Anda di halaman 1dari 44

BISKUT CINCIN

Bahan-bahan ( lebih dr 100 biji )


12 oz Golden Churn Butter (or lebih terkenal dgn gelaran Mentega Cap Tong) hihi 4 biji Telur (di rebus dan ambil kuning Telur sahaja) 350 gm Tepung Gandum (sukatan begantung dgn lembut nya adunan biskut) Gula Icing secukupnya utk di tabur

Cara-cara
1. Kuning telur dilecek2 sehingga hancur. (saya lecek guna garpu) 2. Kemudian telur yg sudah dilecek tadi di gaul bersama butter. blend hingga sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kuantiti tepung begantung kepada lembut nya adunan. masukkan tepung sehingga adunan tidak melekat. 4. Canai adunan, kemudian terapkan dgn menggunakan acuan biskut cincin. 5. Bakar selama 20minit atau sehinngga masak. kemudian taburkan gula icing.

Biskut tak payah bakar

Bahan-bahan ( 50 )

Gula - 2 cwn Serbuk koko - 3 sudu besar Marjerin - 1/2 cwn Susu - 1/2 cwn Garam - secubit Quick cooking oats (Quakers) - 3 cwn Peanut butter (mentega kacang Lady's Choice) - 1/2 cwn Vanilla ess - 1 sk

Cara-cara
1. Satukan gula, koko, majerin, susu dan garam, masak hingga mendidih. Biarkan mendidih sehingga 1 minit. 2. Padamkan api, masukkan oats, peanut butter, dan vanilla, campur hingga sekata dengan cepat. 3. Masukkan adunan dlm loyang dan mampatkan. Sejukkan dlm peti ais. Selepas set, bolehlah potong2 dan hidang.

BISKUT SUSU MARBEL

Bahan-bahan ( 60 keping - lebih kurang )


125 g mentega lembut (1/2 buku) 95g susu pekat manis (1/4 tin) 1/2 sb gula halus/icing (opt) 1 3/4 cawan tepung naik sendiri - ayak 1/2 sk esen vanilla 1 sb serbuk koko - ayak

Cara-cara

1. Putar mentega,susu manis,gula dan esen hingga sebati.Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dikepal.(sekiranya adunan masih melekit boleh tambah sedikit lagi tepung naik sendiri.)

2. Ambil 1/3 adunan dan bubuh serbuk koko dan gaul rata.

3. Gulung kedua2 doh berasingan memanjang.

4. Lekatkan dan gulung lagi,potong2 doh beberapa bahagian dan bulat2kan sebesar guli dan susun atas dulang pembakar.Leperkan sedikit dengan garfu jika suka.

5.

Bakar pd suhu 160C selama 10-15 min atau hingga garing.Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.

6. Doh boleh dibahagi 3 dan warnakan ikut suka dan lakukan seperti doh yg dimarblekan.

7. Bulatkan dan bakar hingga garing.

8. Untuk biskut susu plain hanya dibulat2kan dan tekan hirisan ceri merah di atasnya.

9. Untuk biskut susu choc chip hanya tambah 1/4 cawan choc chip atau secukupnya,gaul rata,bulat2kan dan bakar hingga garing.

Biskut Susu / Milk Cookies

merpati66@myresipi.com

Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )


250grm tepung jagung 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan) 1 sudu baking powder butter /marjerin untuk uli tepung perwarna -ikut suka

Cara-cara
1. 2. 3. 4. Gaulkan tepung + susu cair Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh . Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar 5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..

AISKRIM TEMBIKAI ( HOMEMADE ICE CREAM )

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


300cc tembikai 1sb madu 300cc fresh cream 3 sb gula halus

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan. Bekukan dalam freezer Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali.

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Bahan-bahan ( 5 orang )

4 cawan beras basmati 5 cawan air 2 kiub ayam 2 helai daun pandan pewarna merah, kuning dan hijau [bahan tumis] 1/2 inci halia 2 ulas bawang putih 1/2 biji bawang besar 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar minyak sapi 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga [bahan hias] bawang goreng kismis

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan. Masaklah nasi sehingga masak Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu. 8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Nasi minyak

Bahan-bahan ( 4 org )

4 cwn beras basmathi 6 cwn air(ikut jenis beras) 1-2 biji bwg besar (hiris) 2" halia (hiris) 3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk) 1 cwn susu cair sedikit minyak sapi utk menumis sedikit garam sedikit rempah tumis sedikit pewarna kuning 2 helai daun pandan sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan

Cara-cara
1. mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan 2. dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau 3. masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan. 4. bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak 5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan. 6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan

Mee Udang Keledek.

