Anda di halaman 1dari 53

Roti jala

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )


450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara-cara
Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan
susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon
whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan
penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas
dengan berus lenser atau berus pandan.
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti










Kek Hijau Horlick ::
Bahan-bahan ( 7"7 )
250gm buttercup
5 biji telur gred A
1 gelas gula halus
1 gelas horlick
1 1/2 gelas tepung gandum
1 tin kecil sri kaya
1/2 tin kecil susu manis
paste pandan

Cara-cara
pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.masuk telur satu persatu hingga habis dan pukul
lagi.kemudian masukkan horlick,pukul lagi.masukkan sri kaya,pukul lagi.masukkan susu manis,pukul lagi.lepas
itu masuk tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati.last sekali masukkan paste
pandan.masukkan dlm acuan dan bakar sampai masak.selamat mencuba....

Putri Mandi
Bahan-bahan ( cukup untuk 1 family (4 - 6 org) )
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 cawan air + garam
1 biji kelapa parut - jadikan 3 cawan santan
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
garam - secukup rasa
2 helai daun pandan
Cara-cara
Campurkan tepung pulut dan tepung beras - masukkan air garam sikit-sikit. gaul sehingga sebati dan tidak
melekat kat tangan (mcm buat buah melaka)
Didihkan air setengah periuk.
bulatkan tepung kecil2 seperti biji guli, penyekkan tengah-tengah dan masukkan ke dalam air yg mendidih.
Buat sehingga habis.. bila masak tepung akan timbul. Sauk dgn penapis dan masukkan ke dalam bekas yg berisi
air supaya tak melekat.
Untuk kuahnya: satukan santan, gula merah, gula pasir, daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga
mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
Tapis putri2 tadi dan masukkan ke dalam kuah. Dah siap..
Nota: boleh juga ditambah sagu mata ikan dan pisang kalau suka..

Chezzy ball( ala2 kfc)
bahan:
ubi kentang yg dilecek(yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
tepung gandum (diayak)
telur
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio)
cheddar cheese..dipotong dadu
serbuk roti secukupnye

CARA...
1..potong dadu cheddar (ketepikan),tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga
sebati(kak chaq x gune air sebab ketang dh lembut)kemudian ambil adunan sbesar guli leperkan masukka keju
dn bulatkan.gaul dlm serbuk roti.
2..pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 or 3 sudu dlm pingan,golekkan adunan yg
disalut dgn serbuk roti tadi.
3..golekkan semula dlm serbuk roti hingga betul2 tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap
blh goreng.

APAM DEWA

Bahan-bahan :
6 biji telur
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur)
Pewarna
1s/k Ovelette (nie ina tambah)

Cara-cara
Pukul telur bersama gula dan sunquick dan ovelette hingga kembang (putih).
Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. alaskan loyang dengan
plastik.kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
kemudian kacaukan sedikit aduna yang di dalam loyang dan lorekan corok di atas.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.. ****selamat mencuba****
Banana cake chocolate
Bahan A

6 biji pisang
4 biji telur
1 cwn minyak masak /myk sayur
1 cwn gula (sy guna gula perang)
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B

11/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh baking powder

Bahan C

1/2 cwn serbuk koko/coklat yg d cairkan

Cara2 :

Kisar semua bahan A dlm blander kemudian masukkan ke dlm mangkuk

Ayak bahan B dan campur ke dlm bahan A kacau menggunakn wisk hingga sebati

Adunan d bahagi 2 dan masukkan ke dlm mangkuk lain kmudian masukkan serbuk koko/coklat cair gaul hingga
sebati

Lapiskan adunan kek ke dlm loyang berselang seli..untuk mndapatkan corak belang..

Setelah siap, bakar adunan pd suhu 180c selama 45min atau sehingga masak bergantung oven masing2 ye,,










APAM GULA HANGUS
Bahan2 Gula Hangus
1 cwan gula pasir
1 cwan air
~masukan gula pasir ke dlm periuk, masak dgn api yg sderhana kecil...tunggu smpai gula cair dan mjadi
keperangan (sentiasa kacau)...pastu baru masukan air (berhati2 ye...ia sngt2 panas) kacau sebati dan matikan
api....ketepikan dahulu
*2 biji telur (i pkai gred A)
*2 sdu makan planta/butter
*2 sdu makan susu pekat
*1/2 cwan minyak masak
1 1/2 cwan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
Cara-caranya:
~blander semua bahan yg bertanda *
~tuangkan bahan2 blander ke dlm periuk yg berisi gula hangus tadi...gaulkn sebati...dan tuangkan kedalam
mangkuk yg berisi tepung gandum serta bikarbonat...gaulkan sebati
~pnasakan pgukus
~oleskan acuan dgn sdikit minyak masak...tuangkan adunan sbanyak 3/4...kukus selama 10 minit....siap...slmat
mcuba

Sotong Goreng Tepung
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong saiz sederhana | dipotong cincin
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan hitam
1 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya | tidak terlalu pekat atau cair
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan rata kesemua bahan (kecuali sotong).
2. Celup sotong ke dalam adunan tepung.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
4. Sedia dihidangkan.



Kek Coklat Lembap Mudah
2 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat
1 cawan minyak
1 cwn air panas/air bancuhan kopi
3 biji telur
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

1. Pukul telur dan gula sampai ringan.
2. Campur susu dan kacau sebati.
3. Masuk kan tepung yang telah diayak bersama koko, baking powder, dan soda bikarbonat. Kacau hingga
sebati.
4. Masukkan minyak, kacau lagi dan akhir sekali masukkan air panas. Kacau sebati.
5. Kukus dalam paper cup 20 minit/loyang 9inci 1 jam.

Toping:
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke
atas kek.

**Tip: Kalau nak tahu adunan dah sebati atau belum, ambik sedikit adunan dengan senduk kayu/spatula dan
jatuhkan balik. Kalau jatuh berlipat2 maknanya dah sebati la tu!

DAGING MASAK GULAI SERAI

Bahan2nya..
1 kilo daging lembu ( di potong kecil2, dicuci dan ditoskan )
2 biji kentang ( kopek kulitnya dan di potong 6-12 bhgn )
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
10 btg cili kering potong2 dan rendam dalam air panas )
2 batang serai
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 kotak @ 200 g santan
1/2 cawan susu cair /santan pekat
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Cara Membuatnya

1. Kisar bawang besar, halia, kunyit, cili kering, bawang putih, serai, jintan putih, jintan manis bersama sedikit
air hingga hancur
2. Kemudian satukan daging, bahan2 yg telah dikisar, air dan santan dan masak hingga daging 3/4 masak.
3. Masukkan kentang, garam, asam gelugur kedalam gulai jika air kurang boleh tambah lagi dan masak lagi
hingga daging agak empuk dan santan telah mengeluarkan minyaknya.
4. Last sekali masukkan susu cair/santan pekat, sesuaikan rasa dan bila kuah sudah mendidih dan agak pekat
bolehlah tutup api.
5. Hidangkan dgn nasi panas2.


