Anda di halaman 1dari 30

Ikan Siakap Kukus 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok) 1/2

camca teh garam 1/2 camca teh tepung jagung 1/2 camca teh lada sulah 3 camca besar jus limau kasturi* 1 1/2 camca besar minyak masak* 1 1/2 camca teh gula* 1/2 camca teh garam* 5 - 10 biji cili padi, dihiris* 2 batang serai, dihiris halus* 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris* 1 helai daun limau purut, dihiris halus* 1/2 inci halia muda. dihiris halus* 2 ulas bawang putih, dihiris halus* Beberapa biji asam boi* 1/2 camca teh tepung jagung* 1/2 camca teh serbuk Tumix Cara-caranya: Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos yang bertanda * hingga sebati. Ketepikan. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas-panas. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Cekodok cendawan Bahan-bahannya: 1/2 kg. tepung gandum diayak 100 gram udang geragau - direndam dan dibasuh bersih. 100 gram cendawan tiram - dipotong memanjang 2 sudu besar mayonis 1 biji telur 2 biji bawang besar - dicincang halus 1 biji cili hijau - dihiris 1 biji cili merah - dihiris 1 tangkai daun sup dan daun bawang dihiris 1 sudu besar serbuk kunyit Gula dan garam secukup rasa Air suam secukupnya untuk membancuh adunan Minyak untuk menggoreng Cara-cara memasak: 1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. 2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil gaul sebati dan dapat dijemput. Ketepikan lebih kurang 1/2 jam supaya tepung kembang sedikit. 3. Panaskan minyak di dalam kuali. Jemput adunan ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan. 4. Hidangkan.

Cucur 4 rasa Bahan-bahannya: 5 - 6 cawan tepung gandum Segenggam ikan bilis saiz kecil Segenggam udang kering Ubi kentang dipotong kiub kecil 1 tin kecil (230 gm) kacang panggang keju dalam sos tomato jenama Ayam Brand 1 biji bawang besar dipotong dan dicincang 1 biji cili merah dihiris Daun sup dan daun bawang 1 sudu besar perencah maggi cukup rasa Garam dan gula secukupnya Air panas untuk membancuh adunan Minyak untuk menggoreng Cara-cara membuatnya: 1. Basuh ikan bilis dan udang kering. Kemudian rendam di dalam air panas seketika sehingga kembang. Kemudian bilas dan toskan. 2. Masukkan kesemua bahan di dalam bekas. Gaul rata dan kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit dan bancuh adunan sehingga kesemuanya bergaul sebati. 3. Panaskan minyak di dalam kuali. Jemput adunan dan goreng sehingga kekuningan. 4. Dah siap. Cicah dengan sos cili, sos kacang atau kari. Sedap!

Daging goreng kunyit Bahan-bahannya: 500 gm daging batang pinang - dihiris ikut suka 1 batang saderi - dihiris 2 labu bawang besar - dimayang bulat 2 tangkai daun kari 4 - 5 biji cili padi warna merah - dipatah-patahkan 1/2 biji tomato - dipotong wedges Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya Sedikit minyak Bahan-bahan B (untuk perapan daging): 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 20 gm kunyit hidup 20 gm halia 1 sudu besar kunyit serbuk 1 sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 1 sudu teh serbuk cili 1 sudu teh gula Air secukupnya Penyediaannya: 1. Bahan-bahan B disatukan di dalam blender kemudian dikisar hancur. 2. Perapkan daging bersama bahan B selama kira-kira 1 jam (lebih lama lebih baik). 3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan daun kari sehingga naik bau, kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau sebati dan masukkan air secukupnya dan masak sehingga daging empuk. Sekiranya air kering dan daging masih tidak empuk, boleh ditambah air. 4. Setelah daging empuk, perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa (jika suka). 5. Setelah rasa telah sebati dengan daging, masukkan bawang besar, batang saderi, tomato, dan cili padi. 6. Kacau rata dan padamkan api.

Daging masak merah ala thai Bahan-bahan: 1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah 2 sudu besar cili kering kisar 1 biji bawang besar - dipotong bulat 3 biji bawang putih - diketuk 10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan) 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram Daun limau purut - dikoyakkan 2 batang serai - dititik Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa) Garam secukup rasa Ajinomoto secukup rasa Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah Cara membuatnya: Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau purut dan serai. Kacau rata. Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang, bawang besar, dan cili padi. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau. Setelah kuah nampak pekat, boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.

