Anda di halaman 1dari 13

Kek Coklat Moist Kukus

AlongRoz@myresipi.com

Dari buku koleksi oleh Cik Zubaidah. Along kasi resipi ni 5 bintang sbb tekstur dan rasa yg
paling best.

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )

 100g Serbuk Koko*


 250g Gula Kastor
 1 tin Susu Isian Cair*
 200g Minyak Masak Sayuran*
 250g Susu Pekat*
 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
 150g Tepung Gandum
 1 st Bic Soda
 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak
payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan
sedikit2 sehingga sebati.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api
sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
5. Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580
6. Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila
dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan.

7.
Ini rupa isi kat dalam. Warna nya coklat gelap tapi ni guna flash nampak terang sikit
warna nya.

Bengkang susu
No picture

pnah cuba bt dr mjlh rasa.sdp & senang mbuatny.

Bahan-bahan ( 1loyang )

 500g tpg gdm


 250g susu tpg
 250g gula
 50g santan srbuk
 4bj telur
 1250ml air
 125ml susu cair
 sdkt mntega

Cara-cara

1. + kn tpg gdm,susu tpg,gula,srbuk santan,telur,air & susu cair dlm 1 bekas.kacau hgga
sbati.
2. kmudian tapiskn adunan td
3. sapukn sdkt mntega dlm loyg brulh d tuang adunan ke dlmny
4. bakar 45mnt.160C
5. stelh msk sapu mntega d prmukaan agr ia kilat.blhlh dhidangkn.
Dorayaki

Kuih kegemaran doraemon, dibuat dgn kasutera (kek sponge jepun) yang telah diubahsuai
sikit. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang, bila dah sejuk pun masih lembut. oec...

bahan-bahan ( 10 biji )

 100gm tepung kek atau tepung gandum


 ½ sudu kecil baking soda
 60gm gula halus
 2 sudu besar madu
 2 biji telur
 ½ sudu besar minyak masak
 ½ sudu kecil esen vanilla
 Inti:1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara

1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.


2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau
adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu
pekat.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4
cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula
sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping
pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.
7.

Bagi yg tinggal kat Jepun, boleh guna sup kacang merah ini, tambah sedikit tepung
gandum dan panaskan untuk memekatkan nya. 3pkt x 180gm cukup untuk 10 biji.

Tosai

Bahan-bahan ( 10 keping tosai )

 2 cwn beras -rendam 8 jam


 1 cwn aluthu - rendam 8 jam
 1 kepal nasi
 sedikit garam
 minyak masak
 1/2 labu bwg besar

Cara-cara

1. Kisar semua bahan dengan blander hingga halus. masukkan sedikit air semasa
blender. air agak-agak padan dengan bahan2 yang nak di kisarlah. kadar kecairan
adunan spt apam tapai atau bg yang biasa buat apam lenggang macam tu la
2. masukkan garam dan kacau rata
3. peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik
4. culup bwg dgn minyak dan sapu atas kuali rata atau non stick pan
5. kacau2 adunan tadi. ambil lebih kurang 1 cwn atau 1 senduk adunan dan rata2kan atas
kuali anda. masak dgan api perlahan atau sederhan
Pak tongko

sofinar@myresipi.com

Makanan yang popular di seberang perai, tak tau negeri2 lain panggil kuih apa. Selalunya
buat masa breakfast, minum petang pun ok.

Bahan-bahan ( 4-5 oarang makan )

 pak tongko
 300g tepung gandum
 3 sudu besar gula pasir
 2 sudu besar mentega
 1 biji telur
 2 sudu teh yis
 50-75 ml air
 secubit garam
 kuah
 3 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak, buang kulit dan blander
 4 tangkai cili kering - digoreng dan blender bersama kacang
 garam, gula dan asam jawa
 3/4 cawan air panas - ikut suka, jika tak mau pekat boleh tambah air begitulah
sebaliknya

Cara-cara

1. pak tongko - campur semua bahan kecuali air dan gaul dengan tangan sekejap.
2. masukkan air dan uli hingga licin, perap 30 hingga 45 minit
3.

canai pak tongko lebih kurang 1cm tebak dan potong dengan pisau mengikut bentuk
kesukaan anda

4. panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng kuih donat.


5. kuah- campur semua bahan dan kacau hingga sebati

Getas-getas

che'iza@myresipi.com

Kuih yg tak yah pakai tepung gandum

Bahan-bahan ( 16-18 biji )

 250 gm tepung pulut


 150gm kelapa parut
 130 ml air
 secubit garam
 * 3/4 cwn gula
 * 1/2 cwn air
 * sehelai daun panadan

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.


