula susu dan letak air panas. Setelah itu, masukkan tepung dan bahan2 yg di ayak tadi. Gaul sebati. 4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain supaya air tak menitik atas kek. Setelah air mendidih bolehlah kukus kek dngn api sederhana.

5. Sapu loyang dngn sedikit butter dan alas kertas minyak. Tuang adunan dan kukus selama 1 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan dahulu sebelum di potong. 6. Kalau suka bolehlah di sapu chocolate ganache dan hias mengikut citarasa masing2. Bahan Topping 1 cwn susu pekat 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu besar minyak jagung/masak 1/2 cawan serbuk koko Cara-cara Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api sederhana hingga pekat dan kacau sentiasa dengan whisker dan masukkan esen vanilla, kacau lagi. Bila telah pekat dan berkilat (dlm 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek yg telah sejuk. =>Kek ini boleh juga di buat dalam bekas2 kecil seperti muffin dan cetak lompang yg dialas kertas muffin atau cupcake. Selamat Mencuba.... Anda mungkin juga meminati:

Moist Banana Cake

Chocolate Banana Cake

Marble Chocolate Cheese Cake

American Chocolate Cake

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 5:57 AM 8 comments

THURSDAY, MARCH 25, 2010

Kek Pelangi
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Hari ni saya buat kek pelangi. Rasanya ramai kawan2 yang dah buat kek ni...tentu sedap. Saya pun dah tak sabar nak membuatnya....apalagi dengan permintaan anak2 yang teruja dengan warna-warni kek pelangi.....bukan saja menarik, malahan memang ternyata sedap dan lembut je rasanya. Resepi asal saya tak pasti, tapi Kak Ummi,Kak Jun, Kak Zai dan Ika sudah pun mencubanya. Saya C&P ya resepinya di sini....terima kasih banyak2.

Bahan-bahan * 250g mentega * 220g tpg kek *

* 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama) * 200 gm gula kastor * 4 biji telur gred A * 5 s/b air susu 1 s/k esen vanila sedikit pewarna merah, hijau dan kuning Cara-Caranya 1. Gris acuan bulat . Panaskan ketuhar 180c. 2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih. 3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati. 4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata. 5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning. 6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambiL satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis. 7. Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam. 8. Sejukkan dahulu...barulah di potong. Anda mungkin juga meminati:
Kek Chiffon Pelangi

Kek Chiffon Pandan

Kek Gula Hangus

Kek Marble Susu

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 11:35 AM 6 comments SUNDAY, MARCH 7, 2010

Banana Bread
Hai...inilah banana bread yg saya buat untuk sarapan pagi tadi. Resepi asal adalah dari blog whisk, write, repeat, dan saya dapat dari rumah Kak Jun. Buatnya taklah susah mana, cuma guna whisk je...klau ada adik2 di luar sana yg baru berjinak2 nak buat kek....ahaa...inilah resepi yg paling mudah dan semestinya sedap. Mari kita lihat resepinya....saya C&P dari rumah Kak Jun. Terima kasih ya akak..

Bahan-Bahan. 1/2 cup canola oil or melted butter 1 cup sugar 2 eggs 2 cups flour 1 teaspoon baking soda 4 ripe bananas cinnamon to taste Procedures: 1. Preheat oven to 350 degrees. 2. In a large mixing bowl, whisk the eggs, combine sugar and butter (or oil), and stir. Add in the flour and baking soda, and sift

the baking soda into the flour first before stirring it all together. Add several shakes of cinnamon. 3. In a smaller bowl, peel and mash the bananas finely with a fork. Add the bananas to the other mixture, and stir. 4. Pour batter into a greased and lightly floured bread pan. Bake for about 50 minutes, til deep golden brown. Anda mungkin juga meminati:
Moist Banana Cake

Sicilian Orange Cake

Chocolate Banana Cake

Marble Chiffon Cake

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 11:34 AM 0 comments TUESDAY, FEBRUARY 23, 2010

Marble Chocolate Cheese Cake


Salam sejahtera kawan2 semuanya. Sebenarnya saya buat kek ni semalam untuk jamuan tetamu yang datang ke rumah. Oleh kerana terlalu letih saya, saya tak jadi nak n3 resepi kek ni semalam. Jadi hari ni saya nak kongsi bersama kawan2 semua resepi yang sememangnya mudah dan sedap ni. Resepi asal kek ni adalah dari Kak Hanieliza,pastu saya copy je dari Kak Ummi dan kata Kak Ummi, dia dapat dari CMG di Dapur Lama Mat Gebu(Celebrate Life With Food). Jadi saya panjangkan2 lagi resepi ni pada kawan2 yang belum pernah mencuba kek ini ya...