Ikan tilapia masak stim (ala thai) Bahan-bahannya: 1 kg. ikan talapia 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus 1 biji bawang besar - dipotong bulat 3 batang daun sup - dihiris 3 - 4 helai daun limau purut 2 biji lemon - 1 biji diperah jusnya dan 1 biji lagi dihiris bulat 1 biji limau nipis - diperah jusnya Asam boi putih 5 biji 2 batang serai - dihiris Halia muda - dihiris Sedikit garam Sedikit bawang goreng untuk ditabur atas ikan setelah masak Bahan-bahan untuk perapan ikan: 2 sudu besar pes tom yam 2 sudu besar sos nanas 3 - 5 ulas bawang putih yang dikisar 1 sudu besar kicap masin Sedikit garam (Lumurkan ikan dengan bahan-bahan di atas dan perap sekurangkurangnya 30 minit) Penyediaannya:

Letakkan ikan yang telah diperap di dalam bekas periuk kukus. Taburkan hirisan bunga kantan, serai, daun sup, bawang besar, halia muda dan asam boi serta daun limau purut di atas ikan. Perah jus lemon dan jus limau kasturi ke atas ikan. Kukus sehingga masak, anggaran 20 minit. Sedia untuk dihidangkan dan dimakan dengan nasi panas.

Ikan siakap paprik Bahan-Bahan: Seekor ikan siakap digaramkunyitkan Minyak untuk menggoreng ikan 2 batang serai dititik 3 sudu besar sos tiram Bahan perasa/garam/gula Beberapa helai daun limau purut 1 biji bawang besar - dihiris bulat 1 batang lobak merah - dihiris memanjang 1/2 biji cili benggala - dihiris memanjang 1 biji limau nipis

Bahan-bahan dikisar: 5 biji cili merah 4 - 5 biji cili padi 1 inci halia 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih Sedikit air Cara: 1. Ikan dilumur dengan garam dan kunyit, goreng sehingga warna kekuningan. Ketepikan. 2. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan tadi untuk menumis bahan kisar beserta dengan serai yang dititik. Tumis hingga naik bau. 3. Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula, sedikit air, dan bahan perasa. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih. 4. Selepas itu masukkan air limau nipis, bawang besar, yang dihiris bulat, cili benggala, lobak merah, dan daun limau purut. Masak selama 5 ke 10 minit. 5. Kemudian tuang kuah di atas ikan siakap yang digoreng tadi. 6. Hidangkan bersama nasi panas.

Kari ayam serai wangi Bahan-bahannya: 1 ekor ayam, dipotong 12 atau 16, cuci dan toskan. 4 biji kentang dikupas kulit, belah 2 atau 4 setiap satu bergantung kepada saiz 1 keping asam gelugor 1 cawan santan pekat kelapa sawit KHALIS - dicampur dengan 4 cawan air (boleh juga guna santan kelapa) 2 sudu besar kerisik 2 biji cili merah atau 2 biji cili hijau - lebih wangi kalau guna cili hijau 1 biji buah tomato saiz besar, dibelah 4 Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan Kisar (dikisar menggunakan blender): 1 biji bawang besar India (warna merah) 1 biji bawang besar Holland (warna kuning) 4 ulas bawang putih 3 biji buah keras 10 gram kunyit hidup 10 gram serbuk rempah kurma 50 gram serbuk rempah daging 2 sudu besar cili serbuk 1 inci halia Air secukupnya Bahan-bahan Tumis (dibilas dan ditoskan): 1 biji bawang besar India saiz kecil - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 3 batang serai - dititik 1 inci halia - dihiris 1 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul 2 tangkai daun kari, ambil daunnya sahaja 1 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga

Cara-cara Memasaknya: 1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan ketepikan. 2. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk dan tumis bahanbahan tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan gaul sebati. Tutup periuk dan masak sehingga terbit minyak/rempah garing. 3. Setelah rempah garing, masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah. Perlahankan api dan tutup periuk.Biarkan ayam mereneh di atas dapur selama 10 - 15 minit. 4. Masukkan santan dan kacau rata. Kemudian barulah dimasukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk. 5. Masukkan asam gelugor, garam, gula, dan kerisik. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih. 6. Setelah ayam dan kentang empuk dan cukup rasa, bolehlah ditutup api. Akhir sekali masukkan buah tomato dan cili merah atau cili hijau. Taburkan bawang goreng dan tutup periuk. Biarkan ia berada dalam keadaan tertutup selama 10 - 15 minit, kemudian baru dihidangkan.