Kek marble

Bhn
250gm butter
200 gm gula halus
2sb ovelete
4 bj telo
270 gm tepung gandum
1 sk b. Powder
3 sb susu pekat
2 sb koko
1sk emulco / 1 sk esen vanila

Cara-caranya:-

-pukul butter ,ovelete& gula - putih
-masukan telo satu persatu dan pukul
- masukan susu gaul rata
- perlahan kan speed masukan tepung dan b. Powder sikit sehingga rata
-bhg 2@3 bhgian dan warnakan
-1 bhgian masukan koko dan corakan ikut suka
-175c bakar selama 45 minit







Ayam Masak Halia
Bahan- Bahan
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
3 s/b sos tiram ]
1/2 cawan air ] bancuh
1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]
1/2 btng carrot- ptng kecil
minyak
garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah

Cara-Caranya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
Hidangkan.

Ikan Masak 3 Rasa
Bahan A
1 ekor ikan siakap ataupun bawal (dibersihkan dan dikelar)
1 sudu makan tepung jagung (bagi menyalut ikan)
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci cili merah (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
Minyak (Bagi menggoreng ikan)

Bahan B (utk sos)
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan air
1 sudu teh gula

Bahan C (Sebagai hiasan)
1 pokok daun bawang (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji tomato (dipotong 4
Cara membuat
1: sapukan tepung jagung di sekeliling ikan
2: goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. angkat dan letakkan
dalam pinggan hidangan
3: keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
4: Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kemudian kacau rata.
5: Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6: curahkan kuah sos di atas ikan
7: hiaskan dengan bahan c

Popia Kentang Daging
Bahan-Bahan (Korang agak2 la ye sukatannya)

daging cincang (beli yang abg romly punye tu...senang...)
ubi kentang (rebus sampai empuk pastu dibuang kulit & dilecek)
bawang merah/putih - kisar
daun kari sikit
serbuk kari + bancuh gan sedikit air
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam maggi
minyak masak
kulit popia

***bancuh sedikit tepung gandum dengan air sebagai gam***

Cara-cara

- panaskan minyak lam kuali...
- tumis bawang merah/putih & daun kari sampai naik bau...
- masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air...kacau...
- masukkan daging..kacau..
- masukkan kiub pati ayam maggi...
- masukkan ubi kentang yang telah dilecek...
- last sekali masukkan garam secukup rasa....
- goreng sampai air daging tu kering (terpulang pada korang)...

- boleh lipat ala2 popia atau samosa...terpulang pada korang...
- sangat sedap bagi penggemar kentang daging...nyummehhh!!!!






sotong masak cili kering
Sotong
5 tangkai cili kering-dipotong
inci halia dihiris
3 ulas bawang putih-diketuk
2 ulas bawang merah dimayang
1 labu bawang besar
2 sb sos tiram
Sayuran ( lobak, kacang buncis)
Cara-cara:
Goring cili kering sehingga garing , masukkan halia bawang putih, bawang merah.
Masukkan sotong, sos tiram, dan sos lada hitam dan kicap manis.
Bila kuah agak pekat masukkan sayuran

Kek minyak
5 bj telur
2 cwn tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
cawan gula
1 sk ovellette
1 sk baking powder
Esen vanilla
Cara2:
Mix telur, ovalette, gula hingga kembang.
Letak minyak,susu, tepung, baking powder, vanilla.
Letak pewarna yg disukai


Kek pisang
12 biji pisang emas
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula( tak sampai 1 cwn pun tak pe sbb pisang dh manis)
1 sk soda bikarbonat
1 cwn minyak
Cara:
Lenyek pisang, masukkan gula, tepung, soda dan minyak
Kukus 45 minit

PUDING ROTI MARBLE

Bahan
4 kpg roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar marjerin yg dicairkan
31/2 cawan air
1 sudu besar coklat emulco

Cara

Didihkan 3 cawan air bersama agar-agar dan gula di dalam periuk
kisar roti, telur, susu pekat,susu cair dan baki air 1/2 cawan tadi. Apabila dah kisar..masukan kedalam periuk
agar-agar tadi.
Masukan marjerin yg telah dicairkan tadi..kacau rata sampai mendidih.
Kemudian..padamkan apinya. Bahagi adunan tadi kepada dua bahagian..1 adunan dengan warna asal,
manakala adunan kedua masukan coklat emulco.
kacau rata ya.. Masukan adunan tersebut kedalam loyang secara berselang -seli.
Sesenduk demi sesenduk..tapi jgn lambat -lambat..nanti puding cepat membeku. Dah siap semua..masukan
dalam peti..tunggula sehingga rasa sesuai tuk dimakan. ..Enak semasa sejuk..




Kepak AYam Bakar Mayonis
Bahan-bahan
8-10 ketul kepak ayam
4cm halia - parut
4 ulas bawang putih - parut
1 sudu besar madu - leh add
1 sudu besar gula perang - hana x ltk tp lebihkan madu
1 sudu kecil blackpepper
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar mayonis
Butter@minyak zaitun@minyak masak
garam

Cara-cara
Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer
semalaman.
Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.
Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.

ikan merah masak black paper

BAHAN2 :
1. ikan merah (tpulang nak gune ayam/daging atau ikan lain)
2. sedikit halia / 3 ulas bawang kecil / 3 ulas bawang putih - ditumbuk.
3. 1 biji bawang besar - dihiris
4. 1 sudu besar cili kering yg telah dikisar
5. 1 sudu besar sos tiram
6. kicap
7. air secukupnya
8. Sedikit garam
9. lada hitam yg telah dikisar halus
10. Kacang buncis dan 2 biji tomato(dipotong)
11.Minyak masak

LANGKAH2 :
1. Goreng ikan terlebih dahulu..
2. setelah ikan di angkat, tumiskan pula bahan no.2 dan masukkan pula bahan no.4 dengan minyak yg sedikit..
tumis sehingga naik bau.
3. masukkan sos tiram dan air.. kacau.. kemudian masukkan kicap, lada hitam (ikut rase yg anda inginkan) dan
garam secukup rasa.
4. bawang besar yang telah dihiris tadi di masukkan.
5. kemudian, masukkan kacang dan kacau supaya kacang empuk tlebih dahulu.. setelah itu baru masukkan ikan
dan tomato.
6. kacau sume bahan tadi supaya sebati.
7. setelah itu, di angkat dan blh dihidangkan
Resepi Biskut Popia Nestum
Bahan-bahan:
1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus


Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis.
Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau
jarak 1-2cm.

3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.

4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula dan nestum kisar.Gaul hingga rata.
Simpan dalam bekas kedap udara.

