Anda di halaman 1dari 26

KEK LAPIS OREO COOKIES & CREAM

Bahan-Bahan: 450 gm mentega 150 gm gula halus 1 sudu teh ovalette 10 biji telur (saiz besar) 120 gm sekaya 1 tin (390 gm) susu pekat manis 100 g Horlicks 280 gm tepung HongKong 15 gm serbuk koko Hersheys sedikit pewarna coklat 170 gm biskut Oreo (setelah dibuang krim dalamannya)-di patah2kan 6 keping cokelat Hersheys Cookies & Cream (dipotong kecil2)

Cara : 1) Pukul mentega , gula dan ovalette dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit). 2) Masukkan telursebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati.(kira-kira 4-5 minit) 3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata. 4) Perlahankan lagi speed dan masukkan tepung HK, dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. 5) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian: i) 1 bahagian dibubuh serbuk koko dan pewarna coklat.

ii) 1 bahagian lagi biar plain 6) Ambil 2 senduk adunan plain lalu diratakan dlm loyang yg telah dialas dgn kertas tracing dan digris. Bakar hingga masak (api atas bawah) dgn suhu kira2 180 -200 darjah Celsius. 7) Selepas itu, ratakan 2 senduk adunan cokelat ke atas lapisan plain tadi dan taburkanlah potongan2 kecil cokelat Hersheys tadi di permukaan. Bakar sehingga masak. 8) Seterusnya, ambil lagi 2 senduk adunan plain dan ratakan di atas l apisan coklat tadi. Bubuh pula biskut Oreo dan kemudian dibakar. Buat begini sehingga adunan selesai

KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE Bahan-Bahan 450 gm mentega 250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft) 1 sudu makan ovalette 150 gm gula halus 10 biji telur 1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis 300 gm tepung Hong Kong 100 gm Horlick 180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis) 1 sudu teh esen strawberry sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk) Cara : 1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati. 2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang. 3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata. 4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar. 5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata. 6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah. 7. Bakarlah menggunakan loyang 10x7 atau 8x8 yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 200 darjah Celsius. 8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi. 9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan. Nota: Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.

AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)


Bahan A 10/11 gm serbuk agar-agar 150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir 870 ml air 2-3 helai daun pandan (simpul) Bahan B 10/11 gm serbuk agar-agar 150 gm gula pasir 870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)- saya gunakan 400ml santan KARA + 470 ml air) - ni kes mls nak perah lerr.. 1 sudu teh garam Bahan C Loyang berukuran 8"x 8"x 3" sedikit pewarna cokelat (optional) Cara-Cara 1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. 2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga. 3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan. 4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna. 5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

AGAR-AGAR PELANGI INDAH


(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya) Bahan A 20 gm serbuk agar-agar 340 gm gula pasir 1725 ml air 6-8 helai daun pandan Bahan B 20 gm serbuk agar-agar 340 gm gula pasir 1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih) - saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr.. 1 sudu teh garam Bahan C Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci) Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda Cara-Cara Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agaragar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna. Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin. Contoh Lapisan: LAPISAN 1 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN LAPISAN 2 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG LAPISAN 3 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN LAPISAN 4 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG LAPISAN 5 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN LAPISAN 6 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG LAPISAN 7 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN LAPISAN 8 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG LAPISAN 9 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN LAPISAN 10 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG

PUTU PIRING
sumber : Puan Hjh Asfiah Hj Abdullah Bahan-Bahan 600 g tepung beras, diayak dan dijemur sebentar 450 g gula melaka 300 ml air kelapa 450 ml air sejuk 1 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya 5 helai daun pandan, disiat-siat

Cara : 1. Tepung dan daun pandan dikukus selama 5 minit. Angkat dan jemur pula sehingga ia kering. 2. Campurkan air kelapa dan air sejuk. Kemudian dimasukkan ke dalam tepung tadi lalu digesek gesek sehingga keadaan tepung tadi menjadi lembap berderai. 3. Gaul sedikit garam bersama-sama kelapa parut. Kukus selama 15 minit. 4. Gula melaka dihiris halus-halus. 5. Siapkan kukusan putu piring. Alaskan acuan putu piring dengan kain bersih lalu dibubuh dengan separuh adunan tepung. Bubuh pula gula melaka dan tutupkan dengan separuh lagi tepung. Tutuplah acuan ini rapat-rapat dan kukuslah is hingga masak. 6. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan aturkan di dalam piring yang sudah dibubuh kelapa parut.