2. Kepal bulat2 dan dileperkan (saya buat bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan
bentuk. Goreng hingga kekuningan
3. Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan
kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat
matikan api.
Ayam grill madu

choppy@myresipi.com

Ayam grill madu. Boleh juga dibakar.

Bahan-bahan ( 4 orang )

 500g ayam
 1 kiub ayam
 2 sudu besar kicap pekat manis
 2 sudu besar sos tiram
 2 sudu besar madu
 ( TUMBUK )
 2 ulas bawang putih
 1cm halia
 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.


2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.


Kepak ayam bakar berempah

umi_e@myresipi.com

Sungguh menyelerakan... boleh di makan dengan nasi atau juadah BBQ

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

 1 kilo kepak ayam


 1 labu bawang besar
 3 ulas bawang putih
 1 inci halia
 1 sudu makan serbuk jintan kasar
 1 sudu makan serbuk jintan halus
 1 sudu makan serbuk ketumbar
 1 sudu makan serbuk kunyit
 2 sudu makan gula
 1 sudu makan kicap pekat
 garam secukup rasa

Cara-cara

1. Bersihkan kepak ayam dan toskan


2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang
lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan
kesemua kepak ayam)
3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak
Boxing chicken

ratnamurniwati@myresipi.com

sedap dimakan begitu saja...

Bahan-bahan ( 2 orang )

 5 ketul kepak ayam


 lada sulah
 lada hitam
 jus limau nipis
 garam
 bread crumb
 telur (dipukul dadar)

Cara-cara

1. kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tghnya. lepas tu ambil bahagian yg byk isi.
kikis dan terbalikkan isinya ke atas. biar tinggal tulang jer di bahagian bawah.
2. lepas tu perap ayam tu dgn lada sulah, lada hitam, garam dan jus limau nipis. perap
selama mana anda suka.
3. setelah diperap, ambil ayam tu, celupkan pada telur dan lepas tu terus celup pada
bread crumb.
4. goreng hingga masak dan keemasan warnanya
Chicken paper steak

Western And so.....instant (1/2 Boleh makan Chicken paper steak)dari juliana Try la buat
yee ...nanti bagi komen kat jue..Sebenarnya resipi ni dah pun jue gubah mengikut selera
jue...kalau nak ikut dari apa yang jue belajar dari kelas masakan ....nak buat sos ni
memanglah rumit...try kay.......insyaalah sedap..u all boleh pakai daging,fish & chip jugak
...resipi ni lah yang berjaya menambat hati suami dan keluarga jue.gambar sory tak ader coz
ju baru hari ni register join Myresipi ni

Bahan-bahan ( 2 org makan )

 2 kpg isi ayam(bah Dada yang siap dilapah)


 sos lada hitam
 -mayonis
 -mushroom(ikut selera)
 -1 sudu teh serbuk lada
 -minyak masak/jagung
 -2 sudu butter
 -4 ulas bawang putih di cincang
 hiasan
 -kentang goreng
 -timun
 -tomato

Cara-cara
1. Ayam:- perapkan isi ayam dengan lada hitam ,sos lea &Perrins dan minyak jagung.
Biarkan selama 15 minit
2. Kuah:- Tumiskan bawang puth yg dicincang dengan butter
3. masukkan mushroom dan biarkan dalam 4 minit
4. kemudian masukkan lada hitam yang diblend bersama mayonis
5. untuk menambahkan aroma masukkan sesudu teh sos lea&perrins dan sedikit susu
cair
6. biarkan mendidih dan tuangkan keatas ayam yang siap dibakar
7. hiaskan steak anda dengan kentang goreng,tomato,timun

Iced Chocolate

maya_zakry@myresipi.com

Ala-ala iced chocolate with whipped cream kat secret recipe :P

Bahan-bahan ( 1 )

 Hersheys chocolate syrup


 Magnolia fresh milk

Cara-cara

1. Masukkan hersheys syrup ke dlm gelas. Biarkan dia mendap.


2. Tuang fresh milk slow2. Masukkan ice cubes.
3. Kalau ade whiped cream semburkan. Barula sebijik cam secret resipe. tak pecaya pi
selongkar die nye kitchen, mesti ade magnolia fresh milk.
4.

Inilah die hersheys choloate syrup. price RM9.60

Anda mungkin juga menyukai