RESEPI ORIGINAL KEK BATIK

Bahan-bahan ( 30 potong )
-450 gm biskut marie
-5 sudu besar milo
-3 sudu besar susu pekat
-1 sudu besar serbuk koko
-40 gm butter cup
-2 biji telur
-chocolate rice (hiasan)

Cara-cara
1.patahkan biskut marie. kemudian satukan semua bahan di dalam kuali kecuali biskut marie dan buka api
sederhana

2.kacau sehingga butter cair dan sebati

4.tutup api dan masukan biskut marie dan kacau sehingga rata
masukkan ke dalam dulang dan mampatkan

5.simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan
SOTONG MASAK KICAP BERSAMA TAUHU TELUR

Bahan-bahannya:
2 peket tauhu telur - potong 4 dan digoreng
2 ekor sotong - potong cincin
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
3 sd mkn sos cili
2 biji cili merah - hiris serong
4 sd mkn kicap lemak masin - (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit)
sedikit serbuk perasa (optional)
sedikit daun bawang

Cara Masak:
1. Panaskan 2 sd mkn minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
2. Masukkan sos cili. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap dan sedikit serbuk perasa.
4. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.
5. Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.
6. Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.


SOTONG MASAK KICAP RINGKAS

Bahan-bahannya:

600g sotong - dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya.
1 biji bawang besar - dimayang bulat
3 biji cili merah/hijau - dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam

Bahan tumbuk/hiris halus:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana

Cara-caranya:

1. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak. (Masak sotong
jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat.)
3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Puteri ayu.
Bahan-bahan : (untuk 20-25 biji)
- 2 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan santan
- 1 sudu kecil ovalette
- 1 sudu kecil perisa pandan
- sedikit pewarna hijau (ikut suka)

Bahan-bahan untuk base kelapa:

- 2 cawan kelapa parut (putih)
- 1 sudu besar tepung ubi (boleh ganti dengan tepung gandum)
- 1/2 sudu kecil garam.
## Semua bahan ini digaul rata. Ketepikan dahulu.

Cara membuatnya :
1) Ayakkan tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
2) Dalam bekas berasingan, pukul telur (menggunakan hand mixer) hingga berbuih dan putih lebih kurang 5
minit. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.
3) Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga tak nampak ketulan ovalette dalam adunan (dissolve).
4) Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna dan pukul lagi adunan sehingga sebati.
5) Ambil 1 sudu besar kelapa yang digaul dengan tepung ubi tadi dan isi dalam acuan yang telah disapukan
dengan sedikit minyak. Tekan padat kelapa dan kemudian tuang adunan tepung tadi.
6) Panaskan kukus dan kukus kuih selama 7 minit.

## Tips berkesan :
1) Pastikan bekas yang digunakan untuk memukul telur tu kering. Baru telur dan gula akan naik kembang
dengan cantik.
2) Pastikan air dalam kukus mendidih terlebih dahulu baru kukus kuih anda.
3) Alas penutup kukus dengan kain untuk elakkan air menitis ke atas kek.
4) Sapukan sedikit minyak untuk mudahkan kuih keluar dr acuan. Kalau susah nak ratakan minyak dalam
acuan, lepas sapu minyak terbalikkan acuan tu. minyak akan turun dengan sendiri dan merata dalam acuan
anda..








Resepi muffin jagung simple

Bahan A
2 cwn tepung gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t garam
*ayak bahan A

Bahan B
1 cwn jagung krim dlm tin
1 cwn minyak masak
1 cawan gula pasir
1 biji telur (pukul skit guna garfu
Sedikit perwarna kuning
Sedikit esen jagung

Cara-caranya
Panaskan oven 180c
Campurkan bahan B kedalam bahan A.
Gaul rata dengan spatula. Jangan gaul lama. Masukkan dlm papercup dan bakar selama 20-25 minit atau bakar
sehingga masak.

Cek Mek
Bahan2 nya:
5-6 ketul keledek oren
Tepung gandum
Gula
Sedikit garam
Minyak(untuk menggoreng)

Cara2 nya:
1.Rebus keledek dengan sedikit garam sehingga lembut..
2.Lenyek2 kan keledek tadi dan tambah sedikit tepung gandum dalam anggaran 6-7sudu..
(kalau rasa adunan lembut dan melekat lg di tangan..tambah sedikit lg tepung sehingga adunan boleh
dibentuk)
3.Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti sampan dan isikan sedikit gula..
4.Ulangi sehingga adunan habis..
5.Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana sehingga masak@kekuningan..





SIAKAP STIM ASAM BOI

S'ekor ikan siakap bsaiz sderhana (dcuci dgn air asam jawa utk mhilangkn bau)
1 ulas bawang besar ( didadu )
2 ulas bawang putih ( dketuk )
2 btang serai ( dketuk )
5 cili padi ( dhiris bulat )
1 limau kasturi (ambil jusnye)
1 tomato ( dbelah 6 )
5 biji asam boi (drendam dgn sdikit air suam)
11/2 sudu mkn sos tiram
1 sudu teh lada itam
1/2 kiub ayam knorr
5 helai daun limau kasturi
Sdikit halia (dmayang )
Sdikit brokoli
Sdikit ajinamoto (abaikn jika xperlu)
~ambil satu bekas, campurkan sos tiram, air rendaman asam boi, perahkn limau kasturi, lada itam, kuib ayam
knorr dan ajinamoto...gaul... sebatikan rasa...klu kurang masin tambah cikit sos tiram....tuangkan di atas ikan
yg telah dmasukan dlm loyang atau bekas yg sesuai utk mgukus...sudukn sos tadi ke dlm perut ikan dan kepala
ikan...
~serai dmasukan dlm perut ikan, taburkan bahan hirisan (sparuh dulu) seperti bawang besar, bawang putih,
halia, cili, daun limau kasturi dan tomato...panaskn pgukus....kukus slama 20 minit....bukak pnutup pgukus,
masukan brokoli dan lebihan bahan hirisan tadi.... kukus lagi selama 5 minit (klu perlu...boleh curi2 rasa
samada cukup masin, masam ke tidak...klu tidak, bolehlah tmbah pe yg perlu.... ) ok siap...bolehlh dihidangkn...

Mee Rebus Daging Mudah!
Bahan2 Kuah:
Daging dan tulang daging sebanyak mana disukai direbus sehingga empuk
Ubi keledek saiz besar 5 biji direbus sehingga empuk
Udang kering segenggam*
Rempah kari daging separuh paket besar
4 biji bawang merah besar*
1-2 cloves bawang putih*
Air secukupnya
Daun sup satu ikat dihiris2
2 keping Asam Keping
Garam, gula, perasa
Bahan lain(Optional):
Mee kuning
Taugeh di celur
Tauhu di goreng dan dipotong
Bawang goreng
Cili Hijau
Sawi
Limau Kasturi
Telur Rebus
Cara2:
1. Mesin bahan bertanda * dan kemudian tumis sehingga naik bau. Bancuh rempah kari dgn sedikit air dan
kemudian tumiskan rempah sehingga garing.
2. Mesin ubi keledek yg telah empuk dgn air rebusan daging. Kemudian masukkan ke dalam bahan bertumis.
Masukkan juga daging dan baki air rebusan daging dan asam keping. Kemudian masukkan air lg secukupnya.
Perasakan.
3. Setelah kuah mendidih, masukkan daun sup yg dihiris.
4. Hidang bersama mee kuning dan bahan2 lain mengikut citarasa dan pilihan.