Bahan-bahan ( 5 orang )

1/2 kg keledek 1 kg udang (dibersihkan) 5 biji bawang merah (shallots) 5 ulas bawang putih 1 inci halia secawan udang kering 5 sudu besar serbuk kari daging bebola ikan/sotong/udang (ikut suka banyak mana nak..) tauhu pok (nak letak boleh taknak pun takpe..pun ikut suke banyak mana nak..) air dan garam secukupnya serta minyak untuk menumis. Bahan sampingan: Daun bawang dan daun sup Bawang goreng Sawi celur Limau kasturi dibelah2 Telur rebus dibelah2 Mee kuning di celur. ( ikut le banyak mana nak makan..)

Cara-cara
1. Kupas keledek dan potong kecil2. Rendam sekejap dan kisar bersama secawan air. 2. Masukkan keledek kisar ke dalam periuk masukkan air cukup untuk kuah dan jerang hingga mendidih dan agak pekat. 3. Sementara itu, tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering sehingga lumat. 4. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk lumat hingga naik bau dan kekuningan. 5. Masukkan rempah kari yang dibansuh dgn sedikit air. Tumis lagi sehingga bahan tumisan menjadi ringan dan garing. 6. Masukkan keledek kisar yang direbus tadi kedalam tumisan dan biarkan sehingga mendidihdan pekat. jangan lupa masukkan garam secukup rasa. 7. Setelah mendidih boleh lah masukkan udang, bebola dan tauhu pok. Biarkan mendidih sekali lagi. 8. Bila dah masak hidangkan bersama bahan sampingan yang ditabur di atas mee,siram kuah dan nikmati ketika masih panas..sedap.

Creamy Butter Prawn

Bahan-bahan ( - )

300 gram udang 5-7 helai daun kari 2-3 biji cili padi 100ml susu cair 50gram butter Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak cukup panas) Masukkan udang dan goreng sehingga kemerahan. angkat dan toskan Cairkan mentega dalam kuali lain Bila dah berbuih, masukkan susu cair. Kacau sebati sehingga agak pekat. Kemudian masukkan garam, gula, cili padi, daun kari dan udang. Gaul rata dan tutup api. 6. Kalo suka, boleh taburkan cheese.

BUTTER PRAWN

Bahan-bahan ( 3-4 orang )


600 gm udang segar size besar 2 sb minyak bijan @ minyak masak 1 sk garam 1 sk gula 3 sb butter 1 biji kuning telur 5 biji cili burung (ikut suka dipotong atau guna sebiji) 3-4 pelepah daun kari 6 ulas bawang putih (dicincang) 1-3 sb susu cair evaporated milk @ santan pekat @ susu segar sedikit lada hitam sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Udang digunakan seekor-ekor jangan dibuang kulit atau disiang, basuh sahaja, keringkan airnya dalam penapis kemudia marinate dengan minyak, gula, dan garam, kacau sedikit peram selama 1/2 jam. 2. Cincang bawang putih, hiris cili jika suka, kalau tidak guna sebiji2 cili burung. 3. Panaskan kuali bersama sedikit minyak masukkan udang balik2kan udang sebelah2 ke sebelah goreng udang setengah masak selama 1-2 minit kemudian kemudian keluarkan udang dalam kuali, Basuh kuali yang sama jika tiada kuali lain, jika guna kuali yang sama tanpa membasuh terlebih dahulu dikhuatiri nanti tak jadi butter prawns yang diidam-idamkan, jadi sila ikut peraturan. 4. Guna kuali yang lain dengan menggunakan api yang perlahan masukkan butter biar ia cair sedikit kemudian masukkan kuning telur, kacau ia sehingga berbuih sehingga sedikit sahaja kekuningan , masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari, masak sampai bawang putih naik bau, masukkan udang balik2kan hingga udang masak, masukkan susu cair, sedikit lada hitam dan ajinomoto jika perlu. 5. Ikut citarasa masing2 terpulanglah samaada butter prawns jenis berkuah atau kering, ikutkan ikut resipi sebenar ia kering dan sedikit berhampas macam hampas kelapa atau serbuk nestum.