Bahan A: * 180 gm mentega (*akak letak 190 gm) * 170 gm gula halus (gula kastor) * 3 biji telor gred A * 20 gm serbuk koko * * 120 gm tepung halus *(saya guna tpng gandum je) * 1 camca teh baking powder * (bahan * diayak bersama) Bahan B: * 250 gm cream cheese (pada suhu bilik) * 60 gm gula halus (gula kastor) * 1 camca teh esen vanila * 1 biji telor gred A

Cara-Cara: 1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan. 2. Putar mentega dan gula hingga putih. 3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. 4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dengan spatula. 5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati. 6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim. 7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang, ratakan. 8. Tuang pula kesemua adunan cream cheese dan ratakan. 9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan. 10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong. 11. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi. Selamat Mencuba. Anda mungkin juga meminati:

Marble Chocolate Cheese Cake

Kek Marble Susu

Double Berry Cheese Cake

Moist Chocolate Cake

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 8:15 AM 8 comments THURSDAY, FEBRUARY 18, 2010

Chocolate Banana Cake


Salam sejahtera semuanya. Rasanya tak lengkap kalau sehari tak buat kuih muih. Hari ni saya buat kek coklat pisang.Resepi ni saya ambil dari Kak Ummi (Home Sweet Home). Setelah di cuba...betapalah sedapnya. Minta izin copy ya Kak Ummi.

Bahan-bahan * 1 1/2 cwn gula halus (resepi asal 2 cwn) * 1 3/4 cwn tepung gandum * 3/4 cwn cocoa powder * 1 1/2 sk baking powder * 1 1/2 sk baking soda * 1/2 sk garam * 2 biji telur * 1 cawan pisang lecek * 1 cwn air hangat * 1/2 cwn susu segar

* 1/2 cwn minyak jagung/masak * 11/2 sk esen vanila Cara-cara 1. Panaskan oven 350 degrees F (180 C) dan letak rak di tengah oven. 2. Saya menggunakan cincin non-stick pan...sapu butter sekelilingnya. 3. Dalam mangkuk besar satukan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda, dan garam. Ayak dan ketepikan dahulu.. 4. Dalam bekas lain, satukan pisang yang di lecek bersama gula, telur, air suam, susu, minyak dan esen vanilla. 5. Satukan bahan-bahan basah ke bahan-bahan kering dan gaul sebati. Gunakan whisk je. 6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak 35 hingga 40 minit. Cucuk dengan lidi kecil, dan sekiranya keluarnya licin ....bermakna sudah masak. 7. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di redai. Sekiranya suka, bolehlah hias dengan coklat ganache. Anda mungkin juga meminati:

Moist Chocolate Cake

Moist Banana Cake

American Chocolate Cake

Marble Chocolate Cheese Cake

LinkWithin

Links to this post

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 2:11 PM 8 comments SATURDAY, FEBRUARY 13, 2010

Moist Banana Cake


Salam sejahtera semuanya. Sebenarnya hari ni saya buat kek pisang je. Rasanya semua kawan2 dah tahu buat kek ni. Terdapat pelbagai resepi kek pisang, dan banyak juga yang saya dah cuba. Nampaknya inilah salah satu yang saya rasa sedap dan moist.Resepi ini saya dapat dari che mat gebu. Terima kasih ya che mat resepi yang sedap ini. Di sini saya minta izin copy ya dan di kongsi bersama kawan2 yang lain.