Resepi Daging Palembang
Bahan-bahan:
700 gram daging potong lebar dan nipis
2 batang serai dititik
500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik)
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah penumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging
dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan
kerisik.
- saya pula masukkan santan dan sedikit kerisik




Udang Goreng with Garlic Sauce

Bahan2
Udang anggaran 500g
2-3 sudu besar tepung gandum *
1 sudu tepung jagung *
1 biji telur
Sedikit garam dan sebuk lada putih secukupnya *
Minyak untuk menggoreng

Bahan Untuk Sos
4-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap lemak manis
Sedikit air
Sedikit bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah jika perlu)
Minyak untuk menumis
Sedikit gula dan garam jika perlu (saya tambahkan sedikit untuk sedapkan rasa)

Cara2
1.Campurkan bahan2 bertanda * gaul sebati. Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk berasingan.
2.Gaulkan udang bersama telur kemudian angkat dan gaulkan pula bersama bahan * tadi.
3.Gorengkan udang yang telah disalut tepung tadi sehingga garing dan ketepikan.
4.Untuk membuat sosnya pula, tumis bawang putih sehingga berbau harum.
5.Kemudian masukkan sos tiram bersama kicap.
6.Masukkan sedikit air lalu didihkan seketika.
7.Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung jika kuah tidak pekat.
8.Tuangkan sos ke atas udang. Hidangkan panas2.
9.Boleh letakkan cili potong / bahan2 lain sebagai hiasan jika suka.

sardin Lipat

1 tin sardin ayam brand
1 biji bwg besar
1 sudu besar cili giling
2 bji telur size A
6 keping roti gardenia

1- Tumiskn cili giling dan bwg besar yg dipotong dadu smpi naik bau
2- msukkn sardin yg dh dihancurkn smpi sebati ngn cili n bwg td.ltk lam mgkuk..
3- ambik telur td msukkn dlm 3sudu ke dlm kuali.
4- ltk roti atas telur tsebut dan ltk sardin td ats ROTI tsbut
5- lipat roti tsebut dan blikkn smpi telur btl2 Masak


Homemade Burger Bako
Bahan2 utk daging

2 keping daging cincang ( jenama ramly )
2 biji bwg besar ( cincang halus )
3 ulas bwg putih ( cincang halus )
1 sudu besar lada putih ( tumbuk halus )
garam secukupnya
2 sudu serbuk roti ( xde pun xper )
1 biji telur
1 sudu besar serbuk Maggi ckup rasa
semua bahan dicampurkan .. lepas tue kepal2kn mcm bentuk daging burger tue ... pastu bakar sampai masak
Roti & sayur mcm kita buat burger biasa

SOSEJ ROLL WITH CHEEZY SAUCE
Bahan-bahan :
2 keping roti-kukus 1minit dan gelek nipis
2 batang sosej-direbus
serbuk roti
telur
cheese powder
Cara-cara :
gulungkan sosej didalam roti dan celupkan ke dalam telur yg telah dipukul sedikit menggunakan garfu.
kemudian golekkan di atas serbuk roti.
goreng hingga bewarna keemasan.angkat.
bancuh 2 sudu cheese powder bersama sedikit air.curahkan keatas roti gulung sosej tadi..
sedia di makan..

SOTONG GORENG BREADCRUMB
Bahan-bahan
3 ekor sotong sederhana besar
1 cawan breadcrumb (kuning)
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 cawan tepung gandum
1 - 2 biji telur
sedikit garam
Cara
Potong sotong dan toskan hingga kering airnya.
Masukkan breadcrumbs, serbuk cili kasar, tepung dan sedikit garam ke dalam sebuah bekas.
Gaul rata.
Pecahkan telur dan pukul dengan garfu.
Celup sotong dlm telur, angkat dan gaulkan dlm bancuhan breadcrumbs.
Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan dengan menjarakkansedikit sotong tu antara satu sama lain.
Goreng hingga breadcrumbs menjadi golden brown..
CARA-CARA MEMBUAT AISKRIM PISANG SECARA HOME MADE!

LANGKAH 1:
Sejukkan pisang di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.

LANGKAH 2:
Potong isi pisang seperti dalam gambar dibawah.

LANGKAH 3:
Kisar pisang tadi sehingga teksturnya gebu dan berkrim.

LANGKAH 4:
Sejukkan kembali sehingga beku & sedia untuk dihidangkan.

TIP: Untuk rasa lebih enak, anda juga boleh menambahkan coklat cip atau kacang panggang ke dalam adunan
aiskrim tadi. Selamat mencuba!

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN

Bahan perap ayam:
2 keping dada ayam (potong isi saiz kecil2)
1 sk garam
1 sb serbuk kari
1 2sb tepung jagung
1 biji telur

Bahan kuah buttermilk:
1 sb minyak masak
2 sb mentega
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 ulas bawang besar (saiz sederhana- cincang halus)
2 biji cili padi (jika mahu pedas lebihkan)
2 tangkai daun kari segar
1 1/2 cawan susu cair
1 sb gula
1 sk garam

Cara-caranya
1. Sediakan bahan perap ayam, gaul sebati. Perap ayam dengan bahan perap lebih kurang 30minit. Kemudian
goreng ayam dalam minyak panas hingga garing, angkat & ketepikan.

2. Panaskan kuali, cairkan mentega. Tumis bawang, cili padi dan daun kari hingga naik bau.

3. Tuangkan susu cair, gula & garam. Kacau sentiasa hingga kuah agak pekat (jangan sampai berketul). Matikan
api.

4. Masukkan ayam & gaul hingga sebati atau boleh juga dicurahkan kuah di atas ayam.

Puding kastard jagung & kismis

Bahan:
1 1/2 cawan tepung kastard
1tin susu cair
3cawan air kosong
1 1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
1tin jagung manis
Segenggam kismis (tak nak bubuh pun boleh)

Cara:
1. Sediakan periuk yang sesuai, campurkan tepung kastard dengan susu cair & air kosong. Kacau hingga tepung
larut tak berketul. (Kacau dengan tangan untuk senang hancur)
2. Masukkan gula, garam & jagung. Kacau hingga gula larut.
3. Panaskan periuk atas api kecil. Kacau adunan setiap masa supaya adunan puding cantik & tak de berketul /
hangit.
4. Kacau hingga mendidih & adunan likat.
5. Tutup api, tuangkan adunan puding dalam bekas & taburkan kismis diatasnya.
6. Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum masukkan dalam peti sejuk.