Butter Prawns with Egg Floss

Bahan-bahan ( 4 orang )

7-8 udang besar, deep fried 1 biji telur (guna kuning sahaja) 2 sudu besar mentega atau marjerin (saya gunakan Planta..wangi dan sedap) 2 sudu besar susu cair daun kari 2 biji bwg putih (cincang halus) cili padi (optional) garam dan gula secukupnya .

Cara-cara
1. 1. Cairkan planta/butter (api kecil) dan tuang kan sedikit minyak masak. Ini adalah

utk mengelakkan butter hangus. 2.Teruskan mengaul butter hingga cair. Jangan berhenti mengaul. 3. Masukkan telur kuning dan terus kacau. Anda akan melihat kuning telur bertukar menjadi floss. 4. Angkat dan toskan. Ketepikan. 5. Cairkan sesudu butter dan sedikit minyak. 6. Tumiskan bawang putih, daun kari dan cili. 7.Masukkan udang goreng tadi. 8. Gaul rata dan tambahkan susu cair. (Jgn guna terlalu byk susu cair kerana ini akan menjadikan ia terlalu basah..tak sedap) 9. Masukkan garam dan gula. Gaul rata. 10. Angkat dan taburkan egg floss tadi.

Wok-Fried Butter Prawn

Bahan-bahan ( 3 orang makan )


300g udang-buang kulit 3 sudu/k mentega 1 biji telur Tepung ubi/tepung jagung Minyak

Cara-cara
1. Perap udang bersama garam,gula,telur&mentega selama lebih kurang 20-30min. 2. Lumurkan udang bersama tepung dan kemudian goreng udang sehingga kekuningan didalam kuali yg telah dipanaskan dengan minyak. 3. Baki bahan perap boleh lah digoreng,dan akan menjadi seperti telur pecah.

NASI AYAM MADU

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras 1/4 bawang besar 2 sudu mentega sehelai daun pandan 2 kiub ayam madu kicap pekat 1/2 ekor ayam 1 sup bunjut adabi sos tiram 1/2 sudu serbuk lada putih 1/2 inci halia 3 ulas bawang putih [hiasan] daun bawang daun sup bawang goreng daun salad/timun

Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong ikut suka 2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang 3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak 4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa. 5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh 6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.

NASI AYAM ISTIMEWA

Bahan-bahan ( 4 orang )

(utk merebus ayam) setengah ekor ayam (ikut suka) 3 ulas bawang putih (ditumbuk) 3 hirisan besar halia (ditumbuk) 1 kiub pati ayam knorr 1 sup bunjut adabi 800ml air putih (utk buat nasi ayam) beras wangi (ikut suka) 2 hirisan besar halia *utk tumis 1 bunga lawang, 2 cengkih, 1 kayu manis, 2 buah pelaga *utk tumis 2 sudu besar planta *utk tumis 3 ulas bwg merah (dihiris halus) *utk tumis 2 ulas bwg putih (dihiris halus) *utk tumis daun pandan (diikat) air rebusan ayam secukupnya sedikit daun bawang (dihiris halus) dan bawang goreng utk hiasan (utk ayam madu) ambil ayam yg telah direbus tadi diperap bersama2 dgn: kicap pekat, sos tiram, serbuk lada putih, garam, madu (30 minit) Cara-caranya: 1) Tumis bwg putih dan halia sehingga keperangan sedikit. Kemudian masukkan air putih diikuti dgn ayam, sup bunjut dan kiub pati ayam selama 45 minit. (lagi lama lagi sodap) 2) Setelah selesai ambil ayam yg telah direbus dan diperap tadi sedia utk proses menggoreng dgn api yg sederhana besar..(hati-hati sedikit) 3) Sesudah masak nasi biarkan kering selama 5 minit. Kemudian masukkan sedikit bwg goreng dan daun bawang then gaul sebati..then tutup semula. ) Sedia utk dihidang... Selamat Mencuba! :D