Kari ayam mamak Bahan-bahannya: 1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong ikut saiz yang anda suka (hendaklah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, dan diperap seketika) #1 cawan pati santan sawit KHALIS dicampurkan dengan 1 1/2 cawan air Ubi kentang dibelah dua (kuantiti ikut citarasa) 2 biji tomato (dipotong dua atau empat, bergantung kepada saiz tomato) 3 biji cili hijau 1 biji bawang besar - dibelah 4 2 helai daun pandan. 1 sudu teh gula Garam secukup rasa 2 keping asam gelugor Minyak untuk menumis Bahan-bahan A (untuk diblender dan dijadikan pes rempah): 5 sudu besar rempah kari ayam 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 inci halia 1 sudu besar serbuk cili/cili kering yang telah dikisar 1 sudu besar serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk jintan putih 1 sudu besar serbuk ketumbar Bahan-bahan B (untuk ditumis): 2 biji bawang kecil (merah) dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 3 inci halia dihiris 1 batang kulit kayu manis (ukuran @ 1 inci) 2 kuntum bunga lawang 2 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 4 tangkai daun kari

Penyediaannya: 1. Panaskan periuk dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan bahan-bahan A, kacau dan tutup periuk sehingga bahan-bahan rempah terbit minyak. 2. Selepas rempah terbit minyak, masukkan sedikit air, diikuti dengan garam dan gula. Kacau rata, kemudian masukkan ayam. Kacau sebati dan tutup periuk semula, biarkan ayam masak empuk. Masa ini air aroma ayam keluar dan bercampur dengan kuah. 3. Selepas itu masukkan kentang dan masak sehingga empuk. 4. Selepas kentang empuk, baru dimasukkan santan. Masak sehingga kuah mendidih. 5. Akhir sekali masukkan cili hijau, tomato, bawang besar, dan daun pandan. Biarkan mereneh seketika lebih kurang 5 minit. Tutup api dan tudung periuk.

Nasi ayam-ayam goring berempah (1) NASI AYAM - (Masak Guna Rice Cooker) Bahan-bahannya: 4 cawan beras basmathi - dibersihkan dan direndam seketika lebih kurang jam *6 cawan stok ayam resepi seperti di bahagian sup ayam (gunakan cawan yang sama semasa menyukat beras) 1 kiub ayam 1 sudu kecil serbuk kunyit - untuk menjadikan nasi berwarna kuning 1 sudu kecil minyak bijan Sedikit garam 2 helai daun pandan dicarik dan disimpul Bahan-bahan Tumis: (Ditumis di dalam kuali yang berasingan) 1 biji bawang besar - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 1 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 2 sudu besar mentega - untuk menumis Penyediaannya: 1. Toskan beras yang telah direndam tadi dan ketepikan. 2. Panaskan kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, dan halia. Tumis sehingga bawang berwarna kekuningan. 3. Masukkan beras di dalam rice cooker beserta air rebusan ayam, bahan-bahan tumisan, kiub ayam, daun pandan, serbuk kunyit, minyak bijan, dan garam secukup rasa. 4. Masak seperti biasa. Bila nasi telah masak, gembur (kaup balikkan) dengan senduk kayu supaya nasi tidak melekit. 5. Taburkan dengan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng semasa menghidang.

(2) SUP AYAM Bahan-bahannya: 1 ekor ayam saiz sederhana besar dipotong 12 Air untuk merebus ayam secukupnya 2 inci halia dititik dan dihiris kasar 3 ulas bawang putih dititik dan dihiris kasar 1 sup bunjut 1 kiub pati ayam Serbuk lada hitam Bawang goreng Daun sup dan daun bawang Penyediaannya: 1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12. 2. Masukkan ayam bersama bahan-bahan di atas di dalam periuk kecuali serbuk lada hitam, bawang goreng, dan daun sup/daun bawang. Masak sehingga mendidih dan ayam empuk. 3. Keluarkan ayam dan ketepikan. *Ambil 6 cawan stok untuk memasak nasi dan cawan lagi untuk sos cili dan sos kicap. 4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam di dalam baki kuah sup. Sekiranya berkehendakkan sup yang lebih, boleh tambahkan air lagi dan garam secukup rasa. Masak sehingga sup mendidih. 5. Taburkan dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng semasa menghidangkan sup.

