Anda di halaman 1dari 5

Asam Pedas Sotong

Bahan:1 kg. sotong - (*kerat 2 kalu sotong besar, kalu kecik xyah) 2 batang serai - dititik 8 helai daun limau purut 2 ulas bawang putih - kisar 6 ulas bawang merah - kisar 15 - 20 tangkai cili kering - kisar 1 inci belacan - kisar 1 kuntum bunga kantan - belah 2 5 tangkai pucuk kesum 3 keping asam keping 3 cawan air sedikit gula garam dan serbuk perasa secukupnya Minyak untuk menumis Cara Memasak:Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar dan masak hingga naik minyak dan pekat. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan bunga kantan, serai dan asam keping dan dituruti dengan daun kesum dan limau purut. Masukkan sotong dan letak garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dengan api perlahan dan agak pekat. Tutup api.

SOTONG MASAK LADA HITAM Bahan:

500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil) 1 labu bawangbesar (dipotong gelang) 3 sudu besar sos lada hitam 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar) 1 pokok daun bawang 1 biji tomato - dibelah 6 Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)

Bahan Tumis:

3 ulas bawang merah - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 tangkai cili merah - dihiris (akak letak 1 lg cili hijau)

Cara Memasak:1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu. 2. Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad hitam, kacau sebentar. 3. Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.

4. Masukkan garam secukup rasa. 5. Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan

Sotong Percik

Bahan:8 ekor sotong yang besar 10 biji cili kering (*) 5 biji cili padi (*) 5 biji cili merah (*) 1 labu bawang besar (*) 2 inci halia (*) 2 inci lengkuas (*) 2 batang serai (*) 1 helai daun kunyit - hiris halus 4 helai daun limau purut - hiris halus 1 batang serai - dititik 1 sudu besar air asam jawa garam dan perasa secukupnya.

Cara Memasak:1. Bersihkan sotong dan potong (jangan putus) sejarak 1 1/2 inci (seperti gambar atas ni). 2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan. 3. Kisar bahan-bahan bertanda (*). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau purut dan air asam serta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih dan pekat sikit. 5. Tuangkan ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan tadi. (*Ummi letakkan sotong tadi ke dalam kuah dan gaulkan kuah dengan sotong 4 - 5 saat, tutup api)

Sambal Tumis Pekat Sotong


Bahan:7 ekor sotong sederhana besar - potong bulat 3 sudu besar cili kisar 8 ulas bawang merah - kisar 2 ulas bawang putih - kisar 1 sudu kecil serbuk kari daging 1/4 cawan gula melaka 2 sudu besar air asam jawa pekat 4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa garam secukup rasa sedikit air 1 labu bawang besar - potong bulat Cara Memasak:Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sebentar, angkat dan toskan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahanbahan kisar dan masukkan serbuk kari. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

Sotong Masak Hitam


Bahan:600 gm sotong sederhana besar 2 labu bwang besar (hiris bulat) 3 tangkai cili merah (buang biji dan hiris nipis) 1 sudu kecil garam 2 sudu besar minyak masak 1 sduu besar kicap pekat Bahan Kisar:6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup 3 cm halia Cara Memasak:Bersihkan sotong dan potong bulat. Gaulkan dengan garam dan perapkan selama 15 minit. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan kisar sehingga garing. Masukkan sotong dan gaul rata selama 8-10 minit. Masukkan bawang hiris, cili dan garam. Gaul rata dan goreng selama 3 minit. Masukkan kicap dan gaul rata lagi, biarkan sehingga sotong masak. Tutup api.

Sotong Goreng Berempah


Bahan A:

500 gm sotong (kalau sotong sederhana, xyah kerat - akak kerat 3 sebab besauu) 2 sudu besar repah kari (dibancuh dgn sedikit air) 1/2 cawan air asam jawa 1 labu bawang besar (dipotong gelang) 2 biji tomato (dibelah 4) 2 sudu besar minyak masak garam secukup rasa

Bahan B:- (untuk Tumis - Dihiris)


1 sudu kecil halba campur 2 cm halia 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 3 tangkai daun kari

Cara Memasak:1. 2. 3. 4. 5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu. Masukkan rempah kari dan kacau hinga rata dan naik minyak. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih sebentar. Masukkan bawang besar dan tomato. Sedia dihidangkan.

(*tips kak Liza - bau bawang merah lebih wangi sekiranya dimasukkan sedikit garam semasa menumis)

3 ulas bawang putih - dihempap dan dicincang halus..pastikan nk tumis baru hempap n cincang..lg kick n fresh ;) 3 sudu besar tepung gandum 500 ml air kosong 3 sudu butter/margerin - guna butter lg lemak berkrim ;) margerin pun ok je.. sedikit susu cair / susu tepung dibancuh dgn air/ susu lembu segar dr ladang - agak2 je nk kasi sup lemak berkrim..jgn byk sgt nnt luga tekak nk makan ;p 1/2 tin button mushroom - separuh dari sukatan ni diblend dan separuh lg dicincang halus... secubit kiub ayam-x bubuh pun takpe..kalau nk ganti dgn ayam pun boleh..cincang halus.. garam secukup rasa tambahan:(kalau tak bubuh pun takpe) :- serbuk lada sulah, italian herbs/ serbuk oregano, cheese :-semua ni bubuh bila sup dah siap..kalau bubuh cheese tunggu cheese cair baru padam api..ok..

cara2 masak:1. panaskan butter, tumis bwg putih hingga wangi..masukkan tepung gandum..pastikan butter mencukupi utk 'menumis tepung'. kacau hingga tepung jd kuning n sebati ngn butter.jgn sampai hangit! 2. masukkan air sedikit demi sedikit..sambil kacau laju2..supaya campuran tidak berketul..masukkan air hingga capai tahap kepekatan sup yg kita nak.. 2. masukkan mushroon yg dh di blend n cincang, kiub ayam/ayam cincang..garam..susu..biar mendidih.. (katakan sup tercair..nak pekatkan..kena tumis tepung ngn butter kt tempat lain..pastu masukkan sup cair td sedikit-demi sedikit sampai campuran ok..) 3. akhir skali..boleh masukkan bahan tambahan kt atas tu..kalau nk bubuh..boleh makan ngn roti..aritu sy makan ngn french fries pun sedap gak..SELAMAT MAKAN! >_<

Anda mungkin juga menyukai