Spaghetti goreng cili padi

Bahan:
Spaghetti - direbus hingga lembut & toskan air. (untuk 3 orang makan)

4ulas bawang putih -hiris
1ulas bawang merah -hiris
2biji cili padi -hiris
isi ayam - potong kecil
Udang - dibuang kulit
8biji cendawan butang -hiris
10SB minyak masak (boleh ganti dengan minyak zaitun)
1SB serbuk lada hitam
Garam & gula secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bawang hingga layu. Masukkan ayam, cendawan butang & cili padi &
serbuk lada hitam. Perasakan dengan garam gula. Masukkan udang & spaghetti. Kacau hingga rata. Siap.




Tortilla gulung & salad ayam
Bahan:
4keping Kepingan tortilla
2 cawan isi ayam siap goreng (buang tulang & potong kecil2)
1 biji tomato (buang biji & potong dadu)
3 keping daun salad (hiris halus)
Sos thousand island
Sos cili
1 keping keju cheesedale (potong kecil)

Cara:
Panaskan kepingan tortilla di dalan kuali tanpa minyak (lebih kurang 1minit shj).
Kemudian, bentangkan kepingan tadi. Di bahagian tengah, Letakkan 2 SB isi ayam. Letakkan daun salad,
tomato, sos, & keju. Kemudian, gulungkan kepingan tortila. Siap.
Menu mudah.sihat & sedap..!

IKAN TONGKOL MASAK SINGGANG

Bahan-bahannya

1 ekor ikan tongkol sedang-potong dan bersihkan
3 keping asam gelugor(a.keping)
1 inci halia muda -belah 2_ketuk
1 inci lengkuas-belah 2-ketuk
2 batang serai-bersihkan-ketuk
1/4 inci belacan
10 biji cili padi-belah 2-bersihkan
1 biji tomato -belah 6-bersihkan
garam,gula dan serbuk perasa secukupnya
2 cawan besar air

Cara-cara penyediaannya

Masukkan air kedalam periuk,biarkan ianya mendidih.Masukkan asam keping,serai,lengkuas,halia,cili padi dan
ikan,biarkan.Masukkan garam,gula dan serbuk perasa.Masukkan tomato.Suaikan rasanya...Selamat memasak
sesuai jika ada sambal belacan bersama.







Masak Asam Rebus Ikan Cencaru
bahan2
1 kg ikan cencaru (buang jeket)
1 ikat daun kesum
2 sudu besar cili kering yg telah diblend
1 inci halia diketuk
3 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
10 biji kacang bendi
1 biji tomato
2 keping asam keping
garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
cara memasak:
tumbuk bawang putih, bawang merah dan belacan
didihkan air didalam periuk.. masukkan bahan yg telah ditumbuk dan diketuk..
masukkan juga cili kering yg telah diblend..
bila air telah mendidih masukkan asam keping dan ikan
masukkan pula gula.. garam dan serbuk perasa.. juga daun kesum..
bila ikan agak2 separuh masak masukkan kacang bendi..
dan akhir sekali masukkan tomato yg telah dibelah empat..


Ikan Keli Masak Sambal
bahan2:
1 kg ikan keli
20 biji cili api merah
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikt belacan
garam dan serbuk perasa
air asam jawa

cara:
ikan keli dibersihkan.. gunakan asam jawa dan garam.. supaya tidak hanyir..kemudian gaul dgn sedikit garam
dan serbuk kunyit..
goreng ikan sehingga agak garing..
tumbuk bahan2 diatas..
panaskan minyak kemudian tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga kkuningan..
masukkan air asam jawa.. serbuk perasa dan sedikit gula kalau suka..
tutup api dan masukkan ikan tadi.. gaulkan dgn sambal hingga rata.. sedia untuk dihidang..


kek coklat cheese kukus
Bahan A (cream cheese)
-250g cream cheese
-100g gula kastor
-1 biji telor
-1 sudu besar tepung gandum
cara2:
->putar cream cheese dgn gula hingga lembut
-->msuk kn telur & tepung gandum
-->dh siap ketepi kn
bahan2 B (kek):
-2 cwn tepng gndum
-1 sudu kcil baking powder
-1 sudu kcil soda bikarbonat
-3/4 cwan gula halus
-1 cwan minyak masak
-1 cwan air panas
-1/2 cwan susu pekat
-1/2 cwan serbuk koko
-1 sudu kcil esen vanila
cara2:
-panas kn pngukus dgn api sederhana besar..
-satu kn semua bahan dlm 1 bekas..kacau sebati..bhagi kpd 2 bahagian..
-sapu loyang dgn mentega..
-msuk kn 1 bahagian adunan coklat n kukus selama 20-30 minit
- dh masak msuk kn adunan cheese smpai habis..kukus lg 15-25 minit
-akhir sekali msuk kn adunan yg last tadi kukus lg 20-30 minit...
-tngu sejuk bru potong...
***panjang kn masa mengukus jika setiap lapis belum masak..










Udang Sweet Sour
BAHAN-BAHANNYA :
500 g udang galah
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 potong nenas-di dadu
1 biji tomato-di belah 4
1 biji cili hijau dan merah-di potong menyerong
2 ulas bawang putih, dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun sup

CARA MEMBUATNYA :
Udang dibuang kotoran dikepala, cuci bersih, gaul kunyit dan sedikit garam, goreng hingga kemerahan, angkat
dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing,
masukkan sos cili , sos tomato, sos tiram, garam dan juga gula. Gaul rata. Tuang air dan masak hingga
mendidih.
Masukkan udang , bawang besar, cili merah, nenas dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga
pekat. Rasa dan jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun sup sebelum
dihidangkan.














Apam Polkadot comel lote
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan gula halus
3 biji telur (dari peti sejuk) -aku guna telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovellate
150 ml susu segar/susu cair - aku guna susu cair je, sukat guna botol susu anak.. kuang3..
Pewarna - ikut suka
*filing - ikut kesukaan tekak memasing
**Pukul telur sampai kembang, masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang
**Masukkan tepung dan susu, selang seli
**Masukkan esen vanilla dan ovellate
**Kacau kesemua bahan hingga sebati
**Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak warna
**Masukkan dalam piping beg
**Picit dalam papercup macam gambar kat atas tu..
Kukus 10-15 minit (make sure panaskan dulu pengukus ye..)

Resepi Puding Susu Buah-Buahan
Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail
Cara - Cara Membuat :
1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad.
masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.
Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan
sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.



Resepi apam mekar

3 bj telur size B
1 sb ovelatte
1 1/2 cwn gula kastor
(D putar smua bhan hingga gebu kembang n putih )
3 cwn tpg gndum (d ayak)
1 cwn air aiskrim soda ( sy guna f & n)
1 sdb esen vanila
Msukkn bhn yg ini smua kt yg d putar td...
Putar lg hingga sebati...
Tpg n aiskrim soda tu msuk sikit2 smpi habis...
Semntra nk msukkn dlm cup panas kn kkusan hingga air mndidih... JJ guna api besar kukus dlm 6-8 minit.