REMPEYEK
(sumber : Pn Zahrah Roziz, Foto: ALMAS) BAHAN 600 g tepung beras cap gajah 500 g kacang tanah 200 g ikan bills 1 biji telur 1000 ml santan dari 500 g kelapa parut (ketepikan 300 ml dalam mangkuk kecil) (Dikisar kasar) 1/2 sudu teh air kapur 2 biji bawang putih 100 g udang kering 5 sudu makan ketumbar biji 1 sudu makan jintan halus 1 sudu makan jintan kasar Garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng

CARA Gaul rata tepung, telur, bahan kisar, garam dan 700 ml santan. Masukkan air kapur dan gaul lagi sehingga rata. Jika adunanya pekat curahkan sedikit sedikit santan yang diketepikan, sehingga cantik adunanya. Panaskan minyak didalam kuali 3/4 penuh. Ambil sedikit adunan dan masukkan kedalam mangkuk, masukkan sedikit kacang tanah dan ikan bills. Bancuh sehingga rata. Ambil satu senduk kecil adunan tersebut dan tebarkan ditepi kuali. Ia akan perlahan-lahan melurut kedalam kuali. Jika adunanya tidak melurut, perlahan-lahan tolakkan dengan sudip tipis supaya melurut. Gorenglah sehingga kacangnya garing dan warnanya coklat muda. Angkat dan toskan.

PANDUAN Sebaik-baiknya gunakan satu kuali khas untuk menggoreng rempeyek sahaja. Kuali rempeyek ini tidak boleh digunakan untuk menggoreng atau memasak lauk pauk yang lain. Inilah petua mereka yang sering membuat rempeyek.

KUIH JEPUN
(sumber : jiran lama) Bahan Untuk Inti 150 gm kacang merah (rebus hingga empuk) 150 gm gula , sedikit garam (Dimasak seperti inti kuih pau)

Bahan Untuk Adunan Kuih 18 oz tepung gandum oz yeast 20 oz santan (dari biji kelapa) sudu teh garam (campur pada santan) 1 oz mentega 3 biji telur 1 sudu teh potas/ soda bicarbonate 5 oz gula Sedikit pewarna kuning

Peraturannya 1) Mentega dan yeast digaul dgn tepung yg dicampur potas. Gaul hingga rata. 2) Hangatkan santan diatas api sebentar saja. 3) Pukul telur bersama gula lalu masukkan ke dalam bahan tepung. Kacau rata. 4) Masukkan santan dan kacau lagi hingga sebati. 5) Biarkan sebentar sehingga adunan naik. 6) Tuangkan 1 sudu makan adunan dalam acuan. Bila masak, bubuh kacang merah dan tuangkan sesudu lagi adunan keatasnya. Biarkan ia masak di atas kuali leper. * Acuan dan kuali terlebih dahulu dipanaskan dan buat permulaan, taruh sedikit minyak agar tidak melekat.

KUIH JEPUN
Sumber: Pn Zaleha Osman Bahan-bahannya 18 oz tepung gandum 2 oz mentega 5 oz gula 1 sudu besar yis segera 3 biji telur 18 oz santan pekat 1 sudu teh bicarbonate of soda sudu teh garam sedikit warna hijau (boleh juga gunakan jus pandan)

Cara-caranya 1. Masak santan sehingga mendidih.Sejukkan sebentar. 2. Pukul telur dan gula. Kemudian masukkan santan tadi. 3. Campurkan tepung dengan yis dan gaul rata, kemudian masukkan mentega, garam, bicarbonate of soda serta adunan telur tadi dan dipukul menggunakan kelajuan perlahan selama 5 minit. 4. Biarkan adunan itu naik barulah boleh dimasak seperti kuih jepun dan diisikan dengan inti kacang ditengahnya.

Bahan Untuk Inti 150 gm kacang merah (rebus hingga empuk) 150 gm gula , sedikit garam (Dimasak seperti inti kuih pau) Terdapat pelbagai resipi inti kacang merah ni. Yg ni salah satu cara yg biasa. Ada resipi yg gunakan sedikit minyak. Ataupun ada boleh gunakan resipi anda sendiri ya.

Kek

Lapis

India

Kek

Lapis

Cadbury

Resepi : dayangjack@dapurku sayang

bahan-bahan: loyang 9" x 9"


450g mentega berkualiti tinggi 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak) 220g gula halus 10 biji telur 100g tepung biskut marie 65g serbuk horlicks 50g serbuk santan (1 peket) 300g susu pekat manis 2 bungkus kepingan coklat Cadbury pewarna kuning - optional

Cara-cara: 1. 2. 3. 4. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati. 5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan. 6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga. 7. Sejukkan kek sebelum dipotong. Nota:

Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang. Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka. Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri. Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS. Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8". cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing. Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

KEK LAPIS 4 RASA By: DayangJack@DapurKu SaYang Bahan-bahan : loyang 8" x 8" 10 biji telur gred A 500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) QH guna SCS 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) QH guna tepung gandum 150 g gula kastor 100 g serbuk horlicks 150 g serikaya 300 g susu pekat manis 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe) QH guna paste pandan biase saje + pewarna hijau 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar QH guna coklat emulco

1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu 1 sudu kecil oren emulco + pewarna oren QH tambah

Cara-cara : 1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. 4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati. 5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati. 6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi. 7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas

(suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masingmasing). 8. Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis. 9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (untuk lapisan terakhir, QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu berkilat) 11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Okay , ni saja bahan2nya. Simple dok? Sangat simple! 1 Tin rendah susu cap junjung (boleh adjust kemanisan ikut suka hati korang. kalau nak kurang manis, guna setengah tin je ok?) 1 Tin/kotak kecil nestle cream (macam mana rupa dia? rujuk je gambar kat atas senang) 1 Kotak fresh milk dutch lady (tak pakai habis pon fresh milk ni. pakai sikit je. lebihnya nanti korang boleh minum) 3 bungkus roti saltcheese (roti ni aku tak tahu kalau kat semenanjung ada. kat miri sarawak banyak! korang boleh ganti kot dengan roti jenama lain. aku dengar, ada orang pakai roti biskut marie pun sedap jugak! cubalah ye. ) Tatura Cream Cheese (Seperti gambar di bawah)

Cara nak buat pulak :

1. Masukkan tatura cream cheese , susu manis dan nestle cream ke dalam mangkuk pengadun .

2. Putar ketiga2 bahan tadi sehingga sebati .

3. Yeah ! Sudah pun sebati . Sekarang korang tuang sikit Dutchlady Fresh Milk ke dalam mangkuk . Lepas tu , ambil roti saltcheese , celup roti saltcheese ke dalam susu fresh milk , barulah di susun ke dalam loyang/acuan . 4. Okay , lepas korang susun roti saltcheese , korang lapis dengan adunan cheese tadi di atas roti saltcheese . Lepas dah habis lapis guna cheese , korang ulang lagi langkah nombor 3 iaitu susun roti saltcheese tu balik . Cisss ! Asyik ter"cis.. ciss" je aku dalam entry ni ye . 5. Okay , bila dah habis melapis , korang tutup acuan korang dengan aluminium foil . Lepas tu letak dalam peti sejuk semalaman supaya kek korang jadi keras . So hasilnya akan jadi macam ni :

Slrppp ! Sedap gila . Aku baru je habis makan kek cheese ni dengan kek horlick hitam . Kek horlick hitam tu pun senang jugak nak buat , bahan pun sikit je , dan rasa memang sedap !! Selamat mencuba !

KEK LAPIS OREO


Bahan-Bahan 10 biji telur (saiz besar) 500 gm mentega 200 gm gula halus 300 gm susu manis 100 gm keju cheddar, diparut (optional) 50 gm horlicks 50 gm santan serbuk (peket) 100 gm biskut Marie (ditumbuk halus) 180 gm tpg Hong Kong 1 sudu teh serbuk vanilli 1 sudu teh pes pandan (optional) secukup biskut Oreo (dibuang krimnya) pewarna hijau dan merah

Cara: 1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang. 2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati. 3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus. 4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan. 5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian: a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional) b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal) 6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius. 7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit). 8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut.

Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit) 9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.

10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.

Nota: 1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai. 2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya. 3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.

Ini sebenarnya resipi kek lapis cadbury dari blog "Rozzan"....tapi mat tukar dengan oreo...Apa2 pun kredit harus dibagi kepada rozzan kerana kepakaran beliau dalam bab lapis melapis nihh!!!!. BAHAN-BAHANNYA :-) 500 g mentega 10 biji telur gred A 150 g gula kastor 100 g biskut marie, kisar halus 50 g serbuk santan 100 g susu pekat manis 180 g tepung gandum Biskut oreo secukupnya, dibuang cream CARA MEMBUATNYA :-) 1. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. 2. Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati. 3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (mat guba kaler oren dan hijau). Letak 4 camca besar adunan oren, bakar dengan api grill pasa suhu 180C selama 5 kurang lebih minit. Bakar lagi satu lapisan kaler oren hingga masak. 4. Selang seli kan dengan warna hijau. Lepas lapisan ke lima boleh disusun biskut oreo tadi. buat hingga siap...

CHOCOLATE GANACHE 100ml double cream/ whipping cream 250gm coklat gelap dicincang halus sedikit garam ~ ita tak letak 1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah 1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah 1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel 50 ml air

Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air Biarkan ia kembang Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.

Tambahkan golden syrup Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi. Kacau rata Letakkan perisa vanila dan kacau sebati Angkat dan sejukkan Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit. Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu. Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.

CREAM CHEESE FROSTING 125gm Philadelphia cream cheese 60gm mentega 1/2 cawan gula aising 1 sdt vanila ekstrak 1 sudu kecil jus daripada lemon 1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah sedikit pewarna kuning ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon. Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras. Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek. Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras. Letakkan sekeping kek atas lapik kek

Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar. Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian

keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit. Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama. Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras. Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.

Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang. Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja .

Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras. Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai