Anda di halaman 1dari 4

KEK LAPIS EVERGREEN Bahan-bahan ( 18/2 x 8/12 inci )

BAHAN A (dalam kek) 5 biji kuning telur 3 biji putih telur 150 gram gula kastor 100 gram tepung hong kong 1 sudu makan ovelet BAHAN B (dalam kek) 200 gram mentega/butter 3 sudu makan susu pekat BAHAN UTK BHGN LUAR KEK 300 gram putih telur (8 biji putih telur) 190 gram tepung hong kong 150 gram gula kastor 1 sudu makan ovelet 250 gram butter/mentega (cairkan) 50 ml susu cair

Cara-cara
1. CARA UTK MEMBUAT DLM KEK 2. Pukul Bahan B hingga sebati. 3. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati. 4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning. 5. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan. 6. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul2 sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil2 atau segiempat sama. Biarkan dulu. 7. CARA UTK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK 8. Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati. 9. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi. 10. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis. 11. GUNA ACUAN 81/2 x 81/2 inci

KEK LAPIS COKLAT Bahan-bahan ( 1 biji )



BAHAN A: 400g mentega 1/2 tin kecil susu pekat (200g) 1 tin seri kaya (300g) BAHAN B: 10 biji telur 110g gula kastor BAHAN C: 180g biskut marie (dikisar halus) 60g nestum (dikisar halus) BAHAN D: 200g coklat masakan (dicairkan) BAHAN E: Pewarna merah,hijau,kuning 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
1. Cairkan coklat masakan kemudian letak tepi.Pukul telur hingga kembang kemudian masukkan gula kastor, pukul sehingga sebati. 2. Dalam bekas yang lain pukul pula mentega sebentar, selepas itu masukkan susu pekat, pukul lagi dan akhir sekali seri kaya.Pukul hingga sebati. 3. Masukkan adunan nombor (1) kedalam adunan nombor (2).Pukul hingga sebati. 4. Masukkan bahan C (serbuk roti marie & serbuk nestum) ke dalam adunan tadi.Masukkan sedikit demi sedikit.Sedikit esen vanilla.Pukul hingga sebati. 5. Setelah siap adunan tadi bahagikan kepada 4 bahagian (bahagi sama rata).Warna tiap bahagian dengan warna merah, hijau, kuning dan warna asli. 6. Warna asli tadi dimasukkan coklat masakan yang dicairkan pada cara nombor (1). *pastikan bahagian untuk asli kurang sedikit daripada bahagian yang berwarna tadi kerana coklat masakkan akan menambahkan lagi adunan itu menjadi banyak. 7. Sapukan loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.Kukus berselang-seli dimulakan dengan warna merah,hijau,kuning dan adunan coklat masakan.Lapis sehingga habis. 8. **dalam gambar saya gunakan warna purple sebab itu lapisannya tidak ketara.Jadi saya gantikan warna purple dengan warna kuning.

KEK LAPIS IDOLA


Bahan-bahan ( acuan 8'x8' )

10bj telor ayam 16 oz mentega 200gm horlick (1 bungkus) 80gm srikaya (1 tin rendah) 50gm serbuk santan (1 bungkus) 600gm coklet masak 1 tin rendah susu manis 1/2 gelas milo 1 1/2 gelas gula halus 2 gelas tepong gandum 1sd teh vanilla paste,sedikit gula browning dan perwarna kuning

Cara-cara
1. Pukul mentega,gula sampai putih kemudian masukkan telor 1 persatu dan gaul rata.masukkan susu,horlick,kaya,serbuk santan.tepong gandom dan vanilla.bahagi adunan kpd 2 bahagian. a. Warna kuning bahagikan kpd 2 adunan lagi utk lapis bawah dan atas. b. 1 bahagian dicampurakan dgn milo,gula,browing,coklet masak. Bakar warna kuning pertama 5 lapis,sesudah itu bakar warna coklet berlapis-lapis sehingga habis dan lapiskan warna kuning dibahagian atas 5 lapis.guna acuan 8x8.

Kek Lapis Evergreen Kukus


resepi: DayangJack@DapurkuSayang Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci) Lapisan Hijau 10 biji kuning telur A 225g mentega berkualiti tinggi 1/3 cawan gula halus 1/4 tin susu pekat manis 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar) 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat) 1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan) Lapisan Putih : 1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak) 225g mentega berkualiti tinggi 10 biji putih telur A 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)

1/2 tin susu pekat manis

Cara-cara Lapisan Hijau : Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya. Lapisan Putih : Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6) Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas. ***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih) ***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama ***Untuk kek ni DJ buat 1/2 adunan je dan menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5"

Anda mungkin juga menyukai