NASI MENTEGA ( ALA NASI KFC )

Bahan-bahan ( 6 orang )

4 cawan beras 1 1/2 inci buttercup (ketebalannya) 2 biji bawang merah dimayang halus sehelai daun pandan 2 kiub ayam 1/2 cawan kismis

Cara-cara
1. Basuh Beras. Toskan. Cairkan mentega dalam periuk nasi. Goreng bawang hingga terbit bau. 2. Masukkan beras. Kacau rata. Masukkan Air secukupnya. 3. Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati. 4. Sedap dimakan dengan ayam goreng, coleslaw kentang putar.

AYAM GORENG MADU

Bahan-bahan ( 2 org )

kepak ayam 1 sudu bsr sos tiram 1 sudu bsr kicap 2 sudu bsr madu lada hitam serbuk kunyit garam minyak masak secukupnya utk goreng terendam

Cara-cara
1. cuci kepak ayam bersih2. toskan. cucuk2kan kepak ayam dgn garfu atau siat2 dgn pisau supaya bhn perap menyerap. 2. gaulkan kepak ayam dgn serbuk kunyit, garam, sos tiram, kicap, madu & lada hitam. 3. perapkan selama 1 jam atau lbh. selepas itu blh lah di goreng terendam.

AYAM GORENG MADU ( NASI AYAM )

Bahan-bahan ( 5 orang )

setengah ekor ayam (dipotong 8) . 5 ulas bawang merah -ditumbuk 3 ulas bawang putih -ditumbuk 2 sudu besar cili giling / 1 sudu besar serbuk cili. 2 inci halia - ditumbuk. 3 sudu besar madu 2 sudu teh garam minyak utk menggoreng

Cara-cara
1. basuh ayam sehingga bersih dan toskan 2. bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk. 3. kemudian, masukkan ayam dalam bekas dan bahan2 yg ditumbuk, cili giling @ serbuk cili, garam dan madu. 4. tutup bekas dan masukkan dlm peti sejuk utk diperap selama 30 minit. 5. goreng dalam api yg sederhana hingga nampak garing... sedia utk hidangan...sesuai utk nasi ayam.

Cream Puff Goreng Lazat

Bahan-bahan ( lebih kurang 30 biji, siaz besar )


Bahan A: 200 ml air 150 g TEPUNG GANDUM 50 g Margerine (planta) 2-3 biji telur (bergantung saiz) dan Sedikit garam Bahan B / Inti: 150 air 90 g gula kastor 200 ml susu cair ldeal 25 g Corn Flour 25 g tepung Hoonkwe (warna putih) 2 biji kuning telur Sedikit perisa vanilla dan garam

Cara-cara
1. Buat dulu adunan bahan A: 2. Air dan margarine dimasak mendidih lalu masukkan tepung. Kacau rata dan lepas itu dinginkan seketika. 3. Dalam bekas lain (atu dalam mixer bowl), pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan adunan yang sudah dingin tadi (no.2) ke dalam mixer dan dipukul lagi hingga sebati. 4. Panaskan minyak lalu sudukan adunan - goreng hingga kekuningan dengan api perlahan. 5. Sejukkan dan dibelah tengah-tengah. 6. Cara membuat inti / Bahan B: 7. Gaul rata semua bahan B, lalu dimasak di atas api kecil. Dinginkan dulu sebentar sebelum diisikan dalam puff goreng. 8. Selamat Mencuba. p/s: Jika nak, kurangkan tepung hoonkwe supaya tidak terlalu keras. Insya-Allah, jika berkesempatan gambar akan saya upload. Yang pasti, cream puf ni SEDAP!

POTATO MAYONIS

Bahan-bahan ( 1 orang )

50g mashed potato 50g tepung 1/2sk baking powder 1sb butter 1sb mayonis 1/4sk garam

Cara-cara
1. Gaul semua bahan-bahan di atas. Canai setebal lebih kurang 2mm dan potong memanjang 2. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15-20 minit. 3. Goreng pun boleh.