(3) SOS CILI THAI Bahan-bahannya: Sos cili Thai Kak Noor gula jenama LIFE 1 sudu kecil margerin 2 ulas bawang putih - dititik dan dihiris kasar Stok ayam (air rebusan ayam) Garam dan gula 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (sekiranya sos cair) Penyediaannya: Panaskan margerin di dalam periuk. Tumis bawang putih sehinga naik bau. Selepas itu masukkan stok ayam, diikuti dengan sos cili Thai.

Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula sekiranya perlu. Sekiranya sos cair, boleh masukkan bancuhan tepung jagung untuk menjadikan sos pekat. (4) SOS KICAP Bahan-bahannya: Kicap lemak manis secukupnya Kak Noor guna jenama JALEN 1 sudu kecil margerin 2 ulas bawang putih dititik dan dihiris kasar Stok ayam (air rebusan ayam) Garam dan gula 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air (sekiranya sos cair) Penyediaannya: Panaskan margerin di dalam periuk. Tumis bawang putih sehinga naik bau. Selepas itu masukkan stok ayam, diikuti dengan kicap manis. Kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula sekiranya perlu. Sekiranya sos cair, boleh masukkan bancuhan tepung jagung untuk menjadikan sos pekat. (5) BAHAN HIASAN/ULAMAN Timun dibuang kulit dan dihiris serong Tomato dihiris bulat Daud salad Daun sup/daun bawang dihiris Bawang goreng (6) AYAM GORENG REMPAH Bahan-bahannya: 1 ekor ayam (12 ketul ayam) yang telah direbus empuk. 1 sudu kecil minyak bijan 2 sudu besar kicap manis Garam secukup rasa 2 tangkai daun kari Minyak untuk menggoreng ayam Bahan Perap Ayam: (Semua bahan disatukan dan diblend) 2 sudu besar mustard honey and herb marinade boleh didapati di pasar raya

1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk ketumbar 2 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 2 batang serai Penyediaannya: 1. Gaul ayam dengan bahan perap, minyak bijan, kicap manis dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan dalam storage zipper bad dan letakkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam supaya bahan-bahan perapan sebati dengan ayam. Lagi elok kalau perap semalaman. 2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Masukkan daun kari di dalam minyak semasa menggoreng. Toskan.

Pajeri nanas Bahan-bahannya: 1/2 biji nanas manis - dipotong bulat atau separa bulat, jangan nipis sangat 2 sudu besar kerisik 1 cawan pati santan - dicampur dengan 2 cawan air 2 sudu besar gula perang 2 sudu besar gula Garam secukup rasa 2 biji cili hijau - dibelah memanjang tetapi jangan putus Bahan-bahan dikisar: (dijadikan pes) 4 sudu besar rempah daging 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih Air secukupnya Bahan-bahan Tumis: 3 biji bawang kecil - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris 1 inci halia - dihiris 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 2 biji bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 sudu besar udang kering - direndam sehingga sedikit kembang dibersihkan dan ditoskan. 1 tangkai daun kari Minyak secukupnya untuk menumis Penyediaannya: 1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau dan kekuningan. 2. Masukkan pes dan kacau rata Tutup periuk dan masak sehingga rempah garing dan terbit minyak. 3. Kemudian masukkan santan dan kacau lagi. Sesuaikan rasa, masukkan garam, gula perang gula putih, dan serbuk perasa. Kacau

dan biarkan kuah mendidih. 4. Setelah kuah mendidih masukkan nanas dan kerisik. Masak sehingga nanas layu dan kuah pajeri agak pekat. Kemudian masukkan cili hijau. Kacau dan tutup api.

