Anda di halaman 1dari 4

RESEPI GRILL CHICKEN CHOP

By : lina pg
Bahan - Bahan:
4 keping whole leg (debone)

1/2 kiub ayam

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)

3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)

1cm halia(tumbuk kasar)

Lada hitam, lada sulah

Sedikit olive oil


Cara-cara
1.

Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel

2.
Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan
perapan meresap ke dalam ayam.
3.

Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah

4.

Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

5.

Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.

6.

Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering

7.
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman
supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
8.
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya
daging masak sekata dan tidak hangus

MASHED POTATO
By lina pg

Bahan-Bahan:
3 biji kentang besar (~1kg)

2 sudu besar mentega

1/4 cawan susu segar

Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)


Cara-cara :
1.
Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses
lenyek)
2.
Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa
merebus kentang)
3.

Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas

4.

Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata.

5.

Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam)

SOS BLACK PEPPER


By lina pg
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)

Sedikit oregano
2 sb mentega
Cara-Cara:
1.
Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu
dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
2.

Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.

3.
Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak
bergentel.
4.
Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan
kiub ayam
5.
Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat
sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar
6.

Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Bahan Untuk Coleslow :


3/4 kobis putih - dihiris halus
1/2 kobis merah/purple - dihiris halus

1 lobak merah - dihiris halus


1 bawang merah - dimayang halus
1 sudu makan gula
1 botol mayonis coleslow brand lady's choice
Jus perahan 1/2 biji lemon

Resepi Kek Keju Meleleh (KUKUS)


Bahan-bahan untuk KEK :
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair
Cara-cara membuat :
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan. Saya letakkan serbuk koko sebab anak2
suka makan kek yang berwarna coklat.
4)Masukkan dalam bekas setelah adunan benar2 ringan dan gebu ya semua..
5)Kukus dalam masa satu jam. Angkat pengukus dan cucuk dengan garpu. Jika tidak melekat.. itu
bermaksud kek sudah masak. Api sederhana sahaja ya.
Untuk Cream :
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu

Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)


Untuk Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas
kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.
4) Hias mengikut kreativiti masing-masing..
Selamat mencuba .. sila share

Anda mungkin juga menyukai