Anda di halaman 1dari 11

BATTER BINGKA TEPUNG GANDUM

Bahan-bahan:-

1) 6 biji telur 2) 1 tin susu cair 3) 2 tin air 4) 4 cawan tepung gandum 5) 2 cawan gula

Cara - cara :-

1) Campur semua bahan, kisar dan tapis. 2) Sapu rata loyang dengan minyak. 3) Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180c selama 50 minit/masak. 4) Sejukkan dan potong.

AGAR-AGAR SANTAN

IDARAB UAH GOM

Bahan-bahannya:

1. 1 bungkus agar-agar (rendam sehingga kembang) 2. 5 cawan air 3. 1 cawan gula merah 4. cawan gula pasir 5. 3 cawan santan 6. 2 biji telur 7. 1 helai daun pandan

Cara-cara Pembuatan:-

1) Masukkan agar-agar, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga agar-agar hancur dan mendidih. 2) Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau dan biarkan mendidih. 3) Tapis bahan-bahan tadi ke dlm periuk lain. Biarkan mendidih. 4) Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati. 5) Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar-agar. Kacau dan biarkan mendidih seketika. 6) Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan. 7) Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.

KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan (60 keping)

Bahan inti 500 gm daging cincang 3 sb rempah kari 2 ulas bawang putih 5 biji bawang kecil 1 inci halia dan garam secukup rasa 100 gmudang kering

Bahan hiasan Daun sup dan cabai merah dipotong serong dan bawang diracik halus.

Bahan adunan 500 gm tepung gandum tin susu cair ideal 2 tin air masak sejuk 1 biji telur 1 sk pewarna kuning Garam secukup rasa

Cara-cara: 1. Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia dan rempah kari sehingga halus dan seterusnya kisar udang keringhancur sahaja secara berasingan. 2. Panaskan kuali, masukkan minyak sesenduk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masukkan daging cincang serta sedikit air. Kacau sehngga kering dan sejukkan. 3. Masukkan dalam blender susu cair, telur, tepung, pewarna kuning dan tambahkan 1 tin air. Kisar sehingga halus dan jika pekat masukkan air sedikit demi sedikit. 4. Panaskan acuan kuih cara di atas dapur dengan api kecil. Bila dah panas sapukan minyak ke dalam acuan. Seterusnya tuangkan adunan penuh dan letakkan intinya ditengah dan hiaskan dengan sepotong lada dan taburkan daun sup. Biarkan selama 3-4 minit (sehingga masak) 5. Masakan siap dihidangkan.

KUIH LAPIS

Bahan-bahan (loyang besar untuk 40 orang)

1 cawan tepungberas cawan tepung gandum 1 cawan gula 1 st garam 2 paket santan serbuk 1 st minyak masak 3-4 titik pewarna merah 4 cawan air

Cara-cara :

1. Dalam blender, masukkan gula, tepung beras, tepung gandum, garam, santan, minyak dan 2 cawan air. Kisar hingga semua bahan tidak berketul. Panaskan air. 2. Keluarkan adunan dari dalam blender ke dalam bekas dan masukkan lagi 2 cawan air. Kacau rata 3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian warna kuning dan satu bahagian warna merah. Kacau biar warna sekata. 4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak. Masukkan 2 cawan adunan bewarna kuning dan kukus selama 5 minit. 5. Lepas 5 minit masukkan pula adunan bewarna merah dan kukus selama 2 minit. 6. Kemudian selang seli warna sehingga habis. 7. Lapis yang terakhir dikukus selama 20 minit dan sejukkan.

PANCAKE

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

115g Tepung Gandum 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar 25g Butter 1 biji Telur 150ml Susu Segar 1 sudu besar Gula Secubit Garam Maple syrup atau madu atau aiskrim

CARA-CARA 1. Campurkan tepung dan soda bikarbonat dan krim tartar. 2. Pukul butter sampai berderai macam serbuk roti. 3. Lubangkan tepung di tengah dan gaulkan telur dan susu. Gaul sebati. Masukkan gula dan garam mengikut rasa yang sesuai dan gaul sehingga sebati. 4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yang panas dan dilengserkan dengan sedikit minyak. 5. Masak sehingga ada buih-buih udara dan tunggu sehingga buih-buih pecah dan diterbalikkan. 6. Hidangkan dengan maple sirap, madu, butter atau aiskrim.

CUCUR UDANG KUAH KACANG

Bahan-bahan Batter: 1. 500 gram tepung gandum 2. 20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja) 3. 1 mangkuk kecil tauge 4. 1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci) 5. 1 biji telur 6. 1 biji cili merah (hiris halus) 7. 2 biji bawang merah (racik halus) 8. Garam secukup rasa 9. 1/2 sudu teh gula 10. Sedikit kunyit 11. Air secukupnya 12. Minyak utk menggoreng

Kuah:

1. 2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak) 2. 6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan) 3. 1 biji bawang merah 4. 1 biji bawang putih 5. Garam dan gula secukup rasa 6. Sedikit air asam jawa 7. Air secukupnya

CARA-CARA 1. Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair. 2. Panaskan minyak.Jumputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan. 3. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus. 4. Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat.Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.

Anda mungkin juga menyukai