KUIH LADDUH

Bahan-bahan ( 4 orang )

Tepung Gandum agak2 200 gm Minyak masak 1 sudu teh air sedikit garam nestum dan sedikit gula untuk ditabur ke kuih tadi.

Cara-cara
1. ambil tepung gandum, + minyak masak + garam dan + air 2. kemudian uli sehingga sebati, agak2 tepung tidak melekat ditangan boleh la dicanai tipis2 lepas tu ambik pisau hiris dengan bentuk daimond, sesudah abis dihiris semua boleh la panaskan minyak dan terus goreng dengan api pelahan , dah siap bolehlah tabur nestum dan terus makan. 3. Nestum dan gula dikisar. Nak sedap lagi tabor susu tepung.

Kacang Soya Goreng

Bahan-bahan ( 1/2 kilo )


500g kacang soya garam secukup rasa serbuk kunyit atau kari 3 ulas pes bawang putih (lebihkan jika suka atau tak bubuh pon tak apa) 2 pelepah daun kari secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

1. Cuci bersih kacang soya dan rendam dalam secukup air selama 1 jam.Toskan. 2. Satukan kacang soya tadi dengan bahan2 yang lain secukup rasa.Ketepikan. 3. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng kacang soya sambil dikacau2.Kecilkan api apabila kacang kelihatan mengecut menandakan akan masak dan garing atau boleh rasa sebiji untuk menentukan kacang goreng dah garing. 4. Angkat kacang goreng dan toskan di atas kertas serap minyak.Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Laksa Sarawak Istimewa

Bahan-bahan ( 10 orang )

400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus) 2 bungkus Bihun 500gram udang basah 3 ketul dada ayam 500ml santan pekat (1 tin santan cream) 8 biji telur ayam 1 kiub pati ayam maggi 2 sudu besar sos tiram Garam, gula & msg secukup rasa BAHAN TAMBAHAN 500gram tauge Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka) Limau kasturi @ lemon SAMBAL BELACAN 15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah) Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh) Sedikit air perahan limau@lemon Garam & gula

Cara-cara
1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2. 2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.

3. Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya. 4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat. 5. Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar mendidih seketika. 6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh. 7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2. 8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon.

9. CARA2 MENGHIDANG LAKSA SWK 10. Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.

11. Set lengkap hidangan laksa swk.

Asam pedas kepala ikan (Johor)

Bahan-bahan ( 3 orang )

Kepala ikan 15 tangkai cili kering 1 labu bwg besar sedikit halia 4 ulas bwg putih 2 batang serai sedikit serbuk kunyit Sedikit belacan 1 sudu besar lada hitam Daun kesum dan bunga kantan Garam,gula dan perasa 2-3 keping asam keping atau air asam jawa

Cara-cara
1. Kisar bwg bsr,bwg putih,halia dan belacan kemudian tumis.Masukkan serai yg telah dititik dan serbuk kunyit 2. Masukkan cili kering yg telah direndam air panas dn dikisar 3. Tumis sehingga garing seterusnya masukkan kepala ikan dan air asam jawa..tambahkan air dan masukkan bunga kantan 4. Masukkn garam,gula,perasa..Masaklah sehingga kepala ikan msk...seterusnya masukkan lada hitam yg telah ditumbuk lumat 5. Akhir skali masukkan daun kesum..bleh jg ditambah terung (air terung akn menambahkn lagi keenakan asam pedas...:) 6. *Asam pedas johor rasanya pedas,masam dn kuahnya pekat...best sgt... :)

Crispy Potato Wedges

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji kentang saiz XL - potong berbaji 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO 1 sudu teh serbuk cili 1 biji putih telur - dikocok Tepung gandum secukupnya untuk salut Garam

Cara-cara
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang. 2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam sedikit. 3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang sehingga kedua serbuk tadi bersalut dengan kentang. 4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya. 5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan. 6. Hidangkan panas bersama sos thousand island & mayonis.

Sosej Gulung Simple

Bahan-bahan ( )

3 btg sosej di belah dua (utk jd 6 btg) 6 keping roti putih 1 btg carrot (dipotong panjang menjadi 6 btg) 1 biji telur secubit garam minyak utk mengoreng Sedikit tepung gandum + air utk jd gam

Cara-cara
1. Buang kulit tepi roti tadi dan dileperkan 2. Ambik sosej yg dibelah dua tadi dan carrot gulung bersama roti tadi (buat cam sardin roll), gamkan hujung roti, dan buat hingga habis 3. Pukul telur bersama sedikit garam, dan celupkan sosej gulung tadi dan goreng dalam minyak sederhana panas sehingga kekuningan. 4. Dah sedia nk ngap...selamat mencuba

ROTI SOSEJ

Bahan-bahan ( 40 biji )

1 kg tepung gandum 1 paket mauripan 2 mug air suam 1 sudu teh gula 5 sudu besar planta 2 sudu besar susu tepung 10 batang sosej - dibelah 4

Cara-cara
1. bancuh mauripan dengan air suam dan gula. Biarkan bancuhan hingga berbuih. 2. gaul tepung, susu dan planta hingga menjadi seperti breadcrumbs

3. campurkan bancuhan mauripan dan uli hingga sebati 4. rehatkan doh hingga naik sekali ganda

5. potong sosej kepada 4 bahagian

6. ambil secubit doh, uli bentuk panjang

7. lilitkan ke sosej. Buat hingga sosej habis 8. rehatkan sebentar sehingga doh naik sekali lagi

9. goreng hingga warna keemasan

10. hidangkan dengan sos pencicah kegemaran.

Sosej Gulung Simple & Sedap

Bahan-bahan ( 4-5 orang )


10 batang sosej 10 keping roti Gardenia (roti brand ni lebih lembut dan mudah digulung) 1-2 biji telur ( bergantung pada gred) Sedikit lada sulah

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. Sosej hendaklah direbus/digoreng sehingga masak kemudian toskan. Roti tadi dicanai sehingga nipis dan letak sosej kemudian digulung secara menyerong. Celup ke dalam telur yg telah dipukul dan dimasukkan sedikit lada sulah. Goreng menggunakan minyak yang sedikit kemudian balik-balikkan. Angkat dan hidangkan bersama sos cili dan mayones.

ROTI SOSEJ SEDAP

Bahan-bahan ( 12 biji )

120ml susu segar 50g telur 300g tepung roti 1 sudu kecil garam 3 sudu besar gula 60g butter 1 sudu kecil dry yeast ****************** 12 btg sosej sos tomato/cili mayonis telur untuk sapu

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan di atas bertanda (**) ke dalam breadmaker. On kan tunggu siap. 2. Bila dah siap. Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.

3. Bahagikan kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit 4. Ambik sebiji roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 30cm.

5.

Pada bahagian hujung, buat leper sebagai tempat penyambung

6. Kemudian sambungkan pada bahagian hujungnya

7. Letakkan sosej pada bahagian tengah. Ulang langkah 4-6 sampai habis.

8. Biar naik 2 kali ganda. Kemudian sapukan dengan telur 9. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit. Kalau roti belum nampak perang, biarkan dalam oven selama 5-6 minit selepas bakar sebelum dibawa keluar dr oven.

10. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan. Bila nak makan bolehlah letak sos dan mayonis.

TART TELUR

Bahan-bahan ( 30 keping )

PASTRY 200g butter 80g gula aising 360g superfine flour 1biji telur 1/2 sudu kecil esen vanila FILLING : 1 cawan susu cair 4 biji telur 1 cawan gula 1 cawan air 1 sudu besar tepung kastard 1/2 sudu kecil esen vanila pewarna kuning

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. 6. Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan tepung sampai jadi doh. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min. 7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Nasi Pulut Ayam (Lor Mai Kai)

Bahan-bahan ( 6 orang )

3 cawan beras pulut 300gm Ayam tanpa tulang (dihiris nipis) 1 gengam tangan udang kering (dicuci) 4-5 cendawan shiitake kering(direndam dan dihiris nipis2) =Bahan-bahan A= *2cm halia (*dikisar) *1 ulas bawang putih 1 sudu kecil gula halus 1 sudu kecil minyak bijan sudu besar sos tiram sudu kecil garam 1 sudu kecil tepung jagung (yg berwarna putih) =Bahan-bahan B= 2 sudu besar minyak masak 2 biji bawang merah kecil (dihiris) 2 ulas bawang putih (dicincang) *1 sudu besar kicap hitam *1 sudu besar sos tiram * sudu kecil garam (atau secukup rasa) * sudu besar minyak bijan *Serbuk lada putih secukupnya