Bahan-bahan 250 g tepung gandum* 1 sudu kecil soda bicarbonate* 1/2 sudu kecil garam halus*(*digaul rata dan diayak) 15 gm ovallate 150 gm gula halus 5 biji telur gred A 125 gm mentega, dicairkan dan biar sejuk 100 gm minyak jagung 225 gm pisang emas + 1 sudu kecil vanilla, dilecek halus CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi). 2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata. 3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2. 4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang.... Anda mungkin juga meminati:
Moist Chocolate Cake

Chocolate Banana Cake

Kek Marble Susu

Heavenly Carrot Cake

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 12:24 PM 2 comments WEDNESDAY, FEBRUARY 10, 2010

Kek Gula Hangus

Salam sejahtera semuanya. Rasanya semua dah tahu cara membuat kek gula hangus. Dulu masa belum tahu buat kek ni saya suka sangat makan, tapi bila dah tahu hai...rasa kenyang pulak. Bukannya apa, saya suka membuatnya je sebab nak tengok sarang semut/lebahnya jadi ke tidak. Bila tengok sarangnya jadi tu seronoklah rasanya, kalau tak.......sedih je. Kek ni biasanya memang kita jumpa bila ada majlis kenduri kendara. Resepi ni saya dapat dari Kak Ita rositamz dan resepi asalnya dari Widad di my resepi.Terima kasih ya resepi yg mudah dan sedap ni....

Bahan-bahan

1 cawan gula 1 cawan air panas 1 cawan tepung gandum 1 cawan susu pekat 2 camt soda bikarbonat 4 biji telur 2 camb mentega 1. Masak gula dengan api sederhana sehingga hangus 2. Masukkan air panas sedikit-sedikit dan masak lagi hingga gula cair.(hati2 sbb merecik2)

Cara-cara

3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu. Sementara itu.... 4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat. 5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati. 6. Masukkan pula tepung + soda yg sudah di ayak dan sebatikan. 7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk. 8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. 9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam" Anda mungkin juga meminati:
Kek Chiffon Pandan

Kek Sarang Semut

Kek Pelangi

Kek Kukus Velvet

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 11:49 AM 3 comments SUNDAY, JANUARY 17, 2010

Kek Batik Koko.


Hai bertemu kembali.Hari ini saya berkesempatan membuat kek batik koko.Resepi asal kek ini menggunakan biskut marie,tetapi di perantauan ni agak sukar untuk mendapatkannya.Saya pernah juga buat kek ni guna biskut marie tetapi tak sempat nak ambil gambar.Jadi saya gunakan biskut yg rasa dan kerangupannya sama dngn biskut marie,cuma rupanya je lain.Hasilnya tetap sama. Resepi asal kek ini

adalah dari Kak Ita dari my resepi. Terima kasih ye akak,tapi saya ubah sikit bab air tu pada susu cair...

Bahan-bahan 500 gm biskut marie/seangkatan dngnnya 250 gm butter 4 biji telur 1 cawan gula 1 cawan susu cair 3/4 cawan milo 1/2 cawan serbuk koko 4 sb susu pekat manis Cara-cara 1. Pecahkan biskut marie dan ketepikan(patah 2 je) 2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.

3. Masukkan gula, susu cair, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati. 4. Masukkan butter dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 macam pecah minyak. 5. Kacau hingga pekat sedikit dan matikan api dapur. Masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi. 6. Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie. 7. Alas loyang dengan plastik. 8. Tuang ke dalam loyang dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas. 9. Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.(supaya cantik dan mudah di potong) 10. Setelah keras barulah boleh dipotong . Anda mungkin juga meminati:
Kek Lapis Asam Manis

Kek Marble Susu

Kek Chiffon Pandan

Kek Pelangi

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 6:01 AM 0 comments THURSDAY, JANUARY 14, 2010

Apple Cake.

Bahan-bahan 2 biji epal merah/hijau 4 sudu besar gula 200 gm butter 160 gm gula halus 4 biji telur 200 ml susu segar/fresh cream 300 gm tepung gandum 2 sudu kecil baking powder

Cara-cara. 1. Bersih dan kupas epal, potong kecil2. Gaulkan dengan 4 sudu besar gula. 2. Kemudian masukkan ke dalam microwave 600w selama 4 minit atau boleh di masak di atas dapur sehingga epal jadi lembut.Biar sejuk sebentar.

3. Kemudian dalam bekas lain, pukul mentega hingga jadi bentuk krim. 4. Masukkan gula, pukul hingga menjadi putih. Masukkan telur satu persatu. 5. Kemudian masukkan fresh cream/susu segar, kacau sebati.

6. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati. 7. Akhir sekali masukkan epal bersama airnya (yg keluar dari epal). Kacau sebati. 8. Tuang ke dalam Loyang yang telah dialas dengan kertas minyak. 8. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius. Anda mungkin juga meminati:

Moist Chocolate Cake

Strawberry Sponge Cake

Moist Banana Cake

Kek Chiffon Pandan

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 1:49 PM 2 comments TUESDAY, JANUARY 12, 2010

Slice Cheese Cake.


Sebenarnya saya dan keluarga suka sangat makan kek ni.Rasanya sedap,ringan dan tak muak.Cara membuatnya taklah susah dan bahan2nya pun mudah didapati.Kek ini juga murah kosnya.....Cubalah pasti menjadi kegemaran anda semua....Resepi asal kek ini adalah dari onigiri@myresepi.Terima kasih onigiri resepi yg sedap ini...

Bahan-bahan 5 keping slice cheese 200 ml susu segar 70 gram butter (6oz) 70 gram tepung gandum (2/3 cwn diayak) 70 gram gula(1/3 cwn) 4 biji telur saiz beberapa titik esen vanila Cara-cara 1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar 2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa. 3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar. 4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul 6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan . 7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. 8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya. Anda mungkin juga meminati:
Kek Lapis Kukus Cream Cheese.

Double Berry Cheese Cake

Marble Chocolate Cheese Cake

Marble Chocolate Cheese Cake

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 4:25 PM 0 comments THURSDAY, JANUARY 7, 2010

KEK MARBLE TRIO.

BAHAN-BAHAN. 300 gm butter 280 gm tepung gandum 1 sk baking powder 1 sb susu tepung (tak payah pun tak pe) 5 biji telur 250 gm gula halus 1 sb ovallete 50 ml susu cair/segar 1 sk vanilla pewarna/perisa pandan pewarna/perisa rose CARA-CARA

Pkl butter sehingga kembang. Masukkan tpng gandum yg di ayak bersama susu tpng dan b.powder. Dlm mangkuk lain, satukan telur, gula dan ovallete. Pkl sehingga kembang dan masukkan vanilla. Perlahankan speed dan masukkan adunan butter dan tepung tadi sedikit demi sedikit. Masukkan susu cair dan gaul sebati. Bahagikan pada 3 bahagian dan letak pewarna/ perisa setiap satu bahagian.

CARA MASAK Alas kertas minyak di loyang dan sapu butter di kelilingnya. Tuang dlm 1 sb berselang seli setiap warna Hentak2 sikit loyang dan boleh di bakar selama 45 minit 180 darjah celcius. Angkat dan sejukkan.Biarkan dlm 10 minit barulah keluarkan dari loyang. Dah siap...bolehlah di potong dan seterusnya......ngap....yummy2.. Hari ini saya terpanggil utk membuat kek marble.Resepi asal kek ini adalah dari cik mat gebu.Oleh kerana terdapat bahan2 yg tak ada di sini(US) jadi saya terpaksa ubah sedikit mengikut kesesuaiannya.Alhamdulillah menjadi dan sedap kek ni. Jangan ragu2.....cubalah.... Anda mungkin juga meminati:

Kek Marble Susu

Kek Chiffon Pandan

Kek Kukus Velvet

Kek Suji/Kek Semolina

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 2:08 PM 0 comments WEDNESDAY, JANUARY 6, 2010

Cotton Soft Japanese Cheese Cake.

BAHAN A. 250 gm cream cheese 50 gm butter 100 ml susu segar 6 biji kuning telur 1 sb jus lemon

1/2 sk garam 60 gm tpng kek/gandum 20 gm tpng jagung BAHAN B. 140 gm gula halus 6 biji putih telur 1 sk jus lemon CARA-CARA. Cairkan cream cheese,butter bersama susu segar dan sejukkan.Pkl sebentar telur guna senduk kayu dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi. Masukkan jus lemon, garam dan kedua2 tepung dan biarkan sebentar. Dlm bekas lain pkl putih telur bersama gula halus sehingga gebu Masukkan 1 sk jus lemon tadi. Setelah kembang, masukkan ke dalam adunan cheese tadi secara kaup balik.

