Anda di halaman 1dari 8

PAI TEE

 KULIT PAI:
 1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna
cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
 125 ml air
 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
 1/2 sudu teh kapur makan
 1/2 sudu teh garam
 Acuan pai tee
 INTI:
 1 biji bawang besar
 3 ulas bawang putih
 30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
 1/2 sudu teh garam
 Sayuran potong memanjang /parut:
 - 1 batang lobak merah
 - 1 biji sengkuang
 - 1 batang timun
 ********
 1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
 Sos pencicah

Cara-cara

1. UNTUK KULIT PAI:


2. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.

3.

Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam
minyak.

4.

Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang
di atasnya.-lihat gambar
5.

Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.

6.

Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat.
Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-
sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya
garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam
bekas kedap udara.

7. UNTUK INTI:
8. Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam.
Tutup api.

9.

Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam
pai tadi.

10. Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.
SUSHI

Bahan-bahan ( sekeluarga )

 sea weed
 1 mangkuk besar nasi lembut dan panas
 1 sudu besar cuka makan
 1 sudu besar gula
 secubit garam
 untuk inti;
 telur dadar (nipis)
 timun (di buang pulun tengah)

Cara-cara

1.

campurkan cuka, gula, garam ke dalam nasi dan gaul rata. Yatt guna baking paper je,
letak inti.

2.

start gulung

3.

basah kan skit hujung sea weed dan gulung habis

4.

proses yang sama , letak nasi dulu, sea weed, inti dan gulung akhir roll dengan bijan yang
telah di goreng tanpa minyak.
STEAMBOAT JOHNNY

Bahan-bahan ( 4 - 5 org )

 A. BAHAN2 UNTUK SUP :


 Air - 4 liter
 Tulang / kerangka ayam
 Garam secukup rasa
 B. BAHAN2 UNTUK SOS PENCICAH :
 6 biji cili merah - dimesin
 1 ulas bawang putih - ditumbuk
 1 sudu minyak bijan
 3 sudu besar sos ikan
 cuka makan
 air
 gula
 C. BAHAN2 UNTUK ISI :
 Bebola ikan/ayam/sotong/ketam/hotdog
 udang/ayam/sotong/cuttlefish
 kobis cina/cendawan tiram/pak choy
 telur ayam

Cara-cara

1.

Rebus bahan2 A selama 11/2 jam. Masukkan garam. Apabila sudah, asingkan
tulang/kerangka ayam

2.

Masak bahan2 B didalam periuk sehingga pekat. Boleh ditabur kacang tumbuk jika suka
3.

Didalam bekas steamboat, masukkan air rebusan tulang/kerangka ayam. Pecahkan telur
ayam & masukkan bahan2 C

4.

Biarkan selama 10 minit. Kemudian bolehlan dimakan dengan sos pencicah

Ikan kukus mudah

Sharm1969@myresipi.com

Tambahan resepi ikan kukus untuk dikongsi bersama.

Created on : 24-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan
3Share

Bahan-bahan ( 1/2 ekor ikan )

 1/2 ekor ikan siakap atau apa-2 ikan mengikut kesukaan dan sesuai dikukus.
 1/2 biji bawang besar (dimayang)
 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
 1/2 inci halia (dihiris halus) - saya agak-agak sahaja
 Sebatang serai (diketuk & dipotong)
 Sedikit lengkuas (dihiris halus)
 Gula dan garam secukup rasa
 Perahan lemon
 Cili kering dipotong ikut suka/cili padi dihiris nipis

Cara-cara

1. Didihkan air dalam kukus.


2. Basuh ikan hingga bersih.
3. Letakkan ikan di dalam pinggan/piring.
4. Letakkan semua bahan/ramuan yang telah dimayang di atas ikan.
5. Tabur sedikit garam dan gula secukup rasa serta perahkan lemon secukupnya. Kukus sehingga
masak atau ikut kesukaan kita. Selamat makan. Sedap makan panas-panas.

Ayam Pandan

che'iza@myresipi.com

Pasangan yg tepat untuk nasi ayam and nasi putih.

Created on : 14-04-2008

Print

E-mail kepada kawan


Tulis Laporan

17Share

Bahan-bahan ( 3-4 org )

 1/2 ekor ayam (1kg)


 * 3 biji bawang merah
 * 3 ulas bawang putih
 * 1/2 inci halia
 * 1/2 inci kunyit
 * 1/2 inci lengkuas
 * 2 batang serai
 * 1 sk ketumbar
 * 1 sk jintan manis
 * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
 2 sb santan pekat (optional)
 1 sb madu
 garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
 daun pandan

Cara-cara

1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.


2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan
pak aji.

3.

Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.

4.

Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
5.

Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.

6.

Potong lebihan hujung daun supaya kemas.

7.

Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

Anda mungkin juga menyukai