Makaroni Berkeju

BAHAN-BAHAN:

200gm makaroni | direbus
400gm keju Cheddar
500ml susu segar
5 biji cendawan butang | dihiris nipis
5 batang sosej | dihiris
4 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam jika perlu


CARA MEMASAK:

1. Selepas makaroni direbus, gaul dengan sesudu makan mentega. Gaul rata. ketepikan.
2. Kemudian, cairkan mentega dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Gaul rata.
3. Selepas itu, masukkan susu dan kacau hingga sebati dan tidak berketul.
4. Masukkan keju dan kacau lagi hingga pekat.
5. Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam jika perlu kerana keju sudah sedia masin.
6. Masukkan sosej dan cendawan. Kacau sebentar.
7. Akhir sekali masukkan makaroni dan gaul hingga sekata. Hidangkan dan sedia dinikmati.






Mee Udang Kuala Sepetang

Bahan-Bahan
1 kati mi kuning
kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
sudu teh gula pasir

4 batang sawi
kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar.
Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya
masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah
dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun
sup. Perahkan limau kasturi.

Sotong sumbat (ketupat sotong) Kelantan

Bahan-Bahan:
1 kilo sotong
1 cawan beras pulut
2 ketul gula kabung (gula melaka)
2 cawan santan (sederhana pekat)
sedikit garam
1 cawan gula (secukup rasa)

daun pandan
Cara:
1. bersihkan sotong
2. masukkan beras pulut yang telah direndam dengan santan pekat, ke dalam badan sotong (1/3 bahagian
sotong)
3. masukkan sotong tersebut ke dlm periuk yg telah diletak santan, garam, gula n gula melaka.
4. kemudian masukkan daun pandan
5. masak sehingga pekat
Mee Bandung


Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang
(dihiris)
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing.
Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan
merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2
minit.






Mee Hailam Istimewa

Bahan-Bahan:
kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 cawan air
100 gm daging
100 gm ayam 6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong
4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam,
udang dan sotong.
Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak
merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.


Bergedil Roti

Bahan-Bahan:
5 biji ubi kentang
1 cawan tepung gandum (ikut suka)
daging cincang
daun saderi
bawang nesar
1 keping roti kosong (ikut suka)
Minyak masak
Bahan untuk sos:
Bawang putih
Sedikit cuka
Lada merah
Cara:
Rebus ubi kentang jangan terlalu lembik

Daun saderi,bawang besar dicincang halus

Roti disoyat supaya menjadi halus
Setelah ubi kentang separuh masak, ubi tersebut hendaklah dilenyekkan kemudian gaul bersama tepung
gandum tadi

Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicincang halus tadi

Seterusnya masukkan roti yang telah disoyat halus tadi

Kemudian gaul hingga rata dan goreng menggunakan minyak banyak dan panas

Bentukkan bulat

Untuk sos:
Bawang putih dan lada merah dikisar halus
Gaulkan lada dan bawang tersebut hingga rata kemudian masukkan sedikit cuka
Cadangan Hidangan:
Apabila bergedil tersebut sudah masak

Cara hidangan:

Susun bergedil yang telah dimasak tadi, kemudian taburkan daun saderi ke atas bergedil dan dicicahkan
dengan sos tadi.
Pizza Maggi
Bahan-Bahan:
1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)
Cara:
Celur maggi, ketepikan. Pukul telur
sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang
besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga
masak. Gunakan kuali yang bertangkai.
Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah
dengan sos dan mayonis.

Apam Kukus
Bahan-Bahan:
3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum cawan air suam
1 camca besar baking powder
Cara:
Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak
bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut
kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.

Badak Berendam
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat 2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam
Cara:
Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak
bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di
dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus
hingga masak.



Buah Melaka

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
1 biji kelapa parut, diambil putihnya sahaja
1 ketul gula Melaka, dipotong kecil-kecil Air suam secukupnya
Sedikit garam
Cara:
Tepung pulut dibancuh bersama air hingga menjadi doh lembut. Bulat-bulatkan doh dan letakkan seketul kecil
gula Melaka di tengah-tengah doh. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan guli-guli doh tadi. Biar hingga
doh timbul baru diangkat dan digolek-golekkan pada kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.

Kastad Jagung
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung kastad
3 cawan gula pasir
1 tin jagung manis 1 biji kelapa parut
Sedikit garam
Bahan pewarna kuning
Cara:
Bancuh tepung kastad dengan santan serta gula, jerangkan ke atas api dan kacau hingga kental. Tuangkan
jagung ke dalamnya kacau lagi supaya rata. Bila telah sebati angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan
dan sejukkan.

Udang 1000 Rasa
Bahan-Bahan:
Bahan 1
500 g udang
2 biji telur
3 sudu tepung jagung
garam
lada hitam
minyak Bahan 2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 sudu sos cili
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 biji telur (dipukul)
Gula
Garam
Cara:
1. Gaulkan semua bahan 1. Kemudian goreng udang hingga masak.

2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih. Selepas garing, masukkan semua sos dan
sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Selepas itu masukkan udang dan gaul hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul dan gaul
rata.

4. Hidangkan di dalam pinggan.
Cadangan Hidangan:
Hidangan ini enak dimakan bersama nasi dan roti.











Roti John Junior





Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji roti burger/roti panjang (hotdog) - dibelah dua
sekeping daging burger/ayam (potong dadu)
2 batang sosej (hiris nipis)
1 biji telur
daun bawang & daun sup
4 sudu besar susu cair
1 labu bawang besar
lada sulah/lada putih
garam
dimakan bersama: mayonis dan sos cili
Cara-cara
1. Tumis bawang hingga naik bau. masukkan sosej dan daging burger
2. Masukkan garam dan lada sulah. Biarkan lebih kurang 2 minit. Kemudian masukkan daun bawang.
Tutup api.
3. Pukul telur bersama susu cair. masukkan bahan yang dimasak tadi kedalam telur dan susu.
4. Panaskan kuali bersama sedikit mentega. Tuangkan adunan tadi (satu senduk). Letakkan roti diatas
adunan tadi supaya melekat
5. Biarkan sehingga masak. Hidangkan bersama mayonis dan sos cili. Yummy.....











Nasi ayam madu
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras

1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun
pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup
ayam tadi


Resepi Lala Masak Bercili

Tweet

Bahan-bahan
1kg lala
20 biji cili api ] kisar
sebatang serai ] titik
halia sebesar ibu jari ] titik
5 biji bawang putih ] kisar
10 biji bawang merah ] kisar
satu sudu kecil tepung jagung (memekatkan kuah)
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu sos tiram

Cara memasak

1. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang telah dikisar, halia dan serai hingga kuning dan masukkan sos tiram.
3. Masukkan secawan air dan tudung dulu periuk dalam 5 minit sampai air tu mendidih.
4. Masukkan garam dan lala sekali dan tutup periuk lagi hingga lala tu masak.
5. Sebelum tutup api, bancuhkan tepung jagung dan masukkan ke dalam periuk tadi.
6. Kacau dan boleh angkat dan hidang.











SOTONG GORENG BEREMPAH

BAHAN BAHAN :

600 gm sotong di bersih dan di potong
10 ulas bawang merah di tumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/4 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 cawan santan
4 biji cili hijau
2 biji tomato
1/2 cawan air asam jawa
3 sudu makan serbuk kari ikan
8 sudu minyak masak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA ;

1, Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan
2. Bila telah naik bau masukkan rempah kari dan kacaumasak hingga naik minyak
3. Masukkan sotong santan dan air asam kacau hingga mendidih dan masukkan cili hijau,tomato dan garam
secukup rasa












Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah


Bahan-bahan untuk nasi:

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara menyediakan:

1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak.

Bahan-bahan untuk ayam:

1 ekor ayam
3 s/b rempah kari daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
6 inci halia dikisar
3 batang serai dikisar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

Bahan-bahan untuk sambal belacan:


5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
Garam
2 biji limau nipis

Cara menyediakan:

1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.



Bahan- bahan yang diperlukan

10 ekor sotong yg agak besar ( saya suka guna yang besar2 sbb puashati makan)
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
2 helaidaun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang)

Cara:

-Bersihkan beras pulut dan direndam selama 30-45minit.kemudian ditoskan .
-Bersihkan sotong dengan mengasingkan kepalanya.
-Kemudian isikan beras pulut tadi ke dalam badan sotong 1/3 penuh. Tutupkan semula badan sotong dengan
kepala sotong dan cucuk lidi diantara badan dan kepala supaya tidak tercabut. Buat hingga kelihatan kemas
dan jika perlu guna 2 batang lidi.
- Susun sotong yang telah disiap kedalam periuk beserta daun pandan dan masukkan sedikit air untuk merebus
sotong tersebut dalam tempoh 20min.
Setelah itu barulah dimasukkan santan dan gula melaka serta secubit garam sebagai pelengkap rasa manis dan
lemak.
-Masak sehingga pulut didalam sotong itu masak..
-Sedia untuk dihidangkan.

Resepi kek choc lapis cheese kukus

bahan kek choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk

(b)
1cwn tepung naik sendiri

(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg

bahan cheese

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum

pukul semua bahan kecuali telur
pukul sampai kembang dan gebu
masukkan telur pukul lg

dh siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis

Udang Kari Kering
bahan-bahan :
bahan A :
10 ekor udang XL (dibersihkan)
sedikit serbuk kunyit
garam
bahan B :
1 labu bawang besar (dimayang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 inci halia (dicincang)
2 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
1 sudu kecil biji sawi
sedikit serbuk cili - optional
garam
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil gula perang atau gula pasir
Cara-cara :
1. Gaul-gaulkan bahan A. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Untuk bahan B : tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga naik bau. Kemudian
masukkan daun kari, bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali barulah dimasukkan udang goreng tadi. Gaul-gaulkan sebati. Tutupkan api. Angkat dan
hidangkan.


POPIA GORENG NESTUM
CARA MENYEDIAKAN :
1. Koyakkan kulit popia satu persatu,lembapkan kulit popia anda dengan meletakkan kain lembap atas
permukaannya kalu dah kering susah nak gulung..
2. Gulungkan kulit popia dan sapukan air bancuhan tepung gandum di hujungnya sebagai gam untuk
mengelakkan adri kulit popia terbuka dari gulungannya.
3. Potong dengan menggunakan gunting yang bersih secara menyerong.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Goreng popia sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
6. Masukkan bahan yang dikisar gula pasir,nestum ke dalam tupperware yang besar.
7. Masukkan pula popia yang telah digoreng tadi bersama.
8. Kemudian,goncangkan tupperware tadi supaya popia tadi akan sebati dengan bahan yang dikisar tadi.
9. Simpan dalam bekas kedap udara.

Nasi Arab
Bahan-bahannya:
1 kg beras basmathi-cuci dan rendam sekejap dan toskan. - tun guna beras biasa je
1.5 liter air. - tun ikut sukatan beras
500 gm ayam-potong kecil.
3 biji cili merah
3 biji cili hijau.
1 pokok daun sadri-potong.
1 pokok daun ketumbar.Potong.
3 tbsp minyak masak.
5 tbsp minyak sapi.
2 tbsp serbuk jintan manis.
1/2 tbsp serbuk jintan putih.
Garam.
Gula. - tun x letak
1 ketul kiub ayam.

Bahan-bahan Tumis.
5 ulas bawang merah.-cincang.
3 ulas bawang putih.-cincang.
1 labu bawang besar-cincang.
3 cm halia.-cincang
2 inci kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
5 kuntum bunga cengkih.
3 biji buah pelaga.

Hiasan:
Badam-goreng sekejap. - xde
Kismis.-goreng sekejap. - xsuka, xletak
Daun sup& daun bawang.
Bawang goreng.
Kacang peas. - xde


Cara-caranya:
Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih yang dibancuh dengan sedikit air
.Masukkan cili masak,cili hijau,daun saderi,daun ketumbar,ayam,garam,gula dan kiub pati
ayam.Masukkan air dan masak hingga mendidih.
Akhir sekali baru masukkan beras.masak seperti menanak nasi biasa.Hias dengan badam,kismis,daun
bawang,daun sup dan tabur sedikit dengan bawang goreng.




Black Pepper Fried Rice


Bahan-Bahan:
6 cawan nasi
2 keping isi ayam(rebus-potong dadu)
6 biji bawang puteh (cincang)
1 biji bawang besar(hiris)
4-5 biji telor
2 sudu makan lada hitam
1 chicken kiub
Sayur kobis (hiris)
Sadikit daun bawang
6 sudu kicap manis cap kipas
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara:
1)Panaskan minyak,tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukkan bawang hiris,goreng hingga bawang
layu.Masukan daging ayam.Goreng lagi lebihkurang lima minit.
2)Masukan telur,digaul hingga separuh masak,masukan kicap dan lada hitam.Gaul rata.
3)Masukan sayur kobis,nasi dan chicken kiub,digoreng lagi hingga lima atau pun sepuluh minit baru masukan
daun bawang
dan tutup api.
RENDANG KERANG

Bahan-bahan :
1 kg kerang yang telah dikopek kulit
10 biji bawang merah*
4 ulas bawan putih *
1 1/2 in halia*
1 in kunyit*
3 batang serai*
15 biji ciliapi*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan manis* - semua bahan* dikisar
1/2 cawan cili kisar
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya.