CARA MASAK. Panaskan oven 300F Tuang adunan tadi ke dalam loyang yg di gris butter dan alas kertas minyak. Bakar secara waterbath selama 1 jam/50 minit. Setelah masak sejukkan dan boleh di potong..... Resepi asal kek ini di ambil dari kak Ummi,minta izin ya akak.Saya dah cuba kek ini dan inilah hasilnya.... Anda mungkin juga meminati:

Slice Cheese Cake.

Kek Lapis Kukus Cream Cheese.

Marble Chocolate Cheese Cake

Marble Chocolate Cheese Cake

LinkWithin

Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 11:37 AM 0 comments

Kek Lapis Kukus Cream Cheese.

BAHAN A 250 gm cream cheese 60 gm gula halus

1 biji telur 25 ml air 1 sb tpng gandum BAHAN B (KEK) 2 biji telur 1 cwn gula halus 1 sk vanilla 2 sb serbuk koko sedikit garam 1/2 cwn air panas didih 1/2 cwn cwn susu segar/cair 1/2 cwn minyak jagung/masak 1 cwn tpng gandum 1 sk baking soda 1/2 sk baking powder CARA-CARA

Pkl cream cheese bersama dngn gula. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Biarkan sebentar.

Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam Masukkan air panas,susu dan minyak Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.

Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15

minit. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian. Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 10:58 AM 0 comments TUESDAY, JANUARY 5, 2010

Upside down Pineapple cake.


Hari ini sejuk sangat. Rasa nak makan macam2 tapi rasa malas tu datang pulak. Maklumlah kepenatan menyiapkan blog sendiri buat pertama kali katakan. Esok anak2 dah start sekolah setelah 3 minggu bercuti sempena Xmas. Tugas saya pun dah bermula hantar Dina pergi sekolah. Hai sejuk tu......yang malas nak keluar rumah. Tapi tak apalah demi anak2 tu saya sanggup lakukan apa saja.

Resepi asal dari Mat Gebu. Minta izin ya Cik Mat. Kek ini memang sedap. BAHAN-BAHANNYA 2 tin nenas berkaleng dalam tin (seperti gambar dibawah), ditoskan Ceri merah secukupnya 250 g mentega 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih 135 g gula halus 135 g tepung gandum* 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali) 1 camca teh esen vanilla CARA MEMBUATNYA 1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga. Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan. 2. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla

hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan. 3. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata. 4. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak. 5. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.
Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 9:47 AM 0 comments MONDAY, JANUARY 4, 2010

Plain Cheesecake
Hari ini hari Ahad, so masih cuti lagi, apalagi tugas saya seperti biasalah lepas masak tengahari, anak2 dah bertanya apa mama nak buat untuk minum petang. Hai budak2 belum makan tengahari lagi dah tanya kuih untuk minum petang pula. Apalagi saya memang suka cuba resepi2 baru. Jadi inilah hasil kerja saya didapur untuk hari ini. Hari ini saya buat Plain Cheese cake. Bila nak makan, terpulang pada masing2 untuk letak topping kat atas cheese cake tu. Ada yang letak strawberry syrup, ada yang letak blueberry filling dan saya lebih suka yang plain je.....rasa original....Layan.......

Bakar kek secara water bath/bain marie...letak air panas di dulang. Sebenarnya banyak resepi cheesecake yang telah saya cuba. Resepi ini adalah salah satu terbaik yang saya buat. Saya ambil dari resepi Biduri di myresipi dan saya letak base dibawahnya. Resepi Plain cheesecake

Bahan base.
15 keping biskut Merry(manis) 50 gram butter (cairkan) -> Biskut dikisar halus masukkan 50 gram butter cair gaul sebati dan tuang kedalam loyang yang diatas kertas minyak. Tekan padat dan letak dalam fridge sehingga keras.

Bahan krim
* 250g cream cheese * 200cc/ml fresh cream/plain yogurt * 2 sudu besar jus lemon * 3 sudu besar tepung gandum * 2 biji telur * 90g gula

Cara cara
. Sementara itu, panaskan oven 170 degree. . Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream . Masukkan ke dalam loyang yang berisi base tadi dan bakar selama 4045 minit. . Bakar secara waterbath. . Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus. . Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Google Buzz Posted by Yatie Labels: Kek at 2:30 PM 2 comments Newer PostsOlder PostsHome Subscribe to: Posts (Atom)

Anda mungkin juga menyukai