Tomyam ayam ala Thai Bahan-bahannya: Beberapa ketul daging ayam dipotong kecil 3 sudu besar pes tomyam Thai Beberapa helai daun limau purut 2 batang serai dititik 5 6 biji cili padi - diketuk 1 sudu besar sos ikan 2 sudu besar susu pekat 2 biji limau nipis diperah dan diambil jusnya Garam secukup rasa 1 labu bawang besar dipotong bulat Bunga kobis Lobak merah dipotong bulat 1 batang daun saderi dipotong pendek 1 biji buah tomato 6 batang crab filament stick - dipotong pendek (Banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masingmasing) Penyediaannya: 1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih. 2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. 3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi dan crab filament stick. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api 4. Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas.

Ayam halia Bahan A: 500 gram isi ayam - dipotong kecil 3 sudu makan sos tiram 1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air) 2 sudu teh sos lada hitam - Kak Noor guna sos lada hitam Sarawak 1 pokok daun bawang 1 biji tomato - dipotong 4 2 biji cili hijau 2 sudu makan minyak masak - untuk menumis 1 cawan air 1 sudu teh garam 1 sudu besar gula Bahan B (dihiris): 3 inci halia muda 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 3 biji cili merah Penyediaannya:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan 1 cawan air. Masak ayam sehingga lembut dan empuk. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, sos lada hitam, gula, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia masak sehingga kuahnya pekat. Akhir sekali masukkan tomato, daun bawang, dan cili hijau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Kentang goring pedas Bahan-bahan yang diperlukan: 10 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong macam `wedges' 1 biji bawang besar dihiris 3 ulas bawang putih dihiris 1 tangkai daun kari 1 biji buah tomato dipotong kiub 2 senduk besar cili kering kisar - Kak Noor guna sukatan senduk nasi 2 camca besar sos cili 1 camca besar sos tomato 2 camca besar sos tiram Gula perang + gula putih secukup rasa (nisbah gula perang mesti lebih daripada gula putih) Garam dan perasa Minyak secukupnya untuk menggoreng ubi kentang Minyak untuk menumis Cara-cara memasak: 1. Ubi kentang dikupas kulit dan dipotong seperti `wedges'. Basuh dan toskan. Gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. 2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Goreng ubi kentang sehingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan. 3. Minyak gorengan ubi tadi dibuang sedikit. Tinggal lebih kurang sesenduk dalam kuali untuk menumis. 4. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau. 5. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga terbit minyak. 6. Kemudian masukkan buah tomato dan kacau rata. Sekiranya kuah pekat, boleh dimasukkan sedikit air. Biarkan ia mendidih. 7. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram. Perasakan dengan gula, garam, dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan ia mendidih. 8. Perlahankan api. Akhir sekali masukkan ubi kentang goreng dalam kuah dan kaup balikkan sehingga sebati. Angkat dan boleh dihidangkan. Boleh tabur daun sup/daun bawang jika suka.

Sweet sour bebola ayam dan tauhu Bahan-bahannya: 1 kg. bebola ayam - digoreng 4 tauhu putih - dipotong dua dan digoreng 2 sudu besar cili sos 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar gula perang] 1 cawan air Gula putih secukup rasa - sebagai tambahan kepada gula perang Garam secukup rasa Perasa (sekiranya suka) Minyak secukupnya untuk menumis. Bahan-bahan dikisar: 3 senduk cili kering kisar - Kak Noor gula senduk nasi untuk menyukat 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 biji tomato Penyediaannya:

Panaskan minyak. Goreng bebola ayam dan tauhu sehingga masak dan ketepikan. Gunakan minyak gorengan bebola ayam dan tauhu untuk menumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bila bahan-bahan kisar telah garing, masukkan 1 cawan air dan kacau rata diikuti dengan gula perang, gula putih, garam, dan perasa. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan bebola ayam dan tauhu yang telah digoreng. Kacau rata dan biarkan ia mereneh di atas dapur seketika. Tutup api. Semasa menghidang bolehlah dihiaskan dengan bawang goreng.

Masak lemak cili api ayam dgn rebung Bahan-bahannya: 4 ketul rib ayam - sekiranya besar 1 ketul boleh dipotong 2 300 gm rebung madu - Kak Noor beli yang di dalam paket, dijual di pasar raya 2 cawan pati santan kelapa sawit KHALIS - dicampur dengan 1 cawan air 2 batang serai - dititik Garam secukup rasa Bahan-bahan dikisar: 2 inci kunyit hidup 7 - 8 biji cili api (warna merah) 1 biji bawang besar Air secukupnya - Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan kisar sehingga lumat. Cara-cara membuatnya: 1. Rebus rebung sehingga empuk (lebih kurang 15 - 20 minit). Kemudian ditoskan sehingga sejuk dan dipotong bulat. Ketepikan. 2. Di dalam periuk yang lain masukkan ayam bersama-sama bahan yang telah dikisar dan serai. Gunakan api yang sederhana dan masak sehingga mendidih. 3. Selepas mendidih masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan ayam empuk (pastikan senantiasa dikacau supaya santan tidak pecah). 4. Akhir sekali masukkan rebung, garam dan perasa. Masak selama 5 6 minit lagi dan kemudian bolehlah ditutup api.