Cara-cara
1. Persediaan Awal:Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam. Ayam dihiris dan diperap degan bahan-bahan A sekurang-kurangnya jam (simpan dalam peti sejuk). 2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang kering dan cendawan. Goreng sampai nampak kering. 3. Masukkan pulut (tanpa air) dan goreng utk 1-2 minit. Masukkan semua bahan-bahan B* dan kacau sehingga rata. Matikan api.

4. Lapis 6 mangkuk kecil dengan 4-5 hirisan ayam yg diperap, isikan nasi pulut tadi 3/4 penuh. Kalau nak kukus dalam 1 loyang besar pun boleh tapi masa kukus lama sikit. 5. Kukus selama 30 minit atau sampai masak. Padamkan api dan biar nasi dalam kuali ke steamer utk 5-10 minit. Kalau terus keluarkan lepas kukus, permukaannya akan jadi kering. 6. Terbalikan nasi pulut ke atas pinggan dan hiaskan degan hirisan chili jika suka. Sedap juga dimakan dgn chili sos yg pedas.

Tart / Pie Telur

Bahan-bahan ( utk satu bekas pie yg besar tuh )


bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum 1/4 cawan gula halus 1/2 teaspoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2) 2 biji telur bahan utk filling : 1 cawan susu cair 4 biji telur 1 cawan gula halus 1 cawan air 1 tbs tapung kastard tsp vanilla essence

Cara-cara
1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan. 2. Masukkan butter. Sebatikan. 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh. 4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur. 5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati. 6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi. 7. Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau! 8. Selamat menjamu selera!

Chicken Pie @ Pai Ayam

Bahan-bahan ( 8 biji pie kecil )


DOH PIE : 150gram butter 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi) 1 biji kuning telur (dipukul) secubit garam halus 1 sudu teh gula halus INTI PIE: 1 biji kentang (potong dadu) (*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi (buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu) (*) 1 biji lobak merah (potong dadu) ~kalau nak guna mix vegetable pon OK~ 1 biji bawang besar (cincang) BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE: 2 sudu minyak masak (#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa) (#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa) (#) 1 sudu besar sos tiram (#) lada sulah (serbuk) secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara
1. CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE: 2. Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya. 3. panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi 4. masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta 5. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat

6.

Sejukkan inti pie.

7. CARA-CARA MEMBUAT DOH: Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).

8. Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).

9. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. 10. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.

11. Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.

12. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.

13. Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.

14.

Sedia untuk di 'ngap' seisi keluarga... Selamat Menjamu Selera.

DONUT

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )


3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast) 1/4 cawan air suam 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit 1/2 cawan gula halus 1 sudu kecil garam 2 biji telur 1/3 cawan shortening/butter 5 cawan tepung gandum Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih. 2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan. 3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti. 4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengahtengah degan jari. 5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda. 6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak. 7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

5 Spices Roll [Ham Chim Piang]

Bahan-bahan ( Leh dpt banyak.. )


Doh donut secukupnya-sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6486 1 sudu mkn Rempah Lima Jenis(yg sedia dlm 1 peket) 1 Sudu Kecil Gula 1 Sudu Kecil Garam 2 Sudu mkn Air Suam

Cara-cara

1. Bancuh rempah lima jenis dgn air,garam dan gula. Ketepikan..

2. Canaikan doh seperti di dalam gambar.Nak roll yg cantik hendak la canai nipis sket..lepas tu potong bahagian tepi2 doh yg x rata(utk mhasilkan roll yg cantik dan kemas)

3. Kemudian,titikkan sedikit bancuhan rempah dan sapukan rata di atas doh yg dicanai.Jika takde berus mskn,bleh guna blkg sudu mkn je utk ratakn..

4.

Setelah itu,lipat sedikit bahagian hujung doh dan mulalah menggulung sehingga ke hujungnya..kemas2kn sdikit.Kemudian potong doh menggunakn pisau anggaran 2cm setiap satu..

5. Ambil satu potongan td,tekan2 sedikit mggunakan tgn dan canai nipis seperti di dlm gambar(yg dlm gambar baru nak mencanai,lum nipis lg)..ulang sehingga roll habis..Jika agak melekat,taburkn sedikit tepung..Panaskan minyak dan doh akan mulai naik(mcm donut gak)

6. Masukkan roll td ke dlm minyak yg sdh dpanaskan dan apabila selepas 2 saat(atau tepi kuih mula mendidih)terus balikkan.Ini utk mengelakkan kuih anda 'lentik' di tghnya dan kuih x brp msk bhgn tgh..balik2kn kuih utk mdpt warna keperangan yg sempurna..

7. Angkat dan toskan setelah kuih bertukar keperangan sepenuhnya..SELAMAT MENCUBA.. (^_^)

Bingka Labu Cinderella

Bahan-bahan ( 10 org mkn... )


600gm labu (berat slps drebus) - dlecek sedikit kasar *2 cawan tepung gandum *2 sudu besar(mumbung) tepung kastad *200ml santan kotak + air = 2 cawan santan *1 cawan gula *2 sudu besar butter @ marjerin - dcairkn *1/2 cawan susu pekat manis/krimer manis *1/2 sudu teh garam halus *5 biji telur (B) - cuci dulu bahan brtanda dblend hingga sebati 2 @ 3 sudu besar kelapa kering bahan tabur datas bingka: kelapa kering & bijan u/p~sy guna sukatan cawan kopi@tea(standard size)

Cara-cara
1. Oven dpanas trlebih dulu, 180' 2. Bahan2 yg dblend tadi dmasukkn kedlm labu yg dlecek...gaul mesra & tambahkn kelapa kering 3. Masukkn 1 sudu besar butter/majerin kedlm loyang & panaskn sebentar dgn api yg kecil... 4. Tuangkn adunan tadi kedlm loyang...tabur kelapa kering, dikuti bijan... 5. Bakar >< 1 jam @ sehingga masak/ biar garing ckit kt atas lgi sedap... 6. Selamat mncuba...dh tinggal 1/2 loyang ;)

Bingka Nestum Crunchy

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inci )


*2 cawan tepung gandum *2 cawan santan *1 cawan susu segar@ full cream *5 biji telur (B) - cuci dulu *3/4 cawan gula pasir *3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis *1 sudu besar tepung jagung *1 sudu kecil garam halus *2 sudu besar butter - dcairkn bahan brtanda dblend hingga sebati 1 1/2 cawan nestum original u/p~sy guna sukatan cawan kopi@tea(standard size)

Cara-cara
1. 2. 3. 4. 5. Panaskn oven 180'C Satukn bahan yg dblend & nestum hingga sebati (mnggunakn hand whisk) Sediakn loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn datas api yg kecil... Masukkn/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum datasnya Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, cam biasalh...tunggu sedikit sejuk baru ptong, ya... 6. Selamat mncuba & menikmati hasilnye...

Udang Goreng Kembung

Bahan-bahan ( sehidangan )

20 ekor udang (Dibersihkan, dibuang kulit kecuali bahagian ekornya) 3 sb (bumbung) tepung gandum 1 sb (bumbung) tepung beras 100 ml air Garam secukupnya 1/2 sk eno

Cara-cara
1. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk besar. 2. Kemudian masukkan sedikit garam dan 100 ml air.Kacau adunan sehingga sebati.(Ia akan kelihatan sedikit pekat) Adunan ini dipanggil bater 3. Masukkan adunan (2)@bater ke dalam freezer seketika sehingga mahu digunakan. 4. Keluarkan adunan@bater dari freezer dan masukkan eno.kacau sebati sehingga adunan nampak seakan berbuih-buih kecil dan adunan ringan.Eno dimasukkan ketika mahu digunakan untuk mendapatkan buble ia.... 5. Panaskan minyak, celup udang ke dalam (4) kecuali bahagian ekor dan putar2kan ia supaya salutan menjadi sedikit tebal dan goreng terendam sehingga kekuningan.Angkat dan toskan.. 6. Sedia di hidang bersama sos kegemaran.

Anda mungkin juga menyukai