Cara-cara :
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masikkan cili kisar dan kacau rata.
Masukkan kerang, santan dan kerisik dan kacau hingga pekat.
perasakan garam dan gula secukupnya.
Taburkan daun kunyit dan gaul rata.'
DAGING KICAP SOS LADA HITAM

400 gm daging - hiris nipis
3 biji kentang - dipotong
2 labu bawang besar - hiris kasar
4 ulas bawang putih*
1 in halia* - ditumbuk lumat
2 sudu makan lada hitam - ditumbuk
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
3 sudu besar sos lada hitam
4 - 5 sudu besar kicap manis
1 pokok daun ketumbar - dihiris
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Daging direbus terlebih dahulu hingga empuk dan dipotong hipis.
Tumis bawang besar dan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Masukkan lada hitam dan daging digaul sebati.
Masukkan semua sos dan kicap dan sedikit air rebusan daging. Masak hingga sedikit kering.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan kentang yang telah digoreng.
Taburkan daun ketumbar. Gaul rata.

Kek Keju Meleleh
Bhn2 Utk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair

Cara Membuat
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu
Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan
pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.


KEK COKLAT MOIST & TOPPING

1) RESEPI KEK:
Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C:
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan A kedalam periuk, kacau hingga sebati & masak menggunakan api kecil. Setelah
mendidih, matikan api & sejukkan.
3. Pecahkan telur kedalam mangkuk & pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla
kedalam telur tadi. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan Bahan B (telah diayak) & kacau lagi hingga sebati.
5. Tuang adunan dalam bekas/loyang. Tutup bahagian atas bekas guna aluminium foil (atau ikat dengan beg
plastik). Untuk pastikan wap air tak masuk dalam adunan kek.
6. Kukus selama 1jam dengan api sederhana. (*pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu. *masa
memasak bergantung kepada ketebalan kek)
7. Setelah cukup masa, cucuk bahagian tengah kek guna lidi (untuk periksa samaada kek betul2 masak atau
tidak.) Boleh tambah masa memasak jika kek belum masak. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum
meletakkan topping coklat
2) TOPPING COKLAT
Bahan-bahan:
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
2 sudu besar butter
Cara:
1. Satukan semua bahan. Masak kesemua bahan atas api perlahan & kacau sentiasa.
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yang sejuk
3. Taburkan choc rice diatas topping coklat (jika mahu)


ayam lada hitam

Bahan-bahan :
Ayam
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar
Lada merah
Lada hijau
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
Kicap
Sos tiram

Caranya :

1.Tumis bahan tumbuk.
2.Masukkan kicap dan sos tiram.
3.Masukkan ayam.
4.Masukkan bawang besar dan lada.

Resepi Kek Marble Susu
Bahan-Bahan :
3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka

Cara-cara Menyediakan:
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak
Resepi Kek Nestum Coklat Kukus

Bahan-bahan A: (Bahan ayak)
-2cawan self raising flour
-2sudu makan tpg kastard
-1/2sudu makan baking powder

Bahan-Bahan B: (Bahan masak atas api perlahan smpi sebati..sejukkan kejap)
-1/2cwn serbuk koko
-1cwn gula(sy kurangkan ckit)
-1cwn air

-1cwn marjerin
-6sudu makan susu pekat
-3bj telur gred AA
-2cwn Nestum

Cara Penyediaan:
-pukul marjerin&susu pekat sampai kembang
-masuk bahan A & telur..pukul sampai kembang lagi
-masuk bahan B, pukul sebati
-masuk nestum.kacau dgn senduk bg sebati
-tuang dlm loyang yg disapu minyak
-panaskan periuk kukus
-masuk adunan kek..kukus 40-45minit

Resepi Kek Cawan Coklat Kukus
Bahan A
150 gm minyak masak
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat

Bahan B
50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur dipukul dengan sehingga kembang

Hiasan Kek:
1 bar coklat masakan atau aising kek
Coklat chip atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek cawan coklat

Pudding roti
Bahan A
Roti 10 keping
Susu segar 2 cawan ( carikkan roti dan rendamkan dgn susu segar)

Bahan B
Gula 4 sudu
Telur 2 Bji
Mentega 2 Sudu
Tepung Jagung 1 Sudu
Esen Vanilla 1 Sudu Kecil
Kismis secukupnya

Bahan Sos Kastard
Susu 1 Cawan
Gula 4 sudu
Esen Vanilla 1 Sudu Kecil
Tepung Kastad 2 Sudu .dibancuh dgn sedikit air.
Sos di masak hgga mendidih
Bakar suhu 160 masa 30 mnt


Cara-cara Membuat Kek Cawan Coklat Kukus :

1. Campurkan semua bahan-bahan A ke dalam sebuah periuk. Kacau semua bahan-bahan itu di atas api secara
perlahan-lahan hingga gula hancur. Jangan sampai bahan-bahan ini menjadi mendidih. Angkat dari api dan
biarkan suam.

2. Masukkan bahan C iaitu telur yang telah dipukul sehingga kembang tadi dan kacau sehingga sebati.

3. Ayakkan bahan-bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan
menjadi licin.

4. Biarkan adunan selama 20 minit.

5. Tuangkan adunan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus sehingga masak kira-kira
dalam 20 minit.
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat
pada lidi bermakna kek tue dah masak.

6. Selepas masak dan sebagai hiasan boleh cairkan bar coklat dan sapu di atas kek cawan coklat atau sapukan
aising kek diatas kek cawan.





Resepi Nasi Ayam Special

Bahan-Bahan: Bahan untuk ayam (direbus) : *

* 1 ekor ayam dipotong 8
* 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
* 2 cm halia, ditumbuk halus
* 1 kiub ayam Bahan untuk ayam (diperap) :
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 cm halia, ditumbuk halus
* 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
* 1 sudu besar kicap cair
* Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

* 3 cawan beras
* 4 cawan air rebusan ayam
* 2 sudu besar butter
* 1 cm halia ditumbuk halus
* 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
* Sedikit garam
* 2 bunga lawang*
* 4 buah pelaga*
* 1 kayu manis*
* 1 batang serai ketuk
* 2 helai daun pandan
* Sedikit kunyit untuk
warna dan aroma

Bahan untuk sos:

* 5 biji cili merah
* 3 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 1 sudu besar cuka
* 1 sudu teh garam
* 1 sudu teh gula
* 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

* Air rebusan ayam
* 1 biji bawang besar, dikisar
* Rempah sup bunjut
* Garam
* Daun sup dan daun
bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap

* Kuah kicap perapan ayam di atas
* Kicap manis cap kipas udang
* Sedikit garam
* Air rebusan ayam

Cara Membuat:

Cara untuk ayam: *

* Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
* Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk
* Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
* Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu. Cara untuk
memasak nasi:
* Basuh beras dan tos air
* Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan
kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

* Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

* Kisarkan semua bahan di atas.
* Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:
* Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Anda mungkin juga menyukai