Paprik campur Bahan-bahannya: 50 gram ayam - dipotong dadu 50 gram daging - dipotong dadu nipis 8 ekor udang - dibuang kepala dan kulit (Kak Noor tak masukkan) 3 ekor sotong - dipotong bulat (Kak Noor tak masukkan) 30 gram bunga kobis (Kak Noor ganti dengan kacang panjang) 1/2 batang lobak merah - dipotong bulat 2 tangkai daun bawang 1/2 labu bawang besar - dipotong bulat 4 biji bawang merah - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 batang serai - diketuk 5 helai daun limau purut 3 sudu makan cili kering kisar 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak Sedikit air sekiranya perlu Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak. Tumis separuh bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, daun limau purut sehingga wangi. Masukkan cili kisar, sos tomato, dan sos cili. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian goreng sehingga pecah minyak. Masukkan ayam, daging, udang, dan sotong. Kacau sehingga masak dan tambahkan air sekiranya perlu. Kemudian masukkan lobak merah, bunga kobis, dan kacang panjang. Akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau seketika. Kalau suka boleh tambahkan 1 biji bawang besar yang dipotong bulat.

Sambal tumis kerang Bahan-bahannya: 600 gram isi kerang rebus 2 biji bawang besar dihiris bulat 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar pati asam jawa 2 helai daun limau purut dicarikkan 2 sudu besar gula perang Gula putih secukupnya (sebagai tambahan kepada gula perang) Garam secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan dikisar: 4 senduk nasi cili kering kisar 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 2 inci panjang kunyit hidup 2 batang serai 1 inci halia 1 inci belacan Cara-cara memasak: 1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau. 2. Masukkan sedikit air, pati asam jawa, gula perang, gula putih dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih. 3. Kemudian masukkan kerang diikuti dengan bawang besar dan daun limau purut. Kacau sebati dan perlahankan api. Biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan bersalut dengan kerang. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi daging utara Bahan-Bahan:

1 kg daging dipotong agak besar (12 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian. 1 kg berasmathi. Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging). 3 sudu besar kimball tomato sup. 3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin. Gula batu sedikit dan garam secukup rasa. Bawang goreng untuk ditaburkan.

Bahan-Bahan Untuk Menumis:


1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar). 2 sudu besar minyak sapi. 2 sudu besar rempah daging. 1/2 sudu kecil Jintan Manis. 1/2 sudu kecil Jintan Putih. 1 sudu besar rempah beriani. 100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus. Sedikit buah kismis dan Janggus. 1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin 2 biji bawang besar telah dimesin halus. 1 biji bawang besar dihiris. 1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang. Garam masala Kayu manis 1, bunga lawang 3, cengkih 4 dan buah pelaga 4.

Cara-Cara Memasak: 1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi. 2. Bila minyak panas, masukkan garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.

3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok. 3. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dengan benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak. 4. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal. 5. Apabila nasi telah masak, mencungkil menggunankan sudip dan terbalikkan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai. 6. Jangan kerap buka tudung periuk nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banyak dan nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahahakalau mentah juga kukus saja nasi ituhehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!. Selamat mencuba.

AIR ASAM: 1. Cili api, belacan bakar, lada merah masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah

lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan). 2. Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi. 3. Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata. Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Jadilah ia air asam.

Tumis kerang kicap Bahan-bahan: 1 kg isi kerang 1 biji limau lemon (ambil jusnya) 2 batang serai dititik Kicap manis secukupnya Garam, gula, dan perisa 2 biji bawang besar dipotong bulat 5 - 10 biji cili padi 1 biji tomato dibelah empat Bahan untuk dikisar: 1 cawan cili kering kisar 2 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/2 inci kunyit hidup Bahan-bahan untuk ditumis: 3 sudu besar minyak 3 biji bawang merah dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 1 inci halia dihiris 2 tangkai daun kari Penyediaannya: 1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan untuk ditumis. Setelah kekuningan dan naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Biar masak sehingga terbit minyak. 2. Kemudian masukkan kicap manis secukupnya, garam, gula, perisa, dan serai yang dititik. Masukkan sedikit air sekiranya pekat. Setelah cukup citarasanya, masukkan kerang bersama cili padi, kacau sebati dan masak sehingga kerang bersalut dengan kuah kicap tadi. 3. kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan jus lemon. Kacau sebati dan biarkan seketika, kemudian angkat.

Ayam sambal sweet sour Bahan-bahannya: 10 ketul peha ayam 1 batang serai dititik 1 ulas bawang putih diketuk 2 sudu besar gula merah 1 sudu besar gula putih 1 sudu besar jus lemon 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili Minyak secukupnya (menggoreng dan menumis) Bahan-bahan dikisar halus (guna blender basah): 3 senduk nasi cili kering kisar (gunakan cili kering kerinting tidak pedas) 3 ulas bawang putih 1 inci halia tua 2 biji bawang besar saiz sederhana 1 biji tomato saiz sederhana Air secukupnya Cara-cara membuatnya: 1. Ketulan peha ayam dibersihkan dan diperamkan dengan sudu kecil garam dan sudu kecil serbuk kunyit selama 30 minit 1 jam. 2. Panaskan minyak dan goreng peha ayam sehinggga kekuningan dan masak. Gunakan api yang sederhana untuk menggoreng peha ayam kerana dikhuatiri sekiranya menggunakan api yang kuat,isi di dalam tidak masak dan hanya garing di luar. 3. Panaskan periuk. Gunakan minyak gorengan ayam secukupnya untuk menumis. 4. Tumis bawang putih yang diketuk tadi sehingga kekuningan. Kemudian baru dimasukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan masak sehingga garing dan terbit minyak. 5. Setelah sambal garing, masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau rata. Kemudian perasakan dengan gula merah, gula putih, garam, dan serbuk perasa. Tambah sedikit air sekiranya adunan pekat. Kacau dan biarkan kuah mendidih sebentar. 6. Setelah cukup rasa, masukkan peha ayam goreng tadi, diikuti dengan jus lemon. Kacau sehingga kuah sambal berpalut pada peha ayam. Perlahankan api dan biarkan ia mereneh seketika (anggaran 10 minit). Kemudian bolehlah ditutup api.

AYAM BARBEKU, SAJIAN DAPUR BONDA Bahan-bahannya: 2 ekor ayam (anggaran 4.5 kg) Sos BBQ, dibancuh dengan sedikit air untuk disapu di atas isi ayam semasa membakar Bahan-bahan Perapan Bahan-bahan A: 3 sudu besar sos BBQ 5 sudu besar gula perang (boleh ganti dengan madu) 2 sudu besar gula putih Garam secukup rasa 1 biji lemon (diambil jusnya) Bahan-bahan B (Dikisar halus dan dijadikan pes): 2 3 biji bawang besar (saiz besar) - dihiris 8 ulas bawang putih saiz besar 4 sm halia 4 sm kunyit hidup 2 sm lengkuas 4 5 batang serai - dihiris 3- 4 sudu besar serbuk cili 2 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu besar serbuk jintan putih 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar serbuk lada hitam halus (kalau nak pedas, boleh tambah lagi) Anggaran air secukupnya Cara-cara Penyediaannya: 1. Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak bila dibakar nanti. 2. Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahanbahan perapan (bahan A dan bahan B). Gaul rata sehingga semua

bahan sebati. 3. Masukkan ayam di dalam zipper beg. Kuantiti ayam yang dimasukkan di dalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenaan. Boleh juga guna bekas plastik/tupperware bertutup untuk menyimpan ayam. 4. Perap ayam tersebut 1 2 malam di dalam peti ais (lagi lama perap lagi bertambah sedap). 5. Bakar ayam di atas bara api sehingga masak. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ di atas isi ayam menggunakan serai (menambahkan aroma) 6. Ayam barbeku ini boleh dicicah dengan sos BBQ dan sos cili atau sos lain mengikut cita rasa masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai